Kerajaan Perlu Hapuskan Gerakan Anti Vaksin

10:51:00 am Yana Yani 17 Comments

Kerajaan Perlu Hapuskan Gerakan Anti Vaksin‪ | Semenjak akhir-akhir ini ada beberapa jenis penyakit yang telah hampir dan juga sepenuhnya dibasmi muncul semula. Ini kerana keengganan segelintir ibubapa memberikan imunisasi kepada anak-anak mereka atas pelbagai alasan. Paling menyedihkan, agama digunakan sebagai alasan untuk menghalalkan perbuatkan mereka. Mereka ini juga mempunyai kelompok tersendiri dan lebih dikenali sebagai gerakan anti vaksin.

Kewujudan gerakan ini dengan ideologi yang tidak berasas adalah sangat membimbangkan ibubapa seperti YY yang memberikan imunisasi lengkap buat kedua anak-anak YY. Paling menakutkan adalah wabak Difteria yang secara statistik berjaya ditanggani semenjak Program Imunisasi untuk kanak-kanak diperkenalkan pada awal 70-an. Tapi wabak berkenaan muncul semula dan terbaru telah mengakibatkan kematian kepada dua kanak-kanak yang tidak berdosa.

Menurut kenyatan akhbar yang dibuat oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Bin Abdullah, difteria adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan bakteria Corynebacterium diphtheria. Ia tersebar melalui titisan cecair pernafasan. Bakteria ini menjangkiti tekak dan menghasilkan toksin yang menyebabkan keradangan di sekitar tekak dan bengkak leher yang boleh menyebabkan pesakit sukar bernafas. Toksin ini juga boleh menyerap ke dalam darah, melumpuhkan saraf dan menyebabkan keradangan jantung.

Kerajaan Perlu Hapuskan Gerakan Anti vaksin
Kredit http://bit.ly/28U9c6C

Berhujah dengan mereka yang tergolong dalam gerakan anti vaksin hanya membuang masa kerana mereka tetap percaya apa yang mereka percaya. Entah dari mana datangnya kefahaman mereka yang mengatakan vaksin adalah agenda Yahudi untuk menghancurkan umat manusia. Ironinya, Zionis merupakan negara yang paling tinggi kadar imunisasinya. Malah, jadual imunisasi mereka adalah antara yang paling padat dengan pelbagai vaksin tambahan yang tidak diambil negara lain.

Kalau dah tinggi kadar imunisasi mereka, maksudnya apa? Mereka menghancurkan rakyat negara mereka sendiri?

Kerajaan Perlu Hapuskan Gerakan Anti vaksin
Kredit http://bit.ly/28Ua5w0

Betul, mengambil vaksin bukan maksudnya anak kita tak mati. Mati itu pasti. In fact semua orang akan mati. Itu memang kitaran kehidupan. Tapi kita mengambil langkah pencegahan daripada penyakit berjangkit. Bukankan lebih baik mengambil langkah pencegahan sebelum keadaan menjadi sebaliknya. Ianya sama seperti kita memakai topi atau tali pinggang keledar. keberangkalian untuk kita cedera teruk dalam sesuatau kemalangan dapat dikurangkan dengan pemakaian topi atau tali pinggang keledar. Konsep dia sama.

Kerajaan Perlu Hapuskan Gerakan Anti vaksin
Kredit http://bit.ly/28U9c6C

YY rasa sudah tiba masanya untuk kerajan campur tangan dalam isu. Ini sudah jadi isu keselamatan negara. Pada YY ianya sesuatu yang serius lebih-lebih lagi penyakit seperti difteria cukup mudah berjangkit. Kerajaan perlu mengambil tindakan tegas pada mereka yang terlibat dalam penyebaran dakyah dalam gerakan anti vaksin. Gerakan ini perlu dihapuskan kerana ia sememangnya membawa implikasi tidak elok pada negara. YY sangat setuju dengan apa yang dicadangkan oleh Dr. Abdul Rahman Abdul Kadir dalam link yang YY kongsikan di bawah.

Sila baca dan hadam dengan teliti. Sangat berharap apa yang dicadangkan menjadi kenyataan. Biar hapus terus gerakan yang mempunyai ideologi tidak berasas ni.


Kalau dengan hujah dan segala bukti masih belum membuka mata gerakan anti vaksin dan mereka masih enggan memberikan imunisasi kepada anak-anak mereka, lantaklah! Tak lalu nak nasihatkan orang bodoh sombong. Tapi tolong jangan bercampur dengan anak-anak yang diberikan imunisasi lengkap. Korang percaya apa korang percaya, dan kami, PRO VAKSIN percaya apa kami percaya. Jangan disebabkan kedegilan korang, orang lain yang tak terlibat turut terkena tempias. Ini soal hidup dan mati!

Kepada yang masih berbelah bagi untuk memilih terjebak dalam golongan mana, YY nasihatkan, bertanyalah pada yang pakar dalam bidang ini. Bukan guna Google ye! Baca benda daripada Google belum boleh jadikan korang pakar dalam bidang tersebut. Kalau rasa susah, ada banyak Facebook page yang dikendalikan oleh mereka yang pakar dalam bidang ini. Boleh cari maklumat di Pseudoscience Watch, Medical Mythbusters Malaysia, Root of Medicine dan The Dressar & Co.

Kerajaan Perlu Hapuskan Gerakan Anti vaksin
Kredit http://bit.ly/28TvSDl

Dan Kami tidak mengutus sebelum kamu, kecuali orang-orang lelaki yang Kami beri wahyu kepada mereka; maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui - Surah An Nahl Ayat 43

Terpanjang pula mengomel hari ini. Tapi YY memandang serius hal ini kerana ia melibatkan nyawa. Penularan penyakit yang sepatutnya boleh ditangani dengan pengambilan imunisasi secara teratur sangat menakutkan. Ianya sesuatu yang tidak boleh dimaafkan bagi YY. Sebab tu YY menyarankan kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap gerakan anti vaksin.

Anyway, ini hanya pandangan peribadi YY semata-mata. Ia juga pandangan YY sebagai seorang Mama yang memberikan imunisasi lengkap buat kedua anak-anak YY. Semua sumber yang disertakan dalam entri ini adalah yang dirasakan sahih dan berguna untuk rujukan mereka yang memerlukan. Komen mereka yang terjebak dengan gerakan anti vaksin TIDAK AKAN DISIARKAN sama sekali di dalam blog ini. Blog aku, suka aku lah!

Sekian, Assalamulaikum.

17 comments:

  1. Sungguh memang tak sangka bila diberitahu jumlah anak yg tidak menerima immunisasi berjadual bukan sikit jumlahnya YY. Golongan yg terlibat juga bukan org yg tak sekolah tapi juga boleh dikatakan terpelajar.. Yg sedih anak yg jadi mangsanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah yang merisaukan kak
      ada penyakit yang dah hapus, wujud balik. pula tu mudah berjangkit
      tak bagus untuk komuniti
      tulah yang saya tak paham, rata-rata golongan terpelajar

      Delete
  2. kesian budak2 kecil. anak sy dah 2 kali kena hfmd, kesian betul dia..mulut sakit, nak makan nangis.. enath dari mana boleh kena..
    ni penyakit lain pulak mengancam budak2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan PB
      benda camni melibatkan komuniti
      kita tak boleh pentingkan diri sendiri
      nanti sebab kita, habis rosak seluruh komuniti

      Delete
  3. Isu ni semakin serius.. I pro vax, secara logikal lah kan, doktor2 kita ni jahil sangat ka nak membantai yg haram (kalau agenda yahudi).. ni x bukan golongan yg 'bajet' mengamalkan makanan sihat n sunnah sepanjang masa lah ni.. kebanyakan begitulah diserap dlm minda mereka, makan sihat inshaallah benteng pertahanan badan kuat..hurm, mujur tak ada anak lagi, nak membahas lebih2 susah jugak.. kesian anak2 yg jadi mangsa mak ayah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sangat serius sebab ianya melibatkan komuniti
      kalau dunia diorang sendiri aje, tak apa
      tu yang sakit hati baca kenyataan diorang tau
      seolah menggambarkan sape ambil vaksin tak amalkan apa
      yang disarankan oleh sunnah. merepek sangat tau
      serius merepek

      Delete
  4. Ntahlah. Susah nak cakap. Bila panggil anti vaksin. Mereka menidakkan yg mereka anti vaksin. Cuma mereka menggelarkan diri sebagai pro choice. Mereka ni tetap pergi klinik/siptak kalau anak sakit. Cuma dorang tak vacc kan anak jer. Kebanyakan yang pro choice ni stop vacc anak dorang lepas dapat kesan dari vaksin. Contoh...anak kena eczema lepas vaksin.

    Memang kalah kalau berdebat ngan dorang ni. Tapi saya vacc anak saya. Ni nak amik pneumococal vacc untuk si kecik atas nasihat doctor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. anti vaksin dan pro choice adalah dua golongan yang berasingan
      walau dari segi persamaan, sama aje. takde beza
      cumanya alasan pro choice, anak dah kena vaksin, alergik
      terus stop tanpa nasihat doktor
      stop berdasarkan assumption sendiri.

      betullah bukan semua budak sesuai dengan vaksin tu, tak nafikan
      tapi bukankan lebih elok dapatkan pengesahan dari doktor
      bukan suka-suka hati berhenti. bahaya tau
      eczema adalah masalah kulit yang boleh disebabkan pelbagai faktor
      eczema takde cure tapi manageable, anak saya pun eczema
      garu sampai berdarah. doktor kata kebiasaannya hanya ketika kecil
      dah besar tak akan ada dah benda tu

      terpanjang pula komen kat sini. haha
      anyway, saya hanya against anti vaccine
      sebab pada saya mereka membahayakan komuniti. tu aje. full stop

      Delete
  5. ada setengah parent ada sebab untuk tak vaksin anak. ada baby yang alah dengan vaksin. tapi, tindakan harus diambil bagi parent yang takde alasan kukuh.takde sebab tak amik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde langsung sebab tuk tak ambil mar
      betul memang ada budak alergik dengan vaccine
      tapi parent tak boleh sesuka hati berhenti
      kena dapatkan pengesahan doktor
      doktor ada alternatif untuk kes seperti ni
      ni stop based pada assumption sendiri. apa kes?
      bila ianya melibatkan komuniti, ianya membahayakan

      Delete
  6. aida pun bangkang ler org yg anti-vaksin ni.
    bahaya utk org lain!

    ReplyDelete
  7. Ni anti-vaksin tak dapatlah nak 'membantai' kat sini ya, YY ~_^

    Kasihan anak-anak. Makpak korang punya pasal yang anti itu ini tak tentu pasal, anak-anak jadi mangsa. Bukan anak sendiri aje, anak orang lain pun tak pasal-pasal jadi mangsa. Kalau cakap lebih sikit kang pandai pulak marah!

    Orang yang tak reti-reti walaupun dah diajar banyak kali ni disebabkan kebongkakan dan kebodohan diri sendiri, memang tak dapatlah nak menolong!

    ReplyDelete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...