Bersantai Lagi Di i-City Theme Park

7:10:00 am Yana Yani 27 Comments

Bersantai Lagi Di i-City Theme Park | Dah agak lama kami merancang ke i-City Theme Park. Tapi sentiasa terpaksa dibatalkan pada saat-saat akhir disebabkan keadaan cuaca yang tidak menentu. i-City satu ketika dahulu adalah antara tempat yang paling kerap kami sekeluarga jejaki. Daripada hanya ada sebatang pokok sehinggalah ke penuh dengan pelbagai aktiviti menarik. Daripada tanpa bayaran, sehinggalah ke setiap tempat dikenakan bayaran tertentu. Memang banyak memori kami di sini.

YY dah banyak kali sebenarnya ceritakan mengenai i-City ni. Antaranya di sini dan di sini. Itu pun ada banyak lagi. Tak lalu nak search satu persatu. Hehe! Kalau nak diceritakan, terlalu banyak perubahan yang dapat dilihat berbanding dahulu.

Bersantai Lagi Di i-City Theme Park
Sumber http://bit.ly/1Y8aX0T

Yang pasti, dalam banyak-banyak attraction yang ada di i-City, kami lebih suka ke City of Digital Lights. Ini adalah kali pertama kami masuk ke sini setelah bayaran sepenuhnya diperkenalkan. Bayaran masuk dikenakan sebanyak RM15 setiap seorang tak kira besar atau kecil. Free untuk yang mempunyai ketinggian 90cm ke bawah. Rasanya hanya mereka daripada kalangan Hobbit ataupun Dwarf tak perlu bayaran untuk masuk.

Korang juga perlu ada i-Card untuk masuk ke setiap attraction yang ada di i-City. Kalau belum ada, kena beli. Harga dia RM10 untuk satu kad. Kad ni lebih kurang mempunyai fungsi seperti kad Touch 'n Go. Satu keluarga boleh guna satu kad. Boleh kongsi kad tu dengan sesiapa sahaja. Tak payah keluar duit lagi beli kad lain.

Bersantai Lagi Di i-City Theme Park
Berpusing di Two Tier Carousel

Walau pada malam tersebut melayang RM70 termasuk harga i-Card, tapi YY rasakan sangat berbaloi. Kami boleh main kesemua permainan yang terdapat di dalam City of Digital Lights. Hanya ada dua permainan yang hanya mereka yang mempunyai ketinggian 90 sehingga ke 120cm boleh main iaitu Desert Trail dan Moon Jelies. Yang lain, semua boleh main puas-puas! Takde limit!

Bersantai Lagi Di i-City Theme Park
Ronda di City of Digital Lights

Bagi mereka yang mempunyai ketinggian 90cm ke bawah pula, walau masuk adalah percuma, satu jenis permainan pun tak boleh main. Malang sekali. Tapi still boleh enjoy the view di sekitar City of Digital Lights seperti di Dancing Waters dan Mist Mountain.

Biasa budak-budak suka bagi ikan makan. So boleh pergi ke Feeding Fish Frenzy. Seronok juga dok tengok ikan makan. Harga untuk makanan ikan tersebut adalah RM5 per botol. Boleh dibeli dengan menggunakan i-Card. Pendek kata semua makanan dan minuman dalam City of Digital Lights tu, hanya boleh dibeli menggunakan i-Card sahaja.

Bersantai Lagi Di i-City Theme Park
Nampak membesar pula YY dalam gambar ni. Hehe!

Malam tu memang kami main kesemua permainan yang ada di situ sepuas-puasnya kecuali Disco Ride. MyChintaHati pun agak gerun nak main permaian tersebut. Jeritan mereka yang main permainan tersebut sudah cukup memberi amaran kepada kami untuk tidak mencuba. Siapa yang sukakan cabaran mungkin boleh cuba permainan tersebut. YY terdengar ada orang kata, dia punya feeling macam naik roller coaster. Betul ke idak, tidaklah ku tahu. Hehe!

Yang pasti Disco Ride dan Space Walk adalah permainan yang sangat popular dan harus dicuba sekiranya korang tidak takutkan ketinggian. Nak berbaris pun sikit punya panjang hanya untuk dua permainan ini sahaja.

Bersantai Lagi Di i-City Theme Park
Antara gambar yang sempat di snap di City of Digital Lights

Kalau tanya YY, YY paling suka Space Walk. Berada di awangan menggunakan kenderaan yang dikenali sebagai Adventure Train, memang awesome! Dapat pusing mengelilingi City of Digital Lights dan memandang dari sudut atas memang satu pengalaman yang tak boleh dilupakan. Serius seronok! Memang YY sangat recommend korang untuk mencuba.

YY bagi lima bintang! Hehe!

Bersantai Lagi Di i-City Theme Park
YY dan Aisyah di Space Walk menggunakan Adventure Train

YY tak nafikan pelaburan sebanyak RM70, plus parking RM10, untuk sesi santai bersama keluarga seperti ini memang sangat berbaloi. Kami sekeluarga sangat seronok pada malam tu. Afif dan Aisyah tak habis-habis mengucapkan terima kasih menandakan mereka sangat seronok. Entah bila peluang seperti ini akan diperoleh lagi.

Malam tu balik lepas pekena Mee Goreng Mamak, membongkang masing-masing. Besoknya kami berjalan lagi. Menghabiskan hari-hari terakhir menjelang Ramadhan.

Bersantai Lagi Di i-City Theme Park
Masa untuk pulang!
Operating hours untuk City of Digital Lights ni, adalah seperti berikut: -

Isnin sehingga Khamis, 5:00 petang sehingga 12:00 tengah malam
Jumaat, 5:00 petang sehingga 1:00 pagi
Sabtu, 5:00 petang sehingga 1:00 pagi
Ahad, 5:00 petang sehingga 12:00 tengah malam


Panjang juga YY membebel hari ni ye. Okaylah, rasanya itu ajelah bebelan YY untuk kali ini. Semoga ketemu lagi di lain entri. Assalamualaikum (^_^)

27 comments:

  1. Waalaikumusalam YY, kena tunggu Fadya tinggi skit, tak pasti tingginya berapa sekatang mi. Happy betul anak-anak YY hingga berkali-kali memgucap terima kasih. Kalau ke sana nak cuba la adventure train yang YY syorkan tu, pasti awesome.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang seronok sangat diorang tau BP
      sebab diroang memang dah lama nak pergi
      tapi asyk kena postpone aje
      mananya tak, asal nak pergi aje hujan
      tapi malam tu rezeki diorang lah
      dapat main puas-puas

      kena cuba adventure train tu, memang awesome!

      Delete
  2. nampak seronok afif dan aisyah dapat ke sini ye,anak2 akak pun kalau dibawa kesini tentu seronok, pernah juga ke sini, tapi kami masuk ke tempat lain yg disediakan, memang melaynglah duit dibuatnya, tapi sesekali gembirakan anak2 oklah juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. i-city ada banyak attraction
      kalau ambil pakej lebih berganda jimat
      banyak tempat boleh pergi
      tapi kami hanya pilih ke city of digital lights
      seronok dok tengok anak-anak seronok

      Delete
  3. rasanya last pergi 2 tahun lepas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya yang dekat ni pun, baru ni dapat pergi mar..hehe

      Delete
  4. Wahh seronok... waktu terbaik ceria sekeluarga... lama tak ke i-city sejak mula2 dibuka dulu.. pasti lagi happening skrng... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah lamanya KK
      kena datang dah alami sendiri baru nampak perubahan dia
      saya ni biasa ke sini hanya nak ke city of digital light aje
      lain tempat dalam ni tak penah p kecuali waterworld dia

      Delete
  5. Lama juga saya tak ke mari. Banyak juga yang berubah ya. Last saya pergi City of Lights tu tak complete lagi kot dan tak kena bayar pun. Sekarang ni semua main guna duit ya kalau nak main.

    Entah bilalah nak ke sini lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia bayar time masuk aje MD
      pastu dalam tu mainlah semua yang ada
      dalam city of digital light tu sepuas hati
      dulu memang tak kena bayaran, tapi sekarang...dah kena bayo
      tapi berbaloilah. kami semua seronok malam tu

      Delete
  6. wow syoknya
    akak anum dah terima kad raya akak
    tq tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. dapat dah ye?
      alhamdulillah. risau takut tak sampai

      Delete
  7. Kakak tak pernah jejak sini YY tapi anak-anak dah berkali-kali pergi
    Dah tua ni malas dah:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah dengan mak dan abah saya
      diorang kata tak larat nak berjalan

      Delete
  8. HAri tu ada pergi jugak tapi tak main semua pun.... Masa tu kedekut tgh sampai weyh haha.... Eh apasal sikit sangat keluar duit? Cuma Rm70 henggit je YY.... Ini yg jeles ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahai ruginya OKje
      ye kami sekeluarga kena rm70
      boleh main semua dalam city of digital lights tu
      lain tempat mungkin lain rega dia kot
      sebab i-city ni beso...ada banyak attraction lain

      Delete
  9. assalammualaikum YY....sihat kaaa??? lama betul xsinggah sini...sorry naaaa....ni pun sempat singgah kejap jer...heheheh....sy dh dpt yg YY pos tuhh....mekasih bebanyak yerr....terharu tauuuu....hehehhehe

    pstt.....YY nnti email kt sy alamat yerrrrr.....heheheheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam deanna
      alhamdulillah. sihat yunk
      tak mengapalah yunk wei. saya pun lama juga tak ke sana hehe
      kira kita ni kosong-kosonglah ye

      dapat dah ye. alhamdulillah
      dah bagi dah alamatnya =)

      Delete
  10. best best! suka tengok lampu berkilau di sana sini. cantik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan...tu yang akak dan family pun suka ke sini

      Delete
  11. even I CIty ni belakang rumah akak, heeee... pernah ke sana sekali je. tu pun hujan.. jengah kejap dah balik.. ingat nak terjah gak lah nanti. tidur kat hotel dia tu ke. kann.

    ReplyDelete
    Replies
    1. la yeke? belakang rumah aje?
      saya ni duduk tak jauh dari i-city
      tu pun bertahun baru ke situ..hehe

      Delete
  12. aida da pernah gi skali.
    best! masuk snowalk skali. sejuk ya Allah!!!
    in shaa Allah nanti nak repeat.
    bwk ijat tgk lampu and main few games.

    ReplyDelete
    Replies
    1. snowalk tak penah masuk. mychintahati tak merestui...haha
      biasa memang ke city of digital light aje
      confirm ijat suka kalau p sana =)

      Delete
  13. juz nak tanya.
    kalau nak jalan2 tengok lampu je kene bayar ke??

    ReplyDelete
    Replies
    1. tempat yang ada banyak lampu tulah nama dia city of digital lights
      memang kena bayar dah sekarang, rm15 seorang
      kalau bawah 90cm baru tak kena bayar
      so maknanya kalau ada budak kecil atas dari 90cm, kena bayar rm15

      tapi semua permainan dalam city of digital lights tu boleh main
      tak macam dulu free kan. sekarang bayar dah walau nak tengok lampu je

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...