Teknik Menyusun Buku Mengikut Jadual Sekolah

6:42:00 am Yana Yani 24 Comments

Teknik Menyusun Buku Mengikut Jadual Sekolah | Tahun ini rutin harian untuk persekolahan Afif agak terurus berbanding tahun sebelumnya. Ada banyak tangan yang membantu dan Afif juga sudah boleh diharap terutama dalam menyusun buku mengikut jadual sekolah. Tahun lepas tugas ini digalas sepenuhnya oleh YY dan waktu itu terfikir juga apakah teknik yang lebih mudah untuk menyusun buku yang agak banyak ini.

Ada banyak cara yang YY pernah nampak dilakukan oleh orang lain. Salah satunya adalah dengan menyediakan rak mengikut hari persekolahan. Ianya kedengaran menarik pada mulanya tapi tidak begitu praktikal disebabkan sistem pembelajaran di Malaysia memerlukan subjek yang sama diajar setiap hari terutama untuk subjek teras seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik.

Dalam banyak-banyak teknik yang disyorkan, YY lebih tertarik dengan teknik menampal sticker atau melabel buku mengikut hari. Ianya lebih relavan berbanding teknik yang lain. So ketika membeli peralatan tulis untuk Afif, sticker berwarna merupakan antara yang tersenarai dalam benda yang perlu dibeli. Jenuh juga YY dok cari sticker berwarna. Hampir setiap pelusuk kedai yang menjual peralatan tulis YY terjah tapi kelibat benda yang dicari tidak ditemui.

Teknik Menyusun Buku Mengikut Jadual Sekolah
Buku yang telah siap dilabelkan mengikut warna

YY terjumpa sticky label yang ada empat warna di Daiso, Terus dok beli sebab dah malas nak cari di tempat lain. Misi melabelkan buku sekolah Afif YY buat malam tu juga. Malangnya sticky label ni tidak begitu sticky. Jadi kerja pula nak kena tampal dengan cellophane tape. Demi kemudahan di masa depan, YY gagahkan juga diri buat benda ni untuk semua buku sekolah Afif baik untuk Sekolah Agama mahupun Sekolah Kebangsaan.

Untuk satu hari yang takde, YY gunakan kertas putih biasa yang YY gunting mengikut size sticky label yang sedia ada. Pada jadual waktu juga YY tampal sticky label tersebut bagi memudahkan Afif memahami buku apa yang perlu dibawa. Afif hanya perlu merujuk warna tanpa perlu melihat subjek pada jadual waktu secara terperinci.

Teknik Menyusun Buku Mengikut Jadual Sekolah
Afif tengah tekun menyusun buku

Pertama kali Afif buat benda ni agak bising juga mulut dia. Nanti cikgu marah adalah ayat yang sering dilontarkan. Jenuh nak yakinkan budak yang sudah pandai berdebat, Kita kata macam tu, dia kata macam ni. Hilang sabar juga kadang tu. Hehe!

Setelah bergunung kata pujian yang dilontarkan setiap kali dia berjaya menyusun buku, Afif akhirnya memahami tujuan utama jadual waktu dan juga buku-buku dia dilabelkan sedemikian rupa. In fact ketika berlaku perubahan jadual waktu untuk Sekolah Kebangsaan baru-baru ini, dia adalah orang yang pertama minta YY "warnakan" buku dia. "Mama warnakan buku Afif nanti ye. Nanti senang Afif nak susun" kata dia ketika menghulurkan jadual baru dia beberapa minggu lepas.

Teknik Menyusun Buku Mengikut Jadual Sekolah
Anak bertuah Mama (^_^)

So rutin ini sekarang dipikul sepenuhnya oleh Afif. Setiap hari sebelum dia ke kelas mengaji, YY akan pastikan dia menyusun buku. Mula tu susah jugalah nak suruh dia buat. Beribu alasan dia bagi. Anak bertuah YY ni bab bagi alasan memang hebat. Kadang tu rasa kelakar pun ye juga. "Mama tahu tak Abang ni penat, Dah lah kelas Abang tu tinggi, takde lif, penat Abang ni sebenarnya" kata dia bila tiba mood malas dia. So kalau keluar benda macam ni, Mama pun kenalah pandai twist and turn.

Setelah sebulan teknik ini diamalkan, nampaknya ianya berjaya. At least ringan sikit kerja YY. Tidaklah terkejar-kejar macam sebelum ni. Pada sesiapa yang belum pernah cuba, YY sangat syorkan buat teknik ni. Terutama untuk budak seperti usia Afif. Disamping ianya memudahkan, sebenarnya secara tak langsung kita mendidik anak-anak kita untuk berdikari.

So begitulah tips yang YY nak share pada hari ini. Harap bermanfaat buat korang semua. Semoga kita bertemu lagi di lain hari. Assalamualaikum (^_^)

Entri berkaitan
Tips Membasuh Bersih Pakaian Sekolah
Surat Rasmi Tidak Hadir Ke Sekolah
Tips Membeli Kelengkapan Persekolahan


24 comments:

  1. salam kakYY , afif ni memang protectivekan,
    memang kena sabar nak deal dengan dia ni hihihi,
    apapun ada baiknya jugak kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumussalam yana
      dia jenis talkative. terlalu banyak persoalan yang kadang takde jawapan
      dia pandai dari segi tu...creative thinking kata orang tu =)

      Delete
  2. Kreatifnya YY.. tapi mummy dh goyang kaki la ni.. semua dorang susun sendiri.. hehehe :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya ciplak idea orang ni mummy
      saya belum boleh lagi...anak2 kecik lagi
      sikit masa lagi boleh join mummy =)

      Delete
  3. Budak2 skrg ni memang bijak.. bijak mencipta alasa.. so mak mak ni kena bijaklah pulak memutarkan alasan fair dan Square kan.. kannn hehhe :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...betul mummy
      kita jadi parent ni pun kena pandai juga twist
      idak...kita yang pening =)

      Delete
  4. bagus nya....dia nak ikut.

    saya tak pernah guna teknik apa pun untuk anak susun buku..yang saya ajar,,ikut je jadual tu tulis apa dan susun sendiri..ekekek..kejam giler..dari darjah satu memang tak de guna teknik apa pun..pandai2 la buat..yang ibu tau semuanya siap..kehkehkeh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memula tu susah juga diana
      sekarang aje dah ok sikit

      anak saya lelaki ni payah sikit
      so saya ni buat gini sebab dia memang jenis banyak songeh
      kalau dapat jenis cam anak diana, senang sungguh rasa hati
      tapi bagus anak dara diana ni.. boleh buat menantu =)

      Delete
  5. Kreatif jugak YY yer... yelah untuk kemudahan anak sebenarnyer kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya tiru idea orang bunda
      tu pun nak bagi senang saya. saya ni jenis clumsy sikit
      so kalau ada yang menolong, kurang sikit rasa beban tu

      Delete
  6. bagus juga idea ni....terinspirasi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...saya pun cilok idea orang kak yab =)

      Delete
  7. Saya pernah baca idea ni tapi tak pernah buat. 3 tahun pertama memang saya yang susun buku sekolah Bubbly Abang bukan kerana dia tak boleh buat tapi Mommy dia ni lain macam sikit. Time mengemas buku tulah saya check setiap buku tulis dan bukukerjanya hari-hari. Memang takda satu hari pun dia boleh mengelak dari 'gurubesar' kat rumah ni. Tahun ni saya malas nak suruh dia terjemah jadual waktu dalam Mandarin tu. Saya suruh dia susun sendiri. Tapi anak saya ni penakut. Habis semua buku dia nak bawa pergi sekolah takut kalau-kalau tetiba cikgu nak itu, nak ini. Maha berat beg sekolahnya. So, saya buat spotcheck juga bila nak. Bila kena spotcheck, memang apa tak penting saya suruh tinggalkan aje, marah tak marah cikgu belakang kira sebab takda dalam time table! Nampak sangat Mommynya lagi gila kuasa nak jadi cikgukan! Anak saya takut kalau saya kata nak buat spotcheck anytime, makanya dia make sure semuanya okey.Kalau tidak, nyaring suara Mommynya lagi ngeri daripada suara cikgu yang paling garang di sekolahnya ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun bukan lepas gitu aje MD
      cakap aje bagi kat dia, tapi lepas tu saya belek juga
      memang saya pun belek kerja sekolah masa tu
      sekali alat tulis pun saya belek...budak lelaki kan
      tapi kebiasaannya afif beritahu apa aje yang dia takde

      memang bab kerja sekolah dia kata takde pun
      saya belek juga...bukan apa, takutlah terlepas pandang kan
      saya idaklah garang sangat dibanding dengan mychintahati
      tapi afif tetap label saya garang cam dinosaur...hehe

      Delete
  8. Bagus teknik tu,untuk adam belum lagi akk buat apa2 sebab akk yg susun buku ikut jadual,mungkin bole guna cara yana ni, lekat dekat fail buku2 adam nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. adam kecik lagi kak
      saya pun tahun lepas memang manjang saya buat
      dia belum paham lagi kan
      takpe..slow2. lain budak lain cara dia nak absorb

      Delete
  9. canggih naaa skarang ehehe.. senangkan anak2 skarang..
    ceq dulu hari2 laaa dok tengok jadual and make sure semua buku betoi ehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. idaklah canggih mana yunk wei
      benda ni hanya untuk kemudahan, idaklah semua bawa
      zaman akak dulu takde jadual gini
      memang pikul beg berat tiap ari =)
      cuma bezanya dulu subjek tak banyak cam sekarang

      Delete
  10. aish, nape lah masa saya kecik dulu takde terfikir idea ni..haha.selalu tertinggal buku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...akak pun pikir benda yang sama
      hehe...selalu kena pulas pusat sebab tertinggal buku

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...