Laman Seni Seksyen 7, Shah Alam

7:46:00 am Yana Yani 18 Comments

Laman Seni Seksyen 7, Shah Alam | MyChintaHati bukan seorang manusia yang suka merancang sesuatu perjalanan. Dia jenis on the spot bila bercerita bab berjalan ke sesuatu tempat. Biasanya kalau dia buat lagu ni, memang kes naya sebab YY jenis plan ahead. Memang kebiasaanya kelam kabut bila dia buat perangai on the spot dia. Nak dijadikan cerita satu hari tu, kami bersarapan di luar.

Lepas makan MyChintaHati bawa kami ronda. Kebetulan kami lalu Seksyen 7, Shah Alam. YY tiap kali lalu Seksyen 7 mesti dok ajak MyChintaHati singgah Laman Seni. MyChintaHati biasa buat tak dengar aje. Tapi hari tu YY tak ajak singgah sebab pakai selebet aje. Entah apa mimpi MyChintaHati hari tu, dia boleh singgah Laman Seni tu korang tau! Haru betul!

Mulalah YY rasa menyesal tak pakai semegah sikit sebelumnya. Ni kalau terjumpa peminat misteri ke, mau naya! Biasanya time kita pakai tak molek ni lah terjumpa orang tu, terjumpa orang ni. Time pakai cun, takdelah pula terjumpa sesapa. Menci tau!

Dalam rela tak rela tu, turun jugalah dari kereta. Kang kesayangan hamba ni mogok tak nak ajak berjalan, lagi kes naya kan? Hehe! Afif time nampak tempat tu, dia paling excited! Boleh semua tempat dia nak bergambar. Pula tu pandai pula dia nak posing!

Laman Seni Seksyen 7, Shah Alam
Bukan main lagi Afif dengan Aisyah beraksi

Bagi sesiapa yang belum tahu, Laman Seni ini terletak di Lorong Belakang kawasan komersial Jalan Plumbum Q 7/Q, Seksyen 7, Shah Alam. Lukisan mural yang terdapat di sini merupakan inisiatif pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk mengubah suasana lorong belakang di kawasan komersial menjadi kawasan yang selamat, bersih, dan boleh dilawati oleh pengunjung.

Lukisan mural di sini bertema dan berkonsepkan komuniti Shah Alam , tarikan pelancongan dan kehijauan. Sumber klik [Laman Seni 7]

Laman Seni Seksyen 7, Shah Alam
Suka lukisan mural yang ni. Unik

Yang berjiwa seni pasti faham apa yang cuba disampaikan oleh pelukis melalui konsep yang cuba diketengahkan. Orang macam pula YY hanya nampak "cantik" tanpa memahami maksud tersirat yang disampaikan.

Malangnya lukisan di sini dah agak pudar dan kurang menarik berbanding ketika ianya mula dibuka kepada orang ramai. Tapi ianya langsung tidak memudarkan semangat anak-anak YY terumatanya Afif. Ada aje gaya dan aksi yang dia lakukan. Semuanya dia mahukan YY rakam dan publish di blog.

Contoh macam gambar bawah ni. Dia suruh YY ambil dan buatkan ianya seolah dia berada dalam sebuah games. Tergaru juga kepala memikirkan caranya. Nak ambil gambar ikut sudut yang betul pun tak reti. End up YY hentam aje! (^_^)

Laman Seni Seksyen 7, Shah Alam
Afif kata dia tengah dalam games. Tapi Mama tak pandai snap! Hehe!

Gambar bawah ni pula dia kata dia tengah azan sebab dia dalam masjid. YY kata dalam masjid mana boleh pakai seluar pendek. Dia jawab balik, "Ni masjid tipu-tipu. Boleh aje"

Yang si Aisyah pula dok sibuk berdiri depan Abang dia. YY pun tanyalah nape dia buat gitu. Dia jawab dengan penuh confident, "Adik naik keretapi ni!"

Adui! Face palm Mama mendengar jawapan memasing.

Laman Seni Seksyen 7, Shah Alam
Memasing dengan idea memasing

Time ni Afif kata dia tengah berlakon cerita Avengers. Dia jadi Hulk katanya. Bila dia tumbuk cermin, cermin habis berkecai. "Kenapa tak hijau pun Hulk nya?" tanya YY. "Yang ni Hulk hitam" jawab Afif bersahaja. Hehe! Layankan ajelah.

"Adik pula buat apa Dik?" tanya YY bila dok tengok dia tersengih aje depan cermin. "Adik tengok cermin aje" jawab dia selamba. Perempuan dan cermin, berpisah tiada (^_^)

Laman Seni Seksyen 7, Shah Alam
Tengah marah katanya sampai pecah cermin

Penat juga dok keliling tempat ni. Ada banyak juga lukisan mural di keliling lorong belakang tu. Walau kebanyakkan lukisan kelihatan pudar disebabkan faktor cuaca. Ia masih menarik untuk dilihat dan dihayati. Tak rugi juga ke sini. Cuma rasanya ia perlu dibaik pulih bagi mengekalkan daya tarikan pengunjung ke sini.

Lepas dah puas ronda tu, MyChintaHati ajak ke Jakel. Nak survey kain katanya. Time selebet camnilah dia nak bawa bini dia ke banyak tempat tau. Time cun melecun dia pusing-pusing gitu aje. Nasib nafsu nak baju raya lagi tebal dari malu. Hehe!



Next following week kami ke Jakel lagi. Kami kasi bocor poket MyChintaHati. This time YY dah well prepared. Pakai pun comel sikit dari sebelumnya. Kot lah dia tergerak hati nak bawa kami ke mana-mana lepas tu. Tapi kan, sebab poket dia punya bocor agak besar, maka kami balik ke rumah terus lepas tu. Hampeh!

Laman Seni Seksyen 7, Shah Alam
Wajah-wajah ceria lepas dapat shopping katanya. Hehe!

So begitulah ceritanya bila lawa orang tak bawa jalan, tapi tak lawa kena bawa jalan. Eh tadi bukan cite pasal Laman Seni ke? Apa kena mengena lawa ke tak lawa dak? Lantaklah! Penat perah idea ni! Janji dah sampai ke penghujung cerita! Hehe!

Moga kita bertemu lagi di lain entri. Bye korang! Assalamulaikum (^_^)

18 comments:

  1. wahh , ain belum pernah sampai dekat sini lagi .

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya yang duduk dekat pun, baru sampai. haha

      Delete
  2. Waa memang menarik disana..

    kalau tak silap saya karya dari Arto Movement seorang kenalan saya pun macam ada disana..

    https://www.instagram.com/artomovement/

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf saya tak kenal sape yang AH maksudkan
      tapi memang agak menarik
      cuma cuaca buat warna dia pudar

      Delete
  3. hehee best juga kan tengok bangunan ni dihidupkan lagi dengan
    hasil kerja yang menarik... da banyak tempat juga menyediakan laman seni seumpama

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. kalau dulu nampak dull aje kan
      malamlah lorong belakang. sape peduli dak?
      tapi sejak diorang buat gini, memang ada aje ramai datang
      memasing nak tengok setiap karya yang dilukis

      betul memang banyak. tapi ini hanya satu2nya yang saya p. haha

      Delete
  4. Haha, Yana..
    Sabar je laa, time selebet baru nak bawak pi jalan ye..
    K nurul x pernah sampai laman seni ni lg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha! betul kak!
      time lawa, tak mau pula dia bawa p jalan! haha
      saya yang yang dekat pun kak, baru ni sampai =)

      Delete
  5. Teringin nak pi.. tp tulahh sampai la ni, kaki tak jejak jejak lagi.. sob sob sob

    ReplyDelete
    Replies
    1. satu hari nanti mesti sampai
      mummy kan hebat bab gambar ni
      nanti lagi cantik gambarnya
      saya ni tak reti. hehe

      Delete
  6. Tapi kalau buat plan on the spot , confirm sampai.. kalau plan awai2 ada je halangan kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. suami saya camtu lah orangnya
      sebab tu dia suka on the spot p mana-mana
      payah juga bini dia nak catch up...hehe

      Delete
  7. Kasihan alahai. Bila lawa orang tak nak bawa pusing satu bandar. Kalau selekeh, banyak pulak tempat dia nak pergi ya. Nak buat macamana, katanya cintahatikan. Sifat kontra macam tulah yang buat makin sayang. Tak ke gitu, YY?

    Eh, orang cerita Laman Seni, dia komen lain pulak!

    Biasalah saya nikan, komen pun boleh corner baring tau!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kesian kan
      tulah pasalnya. boleh time bini tengah feeling gorgeous
      dia tak bawa p mana pun..tapi time tak gorgeous tulah
      serata pelusuk dunia dia nak bawa...menci tau
      betul jugalahkan...kontra tu yg makin syanag

      ala...dah terbiasa dah dengan perangai MD tu
      tak heran dah...huhu

      Delete
  8. menraik juga gambar-gambar disinikan, akak pernah lah singgah sekali dua

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya baru pertama kali singgah kak
      tak penah p sebelum ni

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...