Ramadhan 1434H: Hari Kesembilan Belas (^_^)

11:50:00 pm Yana Yani 4 Comments

Betul dah tajuk entry tu! Korang tak sila baca! Hehe!

Mesti pelik tiba-tiba dok reverse cerita pula ye. Hari ni aku baru ada kelapangan sikit nak cerita pasal hari kesembilan belas kita berpuasa!

Hari tu aktiviti kita orang penuh! Kita orang bermula dengan beli sedikit barang di Aeon Bukir Raja. Lama juga kita orang dekat sini. Yelah dok belek sana, belek sini! Hehe!

Ada aje budak berdua ni buat tau!
Lepas tu kita orang pergi ke bazar Ramadhan yang terletak di kawasan letak kereta di Stadium Shah Alam. Dekat sini banyak sangat juadah! Confuse nak beli mana satu.

Semuanya menarik untuk dibeli. Tapi nak berjalan dari mula sampai akhir tapak bazar, tak larat! Kita orang sampai pertengahan aje! Lepas tu aku dah ajak Encik suami keluar! Letih wei!

Lepas tu kita orang terus bergerak ke Dataran Shah Alam. Memang kita orang plan nak berbuka di luar hari tu. Lagipun memang dah tradisi ke sini tiap kali Ramadhan.

Sambil menunggu waktu untuk berbuka, Encik suami melayan anak-anak main! Nasib baik dah dekat waktu berbuka, kalau idak mau tumbang!

Aku pula jadi pemerhati aje!

Ceria aje Encik suami dok melayan anak-anak!
Lawan 3 penjuru ni, siapa yang menang agak-agaknya ye?
Sama tak?
Tapi paling seronok bila dok tengok kecerian anak-anak sebenarnya. Bukan main lagi seronok dia orang dapat main dekat open field macam ni.

Aisy sibuk dok hulur makanan dekat Mama suruh makan
Bukan main seronok lagi korang ye!
Lepas aje berbuka dan buat apa yang patut. Kami sambung shopping lagi di Plaza Alam Sentral pula! What a wonderful world!

Hari tu memang penat, tapi worth it!

Raut wajah Encik suami yang keletihan melayan anak-anak atau mungkin dok memikirkan, "Kopak poket aku lepas ni!" Hehe!

4 comments:

  1. seronok ye sis dapat luang masa dengan anak2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang seronok sis oi...bukan selalu pun...hehe

      Delete
  2. sis..jom baca..
    http://resipidarihati.blogspot.com/2013/08/e-kad-raya-untuk-vip-blog.html

    ReplyDelete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...