Cerita Raya Kami Lagi

12:14:00 pm Yana Yani 18 Comments

Cerita Raya Kami Lagi | Salam 22 Syawal semua! Sebelum ni YY dah ceritakan kemeriahan sambutan Syawal kami di kampung kelahiran YY di Kuala Lipis, Pahang. YY pun ada ceritakan mengenai pengalaman kami membuat lemang menggunakan daun lerek. So untuk hari ni YY nak ceritakan pula kemeriahan Syawal kami di Kapar dan beberapa daerah lain di Selangor. Sebelum YY ceritakan mengenai cerita Raya kami lagi ni, YY nak ceritakan perjalanan pulang kami dari Kuala Lipis ke Klang.

Baca Cerita Raya Kami di Kuala Lipis
Baca Resepi dan Cara Membuat Lemang

Kami bertolak pulang pada lewat petang. So kenderaan tak usah cakaplah, banyak weh! Perjalanan pulang yang kebiasaannya mengambil masa antara empat ke lima jam menjadi tujuh jam! Bising Afif sebab dia tak dapat tengok cerita Boboiboy: The Movie yang ditayangkan di TV3 pada masa tu. Hehe! Walau keletihan, syukur Alhamdulillah perjalanan pergi dan balik kami tidak berdepan sebarang kesulitan.

Cerita Raya Kami Lagi
Tutup sikit mulut YY yang sengih tak beringat tu. Hehe!

Hari Raya ketiga tu kami bercadang hanya nak lepak di rumah sambil mengemas apa yang patut. YY kononnya planning nak buat biskut sebab langsung tak buat sebarang persediaan untuk menerima kunjungan tetamu. Tapi kami dapat tahu anak Kakak MyChintaHati di masukkan ke wad kerana diarrhea. Abang MyChintaHati ajak melawat Baihaqi, anak saudara mereka di Hospital Banting.

So, rancangan untuk buat biskut tu terpaksa ditangguhkan.

Cerita Raya Kami Lagi
Ceria aje wajah memasing

Kami bergerak ke Hospital Banting selepas MyChintaHati dan Afif selesai menunaikan sembahyang Jumaat. Semasa dalam perjalanan, kami dimaklumkan yang Baihaqi sudah pun discharged. So kami terus menuju ke rumah Kakak MyChintaHati yang terletak di Kanchong Darat, Banting. Baihaqi yang baru jejak ke rumah setelah hampir tiga hari di wad, sangat ceria lebih-lebih lagi apabila adanya sepupu-sepupu dia.

Kesian dak Baihaqi ni tau. Dia langsung belum sempat menggayakan baju raya. Dia masuk wad petang Hari Raya pertama. Kak Mala kata, dia dah teruk sehari sebelum raya, tapi Hari Raya tu makin teruk. Tu yang kena tahan wad takut dehydration. Lega sikit bila nampak dia ceria hari tu.

Cerita Raya Kami Lagi
Hero-hero Wak Ramli yang turut serta (^_^)

Hari Raya keempat, Sabtu, bermulalah misi kami untuk beraya di semua rumah pakcik dan makcik MyChintaHati pula. Semua adik-beradik MyChintaHati turut serta kecuali Kak Mala dan Faiz. Alhamdulillah hampir kesemua pakcik dan makcik MyChintaHati ada di rumah ketika itu. Rezeki kamilah kiranya. Kebiasaannya ada aje yang takde. Mungkin disebabkan kunjungi kami kali ini agak lewat daripada kebiasaannya.

Biasanya Hari Raya pertama or kedua kami dah ke rumah diorang. Pastu diorang pun time tulah nak beraya juga. Mana nak ada aje kalau dah gitu kan.

Cerita Raya Kami Lagi
Bukan senang nak ambil gambar Abang MychintHati dan isteri dia ni

Kami mulakan misi beraya di kawasan sekitar kampung kelahiran MyChintaHati yang terletak di Kampung Sungai Serdang, Kapar. Kebanyakkan pakcik dan makcik dari kedua ibubapa MyChintaHati tinggal berdekatan antara sama lain di kampung ini. So agak mudah bagi kami menjayakan misi beraya dengan singgah dari rumah ke rumah.

Pergi pula ramai-ramai dengan macam-macam karenah dan attitude. Memang sangat happening. Macam-macam topik cerita keluar bila kami singgah ke setiap rumah. Ditambah dengan makcik dan pakcik yang sporting. Memang bermacam emosi ada. Dari serious ke seram. Sambung pula ke lawak. Kadang cerita tak lawak mana pun. Tapi sebab dah sorang gelak, in the end berjangkit semua gelak.

Cerita Raya Kami Lagi
Saja tayang gambar ni. Cam cute pula (^_^)

Serious YY rasa sangat seronok hari tu.

Kalau bukan Hari Raya, memang susah nak dapat peluang duduk semeja macam ni dengan adik-beradik MyChintaHati. Bukan nak menyalahkan. Memang masing-masing ada komitmen masing-masing. So bila semua ambil initiative untuk participated misi beraya ni, memang priceless. Peluang yang bukan selalu boleh diperolehi.

Anyway selepas menghabiskan misi beraya dengan jelajah ke seluruh pelusuk Kampung Sungai Serdang, kami bergerak pula ke Meru. Lepas tu kami gerak pula ke Kampung Melayu Subang. Patah balik lagi ke Kampung Sungai Serdang sebab ada pakcik MyChintaHati buat makan-makan khusus buat kesemua ahli keluarga Allahyarham Wak Jalil. Allahyarham Wak Jalil ni merupakan Atuk kepada MyChintaHati.

Cerita Raya Kami Lagi
Rumah yang paling unik kami singgah

Misi beraya kami pada hari tu bermula lewat pagi dan berakhir sehingga ke lewat malam. Bayang betapa dahsyatnya kami dok pulun beraya demi menjayakan misi katanya. Banyak juga rumah pada hari tu yang kami dapat singgah. Memang letih sangat dibuatnya. Perut pun sampai tak larat nak bawa dah sebab dok makan aje kerjanya. Tu yang masa bulan puasa hari tu berat YY turun dua kilo tapi raya baru berapa hari naik tiga kilo. Sabo ajelah!

Tapi one thing for sure, kami semua have a great time pada hari tu. Afif dan Aisyah pun tak habis-habis mengatakan yang mereka seronok dapat beraya. Sampai rumah Atuk Nenek malam tu, diorang terus tidur. Penat sangat katanya. Hehe!

Cerita Raya Kami Lagi
Sebahagian daripada ahli keluarga Allahyarham Wak Jalil

So begitulah cerita raya kami lagi untuk hari ini. Kalau tak rajin, inilah penutup cerita raya bagi Syawal 1437H. Tapi kalau rajin, mungkin akan ada dua atau tiga lagi berkaitan cerita raya ni. YY akan cuba habiskan mana-mana cerita yang patut sebelum berakhirnya Syawal. Tapi itu kalau rajinlah ye. Hehe!

Okaylah korang, sampai di sini aje bebelan YY untuk hari ini. Semoga kita bertemu lagi di lain entri. Jaga diri elok-elok tau, Assalamualaikum (^_^)

18 comments:

  1. salam...
    apa pun sebuah keluarga yang bahagia dan ceria...
    Meriah sungguh bebeudak tu..

    Salam kenal dari jiwa tani

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam
      kalau raya...emmang bebudak paling ceria =)
      salam kenal JT =)

      Delete
  2. Ini yg org kata raya sakan YY:)
    Penat tapi masih mampu tersenyum sebab puas hati

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang beraya sakan kak zakie...hehe
      kami semua seronok sangat hari tu

      Delete
  3. Weyh Selamat Hari Raya maaf zahir batin.... dah puas beraya baru reti nak muncul ek hihi....

    Kalau beraya dari pagi sampai mlm baru jumpa rumah sendiri mmg okje respek sangat...
    Baru betul Raya namanya....

    Kami jarang berkonvoi Raya sebabnya memasing ada plan masing masing tu yg susah nak kumpul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya okje
      hehe....katanya beraya, mestilah gitu. haha

      memang kebiasaannya gitulah okje
      kalau nak bersambung-sambung, memang tak pergi dah
      selalunya kitorang memang sekali harung

      saya ni memang sejak kahwin dengan mychintahati
      memang ginilah aktiviti kami tiap tahun
      baru terasa meriahnya raya katanya =)

      Delete
  4. amboi raya sakan YY ye, hihih..
    beramai macam tu bersembang sama2 mmg syok
    yang buat tak syok, orang je ramai tapi yang berbual sikit
    yang lainnya menghadap gajet T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang raya sakan kitorang weh
      jangan tak tahu...hehe
      alhamdulillah padin, takat ni tak jadi camtu
      semua behave katanya
      memang tak layan sangat gajet...lagipun line takde...haha

      Delete
  5. Mmg beraya sakan ni hehee... alhamdulillah... berbaloi walaupun penat klu mcm ni. Semoga silaturrahim seluruh keluarga terjalin dengan lebih mesra sepenuh keberkatanNya... aamiin :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..memang beraya sakan KK wei
      bukan selalu kan
      raya aje dapat peluang gini =)

      Delete
  6. Amboi, raya sakan..
    Seronok betul tgk riak wajah Afif dan aisyah yg ceria beraya...

    Puas hati dapat beraya ke malam..
    Kami adik beradik kalau beraya pun, dah tengah malam baru ingat nak balik...
    Kalau pergi rumah mak2 sedara, mereka tak kisah walau dah malam pun...
    tetap rasa kemeriahan raya tu...

    Selamat hari Raya YY...
    Maaf zahir dan batin...

    p/s: Thanks hantar kad raya... Touching sgt2 dapat kad raya :)

    ReplyDelete
  7. waaaa~ kak YY . complete sungguh cerita raya kak YY . meriah je raya kan . Tapi , alahai kesian pada anak saudara husband kak YY , diarrhea pulak . pape pun . seronok baca cerita raya =D

    ReplyDelete
  8. Memang betul2 pulun beraya ni, YY.
    Super meriah! Masa macam nilah nak catch up dengan keluarga dan kawan2 yang lama tak jumpa kan :)

    ReplyDelete
  9. salam kak,alamak saya terlepas la baca entri akak yg kata nak alamat tu kak
    minta maaf ya..! tak perasan pun. huhu
    itulah saya pun dah berniat nak raya rumah akak,alang dah duduk satu negeri/daerah sama kan,tapi nampaknya tak adalah rezeki tahun ni kak ...

    ReplyDelete
  10. sakan raya...best kan dapat jumpa sanak-sedara.yang baru keluar hospital pun boleh kembali ceria.eh..nape akak kata umah tu unik? ce cite..

    ReplyDelete
  11. Macamana ni, saya yang lambat karang cerita raya pun dah habis penutup kisah raya kami sekeluarga.. Hmmmm! Ada sambungan ke tidak agaknya ni? Kalau takda tu maksudnya dah malaslah nak menaip kisah raya ya?

    Gambar dalam kereta tu kenapa YY tak pakai sunglasses jugak? Oppss... dia dah ada empat mata yerk, orang rabun jauh memang tak boleh pakai spek mata hitam.Huahaha!

    ReplyDelete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...