Dato' Siti Nurhaliza Tarudin Sahkan Keguguran

1:30:00 pm Yana Yani 48 Comments

YY agak jarang bercerita pasal artis. Cuma hari ini YY terpanggil untuk berkongsi kesedihan yang ditanggung oleh seorang artis yang sangat tersohor ini. Tambahan pula Dato' Siti Nurhaliza Tarudin mengasahkan sendiri berita keguguran dia melalui laman Instgram beliau.

YY antara berjuta peminat yang sangat teruja dan gembira dengan berita kehamilan Dato' Siti Nurhaliza walau dia tidak pernah menidakkan atau mengiakan berita tersebut. Tapi hari ini, dengan berita ini, terasa sebak juga di hati. Hati seorang wanita YY ini ditambah dengan title seorang Mama, memahami apa yang figura tersohor ini alami.

Semoga dia tabah hadapi ujian ini.

Bismillahirahmannirohhim ... Tanggal 1hb Dec ... Rasanya sudah sampai waktu & ketika yg sesuai utk Ct kongsikan dengan peminat & followers tersayang.. Mula mula Ct ingin sangat berkongsi cerita indah namun Ct percaya semua dugaan ada hikmah dariNYA..Ini semua meningkatkan lagi keimanan Ct kepada PENCIPTA Ct.. Memang tak mahu menafikan berita kehamilan kerana ia Anugerah terindah yg lama Ct nantikan dan sudah pastinya peminat yg mendoakan juga..Nak mengiyakan pun takut , kerana Anugerah ini terlalu baru dan 'FRAGILE' untuk di hebahkan.Hanya memohon masa yang sesuai..Ternyata , Allah SWT pinjamkan Anugerah ini utk seketika..sempat 2 bulan Ct kandungkan dan Ct keguguran..Ct Redha dan jauh di sudut hati amat bersyukur kerana Allah SWT beri Ct jawapan diatas doa Ct.. inshaAllah semoga ia permulaan untuk Anugerah yang seterusnya.. Terima Kasih Suami,Keluarga & sahabat yg memberi kata semangat & peminat yg sentiasa mendoakan Ct..Ct yakin pada Perancang Terbaik dalam hidup Ct iaitu Allah SWT..Selepas habis proses berpantang ni 😬😬 Ct akan menjalani kegiatan seperti biasa..kena masuk Gym balik🙈🙈dan beberapa acara di jakarta( plan asal shooting di KL sbb pregnant). Buat sahabat2 saya iaitu peminat & Followers saya...teruskan doa yang baik2 ye..mana tahu dalam berjuta ,ada yang makbul doanya..Ct pun mendoakan agar Allah SWT kurniakan Anugerah terbaik buat anda tak kiralah dalam apa bentuk yg anda inginkan.. sekian catatan panjang lebar dari saya & semoga semuanya sudah jelas. Buat masa ini, izinkan Ct untuk berehat sebelum mula bekerja seperti biasa. Terima Kasih Allah ...Wassalam..
A photo posted by SitiNurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Takziah juga buat ahli keluarga dan sahabat handai pelakon dan pelawak Yus Jambu atau nama sebenarnya Yussry Bin Edoo yang telah kembali ke rahmatullah malam semalam di Hospital Selayang akibat serangan jantung pada usia 39 tahun,

YY agak sebak melihat begitu ramai yang mengiring jenazah Allahyarham ke tanah perkuburan. Malahan satu persatu cerita kebaikan yang telah dilakukan oleh Allahyarham sepanjang hidup dibuka oleh mereka yang mengenali Allahyarham.

Tiba-tiba terasa diri ini tersangatlah kerdil.


Kematian demi kematian, ianya sebuah ibroh buat kita semua. Keberkatan dlm kehidupan juga diukur dgn ramainya insan yg...
Posted by Ustaz Dr Riduan Mohamad Nor on Monday, 30 November 2015

2015 adalah tahun terakhir buat Yus Jambu. Siapa tahu ianya adalah tahun terakhir buat kita juga. Marilah kita sama-sama istiqomah. Lakukanlah kebaikan walau hanya sebesar zarah. Siapa tahu terkandung beribu pahala dalam kebaikan yang dikatakan kecil itu. Siapa juga tahu ianya mungkin cukup menjadi bekalan kita di sana kelak.

Dato' Siti Nurhaliza Tarudin Sahkan Keguguran
Sumber syair addienblog.blogspot.my

48 comments:

  1. Terasa kerdil sangat2..Allahuakhbar.

    ReplyDelete
  2. Saya antara peminat Dato CT, dan bahagia bila tahu dia pregnant.
    Ingatkan kami bakal timang baby sama2 tahun depan...
    tapi sedih pula dengan berita keguguran ni...
    Moga ada rezeki CT utk timang baby sendiri di masa depan.... amin...

    Takziah juga buat Yus Jambu..
    Honestly, saya tak pernah kenal pun dia sebelum ni.
    Tiba2 dapat tahu dia meninggal dan ramai yg update pasal dia.
    Itu lah kan bila orang baik ni... entah mcm mana pula pengakhiran kita nanti....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kami bakal timang baby sama2 tahun depan?
      chop! betul ke ni? TAHNIAH! =)
      tumpang happy! tak lama lagi irfan, aisyah dan danish nak dapat adik!! yeah!

      kan...saya pun rasa sedih juga
      doakan mudah-mudahan dia dapat merasai title seorang ibu
      yus jambu pula, nak kata tak kenal tu tidak
      biasa juga tengok show dia...cuma saya tak menjangka kebaikan dia
      entah camne pula cara kematian kita. adalah kebaikan yang akan diangkat atau sebaliknya

      Delete
    2. Eh!Eh! Ini statement penuh kontroversi ni, Nur! Betul ke sama-sama bakal timang baby tahun depan? Ni yang nak berlari blogwalking pi blog Nur ni manalah tahu dah buat official statement ^_^

      Delete
    3. kan MD. tetiba dia buat kenyataan gini kat blog saya
      rasa dalam blog dia pun dia tak officially bagitau

      Delete
  3. takpelah...takde rezeki dia lagi..insya allah..next ada lagi tu...orang kata kalau lepas kita gugur,memang senang nak lekat lagi..apa pun doakan yang terbaik untuk tokti

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelah..kita sama-sama doakan yang terbaik buat dia
      yeke camtu kak? baru tau ni

      Delete
  4. sedih juga baca berita pasal dato ct sini ni, moga beliau tabah dan moga ada rezeki lagi untuk beliau menimang cahaya mata nanti

    untuk arwah yus jambu moga roh beliau ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman dan beramal soleh, alhamdulillah semua cerita yang baik2 je yang dibaca tentang arwah, mesti arwah orang yang baik dan disenangi oleh orang2 sekelilingnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kak...lama dia menunggu
      tapi yelah, takdir ALLAH untuk dia kan

      tulah kan. dia meninggal aje...habis semua kebaikan dia terbongkar
      camtu cara ALLAH nak tunjukkan kebaikan seseorang ketika hayat dia
      moga eloklah tempat dia di sana. kita aje entah camne

      Delete
  5. salam kak, yana pun terkejut dengar berita , sedih juga. tapi tu ketentuan kan.

    Salam Takziah ctdk, arwah yus.
    baru beberapa hari lepas tengok cerita yang arwah belakon kat lappy.
    betul mati tak kenal usia.

    cukuplah mata jadi peringatan Allahu :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumussalam yana

      ketentuan DIA yang SATU kan.
      sapelah kita nak menyangkalnya.

      Delete
  6. nak kata kenal arwah Yus ni idaklah.. tapi xtau saipa dengar ja dia meninggal kat radio semalam, sebak ja rasa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak pun tak kenal sangat syida
      tapi cara kebaikan dia yang disingkap hanya selepas kematian dia
      memang buat akak tersentuh jugalah

      Delete
  7. Sedih kan berita ni. Dato CT dah lama menunggu tapi nampaknya belum rezeki dia. Dan Pak Yus pun, semoga ditempatkan bersama org2 mukmin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedih sangat
      sebab sebagai peminta pun, saya tumpang gembira tau
      so bila dia dapat berita sedih ni, rasa sedih juga bagi pihak dia

      aaminn. moga elok tempat arwah di sana

      Delete
  8. Sedih sangat dengan berita tentang kedua2 artis ni.. tak sangka kegembiraan datuk ct dah bertukar jd mcm ni.. sungguh sedih.. dah la lama menunggu.. moga2 adalah berita yang baik selepas ini buat siti nurhaliza.. yang berita kematian arwah yus ni pun sama.. terasa kejap je masa kita ni. ALLAH boleh panggil kita bila2 masa saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan. saya pun sedih untuk dua cerita di atas
      bukan rezeki CT dan juga sudah sampai masa bagi arawah pak yus

      Delete
  9. kalau bukan rezeki kita redha sahaja apa yang berlaku tersebut

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul jugalah kan
      cuma saya memandang dari sko peminat, kesian

      Delete
  10. rahsia Allah semuanya, semoga bertabah dengan kehilangan

    ReplyDelete
  11. takziah sy diucapkan...sy pun peminat CT dr dulu hingga kini...sy teruja bila dgr perkhabaran gumbira kehamilan beliau...apa kan daya....Allah lebih tau perancangan terbaik utk beliau....sy memahami situasi beliau....lebih2 lagi sekian lama menunggu berita gembira tu kan....sama juga dgn sy....namun kita jgn putus asa...berusaha selagi boleh...insyaAllah...akan ada rezeki untuk kita... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan deanna. tetiba dapat berita camni
      memang saya pun sedih juga. lagilah tuan empunya badan
      dia dah lama sangat menanti

      simpati juga untuk deanna
      be strong ye deanna. adalah hikmat disebalik setiap perkara

      Delete
  12. al-fatihah untuk arwah Yus Jambu..dan untuk seniwati Mariani jugak..semoga ada rezeki lain untuk Datuk CT

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye seniwati mariani pun selang sehari selepas pemergian pak yus kan
      insya allah. mudah-mudahan

      Delete
  13. Rasanya saya baru aje mendengar berita yang Dato Siti ni hamil. Tuptup semalam dengar berita dia keguguran. Alahai, tentu sedih rasanya! Bukan sekejap masanya Dato Siti ni menanti kedatangan zuriat. Moga segala yang berlaku ada hikmahnya. Suka Dato Siti ni sebab dia selalu berfikiran positif dan jarang terlajak kata yang bukan-bukan bila kena cemuh dan sebagainya. Ini barulah professional namanya...

    Berkaitan Yus Jambu tukan, saya pada mulanya ingatkan Ebby Yus. Sibuklah kakak saya kata Ebby Yus yang meninggal. Saya pulak tak baca pun berita. Bila suami saya kata Yus tu mana ada gemuk sampai berperang mulut kami berdua (dah takda kerja sangatkan lakibini...) barulah saya tahu rupanya HD bercakap tentang Yus Jambu dan bukannya Ebby Yus!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah MD...saya pun dapat tahu juga sebab ramai kecoh kan pasal ni
      padahal empunya diri tak confirmkan pun
      tau2 dia miscarriage. kesian sangat rasanya kat dia

      hehe...nama nak sama dah tu
      lain orang aje...hehe
      moga dia ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman

      Delete
  14. Sedih sangat dengar berita sebegini. Al Fatihah. :'(

    ReplyDelete
  15. Setiap ketentuan Allah ada hikmahnya. Kita ambil yang baik jadikan teladan.
    Belum rezeki Siti dan belum rezeki saya juga untuk menimang cahaya mata...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betullah tu BM
      bersabarlah ye. saya pasti ALLAH ada perancangan yang terbaik
      buat BM mahupun CT

      Delete
  16. sesungguhnya Allah sudah aturkan y terbaik dlm khidupannya..smoga siti trs tabah..

    n smoga roh arwah pakyus , smoga rohnya dicucuri rahmatNya...
    berita kematian pak yus amat mgejutkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. betullah tu lya..aturan ALLAH adalah yang terbaik pada kita
      kadang ALLAH bagi ujian sebab nak bagi benda lebih baik kan

      kan...saya pun terkejut. ajal dia
      beruntungnya dia selepas kematian dia, semua sedar betapa baiknya manusia bernama Yussry Bin Edoo ni
      moga dia ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman

      Delete
  17. CT ada baca juga tentang dia.. mudah2an Allah akan gantikan dengan yang lebih baik.. sesungguhnya Dia Maha Mengetahui..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kebiasaannya begitulah
      ujian diberikan menandakan ada yang lebih baik menanti

      Delete
  18. Salam takziah buat mereka yg diduga Allah. Sapalah kita untuk menyoal takdir.... Percayalah sesungguhnya ada hikmah yg besar Allah sedang rancangkan untuk mereka. Tp yelah....kita ni hanya mampu bersimpati, hanya mereka yg menanggungnya merasa peritnya....

    Alfatihah jugak untuk Arwah Pak Yus. Okje suka jugak dengar dia berlawak ni Yy

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan...kita ni sebagai peminat hanya memerhati dari jauh
      doakan semoga CT dan keluarga tabah

      kematian pak yus adalah berita yang mengejutkan
      semoga dia ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman

      Delete
  19. Ujian buat Dato Ct.... at least Allah bagi dia rasa menjadi "ibu" sebentar dan dapat merasa janin di rahim..... Apapun bertabahlah Dato CT...

    Moga yang pergi menghadapNYA terlebih dahulu, dicucuri rahmat ke atas roh mereka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan...sekurang2nya dia merasai
      nikmat keseronokkan walau hanya sebentar
      insya allaha da yang lebih baik menanti

      Delete
  20. lom rezeki siti.
    in shaa Allah lepas ni.

    ReplyDelete
  21. takziah buat CT..belum ada rezeki lah tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan
      insya allah siapa tahu sooner or later

      Delete
  22. Sian siti. Masih belum ada rezeki lagi. DIA yg maha mengetahui. Mana tau lepas ni dapat kembar terus ☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. betullah tu. saya pun simpati
      lama dia menanti
      tapi insya allah, pastinya ALLAH ada perancangan terbaik buat dia

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...