My Faith: Seorang Pekerja dan Pesakit (^_^)
Niat nak post entry pasal raya terpaksa ditangguhkan dulu sebab aku nak cerita dulu pasal apa yang aku dah lalui hari ni.Apapun entry aku hari ni adalah lebih kepada pandangan aku dan luahan hati aku sebagai seorang pekerja dan pesakit. Kalau ada sesiapa terasa, nasiblah! Memang aku berniat pun!
Mungkin ramai yang tak tahu bahawa aku adalah penghidap hyperthyroid. Tapi hari ni aku bukan nak bercerita pasal sejarah penyakit aku ni. Aku nak cerita pasal layanan yang aku terima hari ni.
Aku dah jumpa macam-macam karenah doktor dan nurses sepanjang tempoh 17 tahun aku menjalani treatment sebagai pesakit dan juga nasib yang aku terima sebagai seorang pekerja.
Jujurnya aku pernah dibuang kerja kerana mengambil MC terlalu banyak dalam tempoh tak sampai 6 bulan aku bekerja. Bos aku dulu tu tak pernah kisah sama ada ianya time slip atau MC.
Bos aku yang sekarang juga macam tu. Absent tetap absent! Tak kisahlah atas alasan sekalipun. Penyakit aku, masalah aku! Malahan bos aku sekarang hanya mengiktiraf MC.
Itupun setelah melakukan pelbagai siasatan. Time slip pula hanya dua jam pertama sahaja diiktiraf.
Hari ni aku ada regular check up di Klinik Kesihatan Bukit Kuda. Baru 3 kali dekat sini, sebelum ni dekat Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang
Fenomena terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan rawatan adalah perkara biasa di mana-mana klinik kerajaan. Apapun itu bukan yang aku nak ceritakan (mungkin lain entry).
Aku hanya dapat berjumpa doktor pada pukul 12 tengahari setelah hampir 3 jam menunggu. Itupun dia orang bagi alasan rekod aku hilang!
Mengarut! Padahal baru bulan lepas jumpa doktor (yang lain). Doktor salahkan staff bilik rekod. Staff bilik rekod pula salahkan doktor. Yang jadi mangsa, AKU JUGA!
Aku minta 1/2 day MC sebab dah lebih 2 jam. Doktor berketuruna India tu gelak! "This is first time I heard about half day MC, which is from you!"
Dia sambung lagi, "Untuk follow up kita tak boleh bagi MC. Time slip boleh!
"Tapi bos saya hanya bagi 2 jam pelepasan with proof" kata aku minta simpati.
"Minta dia bagi surat sebab baru kita boleh pertimbangkan!" jawab dia.
--------------------------------------
Nampak tak masalah aku? Aku tersempit antara status aku sebagai seorang pekerja dan pesakit. Tak kiralah pusing celah mana pun, aku tetap jadi MANGSA!
Majikan tak faham, pihak doktor (segelintir) pun tak faham!
Ketahuilah bahawa AKU tak pernah minta untuk sakit. Aku juga tak pernah suka buat check up setiap 6 minggu! Menunggu lama walau datang awal pagi. Aku tak pernah suka semua tu!
Tapi apa aku boleh buat? Inilah nasibku!
Mungkin kerana nilai RM1 kebanyakkan antara mereka yang aku jumpa hari ni buat kerja macam tak ikhlas. Apapun pakcik dekat kaunter ubat mengubah sedikit mood aku hari ni. Kalau semua macam dia. AMAN! |
sian sis..melamapau betul..banyak karenah diorang ni...
ReplyDeleteapa nak buat cik kathy...nasib!
Deletealahai...sian yana...tk pe la, mungkin lepas ni yana dpt keje baru di bawah bos yg sgt understanding keadaan yana.. insha allah...
ReplyDeleteAmin! Thx zura...minta2 jd kenyataan =)
Delete