Menyambut Hari Lahir Rayna Zaara

7:41:00 am Yana Yani 28 Comments

Menyambut Hari Lahir Rayna Zaara | Pada dua terakhir Syaaban yang lalu, ada majlis sambutan hari lahir Rayna Zaara yang ketiga di rumah keluarga mentua YY. Berialah Mama Rayna a.k.a biras YY dok booking kami semua pada hari tu. Maklumlah, bukan senang nak kumpulkan semua ahli keluarga dalam satu majlis. Kebetulan pula hari tersebut adalah hari cuti bersempena dengan Keputeraan Yang DiPertuan Agong. Dapatlah kami semua berkumpul.

Majlis tu diadakan pada waktu makan tengahari dengan menu yang kalau dicerita, boleh bergegar jugalah jiwa especially time bulan puasa ni. Tapi memang awesome menu dia. Yang paling penting berjaya mengumpulkan kesemua adik-beradik MyChintaHati. Tu yang priceless.

Menyambut Hari Lahir Rayna Zaara
Kek yang ditempah khas untuk Rayna

Untuk makluman, Rayna ni anak kepada Abang MyChintaHati. Tapi jodoh lambat sikit berbanding MyChintaHati. Anak dia yang sulung sebaya Aisyah, Rayyan nama dia. Rayna hak yang paling kecik. Rasanya banyak kali juga cerita pasal budak dua beradik ni. Lagipun kami memang boleh kata tiap minggu berjumpa budak berdua ni. Kalau tak balik, bising diorang bertanya sebab takde kawan nak main sama-sama dekat kampung.

Menyambut Hari Lahir Rayna Zaara
Birthday girl ni buat muka cuak pula bila YY nak snap gambar. Hehe!

Kalau dah ramai-ramai berkumpul, memang agak pening jugalah nak melayan karenah memasing. Dapat pula pakai topeng mata tu, dah macam Teenage Mutant Ninja Turtle! Cuma tak dapat detect siapa Leonardo, Donatello, Raphael, ataupun Michelangelo. Rasa diorang ni kena ambil kuiz, Which Teenage Mutant Ninja Turtle Are You baru boleh detect. Hehe!

Menyambut Hari Lahir Rayna Zaara
Pening Eni melayan karenah anak-anak yang tiba-tiba berganda ramai. Hehe!

Budak-budak ni memula aje excited nak makan, lepas tu semua hilang! Ada aje pakatan diorang yang buat kami sebagai parent ni hanya mampu menggelengkan kepala. Hehe! Takpelah, kita kasi can! Bukan selalu dapat berkumpul camtu kan? Entah bila lagi dapat peluang gitu. Lepas dah bikin huru hara kat dalam rumah, diorang sambung makan aiskrim dekat luar. Elok cantik pula memasing dok tepi longkang.

Menyambut Hari Lahir Rayna Zaara
Dah macam model aiskrim pula memasing. Hehe!

Petang tu pula sempatlah diorang main air dengan hujan. Tak snap gambar sebab ada yang macam tidak sesuai dipertontonkan. Yang pasti, memang seronok betul diorang hari tu. Tak berhenti main! Kami pun tumpang seronok juga tengok memasing ceria dok main dengan sesama mereka. Biasa hubungan sepupu ni, masa kecik aje akrab. Kang dah beso, masing-masing bawa haluan sendiri kan. Anyway YY bercakap berdasarkan pengalaman sendiri aje. Hehe!

Hari tu memang penuh aktiviti kami. Malamnya pula, MyChintaHati bawa kami anak-beranak ke tempat yang dah sekian lama kami nak pergi tapi sentiasa ada halangan. Nanti dalam entri akan datang, YY cerita ye. Insya ALLAH.

Rasanya sampai di sini sahaja bebelan YY. Semoga kita bertemu lagi di lain entri. Assalamualaikum (^_^)

28 comments:

  1. Betul tu, YY. Kecil-kecil bukan main baik, bukan main rapat lagi. Tapi bila dah besar nanti, masing-masing bawa haluan sendiri. Bukan dengan sepupu sepapat aje, dengan adik beradik pun begitu. Maklumlah dah ada keluarga masing-masing.

    Kalau keluarga besar memang susah nak berkumpul. Orang ni ada, orang ni pulak takda. Macam tulah keluarga saya juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan MD. biasa hubungan tu agak renggang sikit bila dah besar
      lagipun masing-masing dah ada komitmen sendiri
      masa kecil mana ada pikir semua tu
      hala tuju memasing sama aje, main n berseronok...hehe

      kan MD. memang payah. ni bila dapat ni, priceless tau

      Delete
  2. Hally belated birthday rayna. Kalau sambut birthday ni bebudak lah yang paling happy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang Fiza
      dia bukan peduli sangat bab makan tu tau
      dia seronok main aje =)

      Delete
  3. Replies
    1. hehe...camne tak kena dengan cite ni
      tapi takpelah, terima kasih MKL =)

      Delete
  4. selamat hari lahir buat anak YY..moga terus cergas dan cerdas selalu

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan anak saya HB
      anak sedara saya ni...apapun terima kasih ye
      aamiin =)

      Delete
  5. Meriah majlisnya ye YY, betul sepupu ni bila dah berkeluarga tu masing2 sibuk dgn hal sendiri. Untungla Rayna ada aunty selalu berjumpakan..comel Rayna, selamat harijadi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. meriah memang meriah. lagilah bila semua ada BP
      masa kecil ni memang selalu bagi berjumpa
      bagi teringat masa beso nanti...hehe

      Delete
  6. Selamat hari jadi rayna.. waa best dapat kumpul ramai2 ni..

    eh dah ada https la di blog yana ni.. :)

    Blogwalkini sini, jom baca artikle ini

    McAfee Secure Di Wordpress article...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih AH...memang best dapat kumpul reramai
      tulah dah ada. skalau tak silap setting blogspot memang gini
      baru aje kalau tak silap

      Delete
  7. Happy belated birthday jugak dri maktok yg jauh hehe

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. comel kan? saya pun suka tengok
      bebudak time ni excited sangat..hehe

      Delete
  9. meriah nampak tu..betu tu kalau berjauhan lagilah susah nak berjumpa, macam akak dengan sepupu2 akaklah, kecik2 pun jarang jumpa, dah besar lagilah, bertahun2 tak jumpa. adik-beradik pula mujur duduk dekat2 senanglah nak berjumpa

    ReplyDelete
    Replies
    1. meriah kak sebab semua ada time ni
      lagi semua sepupu afif dengan aisyah ada, lagi riuh
      kami dekat pun kadang payah berjumpa
      yelah, masing-masing ada komitmen

      Delete
  10. duduk berbaris sambil makan aiskrim..teringat kecik-keci dulu

    ReplyDelete
  11. assalam yy
    betul tu. sy dgn sepupu2 pon masa dh besar ni rapat gitu je la. jumpa pon time raya atau kenduri kendara.memasing dh besar dan berkeluarga, kan!!
    lagipon saya ramai abg dan kakak sepupu. yg lapis lapis bawah umur 30an dan 20an x ramai. pastu ramai lelaki :p

    happy belated besday buat rayna.
    semoga mmbsar sbgai anak yg bijak rajin solat taat perintah Allah dan berjaya di dunia serta di akhirat aamiin

    p/s: YY kad raya dh sampai..
    terima kasih.. kerana masih mengingati sy. sy jrg bw skrg. kalau ade pon just balas jejak. nway, rania suka kad tu. ke sana ke mari di usungnya sbb ade pic baby

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumussalam
      samalah kita ciksu. time raya aje berjumpa
      itu pun tak semesra dulu. borak pun gitu2 aje


      aaminn. terima kasih ciksu
      hopefully rayna baca ni =)

      alhamdulillah dah sampai, lega dengar
      sama-sama kasih. tak mengapa. saya faham
      saya pun jarang BW lately. kekangan masa =)
      rania suka ye kad tu. glad to hear that =)

      Delete
  12. Ohhh sepupu si Aisyah ngan Aqiflah ni ek..... Hepy Bezday Rayna....
    Mcm mcm akallah budak budak ni kalau dah berjumpa dengan sepupu sepapat. Air hujan pun dibelasahnya hihi.... Tak de guruh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sape aqif? afif lah OKje..hehe
      memang OKje..bila dah ramai-ramai tu panjang akal diorang
      hujan yang turun tu takde guruh
      kami monitor juga...tapi seronok temgok diroang seronok

      Delete
  13. happy belated birthday rayna :) cantik kek haa. sayang nak makan. hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasij siqah
      cantik kan? tapi dah selamat dimakan
      dah lama hadam pun...hehe

      Delete
  14. Replies
    1. dah ramai-ramai camtu
      memang meriahlah aida =)

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...