Bertambah Lagi Usia

6:12:00 pm Yana Yani 16 Comments

Bertambah Lagi Usia | Pejam celik, sedar-sedar dah bertambah lagi usia. Cepat betul masa berlalu. Mak YY selalu pesan pada YY dan adik-adik. Dia kata, makin bertambah usia, makin hampir kita dengan kematian. Dia selalu dok ingatkan kami enam-beradik untuk menjadi lebih baik dari semalam. Tapi manusia kan, hari ini rasa takut bila sebut pasal mati, besok lupa. Nipis betul keimanan.

Well, semalam adalah hari di mana YY terasa sedikit glamour. Okay jujur! Banyak juga sebenarnya. Hehe! Mananya tidak korang oi! Tak berhenti notification masuk. Benda yang kebiasaannya berlaku setahun sekali. Merasalah kejab perasan jadi retis dengan segala ucapan selamat dan doa yang tak putus-putus. Sampai ke malam sengih memanjang. Hehe!

Bertambah Lagi Usia
Tua sudah!

Apapun terima kasih di atas segala ucapan dan doa. Sejujurnya YY sangat hargai setiap ucapan dan doa yang diberikan. Moga termakbul setiap doa korang آمِÙŠْÙ†ُ ÙŠَا رَبَّ الْعَالَÙ…ِÙŠْÙ† 

Dapat ucapan pun dah cukup merubah hari YY. Bayangkan pula bila dapat hadiah? Balik dari kerja semalam, tengah dok sibuk sediakan makan malam, tiba-tiba Afif kata, "Mama, ni ada hadiah untuk Mama"

Nampak aje hadiah yang selongok atas meja, terasa sangat-sangat seronok! Tak terluah dia punya rasa seronok tu terutama bila anak sendiri yang bagi hadiah. Terasa sangat dihargai dan of course, priceless!

Bertambah Lagi Usia
Pandai Afif pilih hadiah ikut kesukaan Mama

"Banyaknya Afif bagi Mama hadiah ni. Kan Mama bagi duit suruh Afif makan. Kalau dah beli banyak macam ni, Afif makan apa Sayang?" tanya YY sambil dok teruja membelek tiap satu hadiah yang diberikan. Pandai pula dia belikan benda yang memang kesukaan Mama dia.

"Afif tak beli sekaligus. Afif beli satu hari satu" kata dia sambil menjelaskan setiap satu barang tu bernilai RM1 dan dia beli setiap hari selama lima hari. Sweet betul anak bujang Mama ni! Hehe!

Apapun ucapan terima kasih yang sebenar terutama apabila melibatkan hari lahir ni harus diberikan buat kedua ibubapa YY. Tanpa mereka, tiadalah YY yang korang kenali dalam dunia maya.

Buat Mak dan Abah, terima kasih kerana melahirkan Along yang cun dan gorgeous ni. Terima kasih kerana membesarkan Along dengan penuh kasih sayang. Terima kasih untuk setiap jerih payah sepanjang membesarkan Along. Terima kasih untuk segalanya. Tak termampu Along nak membalas walau dengan segala harta di dunia. Sayang Mak dan Abah selamanya.

Terima kasih banyak-banyak untuk korang juga yang sedang membaca ni (^_^)

Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)" - Surah Al-Ahqaaf Ayat 15

16 comments:

  1. Happy birthday YY. Moga panjang umo yang penuh keberkatan dan dimurahkan semua urusan yang ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih cikgu AN, lama tak singgah blog cikgu
      sat na, nanti sampai
      apapun terima kasih. aamiin
      mudah-mudahan termakbul doa cikgu =)

      Delete
  2. Alhamdulillah pandainya Afif beli satu satu. Selamat hari jadi dear, moga murah rezeki dan bahagia selalu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah, saya pun tak sangka sebenarnya =)
      apapun terima kasih ye
      aamiin, mudah-mudahan =)

      Delete
  3. So sweet Afif.. pandai beli hadiah untuk mama ye..
    Happy belated birthday Yana.. Semoga panjang umur,murah rezeki dan bahagia selalu disamping yang tersayang... :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan kak nurul
      sweet sangat dia buat gitu. rasa terharu pun ye juga =)
      terima kasih kak. aamiin. mudah-mudahan =)

      Delete
  4. Happy Belated Birthday YY.. sorry dah lama tak jenguk mai sini.. hehehee :)

    Anw moga panjang umur, murah rezeki dan bahagia hingga ke akhir usia.. Amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. tima kasih mummy! aamiin! mudah-mudahan
      haha...saya pun lama tak jengah teratak mummy
      sat lagi sampai ye =)

      Delete
  5. Eh, tak ucap lagi ya! Happy Belated Birthday ya, YY! Biarlah sehari dia rasa gojes dan ala-ala selebriti gitu!

    Pandai betul Afif belikan hadiah untuk mamanya. Sehari satu hadiah. Bijak! Bijak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana ucap lagi...tapi ni kira awesome jugalah
      dah habis pun orang wish juga lagi...
      bak kata jarjit singh dalam cite upi ipin...bolehlah...bolehkah

      mestilah bijak
      anak sape kan..hehe

      Delete
  6. semoga diberikan umur yang bermanfaat,rezeki yang berkat, kebahagiaan dunia & akhirat

    ReplyDelete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...