Seribu Satu Kenangan di Port Dickson 2
Seribu Satu Kenangan di Port Dickson 2 | Selepas Maghrib, kami menyambung kembali aktiviti yang dirancang sempena percutian kami di Port Dickson (PD). Malam tu aktivitinya lebih kepada makan dan bersantai. Dapat pula makan hidangan barbecue yang sudah agak lama tidak dinikmati, memang best! Pertama kali YY terlibat sama sebagai tukang kipas. Tu pun kejab aje sebab terasa nak tercabut skru tulang dibuatnya.Baru ku tahu susah rupanya nak menyediakan hidangan barbecue. Selama ni jadi tukang lahap aje. Hehe! Anyway, aktiviti membakar tu berlarutan sehingga ke tengah malam. Sambil makan, ada juga acara penyampaian hadiah. Banyak kami dapat malam tu sebab setiap seorang dapat satu. Ditambah pula dengan lucky draw, memang lebar punya senyum YY bagi. Mana tidaknya, penuh stok Tupperware! Hehe!
Antara hero yang bergilir mengipas dan membakar |
Selepas selesai aktiviti malam tu, kami mula mengemas dan beransur pulang ke apartment masing-masing, Letih ditambah dengan kekenyangan menyebabkan bantal adalah benda paling dicari.
Kalau petangnya seperti yang diceritakan di sini, sudah ada peristiwa yang mencemaskan. Malamnya pula terjadi satu lagi peristiwa yang mengerikan walau ia bukan melibatkan sesiapa pun di dalam trip kami. Tak lama selepas menutup pintu bilik, kedengaran seseorang mengetuk pintu bilik kami dengan agak kuat. Macam nak roboh pintu dibuatnya.
"Khairul! Kau dah tidur ke wei? Ada orang mati!" jerit Fahmi, kawan kepada MyChintaHati.
Bergegas kami keluar dari bilik apabila diberitakan tentang seorang wanita jatuh dari tingkat lima apartment yang sama. MyChintaHati turun ke bawah bersama Fahmi. Sementara YY dan isteri Fahmi, hanya melihat dari beranda. Kami berada di tingkat dua dan dapat lihat dengan jelas mayat yang dalam keadaan tertiarap.
Mujur gelap, so darah yang banyak tak begitu kelihatan. Lagipun jiwa YY tak cukup kuat nak tengok darah mengalir. Boleh pengsan dibuatnya (^_^)
Keratan akhbar mengenai kejadian |
Pertama kali seumur hidup melihat dengan mata kepala sendiri bagaimana pihak polis melakukan siasatan terhadap kematian seperti itu. Tangkas mereka bekerja walau dalam keadaan gelap. Tangisan kenalan mangsa sambil merangkul mayat yang berlumuran darah, amat meruntun jiwa. Perginya seseorang yang dikenali ketika masing-masing ingin berseronok memang sukar diterima.
Pada mulanya kami sangkakan mangsa mati bunuh diri. Tapi sebaliknya yang berlaku. Rasanya tak molek untuk diceritakan peristiwa sebenar di sini. Dia pun dah selamat bertemu dengan Pencipta. Semoga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Yang pasti, peristiwa itu merupakan antara seribu satu kenangan yang kami perolehi sepanjang berada di PD.
Anyway, besoknya di awal tengahari, kami beransur pulang.
Kami bercadang nak pergi ke Rumah Terbalik Port Dickson pada awalnya. Tapi terpaksa dibatalkan sebab Afif demam. Rancangan ditukar ke KLIA 2. Sengaja ke situ sebab ada seorang kawan MyChintaHati nak tengok kapal terbang. Kami sekeluarga pun baru kali ketiga ke lapangan terbang. Tengok kapal terbang secara dekat pula adalah pertama kali. Belum mempunyai rezeki untuk merasai sendiri pengalaman menaiki kapal terbang setakat ini. Mungkin satu hari nanti (^_^)
Dapat tengok ni aje dari jauh. |
Memasing tak boleh buka mata sebab cuaca terlalu panas. Hehe! |
Kami mula bergerak pulang apabila Afif semakin bising. Dengan keadaan cuaca yang panas terik ditambah dengan keadaan kesihatan dia menyebabkan dia mula rasa tak selesa. YY belikan Afif aiskrim bagi mengurangkan rasa tak selesa. Alhamdulillah, surut panas pada badan dia tak lama lepas dia makan aiskrim. Siap ajak pergi taman permainan sebab dia dah mula rasa sihat.
Singgah sekejab di Shah Alam. Rupanya taman permainan di Taman Tasik Shah Alam dalam proses renovation. Tak dapatlah bebudak dua beradik tu nak main dekat situ. Tapi dalam tak dapat main pun, lama jugalah kami dekat situ. Orang pun agak ramai pada petang tu walau cuaca agak membahang.
Sempat lagi jelitawan Wak Arul ni berposing |
Ini orang makan aiskrim terus baik demam |
So begitulah cerita mengenai seribu satu kenangan yang kami perolehi di PD. Entah bila dapat lagi peluang untuk bercuti di PD lagi. Banyak benda yang YY sendiri pelajari sepanjang trip kali ini. Mengajar YY untuk lebih berhati-hati di masa akan datang. YY juga perlu sentiasa ingat bahawa kegembiraan boleh diragut tanpa sebarang petanda.
"Allah Pencipta langit dan bumi, dan bila Dia berkehendak (untuk menciptakan) sesuatu, maka (cukuplah) Dia hanya mengatakan kepadanya: "Jadilah!" Lalu jadilah ia" - Surah Al-Baqarah Ayat 117
Rasanya sampai di sini sahaja yang mampu YY coretkan pada kali ini. Insya ALLAH panjang umur, kita bertemu lagi di lain entri. Assalamualaikum (^_^)
Salam takziah buat keluarga mangsa..
ReplyDeleteWaa memang seronok bila dpt makan bbq tp part nk membakarnya fuhhh.. Jenuh ooo..
ye memang! bakar tulah paling azab
Deletemakan sedap aje...haha
alfatihah
ReplyDelete=(
Deletesemoga roh arwah tenang di sana
ReplyDeleteaamiin. mudah-mudahan
Deletesalam , Innalillah ..
ReplyDeleteyana pun tak pernah naik kapal terbang kak , tengok dekat pun masa hantar mak ayah pergi mekah 10 tahun lepas
salam yana
Deleteyeke? samalah cite kita ye? hehe
akak ni baru nilah pertama kali dok tengok dekat
Takziah buat keluarga mangsa... memang tidak dijangka perkara2 macam ni... hmm
ReplyDelete.... Seronoknya cuti2 kat PD ! Dah bertahun rasanya tak ke PD... rindu ~
betul. perkara camni diluar pemikiran kita
Deletebenda nak jadi kan
seronok! akak pun ni pertama kali lepas kali beberapa tahun
alamak yana siap dpt pakej tgk kerja2 forensik plak...takut nye... kalo lieya mmg tak berani tgk.... huhuhu....
ReplyDeletetak syok berjalan kalo anka tak sihat kan yana...mujur panas tak melarat....lagi pun mmg musim org demam2 ari tu, mase cuaca panas mencanak2 tuh....
haha...tula pasalnya
Deletedah macam cite CSI. tapi saya kat atas aje
tengok gitu aje. mujur malam. tak berapa nak nampak =)
tu la pasalnya. boleh pula nak balik tu dia demam
kalau tak memang dah ke muzium terbalik tu
teringin sangat nak ke situ tau
alfatihah
ReplyDeletewow tgk plane. aida pernah bwk anak2 kat pot yg sama tu.
ReplyDeletelom dpt bwk diorang naik sekali lg.
tgk jer pun jadik la :)
takziah la kpd keluarga mangsa :( innalilillah...
ke sana tanpa perancangan
Deletelast minute, lagipun tak jauh sangat dari PD
tak dapat naik, tengok pun jadi la ye dak? huhu
Alamak! Takutnya! Kalau saya memang takda dah nak jenguk-jenguk tengok mayat berlumuran darah. Saya kunci pintu bilik adalah...
ReplyDeleteBetul-betul pengalaman luar biasa ketika bercuti tu, YY.
Walau apapun, percutian kali ni membawa 1001 kenangan pahit manis untuk dikenang, masuk dalam lipatan memori gitu.
Oh, senang betul si Afif ni! Kalau demam bagi aiskrim ajelah ya!
gelap MD time tu. kalau terang saya pun tak berani
Deletesebab saya ngeri nengok darah
saya just nampak mayat orang terbujur kaku aje
other than, langsung tak nampak
memang banyak kenangan dapat
sape nak sangka semua tu kami perolehi kan
dak juga MD. afif ni jenis payah makan ubat
pastu dia kalau sakit sikit, bising cam orang nak bersalin
tension kalau dengar dia meraung tu
padahal demam biasa aje
so just nak bagi dia senyap, saya bagi aiskrim
tak sangka terus baik demamnya...tapi untuk masa tu ajelah
malam tu kena makan ubat juga...besoknya dia boleh p sek cam biasa