Pengalaman Perbaharui Lesen Memandu P
Pengalaman Perbaharui Lesen Memandu P | Alhamdulillah hari ini kita semua dah melangkah ke hari ketiga Ramadhan. Steady lagi semua kan? Hehe! Hari ni YY nak bercerita pengalaman YY perbaharui Lesen Memandu P pada permulaan puasa baru-baru ni. Tapi sejujurnya kan, YY macam tak percaya pula yang YY dah berjaya melepasi tempoh percubaan memandu. Terasa macam baru semalam YY dok senak perut mengadap JPJ. Sedar-sedar aje dah kena perbaharui lesen tersebut. How time flies!Baca : Lesen P Berjaya Dimiliki!
Sebenarnya ada kisah yang agak kelakar jugalah masa nak perbaharui Lesen P ni. Sejujurnya, YY ni apa-apa pasal kereta memang tak ambil tahu. YY hanya tahu memandu aje. Serius! Lain tu dari isi minyak kereta, cuci kereta, pam tayar dan apa-apa berkaitan kereta, memang serah sepenuhnya pada MyChintaHati. Masa nak perbaharui lesen ni, YY pun meninggi harapan minta tolong MyChintaHati. Sekali dia kata, "Eh, takde-takde! Sampai bila nak harapkan Abang aje?"
Dah lah selama ni dimanjakan. Sekali tiba-tiba kena buat sendiri. Kes haru namanya ni tau! Memang terasa nak nangis bila MyChintaHati kata gitu. Tapi nak tak nak, terpaksa juga buat. MyChintaHati beria bagi guideline apa nak buat sehinggalah kepada apa yang perlu dicakapkan. Dah macam mengajar budak tadika pula. Risau juga gamaknya dengan bini dia ni. "Pergi aje Pejabat Pos tu, cakap nak renew lesen. Nanti diorang terus buatkan" kata MyChintaHati.
Lesen Memandu P dan Kad Pengenalan diperlukan untuk perbaharui Lesen P |
YY pun masa first day puasa tu, dengan penuh confident pergi Pejabat Pos. Nasib orang tak ramai, so pegi kaunter terus kata nak renew lesen sambil dok hulur lesen dan IC. Sekali orang kat kaunter tu kata, "Eh, Lesen P kena pergi JPJ. Tak boleh renew sini"
Ah sudah! Ni memang kes naya tau! Habis semua orang YY telefon. Baru teringat nak cari cara-cara perbaharui Lesen Memandu P. Memang kena pergi JPJ rupanya. Kalau Lesen Penuh tu yang baru boleh perbaharui dekat Pejabat Pos. Cis! MyChintaHati bagi ajaran sesat! Pula tu boleh dia gelakkan bini dia. "Abang lupalah. Dah berzaman tak pakai P" sambil tak habis-habis dok gelak. Menci tau!
Bertemankan Abah, YY ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang terletak di Padang Jawa. First time katanya. Nak berteman juga tu! Hehe! Sampai sana carilah bahagian Perbaharui Lesen. Nak dijadikan cerita, sistem nombor JPJ time ni rosak. So terpaksa beratur. Bayangkan first day puasa dah kena beratur panjang sampai ke pintu masuk. Dugaan sungguh! Mula dok terbayang kesedapan mengunyah Kari-Kari Ranggup. Hampeh betul! Tapi inilah namanya pengalaman kan? Hehe!
Anyway, untuk perbaharui Lesen Memandu P, korang kena bawa Lesen Memandu P, Kad Pengenalan dan gambar. Tapi gambar ni kalau tak nak bawa pun takpe. Diorang akan gunakan gambar yang sama pada Kad Pengenalan kita. Harga yang dikenakan untuk perbaharui Lesen P bagi setahun adalah RM30. Tapi kita akan dikenakan bayaran tambahan untuk pelarasan ke tarikh lahir sebanyak RM15.
Maksimum untuk perbaharui tempoh Lesen Memandu adalah lima tahun dan minimum pula, selama setahun. YY juga difahamkan enam hari sebelum tamat tempoh Lesen Memandu, kita dah boleh perbaharui lesen tersebut. Tapi sebelum dari tempoh enam hari, tidak digalakkan.
So begitulah cerita pengalaman YY perbaharui Lesen Memandu P. Penuh dengan dugaan dan cabaran katanya. Lepas ni kena beringat sebelum nak buat apa, better cari maklumat dulu sebelum pergi. Kalau main terjah aje, memang jadilah macam YY. Haru biru dibuatnya! Hehe!
Okaylah korang, setakat ni ajelah bebelan YY untuk hari ini. Semoga kita bertemu lagi di lain entri. Oh, belum terlambat lagi rasanya YY nak ucapkan SELAMAT BERPUASA buat semua. Semoga bulan Ramadhan kali ini mampu menjadikan kita insan yang lebih baik. Insya ALLAH.
Salam Ramadhan buat semua pembaca Diari Seorang Mama |
Salam Ramadhan YY dan selamat menjalani ibadah puasa!
ReplyDeleteKasihan alahai terima ajaran sesat tak lain tak bukan, cinta hati sendiri ^_^
Saya pulak hujung bulan ni kena renew tapi saya biasalah, dah berbelas tahun pegang lesen takdalah rasa teruja bila nak renew. Pun begitu, saya pernah aje tak renew lesen selama setahun sebab kononnya nak renew IC baru lepas tu bertangguh, lepas tu malas, lepas tu buat-buat lupa ^_^
Ya, ya! Saya bawa kereta dengan lesen dah expired selama setahun sehari ^_^
Eh, jap! Nak check lesen pulak. Rasanya renew dua tahunlah tahun lepas!
salam ramadhan MD!
Deletetulah tau! menci dengan dia. boleh pula bantai gelak
padahal bini dia lurus aje ngikut cakap dia
saya ni mujur ada tukang ingat
kalau tak mahu jadi macam tu
dah lama gitu, kena samanlah kan MD
banyak ke kena?
salam ramadhan yana..
ReplyDeletehaa pengalamankan. akak pun kadang suami teman tapi dia suruh masuk sendiri pejabat pos renew lesen, rasa macam grrr jek,tapi dia kata bukan susah pun amik nombor pastu ckp nak renew lesen, jadi tahun ni sendiri renew lesen, suami tunggu dalam kereta sebab takde parking hehhe
salam ramadhan kak! =)
Deletesaya ni baru pertama kali renew
tak penah buat pun selama ni. kira memang pengalaman sungguh ni
tapi rasanya lepas ni boleh dah buat sendiri
dah tahu dah prosedur dia camne
insya allah boleh buat sendiri pasni =)
salam ramadhan
ReplyDeletesalam ramadhan anum =)
DeleteBetul.. kakak bulan Januari tempohari nak renew lesen P anak kakak di post office pun memang tak boleh. Kakak pun baru tahu sebab dulu zaman kakak sekolah tak ada sistem lesen P. Lulus terus dpt lesen tak ada P bagai ni, nak renew pergi post office, senang.
ReplyDeletehehe...saya pun tak tahu
Deletesuami saya pun tak tahu tapi confident bagi arahan..hehe
tapi takpe, pengalaman semua ni =)
nice sharing
ReplyDelete=)
Deleteaah memang kena pegi jpj tu... pegi utc je senang semua ada di satu tempat.. Salam Ramadhan..
ReplyDeletesaya tak tahu..hehe
Deleteutc tu menda menatang pula
apapun salam ramadhan ye AH
Cabaran Ramadan tu huhu... mmg letihla tetiba nak kena beratur panjang2.. tp takpelah, lepas ni dah boleh memandu dgn aman jalan2 raya juga... :) :)
ReplyDeletememang cabaran betul KK
Deletesikit punya panjang kena beratur
boleh pula hari yang sama dengan saya ni
ramai giler nak renew lesen P
tulah settle satu masalah, pasni tunggu dua tahun lagi
insya allah renew dipejabat pos pula =)
Saya kalau 1st time memang kalau boleh nak berteman...hehehe... Lesen pon dah nak tamat temph bulan 7 ni. Harap2 tak lupa nak renew sebab pernah setahun tak renew ☺☺
ReplyDeletehehe...saya ingat kat pejabat pos
Deletetu confident tak berteman time pergi
tapi bila tahu kena p jpj
abah juga daku cari sebab seriau nak p sorang..hehe
Salam Ramadhan.. betul juga saranannya tu, better cari maklumat sebelum terjah, boleh plan elok2 dan jimat masa.. lagipon maklumat mudah sekarang ni, hanya di hujung jari... :D
ReplyDeletetulah kesilapan saya
Deletesaya tak selidik dulu sebelum buat tu
menyesal juga dibuatnya
tapi yelah, pengalaman
kalau tak, tak belajar..hehe
renew lesen P memang pi jpj..lah..YY baru renew P ke..ok lepas ni kena kerap memandu..rugi tau tak memandu
ReplyDeletehehe..tak tahu mar
Deletemain terjah aje, memang jadi lagu tulah...hehe
ha'a. baru aje ada lesen kereta
tu pun pasal nak duduk rumah sekarang
kalau tak, memang sampai sekarang tak reti bawa keta..hehe
Hari tu pun renew lesen anak jugak. Mmg kena buat kat JPJ . Okje gi Bangi tu ha.... Kus semangat ramai manusia.... Tapi nak buat mcm mana hadap ajelah....
ReplyDeleteYY kad Raya awak baru sampai tadi. Terima kasih tau!
tulah kan...ramai giler umat manusia
Deletenasib saya hari tu, sistem nombor rosak
dah jadi kerja kena berdiri
nak tercabut screw lutut dibuatnya
dah lah first day puasa, pengalaman sungguh tau
hehe. siqah hari tu masa nak renew lesen P , mujurlah bertanya pada ayah dulu. kalau tak, memang pejabat pos lah jawabnya. dah pejabat pos dekat kan. hehe
ReplyDeleteakak ni dah bertanya
Deleteboleh memasing jawa p pejabat pos, sabo ajelah!
tapi takpelah, pengalaman kan
idak tak sedar..hehe
ari tu aida renew lesen di jpj.
ReplyDeletehmmm nyesal!
lambat hingga 3 jam tau.
aduhai.
serik renew lesen last minute :(
samalah cam saya ni aida
Deletelama giler tau, lebih tiga jam berdiri
dah ler posa. kesian saya kan..hehe
takpe...lepas ni dah boleh renew dekat pejabat pos =)
assalamualaikum kak,saya ingat dlu ada tau komen entri ni panjang lebar saya taip kak,tapi tetiba wi-fi terputus. agaknya tak sempat nak tekan publish. f5 balik semua komen panjang saya dah tak 'wujud'. huhu
ReplyDeletetapi tak apa,saya komen lagi.
entri ini bolehlah buat rujukan saya akan datang. hehehe.. saya dah dapat lesen P motor,kereta, L ja. Ambil asing . tapi nanti mati P kereta ikut lesen p motor juga.
Saya teringat satu peristiwa dalam bulan 4 macam tu la,lesen L akan tamat tempoh sekian2 tarikhnya,saya pun menggelupur la nak renew. Saya pergi la ke SKi,ada pejabat pos,tak tahu pula dekat sana tak boleh renew lesen. Pergi pula ke Kapar,sebab awalnya memang nak ke sini tapi terlajak,tak dapat u-turn terus ke ski. Hampeh..
Datang kapar pula,dah siap ambil nom.giliran,tunggu la dalam 5-10 minit macam tu,masa tu pun tak ramai sangat,selamat. tetiba nampak bro ni datang kaunter tanya kerani bla bla bla.. tak tahu la pasal apa,lepas tu saya pi kaunter ada tampal notis kata sistem utk renew lesen rosak pula,kena pergi sama ada pej.pos rantau panjang atau tesco setia alam. Pula.. lepas tu pergi la rantau panjang,hahaha.. tak ramai juga,jumpa bro tadi. sampai giliran kerani pos kata tak dapat nak renew lesen sbb no.siri ke apa entah dah tamat tempoh leih 2 tahun ke apa,lupa. Memang tak boleh renew,kena pergi jpj padang jawa.
Saya dgn beraninya pergi la ke pdg jawa. ingat nak ajak abang ke abah temankan uruskan kes ni,tapi alang2 dah sampai klang,terus ja la ke sana. sampai sana,saya tak tahu nak pergi mana,memang main redah ja. pergi yg bahagian bawaj tu,kerani kata kena naik atas utk urusan lesen etc. tunggu giliran,bagi lesen l,dalam hati dah berdoa dkt sini boleh la dapat settlekan. sekali jawapan sama juga dpt. Lesen L dah mati lama padahal saya baru lagi,lesen l tu baru tamat,tinggal nak renew ja. gelabah betul masa tu,sekali kerani godek2 rekod saya , dia tanya ada lesen P ke? masa tu baru nak terfikir pasal lesen P (*baru lulus test jpj ) terlupa nak call pusat memandu,padahal P dah siap. adui.... rasa mcm orang bodoh ja.. hahha
tapi itulah,nak tak nak kita kena hadapi juga urusan remeh yg selama ni kita tolak ke lelaki. dalam sesetengah hal mmg kerja lelaki,tapi kena juga kita ambil tahu/buat sendiri. bahasa mudahnya berdikari. jadi sekurangnya bila kita dah ada pengalaman uruskan sesuatu,akan datang tak ada la mengelabah sangat/ kita tahu nak buat apa bila dihadapkan benda sama.
lagipun sekarang zaman dah maju,maklumat hujung jari,google ja semua keluar.hehe
walaikumussalam
Deletewah! panjangnya komen dia! dah boleh buat entri blog ni!