Seronok Naik Train! (^_^)

11:24:00 pm Yana Yani 6 Comments

Wah, seminggu aku tak update blog! Anybody miss me? Hehe!

Selain daripada sentiasa berebut laptop dengan Encik suami, aku juga agak sibuk dengan segala urusan anak-anak dan rumah yang tak pernah settle.

Baru hari ni aku berpeluang dan ruang untuk post entry. Hari ni aku nak cerita pasal benda lain dulu. Bab raya terpaksa postpone dulu. By the way, raya kan sebulan!

----------------------------------------------

Lately Afif kerap tengok cerita siri animasi Thomas and Friends. Siri animasi ni mengisahkan tentang keretapi-keretapi yang sentiasa ada aktiviti yang menarik untuk dilakukan.

Disebabkan terlalu minat, Afif sering bertanya tentang keretapi dan how exciting it is. Dia juga meluahkan hasrat untuk menaiki keretapi.

Sebagai seorang Mama, selagi permintaan anak-anak masih dalam kemampuan, aku akan pasti tunaikan. Cuma lambat dengan cepat aje.

So Sabtu baru ni aku menunaikan hasrat Afif. Masih terbayang-bayang lagi riak wajah Afif bila dia tahu dia akan menaiki keretapi. So excited!

Aku pergi dengan Angah, Anis dan anak-anak aku Afif dan  Aisy. Encik suami bekerja dan tak dapat join sama. Lagipun dia memang tak suka naik public transport.

Aku mula-mula bercadang hanya nak pergi setakat KL Sentral sebab dengan keadaan aku sekarang, aku agak mudah penat walau setakat berjalan 2 langkah.

Tapi disebabkan memenuhi impian anak dan adik, aku gagahkan juga. Aku nak dia orang simpan semua memori yang dilalui hari tu.

Who knows what's going to happen tomorrow. Betul tak betul?

Kami menggunakan komuter daripada Bandar Klang ke KL Sentral. Afif time sampai dekat stesen komuter asyik tersengih aje.


Sampai di KL Sentral, kami terus bergerak menuju ke stesen Monorail. Disebabkan dah agak lama tak ke sini, kami sesat! Sepatutnya kami menaiki monorail di stesen KL Sentral.

Tapi kami pergi naik di stesen Tun Sambanthan. Sikit punya jauh! Berpeluh ketiak dok menapak sejauh tu. Tak usah ceritalah aku punya cunggap!

Dapat aje naik monorail, kami terus ke stesen Jalan Imbi di mana terletaknya Berjaya Times Square. Lega bila sampai, tapi nak ingatkan jalan balik tu satu hal pula!

Berjaya Times Square terlalu besar! Tak cukup kudrat aku nak jelajah ke setiap tingkat! Tapi one thing for sure, barang-barang dekat sini agak murah. Rambang mata Angah! Hehe!


Lepas aje Angah dah puas shopping, aku ajak balik. Penat tak terkata! Rasa nak minta orang tolong dukungkan aje! Tak larat rasanya!

Tapi yang pasti, ini adalah salah satu aktiviti yang seronok kami lakukan. Hopefully bila kesihatan dah stabil, boleh pergi ronda KL lagi!

6 comments:

  1. zura pun mmg ada plan nk bg anak2 rasa naik tren.. tp kena naik ari keje la, kang kalu wiken penuh ngn bangla pulok...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la...time kitorg pergi...sikit punya ramai!
      tak tpikir plak nak p time weekdays...tp bukan lg ramai ke?

      Delete
  2. seronok anak2...katrhy doakan sis sihat segera...

    ReplyDelete
  3. dgr crite, afif berjaya menarik perhatian mat2 salleh kt KL dgn tarian pusing2 otromen dia.hihihi..pape pon, sonok tgk ank2 buah ceria 1st time nek train..^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahaha...dayah tinggalkan komen
      sungguh tak ku sangka

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...