Persediaan Selepas Minum Radioaktif Iodin

1:54:00 pm Yana Yani 35 Comments

Persediaan Selepas Minum Radioaktif Iodin | Sejak YY bercerita tentang minum Radioaktif Iodin (ROI) untuk rawatan Hipertiroid, YY menerima banyak email pertanyaan yang inginkan maklumat lanjut mengenai rawatan ini. Kebanyakkan di antara mereka kurang jelas terutama dari segi persediaan selepas minum ROI. Soalan popular, apa yang boleh dan tak boleh dibuat sepanjang tempoh pengasingan.

Atas niat ingin membantu mereka yang senasib, YY cuba rumuskan kesemua persoalan yang diajukan dalam entry ini berdasarkan pengalaman peribadi YY sendiri.

Apakah rawatan atau terapi Radioaktif Iodin (ROI)?

Rawatan ROI secara ilmiahnya bertujuan untuk mengurangkan keaktifan atau memusnahkan sel kelenjar tiroid dengan menyerap bahan tersebut melalui kapilari darah. Ia juga merupakan rawatan yang paling meluas digunakan di beberapa buah negara kerana kos rawatan yang murah dan effective selain dari penggunaan ubat-ubatan dan surgery.

Rawatan ini juga digunakan sebagai agen pemusnah sel kanser tiroid.

Apakah persediaan sebelum rawatan Radioaktif Iodin (ROI)?

Untuk pesakit Hipertioroid, seminggu sebelum menjalani rawatan ROI pesakit perlu berpantang. Antaranya ubat-ubatan jenis anti tiroid seperti Carbimazole dan Propylthiouracil (PTU). Makanan dari hasil hidupan laut samaada basah atau kering seperti ikan, udang, sotong dan ikan bilis juga perlu dielakkan bagi menjamin keberkesanan dos ROI yang diberikan.

Elakkan juga mengambil sebarang supplement berasaskan hidupan laut seperti gamat dan spirulina sepanjang tempoh berpantang tu.

Persediaan Selepas Minum Radioaktif Iodin

Bagaimana rawatan Radioaktif Iodin (ROI) dilakukan?

Tiada sebarang peralatan perubatan yang digunakan semasa rawatan ROI. Disebabkan itu pesakit perlu minum cecair atau menelan pil ROI dengan pemantauan Pakar Perubatan Nuklear di hospital yang terlibat mengikut prosedur yang ditetapkan.

Jangan bimbang mengenai rasa cecair atau pil ROI kerana ianya tasteless.

Persediaan Selepas Minum Radioaktif Iodin

Apakah langkah persediaan selepas rawatan Radioaktif Iodin (ROI)?

Kebersihan dan jarak adalah kunci utama dalam langkah persediaan selepas rawatan ROI. Berikut adalah antara yang perlu dititik beratkan.

1. Duduk sejauh mungkin dengan pemandu kereta selepas selesai rawatan ROI. Jangan gunakan kenderaan awam dan elakkan memandu sendiri.

2. Pesakit perlu tidur berseorangan tanpa sebarang perkongsian bantal, selimut mahupun katil sepanjang lapan hari tempoh pengasingan

3. Kalau boleh khaskan satu bilik air dan tandas untuk kegunaan pesakit sahaja. Ia bertujuan mengelakkan perkongsian barangan seperti berus gigi, ubat gigi, tuala dan sebagainya.

4. Sekiranya berkongsi bilik air atau tandas, pastikan pengasingan barangan peribadi dan sentiasa menjirus air yang banyak selepas menggunakan bilik air atau tandas.

5. Asingkan semua peralatan untuk makan seperti pinggan mangkuk, cawan, sudu dan sebagainya.

6. Gunakan tong sampah khusus untuk sebarang sisa makanan atau sampah lain.

7. Jangan berkongsi sebarang peralatan dengan orang lain termasuk mesin basuh, peti sejuk, oven, peralatan memasak dan sebagainya.

8. Boleh duduk satu tempat yang sama dengan ahli keluarga pada jarak antara empat sehingga enam meter. Tapi jangan terlalu lama pada satu-satu masa.

9. Perlu banyak minum air dan kerap mandi. Menurut doktor yang pernah merawat YY, ROI akan hilang melalui peluh dan air kencing.

Adakah peralatan yang digunakan sepanjang tempoh pengasingan perlu dibuang?

Tidak perlu. ROI mempunyai tempoh luput iaitu hanya selama lapan hari. Semua barang yang digunakan sepanjang tempoh pengasingan boleh digunakan seperti biasa selepas itu.

Maklumat lain

1. Pesakit wanita tidak dibenarkan mengandung selama lebih kurang setahun selepas rawatan bagi mengelakkan masalah kepada kandungan.

2. Ibu yang menyusu juga tidak boleh menyusukan anak sepanjang tempoh pengasingan. Dapatkan nasihat doktor samaada boleh meneruskan penyusuaan selepas tempoh pengasingan.

3. Sekiranya terdapat perubahan pada badan yang agak luar biasa selepas pengambilan ROI, segera dapatkan rawatan di hospital berhampiran.
----------------------------------

YY harap dengan perkongsian ini dapat membantu pesakit mahupun keluarga pesakit menghadapi persediaan selepas minum atau menelan Radioaktif Iodin (ROI).

Perkongsian ini hanya berdasarkan pengalaman peribadi YY dan sekiranya bercanggah dengan mana-mana nasihat doktor, pesakit dinasihatkan untuk mengikut apa yang dinasihatkan oleh doktor. Sekiranya masih kurang jelas dengan perkongsian ini, sila hubungi YY dengan klik [Contact Me]. YY sangat berbesar hati sekiranya dapat membantu.

Yang pasti, tak usah bimbang sekiranya disyorkan membuat rawatan ini. Lakukan untuk kebaikan diri sendiri dan orang tersayang. Semoga sembuh dari penyakit ini.

Entri lain yang berkaitan:
1. Radioaktif Iodin: Selamat Ke?
2. Apakah Rasa Radioaktif Iodin?
3. Pengalaman Minum Radioaktif Iodin (ROI)
4. Persediaan Selepas Minum Radioaktif Iodin

35 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Laptop Sakit Untuk Ke Sekian Kalinya

1:38:00 pm Yana Yani 51 Comments

Boleh pula time ada banyak cerita yang hendak dikongsikan, time tu jugalah laptop YY sakit untuk ke sekian kalinya. YY memang banyak bergantung pada laptop tu untuk menaip entry.

Laptop Sakit Untuk Ke Sekian KalinyaDekat situ jugalah terkandung berpuluh ribu gambar Afif dan Aisyah. Mujur juga dia sakit selepas siap YY buat photo book tempohari. Cuma rasa ralat tu tetap ada.

Ada juga banyak entry yang YY dah draft dekat situ yang belum sempat di transfer ke blog.

Alahai, sayang betullah! Tak tahu sakit dia kali ini boleh dirawat atau tidak.

Kali terakhir dia sakit, "doktor" dah pesan. Kalau sakit lagi, sila kebumikan ajelah sebab processor dia dah terlalu tua. Tak tahulah dia bergurau atau memang hakikat (^_^)

So berkemungkinan besar blog ni tidak akan berupdate untuk beberapa ketika. Bergantung kepada access yang YY perolehi untuk menaip entry. Macam sekarang rehat, balun office punya (^_^)

Dekat rumah ada satu lagi laptop milik MyChintaHati. Masalahnya dia punya guna Windows 8 yang agak susah pada YY sebab dah terbiasa guna Windows 7.

Lagipun dia conquer laptop tu untuk online business dia. By the time dia kata, "Nak guna, gunalah" dah lewat malam sangat. Dah lah YY perlukan berjam nak menaip satu entry aje.

Nasib badanlah kan.

Anyway YY rasa seronok sikit hari ini sebab dua hari menjelang Aidil Adha, pageviews di blog Diari Seorang Mama ni naik mendadak gara-gara Resepi Kek Coklat Moist Bakar.

Laptop Sakit Untuk Ke Sekian Kalinya


Jatuh dia lepas tu pun mendadak. Hehe! Tapi still dalam lingkungan kebiasaannya iaitu 1000 pageviews setiap hari. Alhamdulillah walau masih jauh berbanding orang lain.

Ianya tetap satu pencapaian yang boleh dibanggakan.

Rasanya cukup sampai sini ajelah bebelan YY untuk hari ini. Oh, kalau ada sesapa nak sponsor kos rawatan laptop YY, sangat dialu-alukan (sambil mata terkedip-kedip bajet comel)

Till we meet again, Assalamualaikum (^_^)

51 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Selamat Hari Raya Aidil Adha

11:50:00 am Yana Yani 31 Comments

Selamat berpuasa bagi yang sedang berpuasa sunat Hari Arafah pada hari ini, 9 Zulhijjah 1436H. Moga perolehi ganjaran daripada amalan yang dilakukan.

Besok kita semua akan meraikan sambutan Hari Raya Aidil Adha yang sememangnya jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah iaitu bulan terakhir dalam kalendar Islam.

Perayaan ini akan berterusan disambut sehingga hari ketiga belas Zulhijjah nanti. Untuk lebih maklumat mengenai sejarah ringkas sambutan Hari Raya Aidil Adha, boleh klik di sini.

Sepatutnya hari ini YY balik ke Kuala Lipis untuk merayakan perayaan yang kebiasaannya disambut sangat meriah terutama di negeri Pantai Timur seperti kampung kelahiran YY.

Tapi disebabkan parent in law YY berada di Tanah Suci dan ketika ini sedang mengerjakan ibadah wuquf di Padang Arafah, maka rancangan asal dibantalkan.

Pengorbanan ini harus dilakukan. Lagipun tak sampai hati membiarkan adik-adik ipar YY merayakan raya kali ini tanpa sebarang hidangan yang kebiasaannya disediakan oleh Mak Mentua YY.

So dikesempatan ini YY dan keluaraga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha buat semua umat Islam di seluruh dunia dan khususnya buat semua umat Islam di Malaysia.

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Bagi yang akan pulang ke kampung halaman, berhati-hati di jalan raya ye. Biarlah lambat sampai, janji selamat. Ingat-ingatlah ahli keluarga yang sedang menanti.

Makan lemang ke ketupat ke or even rendang, ingat dekat YY tau! (^_^)

Till we meet again, Assalamualaikum (^_^)

31 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Main Buih Sabun di Taman Tasik Shah Alam

1:10:00 pm Yana Yani 39 Comments

Selepas melalui pengalaman yang menarik di Dinoscovery oleh Dinosaurs Live! kami singgah di Taman Tasik Shah Alam yang terletak di Seksyen 14, Shah Alam.

Taman rekreasi ini mempunyai pelbagai kelengkapan untuk aktiviti riadah bersama keluarga sekaligus menjadikan ia sebuah taman rekreasi yang popular bagi penduduk di kawasan sekitar.

Afif dan juga Aisyah sangat suka kalau ke sini sebab diorang boleh bermain di taman permainan yang disediakan sepuasnya. Kami hanya balik bila mereka sendiri yang ajak balik (^_^)

Main Buih Sabun di Taman Tasik Shah Alam

Afif sebagai seorang Abang memang agak protective apabila melibatkan Aisyah. Dia boleh buli Adik dia, tapi orang lain jangan mimpilah! Dia boleh bertukar jadi raksasa yang sangat ganas! (^_^)

Kebetulan hari itu kawasan persekitaran agak becek disebabkan hujan yang turun sebelum tu. Mungkin Afif kurang selesa selain takut baju dia kotor, dia juga bimbang Adik dia "diganggu"

So dia mula beralih minat ke arah lain.

Dek kerana kasihankan anak-anak yang tak mencapai titik kepuasan bermain seperti kebiasaannya, YY mula bertanya peralatan bermain buih sabun yang disewakan.

Jaring dan bekas air sabun yang diisi dengan tiga senduk air sabun disewakan pada harga lima ringgit. Jaring tambahan disewakan pada harga dua ringgit. Sangat mahal bagi YY.

Dalam sakit hati dengan harga yang tak reasonable tu, tetap juga menyewa demi anak-anak. Yang pasti itu yang pertama dan terakhir. Lepas ni bawa dari rumah aje ye anak-anak! 

Main Buih Sabun di Taman Tasik Shah Alam

Mujur juga dua beradik dah terbiasa berkongsi walau ada masa mereka akan berperang menyebabkan Mama diorang mengalami masalah keguguran rambut. Hehe!

So bekas yang mengandungi air sabun tu diorang berkongsi.

Acu diorang pula sebab sudah menginjak ke usia remaja, hanya mampu memerhati walau dalam hati confirm nak join sama! Suruh buat muka tebal main sama tak nak.

Nanti jatuh saham katanya. Apa-apalah Acu wei! (^_^)

Main Buih Sabun di Taman Tasik Shah Alam

Despite boleh berkongsi bekas air sabun, mereka tetap cari punca atau topik untuk berperang. So topik peperangan mereka pada hari itulah adalah buih siapa paling besar.

Masing-masing tak nak mengalah. Orang ni dapat tiup buih kecil, orang tu sikit punya seronok gelakkan. Bila time dia pula kena buih kecil, mulalah start tak puas hati.

Main Buih Sabun di Taman Tasik Shah Alam
Main Buih Sabun di Taman Tasik Shah Alam

YY pun kononnya nak menenangkan keadaan pun explained yang cara diorang main benda tu salah yang mungkin antara faktor benda tu tak menghasilkan buih yang besar.

"Korang kena layangkan dia camni, baru dapat buih besar" kata YY sambil menunjukkan cara bagaimana menggunakan peralatan bermain buih sabun tu.

Afif dengan selamba menjawab, "Memang Mama boleh buat sebab Mama kan dah besar. Kitorang ni budak kecik lagi. Kitorang pandai tiup aje"

"Eh-eh, menjawab pula kau ni!" kata YY sambil buat aksi mencekak pinggang yang kemudiannya disusuli gelak ketawa budak dua-beradik yang tengah berperang tu.

Main Buih Sabun di Taman Tasik Shah Alam

Diorang dua beradik masih lagi meneruskan bermain buih sabun dengan cara meniup tanpa menghiraukan cara yang YY ajar sebelum tu.

Biarpun nampak pelik cara mereka bermain, alasan mereka masih kecil mewajarkan mereka meneruskan permainan buih sabun dengan cara itu.

Lantak koranglah bebudak wei, janji bahagia (^_^)

Main Buih Sabun di Taman Tasik Shah Alam
Main Buih Sabun di Taman Tasik Shah Alam

Peperangan diorang juga masih berterusan. Kalau sebelum tu bergaduh pasal buih siapa paling besar, berterusan pula dengan siapa dapat habiskan air sabun paling cepat.

Walau kadang pertelingkahan mulut tu kedengaran agak kuat, ianya langsung tidak menghalang diorang dari terus merasai keseronokkan pada hari tu.

Main buih sabun dengan peralatan seperti itu di Taman Tasik Shah Alam adalah benda yang baru mereka terokai dan yang pasti keduanya seronok sangat pada hari itu.

Main Buih Sabun di Taman Tasik Shah Alam
Main Buih Sabun di Taman Tasik Shah Alam

YY dan juga MyChintaHati juga terasa seronok melihat telatah dua beradik tu. Walau tak nafikan peperangan yang sering tercetus memeningkan kepala kami suami isteri, ianya tetap membahagiakan.

Mereka inilah sumber kekuatan kami untuk meneruskan kehidupan. Hari menjadi ceria walau hanya teringat tawa riang mereka. Alhamdulillah di atas nikmat yang diberikan oleh DIA.

Selalu ingat yang friends may forget but not your family. So please, SAYANGI KELUARGA korang. Gunakan setiap ruang dan peluang yang ada untuk merapatkan ikatan kekeluargaan.

Kita tak tahu selama mana hayat kita.

Till we meet again, Assalamualaikum (^_^)

39 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Kren Tumbang di Makkah: Seluruh Dunia Bersedih

1:39:00 pm Yana Yani 46 Comments

Ketika ini pastinya semua sedia maklum akan kejadian yang berlaku di Masjidil Haram, Makkah pada petang Jumaat, 11 September 2015 bersamaan 27 Zulkaedah 1436H.

Tragedi yang menyayat hati itu mengorbankan sekurang-kurangnya 107 orang termasuk 5 jemaah dari Malaysia dan mencederakan ratusan jemaah yang lain. Seluruh dunia bersedih.

YY dan adik-beradik MyChintaHati di sini berada dalam keadaan situasi yang sangat runsing ketika itu kerana tiada seorang pun antara kami dapat menghubungi parent in law YY di sana.

Even biras YY yang turut berada di sana gagal menghubungi mereka. Tuhan sahaja yang tahu betapa rungsingnya hati kami pada ketika dan saat itu. Tak tahu ke mana lagi harus dituju.

Walaupun nama mereka tiada dalam senarai yang dikeluarkan oleh Tabung Haji baik yang tercedera atau hilang, kerisauan tu tetap wujud selagi kami tidak tahu keadaan sebenar mereka.

Alhamdulillah, mereka kemudiannya berjaya dihubungi oleh biras YY. Barulah terasa lega hati bila mengetahui. Mereka berdua dikhabarkan kurang sihat pada ketika ini.

Abah mentua YY demam, batuk dan selesema. Mak mentua YY pula batuk. Mereka dah mula kerinduan pada anak menantu dan cucu. Sebak bila melihat gambar mereka.

Kren Tumbang di Makkah: Seluruh Dunia Bersedih
Kren Tumbang di Makkah: Seluruh Dunia Bersedih

YY minta tolong korang semua doakan kesejahteraan mereka ye. Doakan mereka terus diberikan kesihatan yang baik untuk beribadah di tempat yang bukan semua boleh jejaki.

Apart of that, YY dan keluarga amat bersimpati kepada semua ahli keluarga jemaah yang kehilangan insan tersayang dalam tragedi yang tak diduga ini.

Segala kata-kata manis belum pastinya mampu merubah lara di hati yang sedang ditanggung pada saat dan ketika ini tapi yakinlah mereka semua dalam keadaan yang sangat baik.

Mereka pergi pada penghulu hari, dalam keadaan sedang beribadah, sedang memakai ihram dan berada di tempat yang semua orang Islam mahukan kematian di sana.

Ramai yang mencemburui cara pemergian mereka sebab cara kematian mereka dalam keadaan khusnul khotimah. Mereka mati dalam keadaan yang sangat baik.

Bah kan kematian seperti ini menjadi buruan semua umat Islam.

Sebab tu kita sebagai orang yang beragama Islam tok sah sekulimat pun terjejas dengan kata-kata nista mereka yang bukan seagama sebab mereka tidak memahami.

Tok sah like, tok sah share, tok sah buat apa-apapun. Buat tak tahu aje! Lagi kita ambil tahu dengan like, share ataupun komen, lagi seronok mereka yang tak memahami ni dok provoke.

Biar lantak pi mereka nak buat apa. Kita percaya apa yang kita percaya dan juga kita akan teruskan mempercayai apa yang kita percaya sehingga ke nafas terakhir.

Insaflah wahai anak ADAM bahawa senya mati ini adalah benar, soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar, bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar, berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar, dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar, minum di kolam air nabi adalah benar, ada syurga dan neraka adalah benar.

Bahawa senya hari Kiamat tetap akan adanya, begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur. Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala. Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu

46 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Tebus Mata Ganjaran di Connected Mums Club

6:56:00 am Yana Yani 44 Comments

Sejak sebelum berumahtangga, YY cukup gemar dengan program mata ganjaran. Program seperti ini bagi YY sangat mengujakan terutama apabila kita boleh menembus pelbagai barangan.

Bagi YY syarikat yang mempunyai program mata ganjaran merupakan pengatur strategi pemasaran yang sangat bagus sebab program seperti inilah yang buat pengguna beli lebih (^_^)

YY sendiri tidak menafikan bahawa faktor utama YY memilih sesuatu produk atau servis adalah berdasarkan program mata ganjaran yang diwujudkan.

Program mata ganjaran yang paling aktif YY gunakan adalah Anmum Club atau sekarang lebih dikenali sebagai Connected Mums Club.

Kerana kegilaan pada program penebusan mata ganjaran tersebut membuatkan YY sentiasa mengumpul hujung penyeduk susu Anmum.

Pengumpulan penyeduk susu membuatkan YY boleh menebus pelbagai permainan yang kebiasaannya tidak mampu dimiliki dengan duit sendiri untuk anak-anak YY.

So baru-baru ini YY menghabiskan kesemua mata ganjaran yang YY dah kumpul selama ini untuk menebus barangan permainan untuk Afif dan juga Aisyah.

Untuk berlaku adil, dua-dua kena dapat. Nanti akan berlaku perang yang akan menambahkan lagi masalah keguguran rambut YY. (MummyDearie tok sah argue pasal ni ye! Hehe!)

Alhamdulillah ketika bulan Syawal hari itu barang yang YY tebus telah pun selamat diterima. Dok tengok keterujaan Afif dan Aisyah membuka kotak ketika tu memang priceless (^_^)

Tebus Mata Ganjaran di Connected Mums Club

Afif seorang yang mempunyai kreativiti dan imaginasi yang agak tinggi. Makanya YY tebus barangan di bawah khusus untuk dia. Tak putus-putus mulut dia menuturkan terima kasih.

Setakat hari ini selain dari dinosaur, permainan ini lah yang paling kerap dia main. Dah macam-macam bentuk dia dah reka dan dia tak pernah sedikit pun bosan.

Satu perangai Afif yang YY sangat kagumi adalah dia cukup pandai menjaga barang. Semua permainan yang masih elok di rumah YY adalah disebabkan sikap cermat Afif.

Tapi dia sangat kedekut! (^_^)

Tebus Mata Ganjaran di Connected Mums Club

Untuk Aisyah of course YY tebus barangan bersifat girlish. Aisyah ni tak macam budak perempuan lain yang suka main doll atau cuddly toys. Dia jarang sentuh benda-benda tu.

Dia lebih suka main kereta, train, lori atau permainan yang related dengan pergerakkan. Dia juga lebih suka angkut segala periuk belanga YY berbanding permainan masak-masak dia.

Sudip YY sampai hari ni hilang sebab dia. Arwah dah agaknya menatang tu.

Aisyah tak pandai jaga barangan permainan dia. Kalau beli pagi, petang confirm arwah dah! Tapi dia tak kedekut dengan orang lain. Dia sangat kedekut dengan Abang dia (^_^)

Ni lah yang selalu jadi punca bergaduh. Macamanalah tak gugur habis rambut Mama diorang ni. (MummyDearie, tak usah buat muka camtu ye! I nampak tau! Hehe!)

Tebus Mata Ganjaran di Connected Mums Club

Apa yang pasti YY sangat berpuas hati dengan barangan yang YY tebus kali ini. Ia juga adalah yang terakhir buat masa ini disebabkan Aisyah sudah tak minum susu lagi.

Manalah tahu kot ada rezeki untuk Aisyah beradik, akan berulang semulalah kegilaan YY terhadap program penebusan seperti ini. Mungkin itu pun hanya harapan disebabkan faktor kesihatan YY.

Tak mengapalah. Rezeki ALLAH tu sangat luas! (^_^)

Yang pastinya ianya tak akan mengubah kegilaan YY terhadap program penebusan seperti ini. Ada banyak program penebusan yang wujud dekat Malaysia ni.

Pada YY setiap sen duit tu berbaloi dilaburkan apabila kita boleh menebus melalui program mata ganjaran seperti ini. Umpama beli barang, dapat barang. Baru puas hati! Hehe!

Yang penting kegembiraan tu bukan dimiliki oleh YY aje, ianya dikongsi dengan anak-anak. Malahan kegembiraan merekalah merupakan kunci kegembiraan YY (^_^)

Till we meet again, Assalamualaikum (^_^)

44 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Terubat Kerinduan

11:01:00 am Yana Yani 43 Comments

Bila lama tak dengar berita dari rakan alam maya walau tak pernah bersua muka, terselit kerinduan. Pelik hubungan itu. Tapi ianya hakikat. Dapat sedikit berita pun sudah terubat kerinduan.

Inilah luahan yang pernah YY zahirkan dalam satu entry khas mengenai Rakan Blogger Yang Menghilang. YY ada senaraikan lima blogger dan salah seorangnya adalah Kak +rohalili hassan

Nak dijadikan cerita, lately YY agak aktif di Instagram.

Sejak terjadinya peristiwa yang tak menyenangkan di Facebook tak lama dulu, YY memang tidak lagi upload gambar anak-anak di sana. Alternatively, YY gunakan Instagram.

Di situlah ditakdirkan YY bertemu kembali dengan blogger yang memang YY adore masakan dan teknik photography dia. Of course sikap dia yang humble dan kelakar antara faktor tambahan.

Surprisingly kehilangan Kak Roha selama ni adalah kerana dia alahan teruk ketika hamil. Yes! Kak Roha ada baby baru. Kali ni juga perempuan. Dah setahun lebih pun usia dia.

Tayang sikit gambar anak dara Kak Roha ni. Comel! Geram tengok pipi tu! (^_^)

Terubat Kerinduan

Sepertimana di blog dia sebelum ni, Kak Roha masih lagi aktif berkongsi resipi masakan. Gambar masakan dia memang akan buat sesiapa pun akan terlekat.

YY kalau ke IG dia pun memang aim nak sekodeng gambar masakan dia aje. Disebabkan kemalasan yang menebal, resipi dia setakat hari ini YY belum pernah sekali pun cuba. Hehe!

Korang kalau ada masa, pergilah jenguk IG dia. Confirm terus melekat! Lagipun Kak Roha buat setting public. So sesiapa pun boleh access dengan hanya klik link di sini.

Terubat Kerinduan

Sekarang ni memang kami selalu bertegur sapa di IG sahaja. Tak mengapalah kan. At least terubat juga kerinduan. Moga ikatan persahabatan di alam maya ini berkekalan.

Till we meet again, Assalamualaikum (^_^)

Update: YY uploaded cerita ni dekat Instagram YY. Berikut adalah komen Kak Roha dan dia kirim salam sayang pada semua yang berkirim salam especially buat +Hainom Haryani Suratman (^_^)

Terubat Kerinduan

43 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Cara Menempah Photobook

7:02:00 am Yana Yani 58 Comments

Cara Menempah Photobook | Sebelum ni YY dah tunjukkan Cara Menggunakan Software Photobook. Hari ni YY nak tunjukkan cara macamana tempahan dilakukan selepas photo book yang kita dah design siap sepenuhnya. Sebelum klik Order di bahagian kanan seperti gambar di bawah, korang kena pastikan setiap muka surat telah terisi. Masa ni lah paling sesuai nak buat final touch.

Once dah klik Order, tak boleh nak patah balik dah tau. Bila rasa dah yakin, baru klik Order tu.

Cara Menempah Photobook

Lepas tu akan keluar Disclaimer seperti di bawah. Kena tick yang korang dah baca dan faham semua yang tercatat dalam Disclaimer tu baru korang akan di bawa ke peringkat seterusnya. Time ni juga korang kena pastikan yang korang dah pun connected dengan Internet. Masa design photo book boleh lagi offline. Tapi nak menempah dah kena online.

Cara Menempah Photobook

Lepas tu korang akan di bawa ke laman web rasmi Photobook Malaysia. Masa ni sila access gunakan login ID yang korang dah created sebelum ni. Nanti akan keluar invoice untuk korang buat bayaran. Tapi kalau korang dah ada voucher code, masukkan code tu masa nak buat check out nanti.

Cara Menempah Photobook

Once bayaran dah dibuat atau diorang dah sahkan voucher code yang korang masukkan tu, maka akan keluar confirmation di bawah menandakan tempahan korang sudah diterima.

Cara Menempah Photobook

Tapi ni belum settle lagi tau. Korang kena upload photo book yang korang dah siap design dengan cantiknya tu dulu. Klik aje Upload Order lepas tu tekan butang Continue.

Cara Menempah Photobook

Proses upload ni bergantung kepada kepantasan Internet korang. Based pada pengalaman YY, ia akan ambil masa antara 15 ke 20 minit. Tu kalau line Internet cam siput lah. Tapi kalau line Internet cantik, dalam 10 minit dah siap upload dah (^_^)


Bila dah keluar notis seperti di atas, maka sahlah yang tempahan korang sudah pun diproses. Tunggu ajelah photo book korang sampai. Biasanya ia akan ambil masa dalam tujuh hari bekerja. YY kalau dah hantar tu, memang excited. Hari-hari rasanya dok check order bila nak siap. Rasa macam tak sabar aje nak tengok macamana hasilnya.

YY bukan first time order dengan Photobook ni. Sebelum ni YY dah ada tiga photo book. Tapi sebelum ni punya YY order hak yang jenis soft cover. Menyesal pun ye juga. Anak-anak YY suka sangat dok mengadap photo book tu. Siap kena sorok tau sebab takut lunyai.

Cara Menempah Photobook

Especially si budak Aisyah. Kalau boleh hari-hari dia nak belek gambar dia. Photo book tu juga punca bergaduh kadang tu. Afif kata dia comel masa kecil, Aisyah pun tak nak mengalah. Kadang dah macam perdebatan yang tak ada sudahnya. Siapa comel tak comel pun boleh jadi isu. Camne lah tak gugur rambut Mama dibuatnya (^_^)

Cara Menempah Photobook

Berdasarkan pengalaman tu lah, kali ni punya photo book YY order yang jenis hard cover pula. Kulit depan dia keras sikit berbanding sebelum ni.

Cara Menempah Photobook

Tapi yang kali ni punya diorang tak heran sangat sebab YY campur semua gambar aktiviti keluarga. YY tak buat photo book khusus macam sebelum ni. Tayang sikitlah isi dalam photo book yang baru ni. Kalau nak tengok semua, meh datang rumah YY ye. Seperti biasa, Aisyah jadi model. Afif tak ada masa ni.

Cara Menempah Photobook

So sekarang YY dah ada lima photo book yang kesemuanya YY tempah menggunakan Photobook Malaysia. YY belum pernah cuba brand lain. Lagipun YY ni jenis loyal. Kalau dah satu brand tu, memang satu brand tu ajelah sampai bila-bila (^_^)

Cara Menempah Photobook

Nak buat photo book ni part paling susah adalah memilih gambar. YY sendiri ambil masa yang agak lama hanya untuk memilih gambar. Tapi lepas tu dah mudah dah. Sama ada korang nak ikut aje template sedia ada, atau nak design ikut citarasa sendiri. Yang pasti dengan adanya photo book ni, adalah tangible memory.

Kalau letak aje dalam laptop, peluang untuk dia hilang selamanya tu ada. Kena ambil langkah pencegahan. Lagipun buat photo book lebih murah berbanding dengan print satu-satu gambar. Kalau ada peluang, cubalah buat satu untuk family korang. Confirm korang puas hati (^_^)

Rasanya itu ajelah bebelan YY. Till we meet again, Assalamualaikum (^_^)

58 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Resepi Kek Marble Bakar

7:07:00 am Yana Yani 43 Comments

Resepi Kek Marble Bakar | Permulaan minggu ni YY nak share resipi Kek Marble bakar. Semalam YY buat kek ni sebenarnya. Tu pun sebab nak membalas pinggan jiran sebelah rumah YY.

Rasa dah beberapa minggu pinggan dia dok cantik tersusun kat rak pinggan YY. Tak sedap pula simpan lelama. Nak buat benda lain tak reti. YY rasa paling mudah nak buat, kek aje. So alang-alang dah buatkan untuk Makcik Umi (jiran YY), wajar juga share dekat blog resipi Kek Marble bakar versi YY ni. Boleh guna untuk rujukan kemudian hari (^_^)

Sebelum nak cerita panjang, YY bab memasak ni tak adalah hebat sangat macam orang lain. Resipi ni YY kongsikan berdasarkan pengalaman YY. YY bukan pro bab baking ni tau. Harap maklum.

Resipi Kek Marble Bakar

Bahan-bahan untuk resipi Kek Marble bakar adalah: -

- 2 cawan tepung naik sendiri. (Boleh juga guna tepung gandum. Tapi perlu ditambah dengan 1 tbsp baking powder)
- 1 cawan marjerin
- 1 cawan gula kastor. YY gunakan gula biasa aje (^_^)
- 3 biji telur gred A
- 1 tbsp ovellate
- 1 tbsp esen vanilla
- 2 tbsp susu pekat manis. Boleh digantikan dengan susu segar

Sebelum mula nak sediakan adunan kek, molek dah korang dok panaskan oven mengikut suhu yang sesuai. Pastikan juga loyang bersaiz lapan (8) inci sudah disapukan dengan marjerin.

Mula-mula sekali YY satukan marjerin dan gula. YY putar dengan mixer sampai dia kembang. Lepas tu masukkan esen vanilla, susu manis dan ovallate. Putar lagi.

Resipi Kek Marble Bakar

Lepas tu masukkan telur sebiji demi sebiji. Putar aje sampai kembang. Kemudian masukkan juga tepung naik sendiri yang telah diayak sedikit demi sedikit. Masa YY buat bahagian ni, Afif bersemangat nak menolong. Kebiasaannya YY memang tak pernah larang anak-anak menolong di dapur. YY berikan task ikut kemampuan diorang.

Diorang seronok, YY pun senang. Fair and square (^_^)


Bila semua bahan tadi dah sebati, bahagikan bahan tadi kepada dua bahagian. Satu bahagian YY campurkan dengan satu sudu besar coklat emulco dan satu sudu besar serbuk koko. Kalau tak ada coklat emulco pun tak apa. Lebihkan aje serbuk koko tadi.

Tuangkan ke dalam loyang atau acuan yang telah disapukan marjerin secara berselang seli mengikut kreativiti atau selera masing-masing. Masukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan tadi. YY gunakan suhu oven 180C dan bakar selama 40 minit. Suhu oven kebiasaannya tak sama. In case kek masih tak masak menggunakan suhu yang sama macam YY, lebihkan sahaja masa memasak.

Tapi jangan memandai turunkan suhu atau naikkan suhu oven ye murid-murid! YY tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kejadian kek hangus. Harap maklum! (^_^)

Nak tahu kek tu masak atau tidak, boleh gunakan lidi. Bila lidi yang korang cucuk pada kek tu tiada sebarang kesan, tu menandakan kek sudah pun masak. Lepas tu dah boleh dikeluarkan dari oven (^_^)

Resipi Kek Marble Bakar

Tayang sikit bahagian dalam Kek Marble versi YY ni. Tergoda tak? Hehe (^_^)

Resipi Kek Marble Bakar

Bersemangat nak bagi dekat Makcik Umi time panas-panas. Sekali Makcik Umi keluarlah pula. Malam baru dapat bagi Kek Marble ni pada Makcik Umi. Disebabkan kek tu agak besar, YY bagi juga jiran sebelah kanan YY, Awin. Mak YY pun YY bagi juga sebab dok teringat dia kata nak makan kek. Seronok pula rasa dok bagi orang ni (^_^)

YY sejak berpindah ke rumah ni sejak setahun yang dulu memang kerap juga masak. Puncanya sebab jiran kiri kanan YY ni kerap sangat dok menghulur. Baik Awin mahupun Makcik Umi. Diorang tak minta balasan pun. YY aje yang jadi segan sebab orang dok bagi aje. Rasanya macam tak patut. Lagipun tak akan diorang aje dapat pahala, YY pun nak juga (^_^)

So begitulah resipi kek marble bakar yang YY buat semalam. Cubalah. Confirm sedap! (^_^)

Resepi lain yang harus dicuba
Cara Membuat Donat Simple
Resepi Kek Tok Gajah!
Resepi Kek Coklat Moist Bakar
Resepi Kek Coklat 3 Minit Guna Microwave
Resepi Congo Bar Mengunakan Sukatan Cawan
Resepi Mudah Puding Roti Coklat
Resepi Kek Minyak Menggunakan Sukatan Cawan
Resepi Kek Pisang Menggunakan Sukatan Cawan

43 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Perarakan Kemerdekaan di Dataran Shah Alam

7:28:00 am Yana Yani 33 Comments

Pada malam kemerdekaan baru-baru ni, YY sekeluarga berpeluang melihat perarakan kemerdekaan yang julung kalinya kami saksikan. Seumur hayat memang tak pernah!

Itupun sebenarnya secara kebetulan. Kami tak tahu langsung akan berlangsungnya sebarang acara di Dataran Shah Alam. Saja aje malam menjelang kemerdekaan tu pusing-pusing sekitar Shah Alam.

Pakai baju pun, baju nak masuk tidur sebab memang tak bajet turun kereta.

Tapi bila nampak akan ada acara perarakan sempena menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 58, memang kami tak nak lepaskan peluang yang belum tentu ada di kemudian hari.

Perarakan Kemerdekaan di Dataran Shah Alam

Masa kami sampai tu ada beberapa orang artis sedang membuat persembahan di pentas utama sebelum bermulanya acara perarakan. Kalau tak silap ada Aishah dengan Hafiz.

YY tak begitu beri tumpuan siapa yang menyanyi sebab YY lebih berminat dengan perarakan. Bayangkan dah tiga dekad hidup, baru ni pertama kali tengok perarakan kemerdekaan.

Mau tak teruja!

Perarakan Kemerdekaan di Dataran Shah Alam

Tidak lama selepas ketibaan Dato' Menteri Besar Mohamed Azmin Ali, bermula perarakan yang kami sekeluarga tunggu. Nak tengok ni terpaksa mencelah, orang sikit punya ramai!

Gambar tak berapa cantik sebab terlalu banyak sangat pergerakan. Tapi tak kisahlah, yang penting malam tu memang satu pengalaman baru bagi kami.

Antara kontijen yang terlibat adalah Majlis Perbandaran setiap daerah. Macam-macam fesyen dan gaya yang boleh dilihat. Nampak kesungguhan mereka melalui gaya yang dipamerkan.

Perarakan Kemerdekaan di Dataran Shah Alam

Ada pasukan pancaragam dari beberapa buah sekolah di seluruh negeri Selangor.

Perarakan Kemerdekaan di Dataran Shah Alam

Rasanya tak sah perarakan kemerdekaan tanpa pasukan beruniform. Kelibat mereka mengundang sorakan orang ramai. Afif pun sangat teruja bila nampak Abang askar secara dekat.

Perarakan Kemerdekaan di Dataran Shah Alam

Paling mendapat sambutan adalah kemunculan Darth Vader yang merupakan antara watak dalam siri trilogy popular, Star Wars. Masa ni orang ramai dah start mendekati jalan di mana ada perarakan.

Ada halangan diletakkan bagi mengelakkan orang ramai mendekati perarakan. Tapi bila dah terlalu ramai, susah juga pihak berkenaan nak mengawal.

Perarakan Kemerdekaan di Dataran Shah Alam

Time ni pun Afif dan Aisyah dah duduk atas rumput sebab penat berdiri lama.

Perarakan Kemerdekaan di Dataran Shah Alam

Perarakan terakhir adalah perarakan kenderaan bermotor. Ia dimulakan dengan kereta antik, lepas tu kelab kereta buatan Malaysia dan diakhiri dengan Bas Selangorku.

Perarakan Kemerdekaan di Dataran Shah Alam
Perarakan Kemerdekaan di Dataran Shah Alam
Perarakan Kemerdekaan di Dataran Shah Alam

YY pun sempat jugalah duduk kejab berhampiran laluan utama perbarisan sebab masa ni Aisyah dah start buat perangai nak berdukung. Pinggang YY tak cukup kuat nak dukung dia.

Tu yang buat muka tak malu langkah aje tali penghalang. Adik-adik yang membaca coretan ni, sila jangan ikut contoh tak baik ni ye. Akak ada excuse okay. Hehe!

Perarakan Kemerdekaan di Dataran Shah Alam

Habis aje perarakan kenderaan bermotor, ada tarian kebudayaan. Masa ni dah out of control. Tali dekat belakang YY tu putus orang rempuh.

Time ni agak menakutkan sebab takut diorang terpijak kami yang sedang duduk. Bersusah payah YY dok rangkul budak berdua tu jauh dari orang ramai.

Afif sangat kecewa sebab tak dapat tengok secara dekat. Mujur ada screen besar. Dapatlah dia tengok juga walau perasaan tak puas hati dia tu masih tebal (^_^)

Perarakan Kemerdekaan di Dataran Shah Alam

Masa ni dekat padang Dataran Kemerdekaan penuh dengan orang ramai sebab semua kontijen yang terlibat dengan perarakan berkumpul dekat situ. Pening juga kepala tengok orang ramai sangat.

Perarakan Kemerdekaan di Dataran Shah Alam

Disebabkan terlalu sesak, MyChintaHati ajak kami pergi ke kawasan lain. Masa dok pusing ni lah kami dijodohkan untuk bertemu dengan karakter Star Wars. Afif sangat teruja.

Tak terkecuali MyChintaHati (^_^)

Perarakan Kemerdekaan di Dataran Shah Alam
Perarakan Kemerdekaan di Dataran Shah Alam

Oh, sebelum ada yang bertanya, kami tak kenal pun budak perempuan di atas. Masa kami nak bergambar, diorang pun nak bergambar juga.

Makanya gambar Afif ada pada diorang, gambar diorang ada pada Afif. Fair and square (^_^)

Tak lama selepas Dato' Menteri Besar berucap, ada countdown detik Hari Kemerdekaan. Memang sengaja tunggu sampai time tu sebab nak tengok bunga api (^_^)

Selepas Dato' Menteri Besar melaungkan perkataan Merdeka sepanjang tujuh kali diikuti para hadirin, bercahayalah langit di sekitar Dataran Merdeka dengan percikan bunga api.

Perarakan Kemerdekaan di Dataran Shah Alam

Aisyah mula tu takut, lepas tu dia pula jadi teruja dok tengok bunga api yang pelbagai warna dan bentuk. Afif pula memang bersemangat dari mula sehingga ke akhir majis (^_^)

Perarakan Kemerdekaan di Dataran Shah Alam
Perarakan Kemerdekaan di Dataran Shah Alam

In the end kami sekeluarga sangat seronok pada malam tu. Pengalaman yang sangat berharga sebab masing-masing pertama kali dok tengok acara yang kebiasaannya hanya dilihat di kaca TV.

Ada niat nak ke Kuala Lumpur keesokkan harinya. Tapi memasing keletihan. Tak larat nak bangun seawal pagi ke sana. Takpelah, siapa tahu tahun depan kami berpeluang ke sana pula (^_^)

So begitulah pengalaman kami di perarakan kemerdekaan di Dataran Shah Alam yang asalnya tidak dirancang. Yang pasti we had a great time! (^_^)

Rasanya sampai di sini ajelah bebelan YY. Till we meet again, Assalamualaikum (^_^)

33 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...