MATI itu PASTI!

2:20:00 pm Yana Yani 49 Comments

Permulaan bulan kebiasaannya YY sibuk dengan segala jenis laporan yang perlu dihantar kepada client menjelang pertengahan bulan nanti. Dalam stress mengadap segala macam jenis kertas kerja, sempat menjengah Facebook. Terbaca status seorang rakan blogger dan ianya buat YY tersedar daripada lamunan bahawa MATI itu PASTI!

Sumber Google Image

Blogger yang YY maksudkan adalah +Siti Yang Menaip. Pada yang belum tahu, ayahanda beliau telah kembali ke rahmatullah pada Jumaat lepas. Takziah YY ucapkan buat Siti dan keluarga. Kehilangan insan yang tersayang pastinya sesuatu yang cukup perit dan ambil masa yang lama untuk sembuh sepenuhnya.

Hari-hari terakhir yang dilalui oleh ayahanda Siti sepertimana yang diceritakan merupakan perancangan DIA yang SATU. Siapa kita untuk mempersoalkannya. Yang pasti coretan itu membuatkan YY terasa sangat sebak. Seolah keperitan yang hanya dizahirkan melalui pembacaan dapat YY rasai.

Ya, tiada anak dalam dunia yang mahu lalui pengalaman yang sama seperti Siti. Berat mata kita yang memandang, berat lagi bebanan perasaan yang Siti dan keluarga pikul. YY harap Siti dan keluarga tabah menghadapi perjalanan hidup walau tanpa insan dikasihi dan dihormati di sisi.

Apa yang Siti titipkan menyedarkan YY bahawa MATI itu PASTI sama ada kita bersedia ataupun tidak. Tidak akan berlaku kelewatan hatta dalam sesaat. Bila nyawa dan terpisah daripada jasad, kita akan tinggalkan semua yang kita kasihi di dalam dunia ni.

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: 
"Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara : sedekah jariah, atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."

Sumber Google Image

Takutnya bila teringatkan kematian. Automatik terbayang pada seksa kubur dan balasan kepada kemungkaran ketika di akhirat kelak. Lagi takut bila menyedari bahawa diri ini masih lagi alpa dan bertuhankan kemungkaran. Malangnya hari ini ingat, hari ini wujud rasa takut tapi besok lupa terus peringatan dan perasaan takut tu. Betapa nipisnya keimanan.

Macamana nak istiqomah ni?

49 comments:

  1. Suka dengar lagu kump Ungu - Bila Tiba..berkisar ttg kematian...
    Mati ITU memang pasti.. bila & bagaimana nanti nya hanya ALLAh yg tahu.. moga kita di matikan dlm keadaan sedia & baik2.... TAKZIAH pada sis Siti....

    ReplyDelete
  2. Allahu..terkesan dengan kata2 dlm quote di atas...Semoga kita tidak tergolong dikalangan hamba Allah yang rugi...Amin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya ALLAH. sama-samalah kita perbaiki diri ye

      Delete
  3. Takziah buat siti. Thanks atas peringatan YY. Mati tak mengira masa, usia dan dimana. Sama2 lah kita sentiasa beringat dan tingkatkan amalan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betullah tu fiza. moga kita sentiasa mengingati mati

      Delete
  4. org yg bijak adalah org yg sentiasa mengingati mati utk perbanyakkan ibadah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betullah. bila ingat mati, dia akan perbanyakkan ibadah dia

      Delete
  5. dah meninggal,sana alam/dunia kekal tak boleh balik ke dunia sekarang.. huhu..
    jadi kumpul bekalan,setiap saat,buatlah kebaikan,jangan pandang remeh benda-benda/kerja amal yg kecil

    ReplyDelete
    Replies
    1. betullah nana
      anyway thanks untuk peringatan ni ye

      Delete
  6. Takziah untuk siti dan keluarga..

    ReplyDelete
  7. Moga kita sentiasa ingat 5 perkara sebelum tiba 5 perkara..

    ReplyDelete
    Replies
    1. demi masa, sesungguhnya manusia kerugian
      sedih betul

      Delete
  8. alfatihah..takziah ct..moga ct tetap tabah biarpun sukar
    :-((

    ReplyDelete
  9. :'-(( entri ni sentap sekejap..mati itu pasti ...ALLAHUAKHBAR banyak yang masih belum diperbaiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah kita kak yan
      meh kita sama-sama perbaiki diri

      Delete
  10. betul tu yana...kdg2 kite leka dan alpa.....

    satu jek lieya doa biar le saat Allah amik nyawa mase tu semua anak2 dah besar n berkerjaya.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenapa rasa nak nangis baca komen lieya ni

      Delete
  11. innalillah :( takziah buat siti.

    ReplyDelete
  12. Semoga roh beliau di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman.. Mati itu pasti yang tak pasti dimana kita selepas mati

    ReplyDelete
    Replies
    1. betullah tu suria
      tu yang nak kena selalu beringat

      Delete
  13. mati itu pasti terjadi bagi setiap yang bernyawa, bersedia atau tidak? jawapannya ada pada kita..moga kita sentiasa cukupkan bekalan kita untuk bertemu dengan Allah nanti, bersamalah kita ingat-mengingati...bila difikirkan memang insaf dan takut...

    Moga Allah ambil kita pada saat Dia benar2 redha akan kita...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aduh kak! tersentuh jiwa saya baca komen akak
      terima kasih kerana ingatan ini.
      moga saat nyawa dicabut dari jasad, kita sudah pun bersedia

      Delete
  14. menangis I baca coretan Siti.. Al Fatihah utk arwah

    ReplyDelete
  15. tq atas ingatan ini..
    betul tu YY...tiap org akan mgalami & merasia..
    bila?? hnya Dia y mgetahui..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita tahu kita pasti mati
      cumanya kita tak tahu bila dan bagaimana
      moga kita bersedia

      Delete
  16. al-fatihah kepada arwah ayah beliau.. semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah swt dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman.. mati itu satu kepastian..

    ReplyDelete
  17. Teringat ada sorang ni cakap kat auni... " Kau untungla... kau sakit, kau tahu bila kau nak mati... " emm....sakit ataupun tidak, janji Allah SWT itu pasti... tengoklah arwahyarham Harun Salim Bachik... arwah tak sakit dan hanya pengsan... sedar2 sakaratulmaut dah tarik.....

    Sesungguhnya yang hidup akan kembali kepada PENCIPTA... auni pun iman senipis2nya... lagi nipis dari kulit bawang... hmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...mungkin dia cuba mengatakan yang auni beruntung
      sebab mungkin pada dia kesakitan yang ALLAH berikan
      buat auni lebih bersedia menghadapi kematian...mungkinlah
      tapi suami akak selalu kata, tak semestinya yang sakit tu akan pergi dulu

      meh kita perbaiki diri ye auni. kata ustaz kalau ada sedikit pun
      rasa untuk berubah ke arah kebaikan, insya ALLAH kita akan berubah

      Delete
  18. Takziah buat siti yang dimaksudkan.. kes sentap macam ni saya rasa sangat sepanjang tahun lepas sebab menghadapi 4 kematian dlm masa agak berdekatan. Terasa masa kita ni tak terjamin, bila2 masa je boleh kita dipanggil bertemu-Nya.. terasa banyak sangat amalan yang tak baik dan banyak kekurangan diri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan cikgu AN. mati tu boleh jadi pada bila-bila masa aje
      cumanya kita tak tahu bila dan bagaimana

      Delete
  19. sis dah baca di blog CT semlm . semoga dia lebih tabah melaluinya ... selalu fikir bagaimana cara kematian diri sendiri ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. belum sempat ke blog CT
      tapi ada baca titipan di FB dia
      samalah kita vee

      Delete
  20. Betul sangat YY....kita ni selalu leka kan....huhu....
    Baru baru ni jiran okje meninggal, lagilah terasa sangat, tetiba insaf...
    Kita yg masih hidup ni sebenarnya Allah cuma bagi peluang jer untuk kita beramal, kalau Dia nak ambik kita bila bila masa jer....huhu....takutnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. inalilahi wainalilahi rojiun
      sama-samalah kita perbaiki diri ye OKje
      tiada sape yang sempurna

      Delete
  21. Alfatihah! Salam takziah buat keluarga Siti yang dimaksudkan tu...

    Betul tu, YY. Kalau teringat mati ni dan-dan tu juga datang rasa takut. Rasa memang jauh dari bersedia nak menghadapinya. Tapi zaman sekarang ni mati bukan hanya kerana tua dan sakit. Yang sihat-sihat pun tiba-tiba aje tumbang dan mati. Itu lagilah takut bila mendengarnya. Dahlah amalan nak dibawa sama tak juga meningkat-ningkat. Memang risau. Tapi betul kata YY. Masa ingat mati, masa itulah gelabah. Rasa macam nak sujud kat tikar sembahyang lama-lama. Bila tak ingat mati, back to normal semula rutin hidup di dunia ni! Aduhai manusia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah manusia kan MD
      time ingat...ingat sangat
      bila lupa...tak teringat langsung bab mati tu
      nipis sungguh keimanan kita kan

      Delete
  22. salama takziah buat CT sekeluarga dan Al-Fatihah buat arwah...ye MATI itu PASTI cuma masa dan tarikh je kita tak tahu...jadi orang yg bijak adalah org ygn sentiasa mengingati mati...ajal boleh datang bila2 masa tidak kira usia muda atau tua...semoga Allah ambil nyawa dalam keadaan husnul khotimah aminnnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaminn. betullah apa yang JM katakan tu
      ajal boleh datang bila2 masa tidak kira usia muda atau tua
      moga kita sentiasa mengingati KEMATIAN

      Delete
    2. Amin, mudah-mudahan husnul khotimah milik kita bersama:))

      Delete
  23. Ayat ni menyentap tangkai hati

    "Malangnya hari ini ingat, hari ini wujud rasa takut tapi besok lupa terus peringatan dan perasaan takut tu. Betapa nipisnya keimanan."
    Macamana nak istiqomah ni?

    Betul tu sis, last few weeks Jah asyik fikir pasal mati tu je sehingga rasa takut. Dah nak sampai ke ajal aku ni? Begitulah apa yg Jah fikirkan. Nasib ada rakan yang banyak beri motivasi supaya berfikiran positif dan lakukan apa yg sepatutnya.

    Bukan senang nak istiqomah kan sis. Mekja sendiri pun sering kali kelaot. Berubahnya dah lama, cuma kadang2 terhanyut.

    Moga kita terus dalam lindungannya dan berpegang pada ajarannya :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah nak menggambarkan betapa tipisnya keimanan kita
      hari ini ingat, esok lupa dah
      benda tu dok berulang aje
      payah sungguh nak jadi baik kan.
      takpe...kita usaha lagi sampai berjaya

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...