Telekung Cantik Antara Teknik Mendidik Anak Solat

7:20:00 am Yana Yani 22 Comments

Telekung Cantik Antara Teknik Mendidik Anak Solat | YY pasti ramai parents yang menyedari bahawa mendidik anak-anak kecil bersolat tidak semudah menyebut ABC. Banyak cabaran yang perlu ditempuhi terutama dalam menarik minat mereka untuk bersolat. Kadang perbezaan jantina juga antara cabaran yang perlu dihadapi seperti yang YY pernah ceritakan sebelum ini, klik [Kenapa Mama Tak Sembahyang?]

Kebiasaanya tak sukar mengajak Afif dan Aisyah solat bersama terutama apabila YY dan MyChintaHati sudah berada di tikar sembahyang. Yang menjadi masalah adalah Aisyah yang enggan memakai tudung ketika bersolat. Dia lebih selesa memakai songkok atau ketayap sepertimana Papa dan Abang dia. Puas dok pujuk. Macam-macam cara dah dok guna. Malangnya ketayap dan songkok tetap jadi pilihan Aisyah berbanding tudung.

Atas dasar tanggungjawab sebagai seorang Mama, YY berusaha mencari telekung semata-mata untuk menarik minat si comel Aisyah sehingga YY kemudiannya secara kebetulan menemui page Telekung 4 Kids.

Telekung Cantik Antara Teknik Mendidik Anak Solat
Sangat puas hati dengan servis Telekung 4 Kids

YY terus PM admin page yang membahasakan diri sebagai Kak Mas. Masa tu telekung yang YY nak takde stok. Kecewa juga mulanya sebab Aisyah sangat suka warna pink. Tapi bila Kak Mas kata stok hanya akan ada pada minggu berikutnya, YY terus booking! Sanggup tunggu beberapa hari semata-mata nak kan warna yang disukai Aisyah. Manalah tahu dengan membeli telekung mengikut warna yang dia suka akan menarik minat Aisyah untuk terus bersolat.

The moment dapat tahu stock ready, terus buat payment. Besoknya telekung yang dibelikan khusus untuk Aisyah selamat tiba. Of course Aisyah sangat teruja bila dapat tahu bahawa telekung tersebut dibeli untuk dia. Dalam kereta dok bising nak pakai juga telekung tu. Punyalah tak sabar (^_^)

Telekung Cantik Antara Teknik Mendidik Anak Solat
Aisyah seronok dengan telekung yang dibeli khusus untuk dia

Alhamdulillah sehingga ke hari ini telekung itu adalah pencetus untuk Aisyah terus mengikut kami bersolat tanpa lagi dok kalut cari ketayap mahupun songkok. Jujurnya rasa sejuk hati YY sebagai seorang Mama dok tengok anak yang dikandung sama-sama dok ikut tunduk sujud pada Pencipta. Sebak pun ada juga.

“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikian jugalah zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku” - Surah Ibrahim Ayat 40.

Anyway pada sesiapa yang masih mencari teknik untuk mendidik anak perempuan untuk bersolat, maka boleh cuba dengan membelikan telekung yang cantik dan menarik perhatian si kecil. YY sangat recommend korang dapatkan di Telekung 4 Kids. Ada banyak lagi jenis, warna dan size yang boleh dimiliki dengan harga mengikut kemampuan masing-masing.

Untuk makluman lanjut mengenai telekung yang cantik dan menarik untuk kanak-kanak di bawah jenama Telekung 4 Kids ni, korang boleh hubungi atau klik pautan di bawah

Telefon: Kak Mas +6012 234 7520

22 comments:

  1. Wahh.. Memang nampak keterujaan Aisyah bila dapat telekung comel dia tu. Alhamdulillah, ajar anak-anak sejak kecil untuk solat. Semoga lama-lama nanti menjadi satu kebiasaan kepada mereka bila masuk waktu solat nanti. Insha-Allah.

    Lama tak singgah sini. Blog sis YY pun dah makin awesome! =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia suka sangat yunk wei
      pasal telekung ni lah yang buat dia sentiasa nak solat
      tak nafikan telekung ni buat dia bersemangat!

      awesome ye? hehe. bolehlah yunk. tukar suasana sikit =)

      Delete
  2. assalamualaikum yy....sweetnya...kaler pink..cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumussalam kak yan
      aisyah suka warna tu

      Delete
  3. Tak boleh bayangkan si Aisyah sibuk nak solat dengan memakai ketayap/songkok. Nasib baik dapat juga telekung pink, makin rajinlah Aisyah bersolat macam ni.

    Baguslah tu YY, kecil-kecil dah diajar bersolat. Mula-mula main-main je lebih lama-lama nanti pandailah dia nak solat betul-betul. Tanggungjawab saya dalam hal ni ringan sikit sebab HD yang bertanggungjawab. Maklumlah dua-dua anak lelaki. Saya cuma tolong jerit ajelah kalau dah dengar azan, masih tak bersedia lagi nak solat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye...dulu tiap kali solat cari songkok or ketayab abang dia
      suh pakai tudung, berguling2 tak mahu
      mungkin panas tudung yang saya beli tu.
      tapi pakai telekung dia boleh elok ikut solat sampai habis
      lega juga =)

      Delete
  4. Comelnyer aisyah bertelekung...geram tgk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...masa tu dia baru first time pakai =)

      Delete
  5. alolo comel dak Aisy dengan telekung pink.. kalau lala dia lagi suka warna kuning. Boleh la cari telekung kuning untuk dia nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. lala suka kuning ye?
      ni dak aisyah antu pink! nampak sangat girlish..haha

      Delete
  6. Betul tu yana, belikan apa yg mereka suka untuk mendidik mereka itu yg terbaik.

    Akk pun nak usha2 jugalah utk adelya, comey tengok aisyah bertelekung tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kak. saya pun cuba tuk tarik minat dia
      manalah tahu kan. lagipun tanggungjawab kita

      Delete
  7. aotototo comel.. betul. beli yang kaler2 terang2 menarik2 tu mudah2an diorang ada minat nak solat.. pernah tngk ada yang telekong gmbr frozen.. adeh yang tu tatau macam mana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...mungkin yang tu parent diorang khilaf
      niat mungkin sama cam akak nak bagi anak solat
      tapi tak bersandarkan hukum =)

      Delete
  8. comelnya Aisyah! semoga sampai bila-bila pun rajin menunaikan solat ye.

    p/s:auntie Sal dah 3 series ni pun suka gak pakai telekung pink..hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aamiin. itulah harapan akak sal wei

      p/s: akak pun suka juga. tapi tengok aje. kalau pakai terasa buruk. haha

      Delete
  9. amboiiiiii...chantek nyer aisyahh.....pink lagi haaaaa....moga menjadi motivasi pd anak2 dalam menjalankan ibadah....hihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia memang suka warna pink DM
      takpe melabur sikit tuk beri galakan pada dia kan

      Delete
  10. Comeinya aisyah...! Telekung tu mmg sesuai lah untuk dia... alisya pun sama.. bila ada telekung sendiri mmg suka solat.. (^_^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. diorang baru rasa selesa kot
      sebab sebelum ni dok pakai tudung biasa aje
      ni dah ada telekung, baru nampak rajinnya =)

      Delete
  11. comelnya aisyah.. sejuk mata memandang. semoga menjadi anak solehah..amin.. insyaaAllah..

    haa..dari kecil kena didik bab agama,so bila dah besar tak ada la liat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aamiin, itulah harapan akak dan suami =)
      insya allah, mudah-mudahan =)

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...