Syawal 1434H: Petang Raya (^_^)

11:33:00 pm Yana Yani 4 Comments

Lama betul rasa tak belek blog aku ni. Maklumlah beraya sakan sampai tak ada masa nak post entry. Baru hari ni ada kelapangan sikit.


Lagipun ramai (aiceh, ramai lah sangat!) yang dok tanya bila aku nak post entry pasal raya. Tapi yang sebenarnya mereka yang dok bertanya tu sibuk nak tengok gambar masing-masing aje.

Betul tak betul? Baik mengaku!

----------------------------------------------

Seminggu sebelum raya anak-anak saudara aku sebelah Encik suami berkumpul sebab tahun ni memang turn masing-masing balik belah keluarga mentua.

Kalau jumpa lagi pun time dah tiga atau empat hari raya. Tapi sebenarnya paling seronok dok tengok telatah anak-anak aku dengan sepupu dia orang. Ada aje AGENDAnya!


Anak dara aku pula, jadi follower aje. Nak main dengan Rayna, kecil lagi! So dia ikut ajelah abang-abang dia buata apa dan kemana aje dia orang pergi.

In the end, Aisy kebosanan! Sibuk dok tanya, "Baby ne?"

Baby adalah gelaran yang diberikan oleh Aisy pada anak patung turun temurun. Patung ni dari zaman Acu dia lagi. Sayang sangat dia dengan patung ni, tak boleh hilang!


Petang tu, dia orang excited dok tengok paman (gelaran pakcik dalam bahasa Jawa) dia orang dok pasang pelita keliling rumah.

Terasa meriah bila nampak cahaya pelita mengelilingi kawasan rumah Mak mentua. Tapi dekat kampung aku tak ada budaya pasang pelita ni.


 Apa yang pasti, kecerian Afif dan Aisy menambahkan semangat aku untuk beraya!


Sehari sebelum raya, niat di hati nak tolong Mak Encik suami yang mana boleh. Konon berazam nak belajar buat ketupat tahun ni, but in the end aku jadi tukang tengok aje! Fail sungguh!

Akhirnya Mak mentua aku dok buat seorang. Aku? Jadi tukang tengok aje! Lagipun ni memang kepakaran aku sejak dari dulu lagi! Fakta tu ye! Hehe!


Malam raya, bunyi mercun berdentum kedengaran di setiap pelusuk tempat. Baru terasa happening bila dengar bunyi mercun. Rasa tak raya kalau tak dengar bunyi mercun.

Afif dengan Aisy pula seronok dapat main bunga api. Tapi yang over excited malam tu adalah Afif! Bila tengok dia seronok macam tu, teringat memori zaman kanak-kanak. SERONOK!


Malam raya kami tak berakhir dekat situ. Kami pusing keliling pekan Kapar dok tengok kemeriahan dan cara setiap individu menterjemah maksud raya dengan cara mereka sendiri.

Sampai aje rumah, bantal yang aku cari dulu. Terasa penat sangat tapi berbaloi! Terasa tak SABAR nak tunggu besok. Kenapa? Besok kan RAYA! Hehe!

4 comments:

  1. kathy pun tak pandai menganyam ketupat..hehehehe..selamat beraya sis..

    ReplyDelete
  2. seronok tgk anak2 dpt jumpa sepupu sepapat dorg yg jrg2 berjumpa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah bebudak...ada aje aktiviti diorg
      mama nyer yg pening! =)

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...