Luahan Hati Seorang Pengasuh
Luahan Hati Seorang Pengasuh | Pengasuh merupakan perkhidmatan yang sangat diperlukan dalam dunia hari ini. Disebabkan ramai
parents yang bekerja, perkhidmatan pengasuh memang terpaksa digunakan. YY faham meninggalkan anak-anak dengan orang lain merupakan sesuatu yang agak sukar dilakukan. Ditambah pula cerita yang kurang enak yang didengari mengenai pengasuh khususnya yang melibatkan kematian dan kecederaan. Perasaan berat dan takut pasti membelenggu saat meninggalkan anak di bawah jagaan pengasuh.
|
Perkhidmatan pengasuh sangat diperlukan ketika ini |
Mungkin tidak keterlaluan untuk YY katakan bahawa meninggalkan anak dengan orang lain sama ada dikenali atau tidak adalah satu pertaruhan yang sangat tinggi nilainya. Tapi sedarkah kita kes-kes yang melibatkan kematian atau kecederaan di bawah pengasuh adalah sangat jarang berlaku. Hanya kerana tindakan tidak berakal sesetengah pengasuh, tidak wajar untuk kita samakan bahawa semua pengasuh adalah sama. Pengasuh juga manusia, sama seperti kita yang punyai hati dan perasaan.
Cerita mengenai pengasuh yang sering dianiaya oleh
parents dalam pelbagai aspek hampir tidak pernah kita dengari. Kalau kita dengar
pun, kita tetap akan kata mereka yang salah. Yang sentiasa betul adalah kita sebagai
parent yang menghantar anak-anak kepada pengasuh. Hari ini, YY
nak perdengarkan luahan hati seorang pengasuh. Semoga beri manfaat buat kita semua.
|
Budak macam-macam perangai |
|
Jangan berkira dengan pengasuh |
|
Bukan senang jaga anak orang |
|
Ambil berat perihal anak. Jangan harapkan pengasuh sepenuhnya |
|
Tanggungjawab mendidik anak adalah parents, bukan pengasuh |
|
Jangan berkira dengan pengasuh |
|
Bukan semua pengasuh jahat |
Screen shoot di atas adalah luahan pengasuh yang YY sangat kenali secara peribadi. Seorang wanita pertengahan 50-an. Berpengalaman puluhan tahun dalam perkhidmatan pengasuh. Adalah sangat wajar sebagai
parent kita mengambil teguran yang diberikan secara berlapang dada. Ada benarnya apa yang diluahkan di atas. YY sendiri menjadi saksi. Memang ada
parent kalau datang ambil anak selepas seharian bekerja akan
dok belek anak, takut kena dera depan pengasuh.
Jujur YY katakan, sangat biadap apa yang dilakukan itu. Kalau ada rasa tidak percaya dengan pengasuh tersebut, carilah pengasuh lain. Jangan dilukakan hati pengasuh tersebut. Kadang apa yang terjadi pada anak kita ada kemungkinan disebabkan kelakuan kita sendiri. Kalau kita sememangnya elok melayan pengasuh, perkara yang tidak diingini masih terjadi, ianya ujian DIA. Pengasuh yang melakukan hal tidak elok itu memang hanya mengasuh disebabkan duit semata.
Tapi jangan menghukum semua pengasuh hanya disebabkan kelakuan segelintir pengasuh. Tidak adil hukuman sebegitu. Percayalah, ramai pengasuh yang baik dan mampu mengasuh anak kita dengan baik, wujud di luar sana. Mereka tidak wujud di mata media sahaja. Apa yang perlu kita sebagai
parent lakukan adalah menghormati pengasuh sepertimana kita mahu diri kita diihormati. Insya ALLAH kebaikan yang kita lakukan akan dibalas dengan kebaikan. Selebihnya berserahlah pada DIA.
Don't condemn everyone for the actions of a few.
Hihihi..
ReplyDeleteBoleh up entri ye YY..
Betul apa luahan pengasuh tu..
Kekadang ko buat tak baik..
Ko dapat lah belasan tak baik kan..
haha...saje nak bagi cool keadaan time tu
Deletekan CH, memang kadang kita perlu bertimbang rasa
bukan semua pengasuh jahat
ada bahasa yang saya terkial nak fahamkan..typo kot kat whataps tu..hehe..
ReplyDeleteapa yang diluahkan tu memang betul. kenapa parent nak berkira bila bab makan pakai anak. setengah tu liat nak bagi upah sedangkan pengasuh dah jaga anak mereka elok2. nasihat saya, utamakan duit pengasuh bila gaji,itu lebih berkat. mereka jaga anak2 kita!
makan jangan berkira. budak2 tak makan banyak?hish,...kadang2 budak-budak makan macam-macam tau.
macam nak sambung entri YY ni..kih2
haha...orang tengah marah time menaip, tu banyak typo
Deletemana nak faham, fahamlah ye.
rasa sampai kot mesej yang cuba dia sampaikan
kes yang saya cite ni, pengasuh tu kena tau bab gaji
memula tu segan, tapi hak dia kan
yang parent tu pun buat tak tau aje
kesian si pengasuh.
kita ni kalau berkira sangat, tuhan pun berkira dengan kita
betul mar, memang budak-budak makan banyak
tak cakap orang lain, anak sendiri aje
sambunglah mar kalau mar rasa perlu
saya rasa sampai sini aje. hehe
ni bru luahan btl2.. btl jgk cakap dia kan, pgasuh takkan dera anak kalau tnpa sbb mesti ada dia x puas hati..
ReplyDeletememang dia meluahkan betul ni
Deletekita kena ingat, pengasuh pun manusia
so bila kita buat macam-macam benda tak elok pada pengasuh
yang jadi mangsa anak kita
yelah, dia nak marah kat kita, tak terluah
kesian anak jadi kambing hitam
penat2 keja opis, penat lg keja pgasuh.. =(
ReplyDeletesaya setuju. stress dia menggunung
Deletestress yang tak ada kesudahannya.
ReplyDeleteberkemungkinan
Deleteterima kasih singgah ye
ReplyDeletesedih bila yang menjaga anak orang lain dgn ikhlas asyik kena bertanggungjawab penuh ..macamla anak tu dapat sakit ke jahatb ke semua dari pengasuh..mmg ramai parent yang macam ni..ada tempat utk letak kekurangan diri dalam didik anak sendiri...,.
ReplyDelete