Syawal 1434H: Hari Kedua (^_^)

11:03:00 pm Yana Yani 10 Comments

Sebelum ni aku dah cerita pengalaman hari raya pertama kami. Pada sesiapa yang belum berkesempatan untuk baca, boleh klik di sini kalau rasa nak baca.

Hari kedua Syawal kami tak macam orang lain dok sibuk lagi beraya. Kami semua dok sibuk masak lemang! Rasa macam tak meriah raya kalau tak dapat makan lemang! Pada akulah! Hehe!

Lagipun Nuar first time beraya dengan kami di sini. Dia pun tak pernah tengok orang masak lemang. Maka sebab tu jugalah, masak lemang merupakan satu kemestian!

Disebabkan kami semua masih baru dalam bidang ini, maka kemahiran Atuk sebagai orang lama dan pakar dalam pembuatan lemang ni memang teramat diperlukan!


Disebabkan membuat lemang adalah benda yang jarang dapat dilakukan, maka keterujaan memang jelas sekali. Kami semua terlalu excited especially hero dalam family aku!


Setelah seharian mengerahkan segala kudrat (cehwah!), the moment yang paling ditunggu adalah apabila lemang tersebut MASAK!


Lemang kita orang hari tu memang MARVELOUS! Malahan ramai yang bertandang ke kedai Atuk sempat jamah lemang kami dan mereka memuji. Siap ada yang kata boleh buat berniaga!

Riak sekejab bila kena puji! Hehe! Tapi skill memasak masih perlu diperbaiki sebab lemang kami walaupun sedap, ada bahagian yang masak dan tak masak!

Apapun kami semua happy sangat hari tu! Kami dapat pengalaman baru yang mungkin satu hari nanti boleh dikongsi dengan anak, cucu, dan cicit. Insya Allah!

Anyway aku nak share lagi beberapa keping gambar dengan readers. Check it out!

Nuar, Afif dan Mak Buyung a.k.a Dayah
Afif dengan Aisy yang tengah dok makan lemang
Ada aje kerja dia ni tau!
Ni lagi seorang! Cari penyakit aje!
Muka-muka yang kononnya penat lepas masak lemang.

Sebelum aku tamatkan bebelan aku hari ni, aku nak tunjuk dulu gambar cousins aku yang kecil-kecil lagi.
Untuk makluman, aku adalah cucu sulung dalam keluarga sebelah Mak.

So bila tengok sepupu aku yang kecil-kecil lagi ni, terasa diri ini begitu MUDA (Eh silap! Tua!) Bayangkan berapa ramai adik-adik aku ada.

Gambar dekat bawah ni hanya sebahagian sahaja (^_^)

 

10 comments:

  1. seronoknya bila buat aktiviti bersama famili...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la...bukan selalu cam gini...sonok sangat!

      Delete
  2. Seronoknya bakar lemang.. aida yang duduk bandar nie tak berpeluang lagi merasa buat aktiviti cam gini. huhu. Teringin kot. Tang masak dengan tak masak tu time bakar dia kot kan? dah lah beras duduk dalam mana nak nampak. huhu.. kalau aida failed terus :P Aktiviti gini memang dapat mengeratkan hubungan sesama keluarga.. cucu sulung yang muda le nie? haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la aida...bukan slalu cam gini...cer try...sonok!
      memang terasa muda sangat aida oii! =)

      Delete
  3. betul tu..kalau raya wajib ada lemang..barulah lengkap..hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan...xmeriah klau tak ada...hehe...apapun thx sbb follow =)

      Delete
  4. seronok plk tgk korg masak lemang sama2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sonok! masing2 mengaku hebat! =)

      Delete
  5. lemang tebaik stakat ni! walau dah separuh basi, masih sdp diratah.hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. basi sebab laki ko dan aku tak pandai masak...wahaha
      lain kali ko buat plak
      aku cam baiasa jadi tukang tengok...wahaha

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...