Resepi Kek Pisang Menggunakan Sukatan Cawan

7:16:00 am Yana Yani 16 Comments

Resepi Kek Pisang Menggunakan Sukatan Cawan | Salam 10 Syawal semua! Hari ni YY cerita pasal resepi kek lagi! Mau muntah hijau korang melayan. Saja nak habiskan cerita resepi yang dah basi dalam draft ni. Tapi yang sebenarnya saja nak cover. Setakat hari ini YY belum ada idea nak up cerita raya. Bertabahlah korang ye. Hehe! Buat sementara ni, korang layankan ajelah cerita hari ni berkenaan resepi Kek Pisang. Dan seperti biasa menggunakan sukatan cawan.

MyChintaHati cukup gemar dengan Kek Pisang. Selalu dia dok beli hak yang dah siap aje. So YY ni kononnya nak mencubalah buat sendiri Kek Pisang kegemaran insan tersayang. Kebetulan terpandang Kek Pisang hasil air tangan blogger yang kini dah beralih ke Instagram. Siapa lagi kalau bukan Kak Roha. Punyalah menggoda kek dia.

Resepi Kek Pisang Menggunakan Sukatan Cawan
Kredit http://bit.ly/29VMk7q

Tapi resepi yang Kak Roha guna adalah menggunakan sukatan gram. Lemah betul rasanya kalau resepi guna sukatan gram ni. YY takde peralatan nak menyukat menggunakan gram. Tapi disebabkan niat nak buat tu sikit punya tebal, YY tekad untuk menderhaka! Tanpa berfikir baik dan buruk (cehwah ayat skema!) YY pun pepandai aje olah resepi kek tu mengikut sukatan cawan.

Tapi kalau korang nak tengok resepi asal. Boleh usha Instagram Kak Roha Hassan. Kalau nak tengok resepi YY, sila scroll down

Resepi Kek Pisang Menggunakan Sukatan Cawan
Bahan-bahan yang diperlukan

Bahan untuk diayak adalah
- Dua (2) cawan tepung gandum
- Satu (1) tsp baking powder
- Satu (1) tsp soda bicarbonate
Kalau nak lagi mudah kan, guna aje terus tepung naik sendiri. Tu yang biasa YY buat. Tak payah dah guna baking powder dan soda bicarbonate. Tapi time ni stok tepung naik sendiri takde. Hehe!

Bahan untuk dikacau adalah
- Tiga (3) biji telur gred A
- Satu (1) cawan gula perang. Nak guna gula kastor pun boleh
- Satu (1) cawan pisang lemak manis yang telah dilenyek
- Setengah cawan minyak masak
- Satu (1) tbsp ovalette
- Satu (1) tsp esen vanila (Sepatutnya kena guna esen pisang. Hentam ajelah!)
- Secubit garam

Bahan untuk hiasan adalah
- Sedikit coklat chips atau apa sahaja yang difikirkan perlu

Macam biasa sebelum buat kek, sila panaskan oven mengikut kesuaian ye. Pastikan loyang apa sahaja bentuk yang korang ada sudah siap dileserkan dengan mentega atau marjerin. YY ni memang ada loyang jenis bulat aje. Saiz 8" x 8". Sebab tu kalau korang tengok semua resepi kek yang YY kongsikan, bulat aje bentuk dia. Janji boleh makan. Apa ada hal.

Pastu kalau ada baking paper letak sekali dalam loyang tu. Takde korang slamber ajelah pakai aluminium foil macam YY. Takde juga, pepandailah beli.

Resepi Kek Pisang Menggunakan Sukatan Cawan
Rupa Kek Pisang yang sudah siap dibakar

Pastu menggunakan mixer, kacau telur dan ovalette sehingga kembang. Masukkan gula perang dan minyak masak. Pastu diikuti pisang yang telah dilenyek, esen vanila dan garam. Bila semua bahan dan bergaul rata, masukkan tepung yang telah diayak tadi. Lepas tu tuangkan adunan kek tu ke dalam loyang yang sudah disediakan.

Taburlah coklat chips. Jumlah yang perlu ditabur adalah bergantung kepada kesukaan korang. Boleh juga campurkan coklat chips tu dalam adunan kek tadi. Bakar selama lebih kurang 40 minit atau hingga kek masak.

Resepi Kek Pisang Menggunakan Sukatan Cawan
Kek Pisang hasil air tangan YY

Cuba bandingkan rupa Kek Pisang YY dengan Kak Roha. YY punya kek cerah sikit nampak gayanya kan? Banyak pakai krim pemutih gamaknya. Hehe! Takdelah. Ni gambar masa first time buat. YY time tu pegi letak tiga biji pisang aje. Kelakar bila teringat. Tulah, nak menderhaka sangat. Ambik kau! Pastu second time buat, YY gandakan jumlah pisang lenyek tu. Alhamdulillah menjadi.

Korang pun boleh buat Kek Kurma gunakan bahan yang sama tau. Just tukar pisang pada kurma aje. YY dah pernah buat juga. Tapi tak teringat nak ambil gambar. Lagipun tak jalan Kek Kurma kat rumah ni. Sekali tu dulu aje buat. Pastu tak pernah dah buat.

Okaylay korang ye. Rasanya sampai sini ajelah bebelan YY untuk hari ni. Moga next entri korang dah boleh baca cerita Syawal kami di Kuala Lipis, Pahang. Till then, Assalamualaikum (^_^)

Resepi lain yang harus dicuba
Cara Membuat Donat Simple
Resepi Kek Tok Gajah!
Resepi Kek Coklat Moist Bakar
Resepi Kek Marble Bakar
Resepi Kek Coklat 3 Minit Guna Microwave
Resepi Congo Bar Mengunakan Sukatan Cawan
Resepi Mudah Puding Roti Coklat
Resepi Kek Minyak Menggunakan Sukatan Cawan

16 comments:

  1. Tergelak kakak bila YY kata pakai krim pemutih:)
    Yg penting anak-anak suka. Biasalah bila dah jadi mama buat yg seisi rumah suka. Kalau buat yg tak disuka membazirlah pulak kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...warna dia tu terang sangat
      pasal tu saya kata pakai krim pemutih
      tulah kan kak. elok buat yang diorang suka

      Delete
  2. puasa hari tu sis ada buat kek pisang sebab nampak pisang berlambak depan mata . sis guna pisang yg selalu org goreng tu . pastu jgn tanya berapa byk sis masukkan pisang ya ... heh heh heh . alhamdulillah menjadi dan lembut juga keknya ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. pisang apa yang selalu orang goreng
      ada banyak jenis. pisang tanduk, pisang abu, pisang awak
      pisang saya aje takde...haha

      kena try n error. saya pun gitu
      sebab setiap sukatan tu cam berlainan kan

      Delete
  3. wowwiiii shedap nyer la hai.
    cantik rupa paras nyer, YY.
    aida pernah 1 kali jer buat kek pisang tau.
    hmmmmmm sedap ler di tekak anak2 tapi rupa paras out!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. rupa paras tu belaka cite aida
      kalau anak-anak kata sedap, kira jadi ler tu
      saya tu nampak aje cantik, rasa entahlah
      biasa saya kalau buat kek ni, saya buat aje
      rasa tu tak...hehe

      Delete
  4. wah rajinnya yana, akak tak pernah buat kek pisang, kena cuba nih sebab en.azmi dan anak2 suka kek pisang

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak kata rajin tu tak juga kak
      ikut permintaan sebenarnya
      kalau ada permintaan tu, memang buatlah
      lagilah kalau semua bahan ada. kalau takde yang maleh bertingkat2 =)

      Delete
  5. Kt dlm resepi akk cuma letak 1 pisang.. actually bpe qtty ye sume? huhu... bru nk try buat ni... :) slalu beli aje kt kedai yg samudra tu.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak yunk! kalau ko tak tegur, akak tak perasan pun
      akak letak secawan pisang yang dilenyek
      ko lenyek dulu pisang tu, baru measure
      try lah buat, insya allahjadi
      take note yang rupa dia tak akan jadi segelap yang samudra tu tau
      mungkin orang tu letak pewarna

      Delete
  6. Yeah, kembali mengorek entri lelama!

    Saya ni suka baca resepi aje, YY. Lepas tu save dan save selamanya ^_^

    Mengancam juga kek pisang YY macam yang dijual di kedai ^_^

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum
    Terima kasih atas perkongsian ilmu. Sy dah buat semalam. Mmg gebu dan sedap

    ReplyDelete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...