Ke Taman Tasik Shah Alam Lagi
Ke Taman Tasik Shah Alam Lagi | Ini entri yang sudah agak lama terperuk dalam draft. Peristiwa sebelum puasa pun lagi. Tapi disebabkan YY masih belum ada masa nak upload gambar raya, makanya YY cerita ajelah apa yang memang dah ada dalam draft. Mood pun masih belum sampai walau sudah diseru banyak kali. Tapi takpelah. Kita kasi clear draft dan pada masa yang sama blog pun berupdate. Bijak kan? Hehe!Cerita mengenai Taman Tasik Shah Alam ni sudah banyak kali juga YY ceritakan di blog ni. Ia merupakan antara tempat yang popular dikalangan warga Shah Alam. Malahan kami juga kerap ke sini bagi memberi ruang dan peluang untuk Afif dan Aisyah berpeluh. Biasa budak berdua tu dok terperuk dalam rumah aje. So bila pergi tempat camni, dapatlah juga diorang berpeluh dengan bermain segala jenis permainan yang disediakan. Seronok tengok diorang seronok.
Buai laju-laju |
Malam sebelum ke sini, Kami ke i-City. Besoknya MyChintaHati bawa kami ke sini bagi menghabiskan hari menjelang Ramadhan. Kalau bulan puasa memang takdelah pergi tempat terbuka camni.
Baca Bersantai Lagi Di i-City Theme Park
Sebenarnya agak lama kami tak ke taman permainan di sini. Sebab utama adalah kesemua permainan yang ada di sini telah digantikan dengan yang baharu. Proses penukaran ni juga mengambil masa yang agak lama. Asal pergi aje, still under renovation. Mujur ketika kami singgah baru-baru ni, ianya sudah siap sepenuhnya atau mungkin hampir siap. Kurang pasti.
Seronok aje budak berdua ni main |
YY sebenarnya kurang gemar pasir yang digunakan mengelilingi taman permainan tersebut. Tak pastilah sama ada ianya memang konsep taman permainan berkenaan. Atau ianya belum siap sepenuhnya. Bukannya apa. Budak kan kebiasaannya main tak beringat. YY berpendapat pasir ni mampu meningkat keberangkalian untuk budak-budak tercedera.
Sebelum ni taman permainan tersebut dikelilingi dengan pelapik getah. Takdelah susah hati sangat sebab rasa macam pelapik tu mampu mengurangkan risiko kecederaan. Kalau pasir camni, budak mudah cedera. Pastu kalau musim hujan pula, confirm taman ni becak. memang tak dapat nak singgahlah jawabnya.
Afif cukup suka permaian camni. Budak lelaki gamaknya |
Apapun yang merisaukan YY tidak langsung menjejaskan keseronokkan Afif dan Aisyah bermain pada hari tu. Nak pula time tu tiada langsung kanak-kanak lain di taman berkenaan. Memang diorang berdua beradik conquer habis!
Kesemua permainan baharu tersebut mereka telah rasmikan. Cuaca panas pada hari tu langsung tidak menganggu diorang untuk berseronok. Bosan permainan yang ni, berlari ke permaian lain. Dan langkah itu diulang sehingga mereka benar-benar keletihan. Itu pun belum betul-betul nak balik. Tapi disebabkan bekalan air minuman yang YY bawa dah habis, maka nak tak nak diorang terpaksa balik (^_^)
Aisyah pula suka main permaian ni. Spinning sampai pening. Hehe! |
Agak lama juga sebenarnya kami di situ. Bagi peluang Afif dan Aisyah bermain dan berseronok. Bukan selalu pun diorang dapat peluang camni. Selalu dok dekat rumah aje. Lagipun sebagai parent, takde apa yang lebih membahagiakan daripada melihat anak-anak berseronok. Telatah mereka juga mampu membuat kita juga terhibur.
Tapi penat juga melayan diorang ni main. Hehe! YY dan MyChintaHati kena take turn jaga diorang berdua. Kalau tak buat gitu, mau pancit juga kitorang dibuatnya (^_^)
Diorang berdua ni sangat seronok pada hari tu |
Selepas bekalan air minuman habis, nak tak nak, Afif rela dalam terpaksa mengikut balik. Kalau tak, mereka berdua masih ingin terus bermain. Mana mungkin nak teruskan bermain dengan tekak yang dah kering kan? Hehe! So kami pun pulang. Sempat juga singgah pekena cendol di Seksyen 7 nun. Lega dapat basahkan tekak dengan cendol dalam cuaca yang panas berdeting ketika tu.
Baca Cendol Pulut / Tapai di Seksyen 7, Shah Alam
Wajah-wajah kesayangan YY (^_^) |
Rasanya sampai di sini sahaja bebelan YY untuk hari ni. Entah bila mampu up cerita Syawal kami. Tapi tak usah risau. Korang mesti dapat baca juga. Cepat dengan lambat aje. Lagipun raya kan sebulan. Hehe! Okaylah korang ye. Semoga ketemu lagi di lain entri.
Assalamualaikum (^_^)
Hi Yana :)
ReplyDeleteDuduk di shah alam juga ye rupanya.. Siqah pun tinggal di daerah yang sama :D Sesekali ada juga ke taman tasik shah alam ni.
Raya sebulan! Betul betul betul. Bila-bila boleh je up cerita hari raya. Siqah pun ada je lagi dalam draft. Hehe.
eh tak, saya duduk klang
Deletetapi kan dekat aje kan, tu yang kerap juga singgah sana
haha...cerita raya ye. tenagh cari mood =)
selamat malam, rajin update blog ye..hehe..syira lokman datang intai blog lagi :D hyeeeee...syoknye bawa diorang main kan
ReplyDeletehehe...mekasih yunk
Deletesudi mencemar duli ke teratak hamba yang tak seberapa ni
nanti kita balas kunjungan ye
Kita ni risau pelbagai bila nak bw anak ke taman r mana2, anak pula pantang jumpa permainan pasti girang hatinya, tak ade nk fikir apa dah. Kami dh lama tak singgah taman tasik shah alam ni, nampak lawa di gambar ni.. maybe bolehla singgah nati bw ahmads ni main barang kejap.
ReplyDeletekan...nama pun budak. diorang apa tahu
Deletetahu seronok aje
kadang nak melarang pun serba salah.
mainan dia semua baharu dah...cuma part pasir aje tak gemo
dah besar pun anak-anak.
ReplyDeletealhamdulillah =)
DeleteDah cantik tu ha permainan yang ada, akak dah lama tak singgah atau pergi ke tasik tu. Pun tak tahu bila nak membawa anak-anak.
ReplyDeleteTakpe cepat atau lambat cerita raya tu tetap ditunggu tapi jangan lama sangat ye heee
memang mainan dia semua lagi ok dari hak dulu
Deleteseronok sikit, cuma part pasir tu aje yang kurang gemar..hehe
ala kak, belum sempat nak cite lagi ni
adusss
Jenjalan yg lebih untuk menggembirakan seisi keluarga itulah yg terbaik YY
ReplyDeleteTengoklah semuanya nampak puas hati dari senyuman yg terserlah.
tulah kak
Deleteaktiviti camni memang paling dinanti
dapat luang masa bersama memang priceless
Memang seronoklah anak-anak YY main permainan tu masa tak ramai orang. Kalau ramai, kena tunggu turn plak. Hehe. Ini kalau anak saudara saya jumpa taman ni, memang susahlah dia nak berhenti main.
ReplyDeletekebetulan masa tu sehari sebelum puasa
Deleteso orang mungkin balik kampung
nak puasa sama keluarga kan
memang seronoklah diorang dapat conquer...hehe
Seronoknya....Dah lama x jejak kaki kat TTSA ni.
ReplyDeleteyeke? saya pun baru-baru ni aje
DeleteKita ni mencari cerita sebelum raya, YY ^_^ Maklumlah lama tak singgah sini dengan penuh istiqomah katanya!
ReplyDeleteBudak-budak manalah tak suka taman permainan. Kalau boleh, tak nak balik rumah. Nak bina khemah kat taman permainan ni supaya dapat main sampai tengah malu. Tapi kita sebagai makpak of courselah tak beri keizinankan; takut hantu ^_^
Saya tak pernah kot pergi jauh sampai ke Taman Tasik Shah Alam ni. Paling jauh pun sampai Cyberjaya dan Putrajaya yerk. Hehehe!
alahai MD, memang tak akan jumpalah cite tu
Deletememang tak buat. sebab saya dok cerita pasala lemang tu aje
kira cerita pasal lemang tu merangkumi cerita sebelum rayalah =)
amboi, lagi jauh sampai pula. haha
saya yang disenaraikan tu memang tak pergilah.
mychintahati tak berkenaan nak ke sana. haha