Teringin Berkirim Salam Perantauan
Teringin Berkirim Salam Perantauan | YY sejak dari kecil bercita-cita nak sambung belajar di luar negara. Ketika itu YY beranggapan belajar di luar negara adalah sesuatu yang cukup membanggakan. Walhal YY ni dalam adik-beradik memang paling kurang bab pelajaran. YY dapat sambung belajar sampai Diploma pun bukan sebab pandai, tapi sebab semangat nak belajar tu sangat kuat. Kerana semangat tulah buat YY sentiasa ada keinginan untuk belajar ke luar negara walau sedar diri ni tak pandai.Entah kenapa, perasaan teringin berkirim salam di perantauan cukup kuat ketika itu. Tapi tulah, Tuhan dah merancang yang lebih baik untuk YY.
Xavier's School for Gifted Youngsters katanya |
Gambar atas ni sangat popular di Facebook recently. Selain melucukan kerana pengirim dok troll pihak suratkhabar dengan meletakkan nama institusi yang terdapat dalam cerita X-Men, ianya buat YY teringat cerita lama. Satu ketika dulu YY pernah gatal tangan buat permohonan buat short degree di Dublin Business School yang terletak di Ireland. Mungkin sebab ianya private college, maka permohonan YY diterima.
Perasaan excited masa dapat surat tawaran tu, hanya Tuhan aje yang tahu. Terasa macam nak melompat setinggi yang boleh. Sangat seronok moment tu bila diingatkan kembali. Time tu juga siap boleh bayangkan diri YY dah berada di Ireland. Siap boleh bayang berkirim salam dari perantauan. Sungguh poyo dan sangat kelakar bila teringat.
Tapi masa tu Mak YY paling kuat membangkang. Alasan yang dia berikan adalah YY ada adik-adik yang masih belum habis belajar. Kalau YY teruskan niat nak belajar di sana, adik-adik YY tak dapat merasa apa yang YY rasa. YY dinasihatkan untuk tidak mementingkan diri sendiri. Even masalah kesihatan YY turut dibangkitkan untuk menguatkan hujah Mak untuk tidak membenarkan YY belajar di Ireland.
Abah sebaliknya, dia sangat kuat menyokong dan merestui permintaan YY. Tapi Mak tetap dengan pendirian dia walau puas YY dok pujuk. Perasaan kecewa yang wujud masa tu cukup sukar digambarkan. Tawaran yang bukan senang diperolehi terpaksa dilupakan buat selamanya. Kecewa sangat rasanya. YY rasa agak lama YY tak bertegur sapa dengan Mak sebab sangat kecewa dengan keputusan dia.
Malahan ruangan akhbar yang kebiasaannya ada ucapan khas daripada mereka yang berada di luar negara menjelang Hari Raya turut YY banned beberapa ketika. Ia cukup menggambarkan betapa kecewanya YY ketika tu.
Gambar raya tahun lepas (^_^) |
As time goes by, YY mula sedar. Kalau YY terus bertekad untuk sambung belajar di Ireland, YY pasti tak ketemu dengan MyChintaHati. Perancangan ALLAH adalah sebaik-baiknya. Dua tahun selepas graduate, YY bertunang dan setahun kemudian YY sah menjadi isteri dia. 11 bulan selepas tu, Afif hadir menyinari hidup kami suami isteri. Cantik sungguh percaturan ALLAH untuk YY.
Sejak dari hari tu YY belajar untuk tidak lagi meragui ketentuan DIA. YY yakin apa yang DIA rancang adalah yang terbaik untuk YY. (^_^)
Anyway, malam ni insya ALLAH kami akan berangkat ke Kuala Lipis, Pahang. Beraya di kampung Mak YY. Perancangannya tahun ni nak bakar lemang sama macam peristiwa tiga tahun lepas yang pernah YY ceritakan di sini. Doakan perjalanan pergi dan balik YY sekeluarga selamat ye. Mungkin raya kedua YY dah berada di Klang semula. Menyambut Syawal bersama keluarga MyChintaHati pula.
Dikesempatan ini YY ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA dan MAAF ZAHIR BATIN. Semoga kita berjumpa lagi di lain entri. Assalamualaikum (^_^)
Selamat Hari Raya |
Perancangan Allah adalah sebaiknya :) Alhamdullilah untuk kehidupan sekarang.. Siqah pun nanye teringin juga salam perantauan. Hehe. Fefeeling nak belajar oversea kan. Tapi takpelah.. Biarlah terkubur di hati je hasrat tu :)
ReplyDeleteSelamat hari raya aifilfitri YY sekeluarga. Semoga perjalanan selamat dan dipermudahkan.
Jumpa lagi nanti 😊
betul yunk, perancangan ALLAH tu adalah yang terbaik
Deletecuma kita aje tak nampak
selamat hari raya juga buat siqah dan keluarga ye =)
wow... salam aidilfitri
ReplyDeletemenda yang wow nya anum...hehe
Deletesalam aidilfitri anum
betul tu sis..Allah maha mengetahui. Restu Mak ni penting, kalau dia tak bagi tu, kenalah ikut. Tapi biasalah time tu remaja memang rebel kan?hehe
ReplyDeletehaha...memang rebel habis! haha
Deletetapi time tu tak pikir pun
dah tua gini baru sedo...haha
hahaha..suratkhabar memang tak pernah check kiriman salam perantau ni.diorang up sahaja apa yang sampai. so, kalau nama ke universiti salah eja tu memang salah pengirim
ReplyDeleteyeke? baru tahu ni
Deletepatutlah senang-senang kena kencing..haha
Selamat hari raya kak YY dan keluarga..semoga sihat dan hepi raya kali ni. sy ada reply kad raya, harapnya dah sampai.
ReplyDeleteselamat hari raya ye yunk
Deletesalam kosong-kosong
ada, ada dapat. ada gift lagi. suka sangat =)
Salam YY , bila baca entry YY nie . Sama lah dengan nadia perasaan nya hihihi . Nadia pun Memang tersangat lah nak rasa belajar di luar negara dan merasakan Salam Perantauan . Masuk paper bersama rakan-rakan di luar negara. Lagi-lagi adik nadia pun dapat sambung Master ke luar negara . Mama nadia pun banyak kali convince nadia utk sambung belajar tapi tak tahu kenapa berat je . Mungkin otak dah tepu kot dan nadia pun baru kahwin jadi bnyak perancangan selepas kahwin nie . Hihihi .
ReplyDeleteFaham jugak perasaan YY bila dah dapat , orang yang paling kita sayangi tentang pulak kan . Berat hati masa tue . Tapi , macam YY ckp pun , percaturan Allah lah yang terbaik . Dan ibu kita pun dia lah jugak yang paling tahu apa yang terbaik untuk anak-anak. In the end , semuanya yang terbaik dan bahagia dikecapi YY . Alhamdulillah .
Sama lah dengan percaturan cerita Nadia . Tepat adik nadia graduate tahun lepas 2015 belajar luar negara di Scotland . Tarikh yang sepatutnya hari graduation adik yang kami semua sekeluarga patut hadir , tiket semua dah beli , hotel dah book adalah hari ayah kami meninggal dunia . Sungguh besar dugaan masa tue . Tapi kami terima Qada dan Qadar . Dan bagi kami percaturan Allah cantik sebab , tepatnya adik habis belajar adalah masa ayah pergi dan telah masa adik balik ke Malaysia dan menjaga keluarga pulak .
Apa-apa kita sebagai manusia kena percaya dengan ketentuan Allah kan YY . Terima kasih for this beautiful sharing =)
Salam perkenalan , dari Nadia
salam nadia. hehe. cerita lama nadia
Deletepandang gambo tu teringat cerita lama
ada juga kenangan di blog ni...hehe
sedih cite nadia tu. tumpang simpati membacanya
tapi cantikkan percaturan ALLAH
kadang kita ni tak nampak semua tu
nampak apa yang kita nak nampak aje
tu yang kadang kita tak reti bersyukur
yup, ALLAH sememangnya sebaik-baik perangcang
tiada siapa boleh menafikannya =)
Selamat hari raya Aidilfitri . Maaf zahir dan batin . Insyaallah kita jumpa selalu lah ye di ruangan blog nie . Singgah lah jugak selalu ke ruangan blog Nadia . =)
ReplyDeleteselamat hari raya yunk
Deletesamalah kita ye =)
dah singgah dah tadi kat blog nadia
takde orang rasanya. tu tinggal jejak aje...hehe
tak pe..hasrat itu boleh dipanjangkan kepada anak-anak pulak...
ReplyDeleteAllah adalah sebaik-baik perancang
emm....tak nak letakkan stress pada mereka
Deletebiarlah mereka ke mana sahaja ikut kemampuan mereka =)
salam kak,maknanya sekarang dah balik klang la kan? hehehe
ReplyDeletesaya tahun ni macam tak dapat balik kampung,sadisnya rasa. tapi tak apa la,raya ke tak raya,dapat peluang balik boleh ja saya merempit ke kampung tapi sakit la belakang semua kalau naik motor... lol
btw,semua orang memang teringin nak study oversea. tak tahu la sebab rasa nak masuk surat khabar ke atau atas niat sekian-sekian. walahualam. lain orang lain sebabnya. hehe tapi kalau dapat rezeki cuba hidup dkt negara lain ke apa,memang peluang bonus la. rezeki.
apa apa pun,
Selamat hari raya,maaf zahir dan batin kak yana. semoga terus dilindungi rahmat kasih ilahi. InsyaaAllah. Amin. maafkan saya kalau ada komen terkasar bahasa atau terlalu melampau,hehehe..
salam yunk. lama dah ada kat klang ni yunk =)
Deletela awatnya tak dapat balik
dok mana pula sekarang ni?
hehe...tak salah nak berangan kan
manalah tahu jadi kenyataan. akak dulu tu dah dapat tawaran
tak dapat p aje. tu yang makan dalam juga...hehe
tapi tu dulu, sekarang cite kat orang pasal ni
nak gelak pula. sebab terasa poyo..hehe
ye yunk. selamat hari raya. ala, kecik punya hal
nak settle, belanja akak kfc ke, kenny rogers ke, best tu
hehe...cam jauh aje kita ni kan
moh ler datang rumah beraya. akak belanja kek homemade! haha
Selamat Hari sis YY dan famili. =)
ReplyDeleteSaya pun teringin juga nak buat salam lebaran dari kejauhan tu. Selalu berangan nak belajar ke luar negara. Tapi sekarang dah tak heran sangat pun.
Takpe sis YY, mana tahu nanti ada rezeki lagi dapat sambung belajar ke luar negara dengan bawa satu famili sekali. Insha-Allah. =)
selamat hari raya yunk
Deletekan? rasa semua orang ada perasaan gitu
cuma takdir kehidupan kita aje yang membezakannya kan
sekarang akak dah takde perasan dik oi
otak dah tepu. soh baca paper pun akak boleh tido
lagi suh baca buku...ampun lah! haha
Sedih baca ttg tawaran tu... pasti ada yg lebih baik, Allah penentu segalanya.
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Aidilfitri buat YY sekeluarga, maaf zahir dan batin... salam ceria selalu... :)
hehe...takde apa sangatlah KK
Deletedulu memang sedihlah. bengkak mata woo menangis...haha
tapi dululah. sekarang dah takde perasaan ke arah tu
saya bahagia dengan kehidupan saya sekarang
selamat hari raya KK
salam kosong-kosong ye =)
dulu2 rajin juga baca salam dari perantauan ni, verangan la juga nak belajar kat luar negara tu, tapi tu lah tak berapa nak bijakkan akak nih hahaha.
ReplyDeletebetul tu perancangan Allah adalah yang terbaik.
hehe...dapat peluang ke luar negara kadang bukan sebab bijak aje
Deleteada banyak sebab lain
tapi yang pastinya takdir ALLAH untuk kita =)
yup, takde sape boleh menafikannya =)
Saya dua kali dapat tawaran belajar di luar negara tapi terpaksa tolak sebab abah saya sayang sangat kat anak perempuan bongsunya. Abah takut saya kahwin mat saleh, langsung tak nak balik Malaysia, seperti apa yang berlaku pada anak jiran saya.
ReplyDeleteSo, saya redha ajelah belajar di universiti tempatan walaupun memang terkilan. Kawan-kawan dengan keputusan biasa-biasa aje semua sambung belajar ke luar negara termasuklah 'musuh' ketat saya dalam pelajaran. Saya aje yang tertinggal di dalam negara. Dan yang paling sedih, jurusan yang diminati pun tak dapat ambil sebab bangkangan pihak keluarga!
Masa tu memanglah terkilan tak boleh kata. Lepas habis belajar pun terkilan tak habis lagi. Tapi selepas berkahwin dengan HD, saya sedar mengapa dan kenapa perancangan Tuhan berbeza dengan apa yang saya mahukan. Saya memang cukup pasti, benar apa yang abah saya jangkakan; kalau betullah saya belajar di luar negara, memang saya tak akan balik ke Malaysia!