Demi Persatuan Taman dan Anak

7:06:00 am Yana Yani 11 Comments

Hari Ahad baru ni YY dan MyChintaHati attended mesyuarat Persatuan Taman Perumahan kami yang buat julung kalinya diadakan. Memang teringin sangat nak pergi.

Punyalah excited, pepagi dah bangun walau mesyuarat hanya dijadualkan pada pukul 10 pagi. Biasa kalau hari minggu ni, sarapan pun pukul 11 pagi. Hehe!

Kononnya demi persatuan taman, sanggup bangun pagi! (^_^)

YY ni excited pasal nak meluahkan segala rasa tak puas hati selama setahun di sini dan masalah berbangkit lain yang memerlukan penjelasan dari orang kuat persatuan.

Terlalu banyak yang tak kena dari cara pengurusan dan perlantikkan AJK. Luckily bukan YY dan MyChintaHati aje yang mempunyai perasaan serupa.

Kami belum buka mulut, dah ada yang luahkan. Jadi tukang dengar sambil sekali sekala curah minyak sikit aje dalam api. Hehe! Jahat!

Gambar dari Facebook Persatuan ~ Ini adalah antara jiran yang hadir
Gambar dari Facebook Persatuan ~ Ahli Tertinggi Persatuan yang agak berpeluh bukan disebabkan panas tapi sebab menjawab segala isu berbangkit (^_^)

Menjadi pemimpin tak menjamin bahawa setiap yang kita lakukan adalah betul. Akan ada situasi kita ditentang. Normal! Dan bila ada orang membangkang, don't take it personally!

Sebenarnya ia mudah kalau kita menghormati pandangan orang lain. Kalaulah dari mula mereka buat seperti ni, tak adalah jadi barah. Ini Ahli Majlis pun dilantik atas dasar syok sendiri.

Manalah orang tak marah. Alhamdulillah hari tu, mana yang kabur sudah diterangkan. Hopefully tiada lagi cakap-cakap belakang yang mengguris hati. Kita kan jiran! (^_^)

MyChintaHati dengan jiran sebelah rumah kami, Hassan. Jiran kami yang ni suka berkongsi rezeki, sampai kami naik segan! Ni adalah antara sebab kenapa YY mula rajin ke dapur. Hehe!
Mesyuarat selesai dan setakat hari tu semua berpuas hati dengan segala usul yang dibentangkan. 

Lepas tu kami berehat di rumah. Sampai tak masak tengahari tu, penat punya pasal katanya. Konon penat disebabkan memasing terlibat dalam peperangan mulut. Hehe!

Petangnya MyChintaHati ajak kami meronda. Tapi lebih kepada demi menunaikan hasrat anak dara yang asyik dok menyebut nak berjalan. Agaknya dia bosan dok terkurung dalam rumah.


Petang tu adik YY, Annor dan Anis turut serta dalam aktiviti meronda kami. Kami meronda tu pun tanpa arah tujuan. Memang kebiasaanya begitulah.

Lepas tu kami decided ke SACC Mall yang dah sekian lama tak dijejak. Biasa lalu aje, tak pernah rajin nak menyinggah. Kali terakhir singgah masa YY dan MyChintaHati nak bertunang.

Lama sangat dah tak singgah. Kebiasaanya kami hanya ke Plaza Alam Sentral dan Kompleks PKNS aje yang rasanya lebih selesa. Tak banyak perubahan bila kami melangkah ke situ.

Kebanyakkan kedai di situ masih kedai yang sama seperti yang kami ingati. Singgah kejab di MPH Bookstore disebabkan Afif nak cari buku dinosaur.


Afif memang sejak dari dulu amat minat dengan dinosaur. Dia punya teruja semacam apabila melihat apa sahaja yang berkaitan dengan dinosaur.

Tak tahu dari mana dia perolehi minat terhadap dinosaur. Mungkin juga disebabkan YY banyak dedahkan dia dengan National Geography dan Discovery Channel ketika kecil.

Peliknya, dia akan senyap walau tengah menangis kalau dipasang channel yang YY sebutkan tadi. Afif yang YY perasan mempunyai daya imaginasi yang tinggi.

"Mama, Afif nak beli buku ni. Harga dia, dia tulis dekat sini 19.90. Bolehlah Mama. Pakai duit yang Afif simpan ye?" kata Afif dengan panjang lebar.

"Tanya Papa dulu. Papa tu sape?" soal YY pada Afif.

"Ketua kita!" jawab dia sambil terus berlari mendapatkan Papa dia. Dari jauh YY nampak MyChintaHati iring Afif ke kauter pembayaran yang bermakna permintaan diluluskan (^_^)

Jelas kelihatan senyuman lebar Afif apabila hasrat dia memiliki buku yang memang sudah sekian lama dihajati telah berjaya dimiliki.

Lepas tu kami keluar cari benda untuk dimakan. Lagipun Aisyah agak sukar dikawal pula hari tu. Mungkin disebabkan ada makcik-makcik dia, dia jadi mengada sikit. Geram tau!

Sampai di kedai makan, masing-masing melantak tak ingat dunia. Lapar sangat agaknya sebab tengahari tak sentuh sebarang makanan. Afif sempat posing sebelum makan (^_^)


Aisyah bila nampak YY snap gambar Abang dia, dia pun minta YY snap gambar dia dalam post yang hampir sama. Konon comellah tu! Tapi memang comel pun kan (^_^)


Ni lah dia adik-adik YY yang follow kami hari tu. Dari kiri adalah Annor diikuti dengan si Puteri Bongsu, Anis. Anis dulu kerap mengikut ke mana kami pergi.

Tapi sejak dah jadi anak dara ni, jarang juga nak mengikut (^_^)


Lepas aje snap gambar adik-adik YY, si Aisyah sekali lagi minta gambar dia diambil. Ni kes jealous agaknya. Biasa tak peduli pun kalau dok sebut bergambar.

"Eleh Adik! Konon comellah tu posing camtu!" kata Annor sambil mencuit pipi Aisyah.

"Adik tomey ya!" jawab Aisyah pula (^_^)


So begitulah hari yang kami lalui demi memenuhi kehendak Persatuan Taman Perumahan kami dan juga demi anak-anak yang berbeza dari segala segi walau dari rahim yang sama.

Besok dah start cuti panjang, empat hari tu! Ke mana planning korang? YY berkemungkinan besar akan balik ke Kuala Lipis, Pahang. Dah lama tak jumpa Atuk. Rindu pula rasanya.

Dikesempatan ni YY nak ucap SELAMAT PENGANTIN BARU pada blogger Farhana Mohamad! Semoga berbahagia hingga ke Jannah! Amin! (^_^)

Minta maaf Akak dan keluarga tak dapat menghadirkan diri ke majlis perkahwinan Ana dan pasangan yang dijadualkan pada hujung minggu ni nanti.


Akak doakan semoga majlis berjalan lancar walau tanpa kehadiran Akak dan keluarga. Bukan berjodoh nak jumpa Afif dan Aisyah. Insya ALLAH lain kali Ana ye (^_^)

Blog ni akan sunyi untuk beberapa hari ni. Doakan selamat perjalanan kami pergi dan balik ye. Till we meet again, Assalamualaikum (^_^)

11 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Masa Berkualiti Bersama Keluarga

1:20:00 pm Yana Yani 16 Comments

Kebiasaannya weekdays YY memang sibuk sepanjang hari dengan pelbagai skop tanggungjawab yang berbeza. Masa bersama dengan keluarga memang boleh dikira dengan tangan.

Nak dijadikan cerita, sepanjang minggu lepas Aisyah asyik dok ajak bersarapan dekat kedai. Disebabkan YY bekerja dan Afif bersekolah, so hasrat Aisyah tu sukar nak dipenuhi.

Bila dah jadi Mama ni kan, anak dok minta apa memang sentiasa dok teringat. Tak tenteram rasa kalau tak dipenuhi especially kalau benda yang diminta itu mampu dari segi kewangan.

Disebabkan itu weekend adalah masa yang paling dinanti sepanjang minggu! Sebab time ni YY boleh meluangkan masa berkualiti bersama keluarga especially anak-anak (^_^)

So as promised, Sabtu baru ni YY ajak Afif dan Aisyah bersarapan di luar. MyChintaHati bekerja, tak dapat join sama. Hanya kami tiga beranak aje hari tu.

Kami ke Restoran Selera Santai Ummi yang terletak di Jalan Musran, Rantau Panjang, Klang. Restoran ni terletak tak jauh dari rumah kami dan pernah masuk dalam rancangan JJCM TV3.

Kami dah pernah bawa MyChintaHati punya parent ke sini. Even YY punya parent pun dah pernah merasa makan di sini. Diorang semua cakap sedap. YY suka roti canai dia (^_^)


Aisyah adalah manusia paling seronok walau pagi tu entah berapa kali dia dok tanya mana Papa dia. Tapi YY tak bagi jawapan pun sebab tiap kali tanya, dia jawab sendiri (^_^)

"Papa mana? Papa teje ye? Aya! - Papa mana? Papa kerja ye? Alah!" dialog ni memang dia ulang entah berapa kali sehingga makanan yang dia order sampai.


Afif pula macam biasa. Pandai sangat dok beritahu YY camne nak dapatkan nice shoot. Ada bakat jadi model ke apa ni? Hehe! Anak oh anak! (^_^)


Sampai aje makanan yang dipesan, apa lagi, moh makan! Bismillah (^_^)


Aisyah ni pula kalau tak ada Papa dia bukan mainlah "baik" sangat! YY nak makan pun tak tenteram sebab dia tersangat "baik". Masa macam ni mulalah dok teringat kekasih hati yang bekerja (^_^)

Selalu kami makan bergilir disebabkan sifat "baik" Aisyah. Tu tengoklah, elok minum dekat meja, minum dekat kerusi. Belum cerita dia berlari sana sini. Tak tenteram jiwa dan raga dibuatnya.

Nak cepat punya pasal sebab dok risau. YY makan dengan tak mengunyah dengan betul. Main sumbat aje! Manalah badan tak seperti tertelan gajah lately (^_^)


Anyway, harga makanan dekat sini affordable jugalah kalau nak dibandingkan dengan restoran Mamak. Kalau Mamak, memang tak akan dapatlah dengan harga ni.

Paling best, no GST! Hehe!

Lately nak berbelanja fikir seribu kali sebabkan takut dengan GST! As at now, belum nampak keuntungan dalam poket YY seperti yang dikatakan oleh Pak Menteri (^_^)


Lepas dah kekenyangan, kami balik ke rumah. Sempatlah juga main dua tiga round dengan bebudak ni sebelum bersilat di dapur. Penat dok fikir nak masak apa tengahari tu.

Boleh pula terfikir nak makan nasi impit dengan kuah kacang. First time sejak berkahwin YY buat kuah kacang! Silalah gelak pada sape nak gelak. Tapi memang hakikat!

Dahlah resipi main hentam aje! Luckily semua yang rasa kata SEDAP! Diulang sekali lagi buat yang kurang pendengaran atau mungkin rabun tahap kronik, SEDAPPPP okay! (^_^)


Aisyah dan Afif makan bertambah-tambah sebab hari tu dapat makan lain dari lain. Biasa menu lebih kurang sama aje sebab Mama diorang reti masak menu yang sama aje. Hehe!


Mak dan Abah YY datang petang tu pun kata sedap. Tu yang buat rasa kembang semacam dibuatnya. Rasa macam diawangan pun ye juga bila dipuji gitu. Bangga beb!

Mulalah rasa macam nak nyanyi, I am flying without wingsHehe!

Anyway Mak dan Abah datang sebab nak bagi buku yang mereka beli di Pesta Buku Antarabangsa PWTC khusus untuk cucu-cucu kesayangan. Banyak sungguh dibelinya!

Terima kasih Mak Abah (^_^)


Afif dan Aisyah memang terujalah dapat buku yang banyak tu. Siap dah buat jadual buku mana nak dibaca sepanjang minggu ni. Tukang baca of course lah YY!

YY pun suka juga melayan diorang membaca sebab boleh feeling macam masuk pertandingan bercerita. Buku tulis melompat, YY melompat. Buku tulis menjerit, YY menjerit! Syok! (^_^)

Lagipun ni salah satu cara nak tarik minat anak-anak YY membaca. Kalau baca sebiji macam apa yang buku tulis, alamat mereka tak akan fokus mendengar. Kalau ada aksi, barulah tak bergerak!

So begitulah cara YY menghabiskan masa berkualiti bersama keluarga.

Sepanjang tiga dekad menghirup udara di atas muka bumi ALLAH ni, YY belajar bahawa tiada yang lebih penting dalam kehidupan ini kecuali hubungan kekeluargaan.

Sedar atau tidak, keluargalah yang membentuk jati diri kita (^_^)

16 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Riadah Di Taman Tasik Shah Alam

7:02:00 am Yana Yani 18 Comments

Cerita ni sebenarnya dah agak lama, tapi YY nak juga bercerita disebabkan hanya sekarang berpeluang untuk bercerita. Tak apalah dak, janji cerita (^_^)

Taman Tasik Shah Alam terletak di Seksyen 14, Shah Alam dan merupakan taman rekreasi yang popular. Ia berhampiran dengan Kompleks PKNS dan Taman Tema Air Wet World.

Taman rekreasi ini mempunyai keluasan 43 hektar dengan pelbagai landskap dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan lain. Pendek kata sesuai sangat buat aktiviti kekeluargaan di sini.

YY dan keluarga memang kerap melakukan aktiviti riadah di sini. Even dalam blog ni entah berapa kali YY dah bercerita. Tinggal rajin dengan tak aje nak selongkar entry lama (^_^)

Walaupun dah kerap ke sini, masih ada juga bahagian di taman rekreasi ini yang belum pernah kami terjah. Kalau dah biasa dekat situ, dekat situ ajelah. Tak pernah tukar tempat.

Cuma hari tu MyChintaHati bawa ke bahagian yang berbeza dari kebiasaannya.


Afif pada mulanya tak suka ke bahagian ini sebab dia kata permainan tak banyak. Tapi lepas dia dah mula rasa selesa dengan environment baru tu, dia adalah orang yang paling seronok.

Nak snap gambar dia pun susah sebab dia terlalu seronok bermain.


Selalu kalau ke sini YY hanya duduk memerhati Afif dan Aisyah bermain. Lepas tu balik bila mereka dah puas bermain. Tapi kali ni buat pertama kalinya kami mengelilingi tasik.

Baru melangkah beberapa tapak, dah terasa semput.

Terasa macam jauh sangat dah berjalan. Sekali bila toleh ke belakang, baru beberapa langkah rupanya. Adeh! Jenuh nak habiskan pusing ni!


Seriously banyak sangat YY berhenti duduk hari tu. Tak larat nak berjalan. Termengah-mengah dibuatnya. Mungkin juga disebabkan penyakit yang YY hidapi.

Tapi tiap kali berhenti, tiap kali tu lah posing. Hehe!


Selalu dok letak gambar anak-anak aje. Kali ni sumbat banyak sikit gambar empunya blog. Manalah tahui kot ada yang terperasan lepas ni, silalah tegur.

Minta autograph sekali ye. Hehe!


Bila tengok balik gambar, terasa kelakar pun ye juga. Barulah perasan yang YY ni suka sengih sikit punya lebar. Sekali pandang dah macam iklan ubat gigi! Hehe!

Disebabkan kerap sangat berhenti. Afif dan Aisyah jadi bosan. Diorang main berlari aje tinggalkan YY yang kepenatan di belakang. Afif kata kalau banyak sangat berhenti, besok pun tak sampai!

Dah pandai buat sarcasm statement dah budak seorang ni rupanya (^_^)


Mujurlah MyChintaHati faham walau dia tak kata apa-apa. Tapi tak tahulah kot dia pun penat, tak cakap aje. Cover macho depan bini dan anak-anak! Hehe!

Terlanjur dah dok lepak ni kanmeh kita posing gedik lagi Sayang. Kita kasi bakar itu Kak Ton a.k.a MummyDearie punya perasaan.

Wahaha! Gelak jahat sikit!


So begitulah cerita kami beriadah di Taman Tasik Shah Alam. Bukan selalu mempunyai peluang dan ruang untuk beriadah bersama keluarga macam ni (^_^)

Malam tu yang pastinya, semua tidur tak ingat dunia sebab kepenatan tahap ketinggian Gunung Everest. Penat sungguh! Tapi yang pasti ia tetap aktiviti yang menyeronokkan.

Will definitely do it again and again!

P/S - YY belum berpeluang membuat kunjungan balas pada ketika ini. Insya ALLAH nanti sampailah YY. Jangan serik ke sini lagi ye (^_^)
 

18 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Harapan Seorang Lelaki Bernama Papa

7:13:00 am Yana Yani 15 Comments

Lelaki seperti yang kebanyakkan antara kita orang perempuan sedia maklum adalah agak misteri dalam pelbagai segi. Terutama dalam menyatakan rasa kasih sayang mahu pun harapan.

Kadang nampak macam mereka tak peduli walau hakikat sebenarnya otak mereka sarat dengan pelbagai benda untuk kebahagian anak dan juga isteri.

Semua lelaki dalam dunia ni pada YY seolah-olah mempunyai misi hidup yang serupa iaitu action speaks louder than words. Tak terkecuali Papa Afif dan Aisyah (^_^)


Tak bercakap tapi apa yang dilakukan sudah cukup untuk menzahirkan perasan sebenar mereka terhadap orang yang mereka kasih dan sayang. Kena ada jiwa seni baru faham. Hehe!

Baru-baru ni ketika kami di dalam kereta tanpa arah tujuan, kedengaran muzik lagu yang agak familiar di pendengaran YY tapi kurang mengingati siapa penyanyinya.

MyChintaHati tiba-tiba bersuara, "Afif dengar lagu ni. Papa bagi lagu ni untuk Afif"

Amboi! Untungnya Afif! Mama ni tak pernah sekali pun Papa dok tujukan lagu. Tiba time anak, dapat pula! Ni yang bikin jealous ni!

Tapi the moment YY hayati lagu yang didendangkan, YY sedar bahawa MyChintaHati sedang menyampaikan harapan dia sebagai seorang insan bernama Papa dalam cara tersendiri.

Satu, kasih yang abadi 
Tiada tandingi dia yang satu 
Dua, sayang berpanjangan 
Membawa ke syurga kasihnya ibu 

Tiga, lapar dan dahaga 
Rela berpayahan setianya ayah 
Empat, mudah kau ketemu 
Berhati selalu beza antara 
Kasih dan kekasih 

Ibu, ku ingat dahulu 
Menyisir rambuku, kemas selalu 
Ayah, menghantar ke sekolah 
Bergunalah ilmu bila dewasa 

Sayang dengar lagu ini 
Untuk kau sandarkan buat pedoman 
Jangan manis terus ditelan 
Pahit terus dibuang
Itu bidalan, harus kau renungkan 

Andai, kau beroleh bahagia 
Ingat itu bukan untuk selamanya 
Andai, kau dalam sengsara 
Ingat itu bukan untuk selamanya 

Hidup ini sementara

Habis lagu yang dipopularkan oleh Aris Ariwatan tu, YY tiba-tiba rasa sebak. Terlalu banyak perbezaan kami tapi harapan kami terhadap anak-anak adalah sama rupanya.

Bezanya YY sentiasa menzahirkan berbanding MyChintaHati yang memilih cara berbeza. Bagi anak-anak, cara ini mungkin agak sukar dimengerti terutama pada usia semuda Afif dan Aisyah.

Mungkin akan ada satu ketika atau berpandukan titipan ini, Afif dan Aisyah akan mengerti betapa tingginya harapan seorang lelaki yang mereka panggil Papa. Mungkin.

It wasn't an easy task untuk seorang perempuan bernama Mama menjelaskan sesuatu yang dipandang keruh oleh si anak lelaki tapi tidak si Papa. Wish me luck (^_^)


--------------------------------------

Cerita ni tak ada kena mengena dengan cerita di atas. Saja nak selitkan sikit kisah anak dara sejak YY kena bebel manja dengan MummyDearie sebab jarang bercerita mengenai Aisyah.

This one goes out to you, Kak Ton! (^_^)


Time ni kitorang sebenarnya nak keluar. Tapi tak ingat ke mana. Masa tu terasa comel pula dok tengok Afif dan Aisyah dok galas beg memasing. Beria YY suruh mereka posing.

Afif memang hantu kamera, jarang dia kata tak nak bergambar. Mesti akan ada aksi yang dia akan buat. Berbeza dengan Aisyah. Siap marah bila YY suruh dia posing.

Tengoklah kening tu, dah macam Degawan!


Wei! Mana kau nak pergi tu? Nantilah! Mama belum habis nak snap gambar ni! Aisyah! Come back!


Tak apalah kalau kau tak nak bergambar. Mama nak tayang gambar Mama posing manja dengan Papa biar Kak Ton muntah merah, hijau, coklat, semua color keluar! Hehe!

Sayang, pandang kamera Sayang! Say cheese! (^_^)

15 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Resepi Kek Coklat Moist Bakar

4:52:00 pm Yana Yani 95 Comments

Resepi Kek Coklat Moist Bakar | Lama juga tak berupdate blog ni ye. Sibuk dua tiga menjak ni. Lagipun tak ada benda sangat nak diceritakan. Tapi ada banyak benda nak share. Hehe!

YY bukan seorang yang hebat di dapur. Tapi kalau dah namanya perempuan, nak tak nak mesti perlu ke dapur kan. Macam tulah juga YY ni. Kalau boleh nak goyang kaki aje. Hehe! Semenjak dapat oven ni, boleh kata rajin jugalah YY dok buat macam-macam kek dengan biskut. Orang kata "batak". Maklumlah, barang baru! Hehe!

Hari ni YY nak share resepi kek coklat moist yang dibakar menggunakan oven. Kebanyakkan resipi yang YY jumpa untuk buat kek ni adalah kukus. Tapi hari ni kita kasi BAKAR! Untuk bahan yang digunakan di bawah ni, korang perlukan loyang bersaiz 8" x 8". YY juga ada peralatan menyukat bahan bagi memudahkan kerja sukatan.

Orang yang tak pandai masak macam YY, peralatan ni perlu! Boleh juga berangan jadi macam Anna Olson time dok baking. Hehe!

Resepi Kek Coklat Moist Bakar

So meh kita tengok bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat kek coklat moist versi bakar ni. Untuk bahan yang perlu di ayak korang perlukan

- 2 cawan tepung superfine. Boleh guna tepung gandum kalau tak ada.
- 3/4 cawan serbuk koko
- 2 tsp soda bikarbonat
- 2 tsp baking powder

Sila rujuk gambar in case ada yang tak kenal bahan-bahan yang disebut di atas ye (^_^)

Resepi Kek Coklat Moist Bakar

Satukan semua bahan-bahan tadi dalam satu bekas, diayak dan letak ke tepi. Time ni dah boleh ready panaskan oven ye dik non. Suhu berbeza pada setiap oven, cam YY punya oven 180C.

Resepi Kek Coklat Moist Bakar

Bahan untuk mixer pula adalah

- 2 cawan gula kastor
- 1 cawan susu cair
- 1 cawan minyak masak (boleh gunakan butter yang dicairkan)
- 1 cawan air suam
- 1 tbsp coklat emulco
- 3 biji telur gred A

Resepi Kek Coklat Moist Bakar

Untuk kes malas, campak aje semua bahan tu dalam bekas. Lepas tu gunakan mixer atau apa sahaja alatan yang boleh pastikan kesemua bahan tu sebati campuran dia.

Resepi Kek Coklat Moist Bakar

Lepas dah pastikan semua campuran dah sebati, masukkan sedikit demi sedikit campuran bahan yang diayak tadi. Kalau rasa malas, nak masuk semua serentak pun boleh juga. Tapi kalau berterabur dapur korang, bukan salah YY okay!

Resepi Kek Coklat Moist Bakar
Resepi Kek Coklat Moist Bakar

Lepas tu korang boleh letakkan di dalam loyang yang telah dileserkan dengan minyak masak ataupun butter. Masukkan dalam oven bukan dalam mulut ye. Belum masak lagi ni!

Bakar antara 40 hingga ke 50 minit bergantung kepada suhu yang korang gunakan. Kebiasaannya kek bila dah naik bau, dah menandakan masak. Boleh cucuk gunakan lidi yang bersih. Bila lidi tu ditarik bersih, confirm masaklah tu.

Resepi Kek Coklat Moist Bakar

Inilah hasil kek coklat moist bakar yang sempat disnap. Tak sempat nak deco dah habis kena pulun dengan kami anak-beranak. Afif siap suruh YY meniaga lagi. Hehe!

Konon sedap sangat kek Mama dia buat (^_^)

Resepi Kek Coklat Moist Bakar

Untuk topping plak kan,YY guna hak paling simple.

- 1/3 cawan susu pekat
- 1/2 cawan serbuk koko
- 1/2 cawan minyak masak

Satukan aje semua bahan tu dan dimasak atas api yang kecil. Letak sedikit susu cair mengikut kecairan yang kita inginkan. Once kek dah sejuk, bolehlah dituangkan ke atas kek. Rasa dia, perghhhh! Terbaik! (^_^)

Resepi Kek Coklat Moist Bakar

Bolehlah cuba pada sape nak cuba. Tak nak cuba pun ada aku kisah? Janji YY dah buat banyak kali kek ni. Antara faktor kenapa badan YY seperti dipam kebelakangan ni.

Ada sesape nak kongsi tips camne nak kurus tak? (^_^)

Resepi lain yang harus dicuba
Cara Membuat Donat Simple
Resepi Kek Tok Gajah!
Resepi Kek Marble Bakar
Resepi Kek Coklat 3 Minit Guna Microwave
Resepi Congo Bar Mengunakan Sukatan Cawan
Resepi Mudah Puding Roti Coklat
Resepi Kek Minyak Menggunakan Sukatan Cawan
Resepi Kek Pisang Menggunakan Sukatan Cawan

95 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Tips Membasuh Bersih Pakaian Sekolah

10:09:00 am Yana Yani 57 Comments

Tips Membasuh Bersih Pakaian Sekolah | Dilema biasa bagi mereka yang berstatus ibu apabila mempunyai anak yang bersekolah adalah membasuh pakaian sekolah yang kebiasaannya agak sukar dibersihkan. Masalah ni kebiasaannya dialami oleh ibu yang mempunyai anak di sekolah rendah.

Dilema yang sama YY alami lebih-lebih lagi YY mempunyai anak lelaki yang belum lagi pandai menjaga kebersihan baju sekolah walau dah berpuluh kali diajar. Hari ni YY nak bagi korang satu tips atau petua tanpa memerlukan korang berbelanja besar untuk membersihkan pakaian sekolah anak-anak korang. Nak tahu dak?

Meh YY cerita.

Afif ni, kebiasaannya pakaian sekolah dia kotor di beberapa bahagian tertentu. Contohnya di bahagian leher yang mungkin disebabkan peluh.

Tips Membasuh Bersih Pakaian Sekolah

Bahagian tangan, terumata baju sekolah agama. YY rasa dia lap peluh dia dengan bahagian ini. Sapu tangan dan juga tisu dah ada YY bekalkan. Malangnya masih lagi ada masalah sama.

Tips Membasuh Bersih Pakaian Sekolah

Bahagian lutut yang juga baju sekolah agama. Ni mesti dia cara dia main yang most of the times menyebabkan bahagian tu paling kotor.

Tips Membasuh Bersih Pakaian Sekolah

Yang terakhir adalah bahagian depan atau belakang baju sekolah. Kebiasaannya ada kesan makanan yang dia makan. Kadang-kala ada juga kesan tapak kasut. Bila ditanya, dia kata dia main lawan-lawan dekat sekolah. Alahai anak!

Tips Membasuh Bersih Pakaian Sekolah

Dulu masa mula-mula tengok kesan ni, memang buat YY sakit otak. Rendam dengan peluntur dan sental dengan sabun basuh biasa pun masih gagal hilangkan kotoran tu. Entah macamana YY teringat majikan Abah YY dulu selalu bagi sabun mandi jenama Lux pada Abah disebabkan nature pekerjaan Abah yang sentiasa bergelumbang dengan kekotoran.

Bila YY tanya Mak, dia kata sabun tu boleh hilangkan kotoran pada baju. Kebetulan dekat rumah YY memang menggunakan sabun tu. Tak salah cuba dak?

Tips Membasuh Bersih Pakaian Sekolah

Surprisingly memang sabun tu boleh hilangkan kotoran pada baju sekolah Afif tanpa perlu direndam atau disental dengan segala kudrat yang ada.

Tips Membasuh Bersih Pakaian Sekolah

YY hanya gunakan hujung baju sekolah untuk menyental dan hasilnya, fantasticOh ya, tak usah dok beria tenung lantai bilik air YY yang berkulat tu ye. Fokus pada baju tu aje. Sekali lagi diulang, FOKUS PADA BAJU SAHAJA!

This is the only best shot yang YY dapat untuk membuktikan pada korang betapa berkesannya walau hanya dok guna sabun mandi aje (^_^)

Tips Membasuh Bersih Pakaian Sekolah

Nampak dak? Bersihkan?

Tanpa perlu laburkan duit yang banyak pada sabun yang kononnya boleh hilangkan kotoran degil tapi dak hilang pun. Guna sabun mandi yang jauh lebih murah, bersih juga apa!

Tips Membasuh Bersih Pakaian Sekolah

YY tak pasti kalau sabun mandi jenama lain mampu hasilkan kesan yang sama sebab YY hanya mencuba jenama Lux. Siapa yang belum cuba, bolehlah cuba. Insya ALLAH bersih disamping boleh menjimatkan perbelanjaan pada peluntur yang kebiasaan merosakkan baju dan juga benda yang sewaktu dengannya.

Kesimpulannya, belum cuba belum tahu (^_^)

Entri berkaitan
Surat Rasmi Tidak Hadir Ke Sekolah
Tips Membeli Kelengkapan Persekolahan
Teknik Menyusun Buku Mengikut Jadual Sekolah

57 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...