Perbezaan Di Antara Introvert dan Extrovert
Perbezaan Di Antara Introvert dan Extrovert | Hari ni YY nak ajak korang semua mengenali perbezaan di antara si introvert dan si extrovert. Basically setiap di antara kita dilahirkan ke dunia dengan pelbagai sifat. Tiada yang salah mengenainya sebab itulah yang menjadikan kita unik dan berbeza antara satu sama lain. Menurut kajian sifat keperibadian manusia terbahagi kepada dua, iaitu introvert dan extrovert.Dalam bahasa mudah, si introvert adalah seseorang yang bersifat tertutup atau lebih suka menyendiri. Sementara si extrovert adalah seseorang yang bersifat terbuka atau gemar bersosial. Menurut Ummu Ayyash Dot Com, perbezaan antara si introvert dan si extrovert adalah cara mereka mendapatkan ”energi”. Si introvert mendapatkan ”energi” melalui diri mereka sendiri. Sementara si extrovert mendapatkan ”energi” dari orang-orang di sekeliling mereka.
Melalui ciri-ciri yang disenaraikan YY dapat mengenali sifat keperibadian anak-anak YY. Ia sekaligus membantu YY membina membina personaliti dan keperibadian yang baik dalam jiwa kedua mereka. So di antara Afif dan Aisyah, siapa si introvert dan extrovert?
Kredit http://bit.ly/29PQ6dQ |
Afif obviously seorang introvert. Lebih kurang sama dengan YY. Dia seorang yang sangat selesa menyendiri. Even bermain pun dia lebih selesa bermain sendiri. Dia seorang yang sangat fokus pada sesuatu perkara dan agar sukar menyuruh dia melakukan dua kerja pada satu masa. Kebiasaannya bila dia buat kerja A, dia akan buat sampai habis kerja A walaupun kita ajak dia untuk buat kerja B pula.
Afif kalau korang pertama kali jumpa dia, confirm korang akan assume dia seorang yang tidak pandai bersosial. Tapi sebenarnya dia seorang yang sangat mesra dan disenangi. Cuma Afif ni jenis suka memerhati dulu baru dia buat keputusan sama ada nak berkawan ataupun tidak.
Afif juga jenis seseorang yang berfikir dahulu sebelum bercakap. YY pernah tegur dia yang ketika itu agak senyap ketika kami keluar berjalan. Dia menjawab, "Kejab Mama, Afif tengah fikir nak cakap apa" Kelakar bila teringat.
Yang pasti dia seorang yang sangat boleh diharap. Contoh kalau dia bermain di luar dengan Adik dia, YY hanya ingatkan, "Afif, nanti pukul 7 ajak Adik balik. Tak balik, Mama kunci pintu" Tepat pukul 7 dia dah sampai rumah dulu sambil dok jerit suruh Adik dia yang leka bermain, balik.
Afif si introvert |
Aisyah adalah seorang yang playful obviously seorang extrovert. Karakter dia sama dengan MyChintaHati. Lagi ramai orang, lagi terserlah sifat playful dia. Sangat mudah bergaul kalau dibandingkan dengan Afif. Dia agak kekok kalau bersendirian. Kalau hanya YY dan dia di rumah, memang dia akan mengekor aje ke mana YY pergi.
Dia juga seorang yang sangat peramah. YY sebenarnya kurang selesa dengan sifat dia yang ni. Bimbang ianya boleh mendatangkan kemudaratan. Semua orang dia boleh tegur tanpa ada sedikit pun rasa takut. Pernah YY ke kedai menjual nasi lemak, dengan senyuman Aisyah tetiba menarik perhatian semua orang bila dia bersuara out loud, "Hai! Adik nak beli asi yemak!"
Aisyah seorang yang agak mudah disuruh. YY suka bila melakukan kerja, YY akan tanya, "Siapa boleh tolong Mama ambilkan ______?" Kebiasaannya Aisyah akan sampai dahulu. Dan pada usia lima tahun ni, YY bangga sebab dia dah kenal kesemua barang di dapur. Sebutlah tolong ambil bawang ke, serai ke, besen ke, semua dia tahu di mana letak kesemua barang tersebut.
Tapi dia bukan seorang yang fokus. Contoh kalau dia tengah tolong mengemas, dia boleh tinggalkan aje kerja tu bila Abang dia ajak dia bermain. Nak ajak dia duduk baca buku adalah satu cabaran yang cukup besar sebab dia mudah beralih tumpuan. Dia juga sangat talkative. Ada sahaja benda yang dia nak bualkan sampai kadang Abang dia takde peluang nak bercakap.
YY suka sifat dia yang suka berkongsi. Kalau bermain dengan kawan, agak jarang dengar bergaduh. Sebab dia akan bagi orang pegang apa yang dia ada. Tapi jangan overstep, memang akan terdengarlah dia mengaum. Silap haribulan lunyai orang yang overstep tu kerjakan. Tangan dak Aisyah ni ringan juga bab mendebik orang ni (^_^)
Aisyah si Extrovert |
So begitulah perbezaan di antara sifat keperibadian introvert dan extrovert yang dimiliki oleh Afif dan Aisyah. Based pada list yang YY senaraikan ni, korang juga boleh kenali sifat peribadi korang sendiri. Agak bagus sebenarnya kalau kita cuma identify sifat peribadi kita. Ia dapat membantu kita mengatasi kelemahan dan menambahbaik segala sisi positif.
Alright, sampai sini aje bebelan YY. Jangan ditanya cerita Syawal kami. Masih belum berkesempatan upload gambar ke PC. Sibuk sangat beraya. Ni pun malam nanti ada jemputan open house. Entah bilalah boleh cerita weh! Silap haribulan habis raya pun tak cerita lagi, Nasiblah ada banyak juga cerita dalam draft. Boleh cover sikit. Hehe!
Semoga ketemu lagi di lain entri. Assalamualaikum (^_^)
Melalui pembacaan ni, saya rasa masuk dalam kategori introvert..
ReplyDeletehehee, takpa.. cerita raya nanti boleh gabung sekali dengan raya Haji
kalau Syawal da habes
samalah kita, introvert juga...hehe
Deleteko ni baik punya perli ye
takpe, takpe...nanti kita kasi up
mau sampai muntah hijau ko melayan...haha
hahahaha... mana ada perli...
Delete#bakosikit je.. kihkih
bagusnya maklumat
ReplyDelete=)
DeleteAida = introvert.
ReplyDeletememang tu kalu tiap kali buat test.
sama kita aida
Deleteintrovert juga...hehe
Nadia rasa masa kecik nadia introvert ... Tapi bila dah start kerja , introvert ada , extrovert pun ada ... Tgk situation . More flexible diri nie rasa nya . Hihi . Nice sharing kak YY
ReplyDeletedia kalau ada jenis tu, nama dia ambivert
Deletejarang ada sebab dia boleh sesuaikan diri pada dua situasi
Wah..nice info. Rasanya saya introvert..tu sebab adakala saya suka bersendiri. Bila ramai sangat orang saya jadi rengsa
ReplyDeletesamalah kita sal
Deletesep sikit! akak pun introvert juga
lebih suka ada masa menyendiri
tak suka suasana riuh rendah
Saya introvert. Lebih suka menyendiri. Lebih suka duduk rumah. Jarang-jarang nak keluar sesaja. Keluar bila ada keperluan aje. Itu pun dengan famili aje. =)
ReplyDeletesaya mengaku saya pun introvert juga. walaupun dgn keluarga sendiri. kekadang ada la sikap lebih mesra muncul,itupun bukan selalu,tapi introvert lbh kuasai diri saya.
ReplyDeletekekadang risau jga dgn diri sendiri sbb kemahiran sosial lemah skit,tapi pandai2 la bawa diri. huhu
afif dgn aisyah lain sifatnya,masing2 ada kelebihan dan ada juga kelebihan itu kadang2 boleh menyusahkan,kena berjaga-jaga la untuk kita seimbangkan.
Suami saya memang introvertlah tapi kami tiga beranak ni macam duduk di tengah-tengah pulak. Si abang tu memang more to introvert but then ada juga sifat introvert yang takda padanya. Si adik pulak memanglah extrovert. Pun begitu tak semua ciri extrovert tu ada padanya seperti suka berkongsi. Si kecil ni tak suka berkongsi langsung. Semua nak jadi haknya 100%.
ReplyDelete