Syawal 1434H: Hari Pertama  (^_^) 
Sebelum aku 
nak memulakan entry 
tu kali 
ni. Aku 
nak selitkan sikit pasal kekalutan yang terpaksa dilalui oleh saudara-saudara Islam kita seperti di Mesir, Syria dan Palestin.
Beringatlah ketika kita sedang bergembira di Aidilfitri, ada saudara-saudara kita sedang berdepan dengan kesengsaraan di bulan mulia ini.
Marilah kita berdoa dan menghulurkan bantuan yang mana mampu. Semoga ALLAH memberikan mereka kekuatan dan melindungi mereka daripada SYAITAN bertopengkan manusia!
-----------------------------------------
Alright. 
Where should I begin? 
Oh ya, semalam aku 
dah cerita pasal petang raya, kan? Sesiapa yang belum baca lagi 
tu, sudi-sudikanlah untuk klik di 
sini.
Anyway, walaupun malam raya 
tu kitorang tidur lambat, besoknya 
kitorang tetap bangun awal! 
Excited bangat nak raya! Tapi nampak gayanya macam aku yang lebih 
excited! 
Hehe! 
Anak bujang aku pula sibuk suruh aku cepat siapkan dia. Dia 
excited sangat 
nak ikut Papa dia pergi sembahyang raya. Kecerian dia hari 
tu  menambah kegirangan aku sebagai seorang Mama.
Tiada yang lebih bahagia daripada 
moment tu. Bahagia yang 
tak terungkap!
Apapun 
meh kita 
check out hari pertama kami beraya (^_^)
|  | 
| Pose special Afif sebelum nak pergi sembahyang raya dengan Papa | 
|  | 
| Sempat lagi dua beranak ni tayang gigi! | 
|  | 
| Balik dari masjid Afif terus peluk Aisy bila dia nampak adik dia dah bersiap. "Adik ni comellah! kata Afif. Tapi part paling aku suka bila dia kata, "Comel macam Mama!" Aku terasa TERAPUNG! Hehe! | 
|  | 
| Sebelum nak memulakan perjalan, sempat lagi posing tu! Tapi Afif dengan Aisy langsung tak pandang kamera! Hampeh sungguh! | 
|  | 
| Ingatkan hari raya pertama tak jem, tapi tengoklah! Sikit punya banyak kereta! Dah lah time tu naik bukit! Encik suami kata, "Mau tercabut lutut ni!" | 
|  | 
| Rupa-rupanya, inilah penyebab jem! Lepas aje kawasan ni, jalan CLEAR and clear! Hehe! | 
|  | 
| Berhenti kejab dengan Petronas Bentong. Encik suami kata dia nak betulkan skru kaki yang longgar time jem tadi! Kesian dia! Next year kita tukar kereta auto pula ye! Hehe! | 
|  | 
| Sampai aje kampung, terus dok ambil gambar dengan jelitawan dalam keluarga aku. Tapi paling jelita dekat situ, semestinya AKU! Aisy jelita sikit!  Lelain tu faham-faham sendiri lah ye! Hehe! | 
|  | 
| Yang ni pula sebahagian daripada team handsome dalam keluarga aku! Tapi yang baju kuning tu paling the BOMB lah! Hehe! | 
|  | 
| Yang ni AYAHANDA kawasan! Memang paling HANDSOME! Tak boleh lawan! | 
|  | 
| Walaupun penat perjalanan tak hilang lagi, kami tetap TERJAH rumah pakcik, makcik, atuk dan nenek saudara yang berdekatan dengan kedai Atuk! | 
|  | 
| Mereka berdua ni adalah assistant aku dan Encik suami! Maklumlah, Afif dan Aisy semakin berat kebelakangan ni. Hehe! | 
|  | 
| Yang tengah tu, adik Mak. Kitorang panggil dia Ateh Wah. Sebelah kiri suami dia, Ateh Sabri dan anak-anak dia, Hani dan Amin. Hak yang tengah melahap tu, Afif! | 
|  | 
| Budak berdua ni tengah buat pertandingan TEKA KUIH. Yang dekat belakang tu judges! Hehe! | 
|  | 
| Moh kita TERJAH rumah seterusnya! | 
|  | 
| Yang ni adalah rumah terakhir kami terjah pada raya pertama dan paling MENCABAR! Kena mendaki BUKIT! Silalah lihat kepayahan hero-hero aku mendaki! Hilang lemak makan lemang dengan rendang tadi! Hehe! | 
Begitulah hari raya pertama kami di Kampung Temperah, Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur. Besok kalau 
tak ada aral, aku sambung cerita raya kedua kami di sini, 
okay?
Aku 
nak tidur 
dah ni sebab besok 
nak pergi 1 Utama Shopping Centre. Kenapa? Sebab 
nak participate event dekat bawah 
ni. 
raya kita biasa2 jer.. best tgk gambar raya mereka2 itu.. meriah gitu :D
ReplyDeleteJanji dapt celebrate dengan yang tersayang...Alhamdulillah! =)
Deletemeriahnyer raya sis...ye,jangan kita lupakan pada mereka yang di landa musibah...
ReplyDeletebagi saya memang meriah sangat! Hehe! Tulah, doakan semoga mereka sentiasa mendapat pelindungan ALLAH SWT
Deletesis..boleh tolong bagi alamat sis tak?kathy nak kirim sesuatu untuk top komentator bulan ogos ni..rasanya sis masih tersenarai lagi ni..PM kathy kat fb
Deletehttps://www.facebook.com/atiqaharbain
Wah...mekacih bebyk. dh bg dah =)
Deletesenag kalu sedara semua satu kampung, dlm satu hari dh blh terjah semua rumah...hihihhihi
ReplyDeletetu la pasal nyer...tu pun tak hbs terjah lagi
Deletetggu lain entry sy cite =)