Seribu Satu Kenangan di Port Dickson 1

7:21:00 am Yana Yani 16 Comments

Seribu Satu Kenangan di Port Dickson 1 | Kami sekeluarga sudah agak lama tak ke Port Dickson (PD). Kali pertama dan terakhir ke sana adalah pada tahun 2013. YY pernah ceritakan di sini dan di sini. Berbeza dengan sebelum ni, percutian kali ini dirancang sepenuhnya kerana bercuti bersama dengan rakan-rakan MyChintaHati. Ada seribu satu kenangan yang kami perolehi sepanjang percutian kali ini.

Afif dan Aisyah adalah manusia yang paling gembira ketika dikhabarkan ke mana destinasi percutian kami. Diorang punya level keterujaan tu sangat tinggi. Sampaikan berhenti di traffic light pun dikatakan melambatkan perjalanan (^_^)

Anyway, kami sampai di PD sekitar waktu makan tengahari.

Kalau sebelum ni berpayahan mencari tempat makan. Tapi kali ni semuanya sudah siap tersedia. Tinggal nak ngap aje. Syok betul! Pastu ada banyak aktiviti yang diaturkan. Next aktiviti adalah sukaneka yang dijadualkan selepas Asar. Bila diconggak, jauh juga jarak waktu antara Zohor dan Asar. Tapi disebabkan keadaan cuaca yang panas berdenting ketika tu, kami decided untuk duduk dalam apartment aje.

Masa yang dinanti oleh Afif dan Aisyah pun tiba. Masing-masing dah teruja sangat nak mandi kolam. Punya excited sampai berlari jauh meninggalkan YY dan MyChintaHati. Puaslah kami laki bini dok teriak suruh tunggu. Buat tak dengar aje! Tengok situasi tu, mulalah langkah YY pun agak laju diatur. Dah boleh dikategori berlari dah, bukan berjalan. Risau dengan dua-beradik yang tak menyabar tu.

Dalam keadaan yang diluar kawalan itu, berlakunya perkara yang sangat mencemaskan.

Seribu Satu Kenangan di Port Dickson 1
Aisyah selepas kejadian

Aisyah meluru menuruni dua anak tangga kolam khusus untuk kanak-kanak. Malangnya dia tidak menyedari ada lagi anak tangga lain yang perlu dituruni menyebabkan dia jatuh tertiarap. Peristiwa itu YY dapat lihat dengan jelas dari kejauhan. Kalau atas tanah boleh bangun, tapi dalam air? Tuhan ajelah tahu takutnya YY pada waktu tu. Perjalanan yang dekat pun terasa sangat jauh.

Dalam suasana panik, YY lupa beg yang YY sandang di bahu. YY terus masuk dalam air dan mengangkat Aisyah yang dalam posisi tertiarap di dalam air. Orang keliling pelik dok tengok YY masuk dalam kolam sekali dengan beg di bahu. Rupanya takde sorang pun perasan Aisyah jatuh dan hampir lemas. Hanya ketika Aisyah diangkat oleh YY barulah orang perasan dan mengerumuni kami.

Even Afif yang memasuki kolam terlebih dahulu juga tidak menyedari Adik dia yang hampir lemas. Dia kata dia ingat Adik dia tengah berenang. Sabar ajelah! Tapi yelah, benda bukan nak jadi.

Seribu Satu Kenangan di Port Dickson 1
Muka tak bersalah Afif

Aisyah menangis ketakutan dalam pelukan YY. Dia nak berdukung aje. Pulak tu dia tak mahu orang lain kecuali YY. Agak lama juga nak mententeramkan dia. Peristiwa itu juga mengakibatkan dia trauma. Langsung tak mahu masuk ke dalam kolam. Sebelum itu dia adalah manusia yang paling excited bila disebut kolam. Tapi lepas kejadian tu, kaki dia terkena air pun, dia menjerit macam orang nak bunuh dia.

Peristiwa itu juga mengakibatkan YY basah lencun. Pada asalnya YY berniat untuk tidak mahu basah sebab nak sertai acara sukaneka. Tapi terbasah juga. Tapi takpelah. Janji Aisyah selamat. Anyway, lepas semua dah okay, barulah teringat pasal beg yang YY bawa sekali dalam air. Mujur jenis kalis air. Kalau tak, mau arwah segala gajet dalam tu.

Seribu Satu Kenangan di Port Dickson 1
Aisyah yang ketakutan dan hanya mahu berdukung

Tak lama selepas tu, bermulalah acara sukaneka. Ada macam-macam jenis sukan yang diatur. Memang seronok. YY pun dah lupa bila kali terakhir YY merasai keseronokkan menyertai sukaneka seperti ini. Dengan family rakan-rakan MyChintaHati yang sangat supporting, menambahkan lagi kemeriahan suasana.

Seribu Satu Kenangan di Port Dickson 1
Afif begitu teruja dengan kemenangan pertama dia dalam sukaneka tu

Kami menang dua games daripada lima games yang dipertaruhkan. Kira hebatlah tu kan. Bukan senang nak menang tu. Hanya yang hebat seperti kami aje mampu lakukannya. Hehe! Nak juga tu!

Aisyah pun masa acara sukaneka ni turut serta. Hilang segala rasa takut yang dia alami sebelum tu. Dia juga antara tulang belakang yang menyumbang kepada kemenangan besar kami pada hari tu.

Seribu Satu Kenangan di Port Dickson 1
Aisyah pun participated juga. Thanks to her, kami menang lagi!

Kemuncak kekalahan kami adalah dalam acara mengumpul gelang getah dengan straw. Afif dia bukan gunakan straw untuk mengangkat gelang getah tu, tapi dia tiup. Adus! Tapi time ni adalah games paling kelakar. Macam-macam cara dan teknik digunakan oleh kami. Itu juga yang buatkan ianya sangat happening. Malangnya kebanyakkan di antara kami gagal.

Seribu Satu Kenangan di Port Dickson 1
Adus anak bujang sorang ni. Angkatlah sayang, bukan tiup

Seriously petang tu memang sangat menyeronokkan. Lupa sekejab peristiwa yang terjadi sebelum tu. Jelas terpampang keseronokkan di setiap wajah yang terlibat. Maklumlah, bukan selalu dapat melakukan aktiviti bersama keluarga dan rakan seperti tu. Bila dapat peluang, memang all out katanya! Hehe!

Menjelang Maghrib, acara sukaneka tamat. Malam tu selepas Isyak ada acara barbecue dan penyampaian hadiah. Malam tu juga berlaku satu lagi peristiwa yang tidak akan kami semua lupa. Percutian ke PD kali ini memang membawa seribu satu kenangan. Insya ALLAH, YY akan sambung cerita tersebut dalam entri akan datang.

Semoga kita bertemu lagi di lain entri. Assalmualaikum (^_^)

16 comments:

  1. Assalamualaikum yana...

    ishh berdebar je baca, mujur yana nampak aisyah jatuh tu kan.
    memang seronok bila ada aktiviti sukaneka macam tu kan yana, terasa meriah je, dapat pula kawan2 yang supporting kan.

    apa pula kejadian itu? tak sabar pula akak nak tahu nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam kak

      tulah kak. diorang dah excited tu.
      apa kita cakap pun tak dengar dah
      bila dah jatuh gitu, baru tau serik.

      betullah kak. saya sebenarnya tak pernah sertai tau
      baru nilah first time sejak berkahwin
      seriously memang seronok
      dapat pula kawan-kawan yang supporting
      memang happening sangat

      tu kena tunggu ye...hehe

      Delete
  2. Comelnya anak-anak dekat traffic light pandai cakap ini melambatkan perjalanan.. sporting juga mereka mengambil bahagian...saya pun lama tak ke PD.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...bebudak BP
      memang gitulah bila dah pandai bercakap
      ye...tu yang buats eronok sangat tau!
      dah lama tak rasa seronok camtu =)

      Delete
  3. Allah! berdebar saya baca. Alhamdulillah awak nampak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. benda bukan nak jadi kan
      saya pun menggeletar lutu time tu

      Delete
  4. Nasib baik Aisyah tak apa2.. Pernah terjadi pada danial dan maizatul beberapa tahun lepas kat air terjun kota tinggi.. Nasib baik ada sorg lelaki tu tarik baju anak, kalau tak, tak tau la sbb kami blm pun smpai ke situ, diorg dah terlajak masuk air. Terlalu excited, smpai tak perasan tempat tu bahaya. Skrg keduanya serik sikit nak gelojoh bila mandi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kak. benda bukan nak jadi
      alhamdulillah dia tak apa-apa

      bebudak ni kalau excited sangat, bahayalah
      time tu pulaknya, bukan nak dengar kata kita
      diorang buat ikut suka diorang aje
      ish, saya kalau teringat, takut!

      jadi pengajaran buat tiap antara kami
      untuk lebih extra careful di masa depan

      Delete
  5. Nasib baik Aisyah tak apa-apa. Kadang-kadang, bukan kita tak jaga tapi perkara dah nak terjadi. Kalau saya pun kus semangat, takut alahai berlaku apa-apa. Pernah sekali anak main depan mata saya, tetiba dia menggelungsur jatuh dalam air dan tak terangkat badan sebab berat. Kita ni ingat dia tengah main padahal dia sendiri terkial-kial nak keluar dari dalam air tu! Seram kalau ingat-ingat balik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahmdulillah MD, bukan nak jadi kan
      tulah, benda yang diluar kawalan pun satu hal
      tapi satu pengajaran juga untuk lebih extra careful
      samalah macam kes aisyah ni pun
      orang dok ingat dia main, padahal dia hampir lemas

      Delete
  6. Alhamdulillah Aisyah tak apa-apa ye kak. Sy masa kecik jatuh dlm kolam ikan. Mujur tak trauma nak mkn ikan dan pergi kolam. hukhuk. Tak sabar nk baca cerita selanjutnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah mekja. syukur alhamdulillah takde apa-apa
      lagipun benda bukan nak jadi kan
      tapi takut jugalah masa tu
      lah, camne boleh jatuh?

      Delete
  7. menarik aktiviti.
    aida skang ke pd sebab urusan keje aje.
    da lama x ke pd holiday situ.
    sebab dulu kala time kakak2 kecik asyik ke situ aje ha haha...
    boring la :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergi sebab ada gathering
      pastu yang anjurkan pun agak bijak bak arrangement
      saya dah lama juga tak ke sini aida
      dapat peluang, memang tak lepas =)

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...