Majlis Tautan Mesra Aidilfitri Bloggers

7:02:00 am Yana Yani 41 Comments

Diundang ke Majlis Tautan Mesra Aidilfitri Bloggers yang diadakan di rumah blogger tersohor, Nazlee Ismail atau lebih dikenali sebagai PCL seolah sebuah mimpi.

Sejujurnya YY tak menjangka untuk diundang ke majlis tersebut.

Walau berbesar hati apabila menerima undangan, YY tak boleh nafikan perasaan segan untuk menghadiri majlis yang turut dihadiri bloggers yang sudah mempunyai jenama sendiri.

Kalau ikutkan hati, sumpah YY tak nak pergi! Tapi MyChintaHati beria menyuruh YY hadir pada majlis tersebut untuk mengukuhkan jenama Yana Yani.

Atas alasan itu, kehadiran YY pada majlis tersebut adalah perlu atas dasar "pemasaran". Alasan lain pula, rumah PCL terletak tak begitu jauh dari rumah Kakak MyChintaHati.

Maka dengan berat hati YY mengesahkan kehadiran ke majlis yang julung kalinya YY hadiri dalam dunia blogger. Sepanjang perjalanan lutut rasa bergetar (^_^)

Perasaan nervous tu langsung tak hilang terutama bila bertemu empat mata dengan blogger seperti PCL, Uncle Gedek, Kak Azie Azah dan Cikgu Norazimah.

Majlis Tautan Mesra Aidilfitri Bloggers
Majlis Tautan Mesra Aidilfitri Bloggers

Nervous punya pasal, sampai kebanyakkan gambar yang YY snap adalah curi-curi. Terasa segan betul nak angkat kamera cap ayam YY (^_^)

Mujurlah Cikgu Norazimah atau lebih dikenali sebagai CN bermurah hati berkongsi gambar yang beliau ambil ketika majlis tersebut. Dapatlah YY tayang kejelitaan YY pada korang. Hehe!

Terima kasih ye CN sebab sudi kongsi gambar ni dengan YY (^_^)

Majlis Tautan Mesra Aidilfitri Bloggers

CN melalui entry yang dia coretkan di sini mengatakan bahawa majlis ini merupakan majlis pertama yang dia hadiri melibatkan bloggers. Samalah kita CN (^_^)

Disebabkan segan nak ambil gambar orang lain, YY ambil gambar keluarga sendiri. Hehe!

Majlis Tautan Mesra Aidilfitri Bloggers

Anyway perasaan segan tu lama-lama hilang juga dengan keramahan PCL sebagai tuan rumah. Sangat lembut cara PCL bertutur kata. Kalau tengok rupa, nampak dia garang (^_^)

Kak Azie pula tersangatlah peramah! Berborak dengan dia macam berborak dengan orang yang kita dah biasa berborak. Begitu juga Uncle Gedek dan bloggers yang lain.

Diorang buat YY terasa WUJUD (^_^)

Overall majlis memang best dan meriah dengan pelbagai menu sedap yang dibawa sendiri oleh bloggers yang hadir termasuklah YY. Tapi YY bawa tembikai aje. Hehe!

Apapun YY ucapkan jutaan terima kasih buat PCL selaku tuan rumah dan bloggers lain yang menjemput. Terima kasih kerana menyedari kewujudan YY (^_^)

YY rasa seronok ada gathering blogger macam ni. Boleh beramah mesra walau pada mulanya terasa kekok. Yok korang, apa kata kita buat majlis macam ni juga. YY cop bawa tembikai (^_^)

Yang pasti, tak kenal maka tak cinta (^_^)

41 comments:

  1. ukhuwah di alam maya dipanjangkan ke alam realiti.. nice~ ^_^

    ReplyDelete
  2. waaa...bestnyer berkumpul ramai2 cenggini...kalau sy pun mesti segan jugak sama mcm YY....hihihih

    psstt...YY...lupa nk kabor...kupon tu titew dh terima...mekasih yer...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. best dicampur dengan nervous..hehe

      sampai dah ye. lega mendengarnya.
      takut tak sampai sebab confident sangat pakai normal post =)

      Delete
  3. wah best tu mendapat jemputan dari rakan blogger, boleh beramah mesra dan kenal lebih rapat lagi kan...

    kalau akak pun confirm segan yana..hehehe terus jadi pendiam dan pemalu

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak aje yang belum dapat jumpa
      padahal dekat sangat duduknya ni
      entah bila boleh dapat jumpa =)

      Delete
  4. seronok kan yana...dpt eratkan silaturahim ..selalu 'berborak' dlm blog jek...ni dpt jumpa face to face...mule2 malu2 ...tapi lame2 mcm dah kenal bertahun2 ajek ekekekeekek....lieya dulu rajin gak gathering2 mase zaman fotopages nieh...skrang ni dah kureng plak ....tade dah gathering2....dpt gather2 sambil potluck mmg seronok nieh....

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok lieya! macam tak sangka pun ye juga
      memang malu memula tu, tapi lepas tu hilang sebab diorang semua okay sangat
      saya baru ni join perjumpaan gini, in future mungkin p lagi kalau ada jemputan =)

      yok lieya, kita buat potluck...gather2 =)

      Delete
  5. terima kasih dtg juga ye.. kalau dah selalu ke banting jgn lupa sesekali.singgah lg umh pcl..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih menjemput ye PCL
      sangat terharu dengan jemputan tu
      insya allah, kalau tak ada aral,sampailah kami ke sana =)

      Delete
  6. uikh segan akak kalau nak jumpa berdepan..lebih2 lagi blogger otai...malu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...saya pun segan juga kak
      tapi atas dasar memenuhi jemputan, saya pergi juga
      diorang okay, sangat peramah =)

      Delete
  7. best nya dapat jumpa blogger2 lain

    ReplyDelete
  8. Wah, kiranya ni dah antara yang famouslah, YY! Saya ni low profile, kalau pelawa pun memang tak pergi. Nak meluaskan jenama, lagilah tidak. Suka-suka aje berblogging, cari kawan-kawan satu kepala katanya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya idaklah famous MD. saya jumpa orang famous adalah, hehe
      saya nampak dah hala tuju blog ni lebih2 lagi pageviews laju aje naik
      perlu ada goal =)
      saya masih lagi beblog sebab suka, tapi di masa yang sama
      mencari pendapatan dari minat saya tu =)

      Delete
  9. alahai takpe la..untuk networking kan..lepas ni tak segan dah....tahniah berjaya hadirkan diri SA je tak dapat pergi...kalau tak dah jumpa dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. segan! seriously segan sangat!
      tapi lepas tu terasa welcome...diorang semua okay
      saya aje yang segan lebih...hehe
      oh ye ke? kalau tak mesti jumpa kan =)

      Delete
  10. klu saya pun segan juga nak pergi ... heheheee

    ReplyDelete
  11. Mamawana singgah sini. Asslamualaikum.

    ReplyDelete
  12. ahaksss...malu dan segan ye...samalah...berani bercakap dalam blog je bila ajak jumpa..malu!!!! bila ada majlis mcm ni baru lah leh kenal rapat kan...kalau sis JM pun malu sbb blogger picisan je...tulis hanya suka2

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul JM! seriously segan sangat tau
      ketar lutut tau, rasa tak sedap satu badan masa mula sampai
      saya pun sama, menulis sebab suka-suka
      tapi bila dapat peluang camni, rugi pula tolak =)

      Delete
  13. Wah... Bestnyer jumpa PCL dan rakan blogger lain. Kathy ni pemalu,segan juga nak join gathering blogger..

    ReplyDelete
    Replies
    1. seriously kak, saya pun segan sangat
      sebab saya bukan kategori peramah. dalam blog memang nampak peramah
      kat luar, pendiam! hehe
      tapi diorang semua okay. memula aje rasa segan. pastu rasa okay =)

      Delete
  14. Saya baca sambil senyum2..sbb apa yg YY rasa saya dpt tau..phm.sgt phm...hehe..tp tahniah sbb YY berjaya juga sampai ke sana. Saya bukan blogger cam korang yg otai2 ni..saya tumpang hepi tgk je...

    Jom YY jln2 ke blog akak. Salam ukhuwah

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang segan tau sebab awak tak biasa buat benda ni
      ish...tak tahu nak cakap macamana
      tapi lelama bila dah sesuai kan diri tu, rasa seronok =)

      insya allah, nanti saya singgah ye =)

      Delete
  15. wow bestnya.. tapi seriusly segan.. malu nak berkongsi cerita secara lisan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang segan sangat shida
      tak tahu camne nak gambarkan perasaan tu
      tapi leaps tu bila dah berborak, rasa okay aje

      diorang pun sangat peramah =)

      Delete
  16. bestneyr bpluang jumpa blogger2

    ReplyDelete
  17. Wah.. hebat.. mesti seronok berjumpa blogger hebat2 dan boleh berkongsi pengalaman dengan diorang tu.. rezeki YY..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memula tu rasa nervous sangat cikgu AN
      tapi lepas dah seketika tu, hilang rasa nervous, jadi seronok pula =)
      tulah, ada juga pengalaman berjumpa dengan diorang

      Delete
  18. best nyer.
    kalau ada majlis gini, elok pergi.
    da nama nyer blogger kan YY :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betullah aida, kalau ada pluang...pergi aje
      bagus untuk networking =)

      Delete
  19. Bestnya dapat jemputan dari rakan blogger ☺

    ReplyDelete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...