A Proud Blogger! (^_^)

11:28:00 am Yana Yani 4 Comments

Sedar tak sedar, rupa-rupanya aku dah setahun aktif berblog. Tapi kalau nak ikut usia blog, dah tua! Aku dah created akaun blog ni sekitar 2007. Bermakna dah 6 tahun blog ni wujud!

Dalam setahun ni, baru aku ada ruang dan peluang untuk mewujudkan diari maya aku ni. Jujurnya aku masih baru dalam bidang ni. Masih banyak perlu dipelajari.

Tujuan aku dalam berblog cukup jelas. Aku hanya nak mengasah kembali bakat menulis yang telah sekian lama terkubur. Satu ketika dulu, cikgu aku pernah mengatakan aku bakal menjadi penulis.

Memang penulis pun sekarang, penulis blog! Hehe!

Pun begitu aku cukup berbangga dengan status aku sekarang. Dengan status aku sekarang, banyak yang boleh aku ceritakan dan kongsikan.

Rata-rata yang aku ceritakan di sini lebih kepada kehidupan peribadi aku sendiri. Pengalaman membesarkan Afif dan Aisy, banyak aku coretkan di sini.

Siapa tahu di masa depan, blog aku ni boleh menjadi bahan rujukan mereka. We never know, right? Apapun aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada setiap di antara ANDA!

Ye! Korang! Sebab korang rajin singgah sini. Disebabnna korang juga, semangat aku nak menulis tinggi! Sehari tak update blog ni, rasa macam nak kena sawan! Thanks korang ye!


Entri aku yang popular setakat setahun aku berblog

Sebelum aku mengakhiri entry meraban aku kali ni, aku dengan bangga mengatakan bahawa entry ni adalah yang pertama di post menggunakan background dan header baru.

Siapa yang selalu singgah sini, mesti perasan perubahan ni. Background aku culik daripada the Cutest Blog on the Blog. Boleh klik sini kalau korang pun minat.

Header pula aku culik daripada Blog Designs by Dani. Aku memang suka header besar gedabak! Senang nak buat apa yang patut! Klik sini.

Dikesempatan ni, aku juga nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan. Yang keberapa tahun? Siapa tahu angkat tanggan! Ye betul! Yang ke 56 tahun.

Marilah kita sama-sama menghargai erti kebebasan ni. Banyak negara luar yang kita boleh jadikan contoh. Semoga ALLAH SWT melindungi negara tercinta ni.

Aku juga nak ucapkan tahniah kepada kakak ipar aku, Kak Mala. Beliau baru sahaja melahirkan anak perempuan tunggal dalam keluarga dia. Tahniah kak!

Takziah pula aku ucapkan pada adik ipar aku, Nuar.

Dia baru sahaja kehilangan atuk dia yang tersayang pada malam Jumaat baru ni. Semoga roh allahyarham ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin!

Sekian sahaja bebelan aku hari ni. Jumpa lagi next entry ye (^_^)

4 comments:

  1. yer..dah berubah wajah blog ni..selamat hari merdeka sis...tahniah dan takziah buat famili sis..

    ReplyDelete
  2. skrg ni musim org lahirkan anak pompuan kan..sana sini baby girl...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke? tak pasti tentang tu. tp alhamdulillah, akhirnya dapat juga

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...