Sekian Lama Menyepi

7:31:00 am Yana Yani 16 Comments

Sekian Lama Menyepi
Menyepi
Sekian Lama Menyepi | Sekian lama YY menyepi. Kalau diconggak, melebihi sebulan.

Pertama kali menyepi sebegitu lama. Sampai bersawang blog ni tanpa entry terbaru. YY sebenarnya ada aje. Cuma terlalu banyak benda yang terjadi kebelakangan ini sampai tak terluah rasa tu. Tapi paling ketara adalah komitmen. Susah nak berikan komitmen yang sama sepertimana dulu.

YY juga berhutang banyak entry dengan orang. Maafkan YY. Bukan sesuatu yang disengaja. YY pasti akan terbitkan entry yang dijanjikan cuma lambat dengan cepat aje.

Blog walking juga sudah sekian lama YY tak buat. Maafkan YY ye kawan-kawan semua. YY akan sampai ke teratak kalian kalau berkesempatan. Cuma nak melakukan pengeboman komen sepertimana dulu mungkin tidak.

YY ada banyak juga cerita nak dikongsikan contohnya macam ada kematian terjadi di kawasan apartment yang kami sewa ketika bercuti di Port Dickson baru-baru ni. Cerita yang agak menarik untuk dikongsikan terutama apabila melibatkan sesuatu yang tidak pernah dialami sebelum ini. Cerita Aisyah hampir lemas, juga di Port Dickson. Gosh, banyak cerita korang wei! Tapi tulah, belum dapat peluang nak karang semua tu.

Insya ALLAH kalau diberikan kesihatan yang baik, masa dan juga idea, YY pasti akan ceritakan semua cerita tadi. YY berharap untuk cuba kekal aktif walau hanya mampu menerbitkan beberapa entry dalam sebulan. YY akan mulakan dengan bulan Mei, bulan kelahiran YY dan MyChintaHati. Oh ya, ada segmen mudah menanti korang pada bulan Mei ni. Tunggu tau! (^_^)

Rasanya sampai di sini ajelah bebelan YY untuk kali ini. Semoga kita bertemu lagi di lain entry. Assalamualaikum (^_^)

16 comments:

  1. Replies
    1. hehe...saya masih berhutang dengan maria =)

      Delete
  2. welcome back YY..
    xpe slow2 kayuh YY..
    lya doakan dipermudahkan semuanya buat YY..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih lya
      tulah, nak buat mana yang mampu je
      maleh set target cam dulu =)

      Delete
  3. Salam perkenalan..first time jalan-jalan kat sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam perkenalan
      terima kasih. hopefully datang sini lagi ye =)

      Delete
  4. Welcome back YY... biasalah kan, bila dah lama berblogging pasti ada masa2 berhadapan kekangan berblog. Saya pun mcm tu juga & ramai juga blogger yg mcm2 tu... kita sama2 faham2 jelah hehee.... salam ceria selalu... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...mungkinlah kot
      hopefully mampu untuk terus kekal aktif walau tak serancang dulu
      terima kasih kerana sentiasa menyokong saya ye =)

      Delete
  5. pelan-pelan kayuhh...apa citer dengan dak aisyah tu??aduhai tak sabar nak tahu nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...memang gitulah perancangannya kak
      nak lanyak macam dulu dah tak mampu dah
      pasal tu nanti saya cite ye
      ngeri betul bila teringat

      Delete
  6. Hai sis. ... Yana Yani...

    ReplyDelete
  7. kalu da busy, memang tak ter blogging YY.
    pe pun, jgn ilang terus dah le :)
    kita kan mama blogger hi hi hi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...aida sangat memahami
      yelah kan. memang gitulah mama blogger macam kita
      dengan tanggungjawab sebagai pekerja, isteri dan mama
      memang blog selalu sangat bersawang...hehe

      insya allah panjang umur, ada aje

      Delete
  8. Kalau dah sibuk dengan komitmen, memang susah sikitlah, YY. Saya pun sekarang ni dah slow down juga. Adakalanya memang sibuk tapi ada masa-masanya malas pulak nak up entri. Kalau time mood bagus datang, memang rajinlah saya blogwalking. Kalau tidak, tergendala juga plan.

    Apa-apa pun, welcome back!

    Nampak gaya takdalah lagi pembantu nak menjawab komen kat blog saya ya ~_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan... sebab kita ada tanggungjawab lebih penting dalam dunia nyata
      tak mengapalah dak. nak buat lagu mana lagi
      tulah MD. tak dapat dah buat keja reply komen kat blog org
      lagipun dulu buat pun tak bergaji...haha

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...