Resepi Kek Minyak Menggunakan Sukatan Cawan
Resepi Kek Minyak Menggunakan Sukatan Cawan | Salam 8 Syawal semua! Entri ni dah lama terperuk dalam draft. Sementara nak dapatkan mood bercerita sambutan Syawal kali ni, YY share dulu resepi Kek Minyak mengunakan sukatan cawan ni. YY suka buat kek atau yang seangkatan dengannya menggunakan sukatan cawan. Lebih mudah berbanding measurement lain. Lagipun YY bukan pro. Saje sesuka (^_^)Resepi asal YY perolehi daripada MyResipi.
Bahan-bahan yang diperlukan |
Meh kita tengok bahan-bahan yang diperlukan
- Lima (5) biji telur
- 3/4 cawan gula halus
- Dua (2) cawan tepung naik sendiri. Boleh gunakan tepung gandum yang diayak bersama satu (1) tbsp baking powder.
- Satu (1) cawan susu pekat
- Satu (1) tbsp ovallate
- Satu (1) cawan minyak masak
- Satu (1) sudu teh esen vanila
- Sedikit perasa apa-apa sahaja ikut suka. YY guna perasa ros
Pastikan peralatan lain sudah sedia sebelum memulakan proses mengadun |
Sebelum nak memulakan proses mengadun tu, pastikan oven dipanaskan mengikut kesesuaian suhu. YY biasanya gunakan suhu 180C untuk bakar kek. Pastikan juga loyang bersaiz 8" x 8" telah dileserkan dengan marjerin ataupun mentega. YY saje letak aluminium foil pada loyang tu bagi senang nak angkat. Maklumlah, bukan pro kan.
Pastu bolehlah mula mengadun. Memula sekali pukul telur dengan ovallate sampai kembang. Pastu masukkan susu pekat dan esen vanila. Pukul lagi buat seketika. Masukkan pula minyak masak dan perasa yang kita suka tadi. Agak dah rata, masukkan tepung naik sendiri tadi sedikit demi sedikit.
Bahagikan kepada tiga adunan warna. Warna ikut kesukaan |
Bila dah siap bancuh tu, bahagikan kepada tiga warna mengikut kesukaan korang. YY dah pernah buat lebih daripada tiga warna, macam kurang cantik pula. Dia macam bersepah. Serabut mata nengoknya. Hehe! Tiga warna nampak lebih cantik.
Rupa adunan yang telah dituang secara berselang-seli |
Lepas tu warna tadi korang tuang dalam loyang yang telah dileserkan dengan marjerin atau mentega tadi secara berselang-seli.
Korang mungkin boleh mulakan dengan warna merah. Tuang sedikit warna merah pada loyang. Pastu tuang pula warna hijau pada merah tadi diikuti warna biru. Ulang steps ni sampai habis korang punya adunan. Dia jadi macam dalam gambar dekat atas. Ni yang bukan pro buatlah. Kalau pro, lagi cantik (^_^)
Pastu masukkan dalam oven yang telah dipanaskan tadi.
Rupa Kek Minyak yang sudah siap dibakar |
Macam ni lah rupa Kek Minyak yang sudah siap dibakar. Ada orang panggil kek ni, Kek Pelangi. Kek ni menggantikan penggunaan marjerin ataupun mentega. Agak mudah tapi kena pastikan bahan adunan betul-betul kembang, nanti kek bantat. Terlebih kembang pun tak boleh juga. Kena pandai adjust. Tak reti juga YY nak explain. Hehe!
Tekstur dia akan jadi gebu kalau kena gaya pembuatan. Seronok kalau menjadi tau (^_^)
YY suka buat kek sebab dak Aisyah ni lah (^_^) |
Anak YY si Aisyah cukup gemar dengan kek ni. Lagipun memang dia aje yang kerap balun kek yang YY buat. Sedap kata dia. Tapi YY tak berapa gemar perasa ros dalam adunan kek ni. Next time nak cuba perasa lain pula. Tapi saudara MyChintaHati yang kebetulan singgah rumah YY sebab nak jengah rumah baru kami, kata sedap kek YY. Habis separuh loyang juga diorang bedal.
Kembang jugalah YY dibuatnya. Maklumlah bukan selalu dapat pujian kan (^_^)
Antara makcik pakcik dan sepupu MyChintaHati yang datang |
YY lebih suka buat kek berbanding biskut sebab dia sekejab aje. Adun pastu bakar. Kalau buat biskut, berpeluh ketiak nak mengulang langkah sampai siap. Memang kebiasaannya makan masa yang agak panjang. Letih wei! Ni anak YY sibuk suruh buat biskut pula. Nanti ada masa YY share ye cara buat biskut pula. Tunggu mood rajin.
Cukup takat ni aje. Moga ketemu di lain entri. Assalamualaikum (^_^)
Resepi lain yang harus dicuba
Cara Membuat Donat Simple
Resepi Kek Tok Gajah!
Resepi Kek Coklat Moist Bakar
Resepi Kek Marble Bakar
Resepi Kek Coklat 3 Minit Guna Microwave
Resepi Congo Bar Mengunakan Sukatan Cawan
Resepi Mudah Puding Roti Coklat
Resepi Kek Pisang Menggunakan Sukatan Cawan
pandai yana buat, akak kek2 macam nih tak pernah buat sebab tak reti takut bantat hehehe
ReplyDeletenak kata pandai tu idaklah kak
Deletetapi lepaslah buat makan sendiri
Betullah YY sebab kalau adun kek sekali aje terus bakar tak payah nak menerap satu-satu macam buat biskut alahai kena tunggu satu-satu tray.
ReplyDeletekak kak? saya pun kurang gemar buat biskut
Deleteletih weh!
Waaa warna warni kek tu yer..
ReplyDeleteAah betul tu guna cawan senang xyah nk kena timbang2 ni amik letak lam cawan teruih masuk lam adunan..
Jejalan raya.. Selamat hari raya Yy..
satu sebab lain, saya takde peralatan menimbang...haha
Deletetu yang suka guna cawan aje. senang
selamat hari raya AH
nice sharing
ReplyDelete=)
DeleteKek minyak ke kek pelangi.. hehe.. Selamat hari raya sis
ReplyDeletekek minyak dengan pelangi tu benda yang sama yunk
Deletepanggil kek minyak sebab guna minyak
ada orang panggil kek pelangi
tapi still benda yang sama =)
sis rasa pun nak membake juga sabtu ni . terasa mcm ada tetamu nak bertandang ... heheheee
ReplyDeleteso baking tak?
Deletesaya pun cadang nak baking juga ni
tu aje paling senang rasanya..hehe
Kek minyak ni dah bertahun saya baca resepinya tapi tak pernahlah buat. Kalau tengok cara memanglah senang lagi nak buat kek berbanding cookieskan. Walau apa pun, saya tetap juga tak rajin nak buat!
ReplyDeletedah bertahun, baru Nampak komen ni..
Deletekejam kan saya..haha
Emm... Kak brape lme nk Bakar tuuu....
ReplyDeletesorry ye dik, baru perasan komen kamu ni
Deletekek ni masak bergantung pada suhu dan oven yang kamu gunakan
cam akak, kebiasaannya antara 50 ke 60 minit
biasanya kalau dah naik bau, menandakan kek dah masak