Resepi Mudah Puding Roti Coklat

7:30:00 am Yana Yani 23 Comments

Resepi Mudah Puding Roti Coklat | Resepi ini terhasil kerana pada ketika itu ada roti yang telah luput. Nak buang gitu aje, sayang pula kan. So YY bercadang nak buat puding roti tapi versi coklat. Dekat rumah YY ni, apa sahaja makanan berunsur coklat, memang laku sangat. Resipi asal YY perolehi daripada Kaktus Berduri. YY olah sikit mengikut kesuaian tekak YY dan paling penting mudah cara penyedian.

Bahan untuk buat Puding Roti Coklat terbahagi kepada dua. Untuk bahagaian pertama, korang perlukan bahan berikut. By the way, time ni korang dah boleh start panaskan oven dengan suhu sekitar 180C. Pastu loyang dah boleh letak kertas kek atau aluminium yang disapu mentega atau marjerin bagi memudahkan kerja-kerja membawa keluar puding bila siap masak nanti.

Resepi Mudah Puding Roti Coklat
Bahan untuk bahagian pertama Puding Roti Coklat

Bahan A
- Sepuluh keping roti dibuang bahagian kulitnya
- Satu (1) tin susu cair
- Separuh bahagian coklat masakan yang dihiris halus
- Sedikit cip coklat
- Jem coklat untuk disapu pada roti

Memula sekali sapu jem coklat pada roti yang telah dibuang kulitnya. Lepas tu susun roti pada loyang diikuti coklat masakan yang telah dihiris halus. Ulang langkah ni sampai roti dan coklat masakan habis.

Resepi Mudah Puding Roti Coklat
Contoh lapisan Puding Coklat yang pertama

Akhir sekali taburkan cip coklat seberapa banyak yang korang suka diikuti dengan menuang satu tin susu cair pada roti tadi. YY lupa nak snap gambar part ni. Faktor usia mungkin antara punca. Hehe! Anyway, biarkan adunan roti tadi terendam seketika.

Meh kita buat bahagian kedua pula.

Resepi Mudah Puding Roti Coklat
Bahan untuk bahagian kedua Puding Roti Coklat

Bahan B
- Tiga (3) biji telur gred A
- Setengah cawan gula
- Satu (1) tsp esen vanila
- Satu (1) tbsp tepung jagung
- Satu (1) tbsp coklat emulco (tak letak pun takpe)
- Tiga (3) tbsp marjerin yang dicairkan
- Tiga (3) tbsp serbuk koko yang dicampur bersama tiga (3) tbsp air suam

Resepi Mudah Puding Roti Coklat
Rupa bahan B yang telah dicampurkan

Pukul telur sampai kembang bersama gula. Campurkan marjerin yang dicairkan bersama dengan serbuk koko yang telah dicampurkan air. Pukul sehingga bahan sebati. Masukkan coklat emulco dan esen vanila. Akhir sekali masukkan tepung jagung. Pukul sehingga kesemua bahan sebati seperti gambar di atas.

Lepas tu tuang adunan bahan B ke dalam acuan yang mengandungi bahan A tadi. Gambar untuk part ni pun YY lupa snap. Again, faktor umur mungkin puncanya (^_^)

Resepi Mudah Puding Roti Coklat
Rupa Puding Roti Coklat yang baru masak

Masukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan tadi. Bakar selama lebih kurang 40 minit. Biasanya kalau baru masak, rupa Puding Roti Coklat ni macam gambar dekat atas. Tapi jangan tertipu. Kejab aje kejadian dia meninggi naiknya tu.

Nanti dah sejuk, dia turun. Jangan paniklah pula kalau dia turun tetiba. Memang gitulah kejadian Puding Roti Coklat ni. Agak dah sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk.

Resepi Mudah Puding Roti Coklat
Puding Roti Coklat yang siap untuk dihidangkan

Dah sejuk tu, bolehlah dipotong dan dihidangkan. Puding Roti Coklat ni memang sedap dihidang ketika sejuk. Anak-anak YY cukup suka makan. YY pun dah pernah bagi juga orang lain rasa Puding Roti Coklat versi YY ni. Siap ada yang syorkan YY meniaga lagi. Merasalah kembang hidung untuk beberapa ketika. Hehe!

So begitulah resepi Puding Roti Coklat. Senang dan mudah aje kan? Lepas ni korang bolehlah cuba buat. Insya ALLAH sedap. Hidangkan time buka puasa nanti lagi awesome. Eh, tetiba! Hehe! Bukan apa, semangat nak menyambut Ramadhan ni! Hehe!

Rasanya sampai di sini sahajalah bebelan YY untuk kali ini. Moga bertemu lagi di lain entri. Assalamualaikum.

Resepi lain yang harus dicuba
Cara Membuat Donat Simple
Resepi Kek Tok Gajah!
Resepi Kek Coklat Moist Bakar
Resepi Kek Marble Bakar
Resepi Kek Coklat 3 Minit Guna Microwave
Resepi Congo Bar Mengunakan Sukatan Cawan
Resepi Kek Minyak Menggunakan Sukatan Cawan
Resepi Kek Pisang Menggunakan Sukatan Cawan

23 comments:

  1. assalamualaikum yy..wah pagi2 dah ber puding

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. alhamdulillah. lama tak singgah teratak akak
      insya allah, sampai lah saya nanti ye

      Delete
  3. wah makin hebat yana dengan resepi2 yang sedap nih. haa bolehlah buat berniaga di bulan ramadhan tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..kelakar pula mendengarnya kak
      idaklah hebat kak. setakat try gitu2 aje
      akak lagi hebat apa

      Delete
  4. Boleh jual ni, YY. Nilai komersial dah ada hihihi. Nampak tempting sangat, memanggil-manggil! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...ada nilai komersial ye
      buat makan sendiri boleh lah kak =)

      Delete
  5. Kakak yg tengok ni pun dah tergoda apa lagi yg dah merasa tentulah tahu kelazatannya, sebab itu dia suggest YY jual.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...lain kak, tengok dan rasa
      kadang gambo ni nipu...hehe

      Delete
  6. Puding roti coklat ya. Hmmm...memang tak pernah buat. Hahaha!

    Nampak sedap. Tapi kalau di rumah saya ni bulan puasa kalau ada extra dessert macam ni, memang terbiarlah gamaknya. Memang makan kenyang masa berbuka lepas tu tak kuasa dah nak makan apa-apa lagi.

    Ni dah banyak koleksi, bila nak start berniaga?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni kali kedua saya cuba buat. sebelum ni tak penah buat..hehe

      eh samalah kita. kalau nak buat, kenapa pastikan masa buka
      benda tu aje. kalau ada benda lain...memang hai-hai, bye-bye =)

      adus soklan. boleh tanya bila nak meniaga
      bila rajin lah kot jawapannya...haha

      Delete
  7. Tak pernah try...memang kena alas dengan kertas aluminium tu ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...tak diana
      saya dah oenah cuba bakar gitu aje sebelum ni
      dia melekat tau. so saya letak kertas aluminium tu
      sebab memang tu aje ada kat rumah
      jadilah dak? janji tak melekat...haha

      Delete
  8. wahh menariknya...mesti cuba ni...lain dr yg lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. cubalah nanti ye husna
      memang sedap tau. insya allah =)

      Delete
  9. modifikasi makanan mengubah selera dan pandangan terhadap makanan sedia ada..
    kalau roti sahaja dihidangkan mungkin agak jemu dan tak membangkitkan keghairahan.
    bagus juga ideanya untuk mempelbagai jenis makanan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul juga kan
      so kalau kita buat modifikasi gini
      kalau kena gaya, memang mencetus selera dak? =)
      cer try buat...hehe

      Delete
    2. hehee bujang ni perkakas pon terhad...
      kalau kawasan berdekatan, sure sy dah mintak YY buatkan :D

      Delete
    3. eh bujang ye?
      saya pun ada adik perempuan yang bujang
      nak kenal tak? hehe

      boleh aje padin oi. saya ni bab buatkan orang takde hal
      suka tengok orang makan hasil air tangan saya
      tapi sendiri masak, sendiri tak lalu makan...hehe

      Delete
  10. Barulah betul nama puding coklat ye YY....lebih 90 peratus mmg guna bahan coklat ni.

    Apa lagi bulan Ramadhan dah nak sampai, bolehlah berniaga nampaknya hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...memang semuanya coklat
      sebab orang kat rumah ni hantu coklat
      kalau buat perasa lain, kurang jalan

      bab meniaga tu, lain kali lah
      level keberanian belum tahap tinggi lagi..hehe

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...