Sibuk Design Photobook
Amboi korang! Seronok sungguh beraya ye. Ada yang tak bekerja lagi nampaknya. Untunglah! YY dah start bekerja hari ni walaupun secara jujurnya, malas sungguh!Tapi nak buat macamana? Kaki terpaksa jua dilangkah demi mencari rezeki walau hati mengatakan sebaliknya. Mak ai, ayat! Jiwang sungguh! Hehe!
Anyway tujuan YY publish entry ni just nak beritahu yang blog ni akan sunyi untuk beberapa hari akan datang disebabkan empunya blog agak sibuk dengan Photobook.
Lagipun memang sejak tahu kewujudan dia, YY selalu buat photo books sendiri.
Kalau simpan aje segala gambar kami yang mempunyai 1001 satu kenangan dalam laptop, once kena virus, menangis tak berlagulah jawabnya.
Sebab tu YY print juga sebagai kenangan.
Selain dari puas hati dengan kualiti dia dari segi kertas yang digunakan sehingga imej yang dicetak, harga dia murah.
Bagilah YY lah ye. Mungkin orang lain berpendapat sebaliknya sebab kalau sebut harga untuk sesebuah album, memang majoriti akan kata Photobook ni mahal.
Tapi kalau kita cerita nak cetak gambar yang beribu keping dalam simpanan kita dari sekeping ke sekeping di luar ditambah dengan charges untuk album, memang lebih berbaloi.
Macam voucher yang YY beli ni, dua album bersaiz 8" x 11" jenis hardcover dengan 40 muka surat setiap satu pada harga RM108. Satu album hanya RM54 termasuk shipping.
Kalau harga biasa untuk dua album tu dari jenis yang sama adalah RM378. Murah bagi YY sebab boleh jimat sehingga RM270. Tu yang grab juga voucher tu.
Lagi best sebab diorang sentiasa ada promosi. Kena rajin dok belek website rasmi diorang di sini atau subscribe diorang punya newsletter untuk maklumat mengenai promosi.
Atau boleh juga beli voucher di Groupon. Kalau bernasib baik, tak perlu bayar pun. YY pernah beli voucher tanpa bayaran! Just perlu bayar shipping charges aje.
Untuk buat album pula, kita boleh pilih sama ada untuk mereka sendiri dengan download dia punya software atau mereka melalui Online Designer ataupun menggunakan Online Templates.
YY lebih suka mereka sendiri album sebab boleh sumbat seberapa banyak gambar yang YY nak. Lagi satu cara ini tak memerlukan YY sentiasa online.
Dua kali aje perlu online. Masa first time download software dan lepas tu nak masa nak pos kan album kita yang dah siap ke Photobook untuk printing.
Tapi of course cara ini lebih banyak menggunakan masa berbanding Online Designer dan Templates. Jenuh kepala otak ni memikir idea nak letak gambar dalam 80 muka surat untuk dua album.
Bayangkan voucher yang YY beli ni berikan YY tempoh tiga bulan untuk siapkan dua album. Tapi sampai sekarang tak siap pun lagi. Photobook siap hantar email reminder lagi!
Nampak reminder tu yang buat YY tekad perlu siapkan by hook or by crook menatang ni. Cerita Raya keluarga kecil YY terpaksa ditangguhkan buat seketika atau sehingga photo book siap!
Kalau buat tak tahu aje, rugi juga wei! Banyak juga duit yang MyChintaHati laburkan tu. Dia siap kata, "Mentang-mentanglah duit kita, lambat aje dia buat kerja. Cer kalau duit dia"
Hehe! Best betul kena perli! Padanlah muka kan? Sape suruh buat kerja lambat! Bersabarlah sayang, daku akan buat (Baca seperti menyanyi lagu Selimut Tetangga nyanyian Repvlik!)
Tak tahulah sempat ke tidak siap sebelum 15 Ogos. Mujur juga Photobook bagi kita extend voucher. Buat masa ni YY stick dengan original expiry date. Agak tak boleh juga baru request extend (^_^)
Okaylah korang ye. Kot kalau rindu pada YY yang comel ni, boleh usha YY punya Instagram ataupun Facebook. Tapi YY agak selective bab approve friend request.
Tak kenal, memang tak approve! So, silalah perkenalkan diri ye. Jangan kata YY sombong pula bila friend request tidak diluluskan ye. Salahkan profile picture korang (^_^)
Till we meet again. Selamat Hari Raya dan Assalamualaikum (^_^)
P/S - Entry ini ditulis berdasarkan pengalaman peribadi penulis dan keluarga sebagai salah seorang pelanggan Photobook Malaysia.
GOOD LUCK! kite tak kreatif la design photobook ni.kejap je ngadap mesti bosan dan berhenti.my bad.
ReplyDeletehehe...terima kasih.
Deleteboleh guna template sedia ada.
tapi sebenarnya mudah aje tau. tak susah mana.
letak aje gambar ikut citarasa kita
Akak teringin juga nk buat tp tak pandai sgt hahaha...nk pulak klu melalui online nih,mmg kejung la ngadap benda tu hihihi
ReplyDeleteAkk dah pg kt fb yana tp xleh add friend pun hihi
kalau download software dia kak, tak perlu online
Deletemasa download aje perlu online
lepas tu tak payah dah, boleh buat bila-bila senang
yeke? akak dah login FB akak ke belum.
kena login dulu baru boleh add friend
kena ajar akak ni macammana nak buat,akak bab2 it ni kurang sikit, blog ni pun berkurun belajar baru boleh buat...huhu
Deleteokay, untuk akak...nanti saya buat special entry ye =)
Deletekena try ni! thanks for sharing...
ReplyDeletecubalah...worth it tau
DeleteTeringin sgt nak buat photobook ni...sblm ni x pernah try...nak cuba jugak la..thanks for sharing ya..
ReplyDeletecubalah buat nadiah. kena dok fokus buat
Deletetapi berbaloi =)
best jugak kalau buat ni..bak kata akak, kalau laptop kena virus memang menangis
ReplyDeletesayang gambar hak yang terperam dalam laptop
Deletekena kasi print juga =)
best abadikan gambar dlm album.. teringat album gambar yg mak ngan abah buat dan simpan gambar2 masa muda mudi dlu habis rosak kena air dan ada yg kena makan anai2... tinggallah beberapa kerat gambar yg masih selamat..
ReplyDeletekalau dulu sebab diroang guna filem
Deletenak tak nak kena cuci juga gambar baru blh nmpk hasil
macam sekarang semua dah canggih
gambar boleh nampak melalui telefon atau komputer
cuma kalau hilang sebab virus atau terdelete, rugi sangat
sebab tu saya pilih untuk print sebanyak mana yang boleh sebagai kenangan =)
Wah.. Rajinnyer sis.. Hehehhe..
ReplyDeleteni bukan rajin...tanggungjawab tuk generasi akan datang =)
DeleteWah.. selamat memilik., dok fikir nak buat juga.. tapi maybe design and printing pun buat sendiri je kot...
ReplyDeleteuntunglah maria ada kelengkapan sendiri
Deletecam saya nak tak nak kena juga buat =)
best
ReplyDeletehehe
Deletecamne nak tunjuk? hehe
ReplyDeletesalah ke? hehe...tapi rumput tetangga memang satu peribahasa di sana
yang merujuk kepada suami atau isteri jiran
tak apa na...saya tukar sat lagi...hehe
mekacih beritahu ye =)
klu dah ada family , mmg sesuai simpan gambar di photobook . saya baru nak belajar berinstagram ... heheheee
ReplyDeletekalau belum pun sesuai untuk kenangan vee =)
Deleteyeke? apa ID instagram...share lah =)
saya pun pernah order dari photobook M'sia.... tapi bila baca entry ni, baru ingat ada dua voucher yang belum sempat print... kebetulan voucher tu tak de expiry date... lagi la seronok bertangguh,,,, huhuhu
ReplyDeleteyeke? bestnya! saya punya voucher ni 3 bulan aje
Deletenasib perasan sebab sebelum ni punya, 6 bulan =)
sy pun ada cita2 nk wat photobook tap sampai sudah xbuat...adehhhh.....bila laaa nak buat tu nnti....huhuhuh
ReplyDeletejenuh nak buat photobook ni
Deletekali ni memang main hentam aje
janji siap =)
Wahh.
ReplyDeleterajinnya kak.
sy dulu berbulan jugak nak siapkan photobook.haha.
rajin tak rajin. terpaksa!
Deletevoucher dah beli. tak guna kena bebel! hehe
Jadi, apa ceritanya sekarang? Dah siap ke belum photobook ni? Saya ni belum pernah lagi buat, YY. Nak buat, nak buat tapi setakat niat dalam hati ajelah. Kerja tak jalan juga. Saya pun sayang juga banyak gambar anak-anak dalam external tu. Kalau tak simpan elok-elok, mahu menangis tak berlagu nanti...
ReplyDeletebelum siap pun lagi ni. cam nak menangis plak nak buat
Deletetapi kena juga siapkan. moralnya jangan buat last minute...hehe
kenalah print out MD. saya penah kena virus komputer. nak menangis dibuatnya
mujur time tu simpan dalam D. tu yang phobia nak simpan dalam komputer aje
Memag best for keepsake. Akak malas nak susun2 & pilih gambar ni. Nanti dah siap sharelah kat blog :)
ReplyDeletetulah kan. tapi part seksa seperti yang akak cakaplah
Deletebiul otak dibuatnya hanya kerana nak memilih gambar...hehe
tengoklah...kalau rajin =)
aida da ada 2 photobook.
ReplyDeletebeli vocer kat groupon.
ok la menarik...
2 hari concentrate design utk 2 photobook tau YY.
terlupa punyer pasal dateline photobook tu ha ha ha...
saya setakat ni dah ada 3...campur yang baru ni nanti ada 5 lah
Deletemak ai...2 hari aje. tapi kalau dah desperate...memang jadi ajelah kan aida =)
stakat ni lya pnh buat 2 PB kat pixajoy..nak silau2 gak ni harga y murah2...
ReplyDeleteSaya biasa dekat Photobook. Harga murah juga
Deletecuma nak buat tulah yang pening =)
Bestnya. Teringin nak buat photobook. Tapi tu lah..,.,nak memilih gambar yang jenuh tu. Lepastu kekangan masa...huhuhu...Nak buat jugak lah nanti.
ReplyDeleteDah siap nanti jangan lupa tunjuk hasil tau.
memang masa banyak habis dok pilih gambar tu lah
Deletenak letak dengan design tu bukan masalah
memilih gambar tu yang pening...tapi hasilnya memang puas hati =)
lagi sorang requet ni...tengoklah kalau rajin nak share...hehe