Ke Taman Tasik Shah Alam Lagi

1:41:00 pm Yana Yani 18 Comments

Ke Taman Tasik Shah Alam Lagi | Ini entri yang sudah agak lama terperuk dalam draft. Peristiwa sebelum puasa pun lagi. Tapi disebabkan YY masih belum ada masa nak upload gambar raya, makanya YY cerita ajelah apa yang memang dah ada dalam draft. Mood pun masih belum sampai walau sudah diseru banyak kali. Tapi takpelah. Kita kasi clear draft dan pada masa yang sama blog pun berupdate. Bijak kan? Hehe!

Cerita mengenai Taman Tasik Shah Alam ni sudah banyak kali juga YY ceritakan di blog ni. Ia merupakan antara tempat yang popular dikalangan warga Shah Alam. Malahan kami juga kerap ke sini bagi memberi ruang dan peluang untuk Afif dan Aisyah berpeluh. Biasa budak berdua tu dok terperuk dalam rumah aje. So bila pergi tempat camni, dapatlah juga diorang berpeluh dengan bermain segala jenis permainan yang disediakan. Seronok tengok diorang seronok.

Ke Taman Tasik Shah Alam Lagi
Buai laju-laju

Malam sebelum ke sini, Kami ke i-City. Besoknya MyChintaHati bawa kami ke sini bagi menghabiskan hari menjelang Ramadhan. Kalau bulan puasa memang takdelah pergi tempat terbuka camni.

Baca Bersantai Lagi Di i-City Theme Park

Sebenarnya agak lama kami tak ke taman permainan di sini. Sebab utama adalah kesemua permainan yang ada di sini telah digantikan dengan yang baharu. Proses penukaran ni juga mengambil masa yang agak lama. Asal pergi aje, still under renovation. Mujur ketika kami singgah baru-baru ni, ianya sudah siap sepenuhnya atau mungkin hampir siap. Kurang pasti.

Ke Taman Tasik Shah Alam Lagi
Seronok aje budak berdua ni main

YY sebenarnya kurang gemar pasir yang digunakan mengelilingi taman permainan tersebut. Tak pastilah sama ada ianya memang konsep taman permainan berkenaan. Atau ianya belum siap sepenuhnya. Bukannya apa. Budak kan kebiasaannya main tak beringat. YY berpendapat pasir ni mampu meningkat keberangkalian untuk budak-budak tercedera.

Sebelum ni taman permainan tersebut dikelilingi dengan pelapik getah. Takdelah susah hati sangat sebab rasa macam pelapik tu mampu mengurangkan risiko kecederaan. Kalau pasir camni, budak mudah cedera. Pastu kalau musim hujan pula, confirm taman ni becak. memang tak dapat nak singgahlah jawabnya.

Ke Taman Tasik Shah Alam Lagi
Afif cukup suka permaian camni. Budak lelaki gamaknya

Apapun yang merisaukan YY tidak langsung menjejaskan keseronokkan Afif dan Aisyah bermain pada hari tu. Nak pula time tu tiada langsung kanak-kanak lain di taman berkenaan. Memang diorang berdua beradik conquer habis!

Kesemua permainan baharu tersebut mereka telah rasmikan. Cuaca panas pada hari tu langsung tidak menganggu diorang untuk berseronok. Bosan permainan yang ni, berlari ke permaian lain. Dan langkah itu diulang sehingga mereka benar-benar keletihan. Itu pun belum betul-betul nak balik. Tapi disebabkan bekalan air minuman yang YY bawa dah habis, maka nak tak nak diorang terpaksa balik (^_^)

Ke Taman Tasik Shah Alam Lagi
Aisyah pula suka main permaian ni. Spinning sampai pening. Hehe!

Agak lama juga sebenarnya kami di situ. Bagi peluang Afif dan Aisyah bermain dan berseronok. Bukan selalu pun diorang dapat peluang camni. Selalu dok dekat rumah aje. Lagipun sebagai parent, takde apa yang lebih membahagiakan daripada melihat anak-anak berseronok. Telatah mereka juga mampu membuat kita juga terhibur.

Tapi penat juga melayan diorang ni main. Hehe! YY dan MyChintaHati kena take turn jaga diorang berdua. Kalau tak buat gitu, mau pancit juga kitorang dibuatnya (^_^)

Ke Taman Tasik Shah Alam Lagi
Diorang berdua ni sangat seronok pada hari tu

Selepas bekalan air minuman habis, nak tak nak, Afif rela dalam terpaksa mengikut balik. Kalau tak, mereka berdua masih ingin terus bermain. Mana mungkin nak teruskan bermain dengan tekak yang dah kering kan? Hehe! So kami pun pulang. Sempat juga singgah pekena cendol di Seksyen 7 nun. Lega dapat basahkan tekak dengan cendol dalam cuaca yang panas berdeting ketika tu.

Baca Cendol Pulut / Tapai di Seksyen 7, Shah Alam

Ke Taman Tasik Shah Alam Lagi
Wajah-wajah kesayangan YY (^_^)

Rasanya sampai di sini sahaja bebelan YY untuk hari ni. Entah bila mampu up cerita Syawal kami. Tapi tak usah risau. Korang mesti dapat baca juga. Cepat dengan lambat aje. Lagipun raya kan sebulan. Hehe! Okaylah korang ye. Semoga ketemu lagi di lain entri.

Assalamualaikum (^_^)

18 comments:

  1. Hi Yana :)

    Duduk di shah alam juga ye rupanya.. Siqah pun tinggal di daerah yang sama :D Sesekali ada juga ke taman tasik shah alam ni.

    Raya sebulan! Betul betul betul. Bila-bila boleh je up cerita hari raya. Siqah pun ada je lagi dalam draft. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh tak, saya duduk klang
      tapi kan dekat aje kan, tu yang kerap juga singgah sana

      haha...cerita raya ye. tenagh cari mood =)

      Delete
  2. selamat malam, rajin update blog ye..hehe..syira lokman datang intai blog lagi :D hyeeeee...syoknye bawa diorang main kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...mekasih yunk
      sudi mencemar duli ke teratak hamba yang tak seberapa ni
      nanti kita balas kunjungan ye

      Delete
  3. Kita ni risau pelbagai bila nak bw anak ke taman r mana2, anak pula pantang jumpa permainan pasti girang hatinya, tak ade nk fikir apa dah. Kami dh lama tak singgah taman tasik shah alam ni, nampak lawa di gambar ni.. maybe bolehla singgah nati bw ahmads ni main barang kejap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan...nama pun budak. diorang apa tahu
      tahu seronok aje
      kadang nak melarang pun serba salah.
      mainan dia semua baharu dah...cuma part pasir aje tak gemo

      Delete
  4. Dah cantik tu ha permainan yang ada, akak dah lama tak singgah atau pergi ke tasik tu. Pun tak tahu bila nak membawa anak-anak.


    Takpe cepat atau lambat cerita raya tu tetap ditunggu tapi jangan lama sangat ye heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang mainan dia semua lagi ok dari hak dulu
      seronok sikit, cuma part pasir tu aje yang kurang gemar..hehe

      ala kak, belum sempat nak cite lagi ni
      adusss

      Delete
  5. Jenjalan yg lebih untuk menggembirakan seisi keluarga itulah yg terbaik YY
    Tengoklah semuanya nampak puas hati dari senyuman yg terserlah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kak
      aktiviti camni memang paling dinanti
      dapat luang masa bersama memang priceless

      Delete
  6. Memang seronoklah anak-anak YY main permainan tu masa tak ramai orang. Kalau ramai, kena tunggu turn plak. Hehe. Ini kalau anak saudara saya jumpa taman ni, memang susahlah dia nak berhenti main.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kebetulan masa tu sehari sebelum puasa
      so orang mungkin balik kampung
      nak puasa sama keluarga kan
      memang seronoklah diorang dapat conquer...hehe

      Delete
  7. Seronoknya....Dah lama x jejak kaki kat TTSA ni.

    ReplyDelete
  8. Kita ni mencari cerita sebelum raya, YY ^_^ Maklumlah lama tak singgah sini dengan penuh istiqomah katanya!

    Budak-budak manalah tak suka taman permainan. Kalau boleh, tak nak balik rumah. Nak bina khemah kat taman permainan ni supaya dapat main sampai tengah malu. Tapi kita sebagai makpak of courselah tak beri keizinankan; takut hantu ^_^

    Saya tak pernah kot pergi jauh sampai ke Taman Tasik Shah Alam ni. Paling jauh pun sampai Cyberjaya dan Putrajaya yerk. Hehehe!

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahai MD, memang tak akan jumpalah cite tu
      memang tak buat. sebab saya dok cerita pasala lemang tu aje
      kira cerita pasal lemang tu merangkumi cerita sebelum rayalah =)

      amboi, lagi jauh sampai pula. haha
      saya yang disenaraikan tu memang tak pergilah.
      mychintahati tak berkenaan nak ke sana. haha

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...