Cara Menggunakan Software Photobook

9:35:00 am Yana Yani 62 Comments

Baru-baru ni YY ada cerita tentang kesibukkan YY menyiapkan photo book pada saat akhir di sini. Disebabkan itu ada beberapa orang yang bertanya cara menggunakan software photo book.

Salah seorang yang bertanya tu adalah rakan blogger yang tinggal sama sedaerah dengan YY, Kak Fazilah atau lebih dikenali sebagai Aryan Azra dalam dunia blogger.

Sebenarnya di pasaran ada banyak jenama photo book yang korang boleh pilih. Macam YY dah terbiasa mengggunakan Photobook Malaysia. Lagipun YY jenis selesa dengan satu jenama aje (^_^)

Meh YY tunjukkan cara menggunakan software Photobook (^_^)

Mula-mula sekali pastikan korang sudah berdaftar sebagai ahli di Photobook Malaysia. Ianya bagi memudahkan korang download photo book yang sudah siap dikemudian hari.

Pastikan juga korang sudah membeli voucher melalui mana-mana tawaran yang boleh diperolehi di dalam laman web rasmi Photobook Malaysia.

Pembayaran boleh dibuat melalui Paypal atau kredit/debit kad. Sekarang pembayaran melalui online banking juga sudah diterima di mana pembayaran akan dibuat melalui iPay88.

Once pembayaran sudah dibuat, korang akan terima email mengesahkan pembelian. Korang juga diberikan voucher code dan juga product description.

Simpan voucher code ni sebab ianya hanya digunakan selepas photo book siap.

Dalam banyak-banyak kemudahan yang disediakan, YY lebih suka guna software ini sebab banyak gambar boleh sumbat dan tak perlu online sepanjang masa.

Malahan software Photobook ini hanya perlu dimuat turun sekali sahaja.

Mula-mula sekali selepas masuk website rasmi Photobook Malaysia, klik Photobooks, lepas tu klik Start A Book. Pilih Photobook Designer dan klik dibahagian Start here.

Cara Menggunakan Software Photobook

Pastikan negara yang dipilih adalah MALAYSIA dan kemudian klik butang DOWNLOAD. Proses memuat turun ni mengambil masa antara 15 ke 20 minit bergantung kepada kelajuan internet korang.

Lepas dah download tu, akan keluar mesej di bawah. Klik butang Run. Klik dua kali butang Next dan akhir sekali klik butang Install.

Cara Menggunakan Software Photobook

Software Photobook sudah boleh digunakan selepas itu. Setiap photo book yang dibuat dikategorikan sebagai projek. So klik Create a New Project untuk mula buat photo book.

Kemudian hari nak sambung, klik Open an Existing Project aje.

Cara Menggunakan Software Photobook

Kemudian pilih Category, Product Type dan Product berdasarkan voucher yang korang beli. Boleh refer email yang mengandungi Product Description in case korang confuse.

Lepas tu, namakan projek korang. Klik butang Create.

Cara Menggunakan Software Photobook

Korang dah boleh mulakan projek photo book korang selepas tu.

Bagi memudahkan kerja korang, Photobook dah syorkan Page Styles untuk setiap muka surat tapi kalau tak suka, boleh aje ubah berdasarkan seleksi yang disediakan.

Design photo book ikut kreativiti masing-masing. Boleh letak Masks, Background, Frames, Scrapbook dan macam-macam lagi.

Disebabkan tak perlu online, korang boleh pilih masa yang sesuai untuk buat projek photo book korang. Kalau YY, jiwa kena tenang. Baru puas hati hasilnya. Hehe!

Cara Menggunakan Software Photobook

Di lain entry YY akan tunjukkan cara pula macamana cara order dilakukan selepas photo book yang kita dah design siap sepenuhnya. Nak sambung terus takut korang pitam pula baca (^_^)

Till we meet again ye, Assalamualaikum.

62 comments:

  1. Rajinnya, YY. Akak malas sikit bab2 begini. Cepat berpinar mata ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...saya dah penah alami laptop rosak kak
      seriau gambo anak2 dari baby hilang
      mujur simpan dalam D
      tu yang ambil initiative print juga, sbg kenangan

      Delete
    2. Betul kan,..at least bila print adalah something tangible as memories :)
      Mmg klu simpan soft copy, sekali hilang terus menangis tak berlagu.

      Delete
    3. tulah yang saya bergigih juga buat
      padahal bab pilih gambo tu memang tak nafikan berpinar mata
      masa banyak habis dekat pilih gambar
      tapi lepas tu okay dah =)

      Delete
  2. Trend sekarang semua gambar simpan dlm photobook YY

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang pasti boleh print kak
      ada kenangan tuk anak cucu
      bukan hanya dalam komputer aje =)

      Delete
  3. best lah.. sayangkan gambar2 klu hilang.. dulu2 print gambar pakai filem tu..gambar2 yg bertahun2 simpan rosak habis semuanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betullah tu shida
      bila print tu, ada juga kenangan
      kalau tak simpan elok, gambo dulu memang hancur

      Delete
  4. tutorial yang bagus.lepas ni boleh try la.banyak gambar anak-anak yang belum diprint.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya memang galakkan
      bukan apa, kenangan kan
      lagipun guna photobook lebih murah
      kalau dibandingkan print satu-satu keping gambo

      Delete
  5. Thanks yani, shre tuto ni..

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. hehe...idaklah rajin sangat
      terpaksa aje ni =)

      Delete
  7. aida pernah buat 2 photobook.
    jenuh nak siap kan hu hu hu...
    hingga x tido mlm.
    nak pilih gambo lagi.
    nak edit lagi hu hu hu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya kalau kira, ni dah yang ke lima
      betullah kata aida, bab azab time pilih gambo
      tapi lepas tu okay dah kan...edit tu senang sikit rasanya

      Delete
  8. terima kasih yana buat entri khas ni...terharu akak tau, akak dah register pun kat photobook malaysia tu...hehehe register je dulu...tggu next entri lak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kasih diterima kak =)
      tak sempat lagi nak mengarang ke next entry kak...hehe
      bahan-bahan ada dah ni, tulis aje belum
      sabo ye =)

      Delete
  9. pernah sekali huda buat photobook..
    tp redeem voucher dari groupon..
    same je kot kan :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama...voucher dia aje boleh beli kat mana-mana
      kalau kat groupon, untung naisb dapat beli hak free =)

      Delete
  10. Tak pernah pun buat photobook ni...hajat tu macam ada, tp bila tak kerja ni payah sikitlah....
    Tp tak per nanti kalau dan confirm nak beli photobook ni bolehlah refer sini...Cikgu Yani dah siap tolong ajarkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia yang payah pada saya, part nak pilih gambar
      pastu sumbat aje ikut suka..kalau susah ikut template sedia ada
      tapi saya rasa elok sangat buat
      bimbang semua gambar kenangan hilang gitu aje

      Delete
  11. Replies
    1. ni sebenarnya lebih kepada terpaksa bunda =)

      Delete
  12. diy sndri cmni... x perlu modal yg bsr dh kn

    ReplyDelete
    Replies
    1. diy sendiri? maaf saya kurang faham
      tapi kalau merujuk diy dari applikasi seperti ni
      memang lebih murah berbanding kalau kita print sendiri

      Delete
  13. dah beli tp x design lg..malasnya..tq kak share tips guna photobook. yong follower 358. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh jangan memalas, kang expired, rugi tau =)

      Delete
  14. eh lupa..mmg dh jd follower sni pn..hehe.

    ReplyDelete
  15. wahh..nak buat ni kena ada mood..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betullah tu
      tapi tak boleh selalu ikut mood aje
      nak siapkan tu jadi stress =)

      Delete
  16. best nih...mcm bersemangat lak nk buat....heheheh

    ReplyDelete
  17. Kalau baca macam panjang aje stepsnya tapi kalau cuba buat ni, maybe takdalah teruk mana punkan... Lepas ni YY silalah tunjuk kat kita orang photobook yang dah siap tu. Tunjuk juga gambar-gambar pilihan Aisyah yerk.... Aisyah jerk.... Makpaknya tak payah.... ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. teruk part nak pilih gambo aje
      lain tu takdelah susah mana, letak-letak gitu aje
      amboi...belum apa-apa dah demand lebih ni

      Delete
  18. yanie pun pernah buat 2 kali.. senag tapi nk pilih gambar jenuh sket sbb nak masuk banyak2..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. bab pilih gambar tu memang agak azab lah
      saya tak nafikan...
      tapi janji hasilnya kita puas hati kan =)

      Delete
  19. Nak tengok hasil photobook YY buleh... Mesti menarik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...malulah nak tunjuk
      nantilah tengok sejauh mana level kepastian tu ye =)

      Delete
  20. Tak sabar nak tengok photobook YY...

    ReplyDelete
  21. salam singgah sini YY...diana tak pernah buat pun YY...memang tak reti...hihi...

    ReplyDelete
  22. mudah bagi sesapa yg berminat . dah ada tuto ni ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tuto tak seberapa pun vee
      moga bermanfaat pada sesiapa yang memerlukan

      Delete
  23. Oh...tak pernah tau pasal ni..thanks for sharing...YY

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang ada cikgu wa

      p/s-kalau cikgu nampak komen saya ni, saya just nak bgtau
      blog cikgu saya tak boleh mausklah. nape ye

      Delete
  24. Oooo...faham2 apa benda yg akak bebelkan ni..hehe. baik print awal2 kan drp bia dalam lappy o memory card lama2. Karang burn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah pasalnya
      kalau tak print, kang hilang gitu aje
      sayang!

      Delete
  25. Tuto menarik. Tqvm sis..

    ReplyDelete
  26. Thanks for the tutorial. Teingin nak buat. Tapi tak terbuat pon.

    ReplyDelete
    Replies
    1. cubalah buat fiza
      dari simpan kat softcopy aje...peluang tu hilang tu tinggi

      Delete
  27. selepas daftar beli voucher....berapa anggaran voucher tu YY...ada gak baca dalam blog..ada yg beli dari groupon...harga bergantung kepada bilangan muka surat...dh lama nak buat tapi x buat2 lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau bernasib baik...hanya perlu bayar kos penghantaran
      macam saya ni beli satu buku lebih kurang rm50 untuk 40pages 8x11
      harga asal rm180 kalau tak silap

      Delete
  28. tak terbuat buat lagi.
    teringin nak buat photobook juga. risau juga takut terhilang pic dlm phone ni haaa.. nak nak masa rania baby

    skali bca mcm mudah cuma renyah, kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena cari masa tuk buat juga cik su
      dia payahnya part nak cari gambar mana yang kita nak
      memang agak stress di situ

      part nak susun tu sennag dah sebab ada template dah kan

      Delete
  29. sis nak tanya ada upload untuk cara order photobook tak ? sebab saya dah beli tapi xdpt nak upload sebab dia kata voucher tak valid . buntu dah fikir .

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada juga cerita dalam blog.
      cuba klik
      link ni
      kalau still tak bileh juga, contact PhotoBook directly ye

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...