Cerita Raya Kami di Kuala Lipis

11:11:00 am Yana Yani 12 Comments

Cerita Raya Kami di Kuala Lipis | Hari ini dengan berbesar hatinya YY akan bercerita mengenai kisah sambutan Syawal kami sekeluarga di Kuala Lipis, Pahang. Bertabahlah ye kalau entri kali ini lebih panjang daripada biasa. Anyway, Syawal kali ini memang amat YY nantikan sebab dah dua kali raya YY tak dapat merayakannya bersama-sama dengan Atuk. So bila MyChintaHati mengesahkan kepulangan kami kali ini, memang ianya berita yang sangat menggembirakan.

Perjalanan pulang ke kampung kelahiran YY kali ini lancar walau kenderaan lebih banyak daripada biasa. Kami sampai di rumah kedai Atuk beberapa jam sebelum bermulanya waktu sahur 30 Ramadhan 1437H. Pagi sehingga menjelang waktu berbuka puasa Ramadhan terakhir pada tahun ini, kami memang sibuk dengan segala persiapan menyediakan juadah untuk menyambut Syawal pula. Penat juga tapi ianya jadi sesuatu yang menyeronokkan bila dilakukan bersama-sama.

Baca Resepi dan Cara Membuat Lemang

Cerita Raya Kami di Kuala Lipis
Anak dara dan anak bujang YY berposing di pagi Raya

Atuk YY pula kelihatan sangat ceria sepanjang keberadaan kami. Malahan dia kelihatan sihat walhal sebelum tu dia dikhabarkan tidak sihat. Jelas kepulangan anak, cucu dan cicit yang jarang dapat berjumpa, menjadi faktor penyumbang kecerian dia.

Pagi Syawal adalah yang paling YY nantikan. Waktu ini mengejutkan Afif dan Aisyah bangun pagi dengan mengatakan hari ini Hari Raya memang priceless. Moment yang sukar digambarkan. Yang pasti suka tengok wajah ceria mereka berdua yang tak sabar nak menggayakan baju yang dibelikan khusus buat mereka.

Keceriaan mereka itu turut menyumbang keceriaan kepada YY dan MyChintaHati. Riuh rendah rumah kedai Atuk jadinya bila nak menyiapkan mereka.

Cerita Raya Kami di Kuala Lipis
Afif dan Aisyah bersama adik tunggal lelaki YY, Syafie

Yang paling kelakar, cermin mata hitam adalah benda pertama yang mereka cari. Afif kata, barulah dia nampak handsome seperti Papa dia yang sememangnya mengenakan cermin mata hitam tiap kali kami keluar rumah. Tak akan mungkin korang jumpa MyChintaHati tanpa cermin mata hitam. Itu dah memang part of him (^_^)

Rumah kedai Atuk pagi Syawal tu memang bingit. Ketibaan adik-beradik Mak bersama keluarga masing-masing di pagi Syawal tu ditambah dengan kekecohan kami yang sibuk nak bersiap, memang boleh buat roboh kedai Atuk. Hehe! Tapi sebenarnya seronok. Bukan senang nak lihat ke semua adik-beradik Mak ada pada satu masa.

Cerita Raya Kami di Kuala Lipis
Aisyah bersama sepupu-sepupu YY. Kira pangkat makcik dan pakcik pada dia

Kalau tengok gambar di atas, kecil-kecil lagi sepupu YY. Untuk makluman, YY ni cucu sulung di dalam keluarga sebelah Mak YY. So memang semua sepupu YY kecil-kecil lagi. In fact, adik Mak YY yang paling bongsu adalah sebaya YY. Dia tua tiga bulan aje daripada YY. Kebetulan anak dia baru seminggu dilahirkan. So raya kali ni dapatlah kami berjumpa sepupu YY yang paling kecil setakat ini.

Cerita Raya Kami di Kuala Lipis
Gambar kami sekeluarga di pagi Syawal (^_^)

Selepas melayan adik-beradik Mak pada pagi tu, kami meneruskan misi beraya.

Rancangan asal, kami nak pergi kesemua rumah adik-beradik dan pakcik-makcik Mak yang berdekatan dengan rumah kedai Atuk. Tapi rancangan aje. Bila dah pergi rumah ahli keluarga yang jarang dan dah lama tak berjumpa, memang bercerita pun sikit punya lama. Segala macam topik keluar. So dari rancangan nak pergi ke semua rumah, bertukar kepada mana yang sempat. Hehe!

Cerita Raya Kami di Kuala Lipis
Adik-adik, Mak dan anak bujang YY. Seorang aje adik YY tak ikut balik raya kali ni

Beraya di sini tak seperti kami beraya di Selangor. Kampung Mak di masih penuh dengan kehijauan. Hutan masih banyak yang mengelilingi kawasan kampung.

YY paling suka waktu malam di sini. Dia punya feeling macam pakai air-cond. Sejuk aje. Tapi siang panas sangat. Atuk kata hujan sudah hampir dua bulan tak turun. In fact air sungai pun kering. Boleh berlari dari tebing sungai ke tebing sungai tanpa sebarang masalah. Sedangkan sebelum tu, kedalaman air adalah paras pinggang orang dewasa.

Cerita Raya Kami di Kuala Lipis
Terpaksa hide muka MyChintaHati yang buat muka tak sesuai untuk tonton. Hehe!

Anyway, misi beraya kali ni turut disertai keluarga Ateh, adik Mak YY. So bila dah ramai-ramai tu, memang macam-macam kegilaan keluar. Gelak ketawa aje kami sepanjang hari. Tapi itu yang seronok sebenarnya. Baru terasa kemeriahan yang bukan boleh dirasai sepanjang masa. Tapi paling ketara adalah MyChintaHati.

Entah kesawanan apa yang menimpa dia hari tu. Hehe! Tapi tak nafikan dia berjaya menceriakan suasana di setiap rumah yang kami kunjungi.

Cerita Raya Kami di Kuala Lipis
Mak dan Abah YY. Lovely couple kan?

Bila dah anak menantu dan anak saudara, ceria aje, maka orang tua kami pastinya turut ceria. Senyuman tak lekang daripada bibir mereka. Sekali dua tu ada juga kedengaran Mak YY yang terasa tak lengkap. Adik YY yang ketiga tak dapat beraya bersama kali ni atas tuntutan kerja. Nak buat camne. Suami dia bekerja dengan Kementerian Kesihatan dan perlu sentiasa dalam mood standby.

Mungkin zahir Mak dan Abah kelihatan ceria, tapi hati, siapalah tahu. Tiba-tiba teringat lagu Allahyarham Sudirman pula bila dok type "siapalah tahu" tadi. Nama lagu tu kalau tak silap Penyu Menangis.

Cerita Raya Kami di Kuala Lipis
Mencabar sungguh bila nak snap gambar ramai-ramai ni

Berbalik kepada cerita raya kami di Kuala Lipis, sepanjang hari kami cuba menjayakan misi beraya di sini. Yang menariknya struktur muka bumi di sini yang pelbagai menyebabkan misi raya kami agak mencabar. Kononnyalah. Hehe! Ada rumah yang memerlukan kami mendaki bukit, seberangi sungai, berhadapan dengan laman rumah yang penuh dengan pokok kemuncup dan banyak lagi. Penat weh, tapi berbaloi.

Rumah ke rumah, dengan pelbagai menu, memang priceless. Dari pagi sehingga menjelang Maghrib baru kami pulang ke rumah kedai Atuk.

Cerita Raya Kami di Kuala Lipis
Mendaki bukit merupakan antara ujian yang perlu ditempuhi untuk misi beraya. Hehe! 

Ia juga merupakan penutup sambutan raya kami di Kuala Lipis, Pahang. Kami perlu pulang ke Selangor pada keesokkan harinya.

Afif dan Aisyah sepanjang berada di kampung kelahiran YY memang seronok aje. Aisyah paling banyak menghabiskan masa bersama dengan Atuk YY yang dikenali dia sebagai Tok Yang. Hampir kebanyakkan aktiviti terutama makan dan minum dia bersama dengan Tok Yang dia. Atuk YY puji sikap dia yang sangat pandai bermesra berbanding Afif yang lebih banyak hanyut dalam dunia dia sendiri.

Dia juga banyak terlibat menjaga "kewangan" Atuk YY di kaunter kedai mini Atuk. Seronok sangat dia bila dapat menolong Tok Yang berniaga.

Cerita Raya Kami di Kuala Lipis
Gambar keluarga YY bersama Atuk sebelum berangkat pulang

Saat untuk meninggalkan Atuk memang agak menyedihkan terutama apabila Atuk menyebut, "Sunyilah Atuk lepas ni" Wajah ceria dia sebelum ni bertukar sugul. Jelas nampak kesedihan pada mata dia bila kami bersiap untuk pulang. Riuh rendah yang dialami sejak dua tiga hari sebelum tu, akan hanya tinggal kenangan. Entah bila kami dapat pulang lagi ke sini.

Yang pasti cerita raya kami di Kuala Lipis memberi seribu satu kenangan buat kami sekeluarga. Seronok walau hanya seketika dapat menggembirakan Atuk. Semoga Atuk terus diberikan kesihatan yang baik dan semoga juga kami dapat memberikan kecerian yang sama pada Atuk di masa akan datang.

So begitulah cerita raya kami di Kuala Lipis yang YY rumuskan dalam satu entri. Nak buat banyak bahagian, dah tak sempat. Next entri YY akan ceritakan mengenai kisah raya kami bersama keluarga MyChintaHati pula.

Semoga kita ketemu lagi di lain entri, Assalamulaikum (^_^)

12 comments:

  1. Assalam, apa khabar? Kuala Lipis, dimana ya? Klong pun orang Kuala Lipis. Kampung Tempoyang. Sangat menarik atas semua perkongsiaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumussalam, sihat alhamdulillah
      kuala lipis dekat kampung beletik, berhampiran dengan berchang
      kampung tempoyang sebelum berchang kalau tak silap kan?

      Delete
  2. kemain afif...tak tinggal spek mata hitam die..bagus la yana kecik2 pandai hensem2 dah heehehehe.... smart nak ikut papanye ye tak ....

    tu laa yana, org tua ni tak sihat dieorg tapi bile tgk anak2 cucu balik dieorg hepi ...jadi sihat balik hah...kuat kan semangat nak nampak sihat sbb nak bergembira dgn anak cucu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..tula pasalnya lieya
      budakkan...asal benda tu baru, bukan main excited diorang
      afif memang anggap papa dia idola
      banyak benda nak ngikut papa dia

      tulah pasalnya lieya
      time kitorang datang, tetiba aje sihat
      semua benda dia boleh buat
      dia rasa bersemangat bila semua anak, cucu dengan cicit balik

      Delete
  3. hehehe agaknya berapa kali si abang cuba menggayakan kasut baru
    sebelum menjelang lebaran? mesti tak sabar menanti tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...ko perasan ye padin
      tulah nak cite ni, dia tak penah nak pakai kasut tau
      tapi raya tahun ni minta kasut
      minta kasut camtu pula tu
      bukan main dia perasan handsome =)

      Delete
  4. Sama je kisahnya kalau okje balik kg YY. Masa dtg tu bukan main suka mak, tp bila nak balik tu mulalah dia sedih. Nasiblah adik beradik okje dekat dekat situ jadinya taklah risau sgt.

    Betullah tu mak YY mesti sedih sebab anak dia sorang tak ada...satu hari nanti kita akan rasa jugakkan. Sorang anak tak de di pagi Raya.

    Mmg puas berayalah awak tahun ni yek

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang tua kan OKje...ceria sangat diorang bila nampak kita
      macam OKje katalah, one day kita pun akan rasa camtu
      puas sangat weh! lupa jalan pulang...haha

      Delete
  5. cantik kaler pink tu!!!sweet family.seronok la tengok atuk ngan nenek hepi bila cucu ada.penat pun takpe

    ReplyDelete
  6. Ahah! Tu ada pun gambar YourChintaHati tak pakai spek mata ~_^

    Meriahlah raya di kampung halaman sendiri. Berbeza daripada anak-anak saya yang dikelilingi anak-anak saudara sebaya, anak-anak YY pulak dikelilingi mak/pak saudara yang sebaya ya! Gitulah kekdahnya kalau mak dan anak bersalin lebih kurang aje masanya ~_^

    Kadangkan terfikir juga apa rasanya perasaan orang tua macam atok YY ni kan. Yalah, hari biasa sendirian aje cuma masa raya ada peluang berkumpul ramai-ramai macam ni dan hiruk pikuk jadinya rumah. Tentu sedih sangatkan!

    ReplyDelete
  7. Raya ni part yg paling best bila dpt berjumpa saudara Mara ...

    ReplyDelete
  8. kampung beletik ke kak yana? ehhhhhh.. husband kita beranak kat sana.. dan raya tahun ni pon kita g beraya kat sana.. first raya ari tu, lawat sedara2 belah mak mentua.. hihi..

    ReplyDelete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...