Orang Baik Sikit Dan Selalu Menang
Baru-baru ni kami sekeluarga ke GM Klang Wholesale City sebab MyChintaHati nak beli barangan untuk perniagaan online dia. Afif pada mulanya enggan ke sini kerana dia beri alasan penat berjalan. Tapi sampai aje dekat sana, dia adalah manusia paling rambang mata! Nasib Papa mood baik time tu. Maka dia redha aje melayan segala permintaan anak-anak dia. Kebiasaanya kalau anak-anak minta mainan, dia jeling aje. Terus on the spot hilang ingatan bebudak tu nak minta apa. Hehe!Rezeki Afif dan Aisyah pada hari tu dapatlah sorang satu set mainan. Aisyah dapat set mainan pizza. Perempuan biasalah kan. Afif pula dah memang aimed nak tambah koleksi askar mainan dia. So dapatlah dia set askar mainan idaman.
Lately Afif agak kemaruk dengan koleksi askar mainan. Ni semua gara-gara terpengaruh dengan saluran History yang sering menayangkan cerita mengenai kehebatan askar-askar pada zaman penjejahan Komunis dan juga Jepun di Tanah Melayu pada satu ketika dulu. Oleh sebab itu, cita-cita Afif yang dulunya ingin menjadi archaeology serta-merta bertukar kepada askar.
Bukan main masing-masing bila Papa diorang bagi green light |
"Mama! Besok besar Afif nak jadi askar lawan orang jahat!" kata dia selepas dia melihat ketangkasan pasukan VAT 69 yang cukup mahir dalam selok belok hutan dalam menangkis kegiatan Komunis satu ketika dulu di saluran History.
Kebiasaanya YY memang melayan apa sahaja minat anak-anak YY. Bila diorang main, memang most of the time YY akan ikut sama main. Niat di hati kononnya nak rapat dengan anak-anak. Tapi yang sebenarnya nak juga merasa main permainan diorang. Yelah kan, masa YY kecik-kecik dulu, mana merasa main camni. Tu yang peluang camni digunakan sepenuhnya. Dalam erti kata lain, mengambil kesempatan. Hehe!
Tapi bebudak memang seronok aje kalau YY main sama. Kadang tu YY tengah sibuk buat kerja rumah, Afif mahupun Aisyah beria dok ajak YY main sama.
Set askar mainan baru Afif. Murah aje pun. Janji dia happy |
Sebenarnya YY nak cerita bagaimana kecolotehan anak bujang YY bercakap dan sekaligus berjaya mengenakan YY untuk ke sekian kalinya. Camni ceritanya...
Malam tu sampai aje dekat rumah memang sudah tentunya masing-masing teruja untuk bermain dengan permainan baru. Ini termasuklah YY a.k.a the cutest Mama ever yang turut sama menyibuk membelek setiap inci mainan bebudak. Sambil tu buat jugalah muka comel walau memang dah comel dengan harapan YY turut diundang untuk bermain bersama (^_^)
Masa dok menyibuk tu YY perasaan dua set askar mainan Afif diletakkan secara berjauhan. Set yang baru dibeli diletakkan di atas peta, manakala set lama diletakkan agak jauh dari kawasan peta. Ikut logik akal YY ni, patutnya letaklah dekat bagi senang nak main. Aliran laut dalam peta tu boleh digunakan sebagai garisan pemisah antara dua set askar mainan tu. YY rasa idea itu cukup bernas dan dengan penuh confident YY usulkan idea tersebut pada Afif.
Obviously Afif punyai idea yang berbeza bila dia kata, "Mana boleh dekat-dekat! Matilah askar baik tu!". Adui! Kena lagi Mama yang cute ni! Takpe, jangan panik! Kita buat macam biasa, kata omputih tu cover line! Hehe!
"Mana askar baik, yang ni ke? Sikitnya. Memanglah diorang mati kalau camni" kata YY dengan penuh keyakinan untuk ke sekian kalinya. Tak mau kalah kononnya.
Peperangan bermula antara baik (warna coklat) dan jahat (warna hijau) |
"Mama ni tak fahamlah. Memanglah askar baik sikit, tapi diorang selalu menang! Mama ingat tak cerita yang kita tengok dulu? Kan askar baik sikit aje, tapi diorang menang. Tapi diorang tak duduk dekat. Diorang duduk jauh-jauh. Barulah menang!" jelas Afif panjang lebar.
Melopong YY dibuatnya bila dengar Afif mengulas mengenai askar baik dan jahat. Dalam hati dok kata, "Kau memang hobi kenakan Mama apa ke?"
Tapi apa yang digambarkan oleh Afif ada kebenarannya. Kebiasaannya pasukan yang punyai bilangan yang ramai terlalu yakin dengan kekuatan mereka tanpa menyedari kekurangan yang wujud. Berbeza dengan pasukan mempunyai bilangan ahli sedikit yang memang menyedari kelemahan mereka dan sedaya upaya memperbetulkan dan memperkuatkan jentera peperangan.
Contohnya seperti peperangan Badar dan Uhud pada zaman Rasulullah SAW. Tentera Islam menang besar dalam kedua peperangan tersebut walau hanya dianggotai beberapa ratus tentera Islam berbanding pihak lawan. So dalam bahasa mudah, ramai tak bermaksud kuat dan sikit tak bermaksud lemah. Kita perlukan keyakinan dan kebijaksaan akal dalam mengatur strategi. Paling penting kerjasama berpasukan. Bak kata team Wonder Pets, "Apa yang penting, KERJASAMA!"
Anyway, lepas penjelasan panjang lebar dak Afif, YY beralih kepada Aisyah pula.Tak sanggup terkena untuk kesekian kalinya.
Mata mengantuk, tapi ada hati nak masak pizza |
Aisyah walau dah menunjukkan tanda-tanda mengantuk time tu, masih memaksa diri untuk bermain pizza. Pula tu dia gunakan microwave YY untuk masak pizza dia. Konon-konon dia hebat masaklah katanya. YY pun layankan aje. Rasa nak muntah bila dak Aisyah dok suruh makan pizza berpuluh kali. Bila main kedai makan, semua benda dia kata ada. Tapi dia tetap dok hidang pizza. Bila tanya mana menu kita order tadi, selamba aje dia jawab, "Ni kan kedai pizza"
Adui! Kau pun dah pandai kenakan Mama ye Dik. Sabar ajelah!
"Ni kalau orang kata Mama gemuk, salah Adik ye. Adik yang suruh Mama makan pizza aje" kata YY bila terpaksa makan pizza untuk sekian kalinya.
"Takpe. Mama kan comel" jawab Aisyah dengan senyuman meleret. Terus YY pun dengan rela makan pizza yang keras tu walau mata dah tak mampu nak buka sebab kena puji punya pasal! Hehe!
So begitulah cerita bagaimana seorang Mama yang kononnya nak main dengan anak-anak akhirnya terkena dengan kepintaran anak berkata-kata. Tolong ingatkan YY pakai perisai tebal sikit lain kali ye bila nak main dengan anak-anak. Hehe!
Okay korang, sampai di sini sahaja bebelan YY. Moga bertemu di lain entry. Assalamulaikum (^_^)
Hihihi..
ReplyDeleteSebenarnya mama pun nak main ye YY..
Anak2 sekarang pandai berfikir YY..
Sebab tu sekarang dah digantikan dengan KSSR..
Banyak kemahiran berfikir..
KBAT tu Kemahiran Berfikir Aras Tinggi utk UPSR tahun ini..
Elok dah mereka pandai berfikir YY..
haha..sebenarnya begitulah kak
Deleteseriously seronok kalau dapat main sama
bolehlah jadi kenangan di masa depan...haha
Bijak... Bijak... Hehe
ReplyDeletebujak bebudak MF =)
DeleteMacam-macam ragam budak berdua ni.. seronok layan anak-anak kan sis?
ReplyDeletealhamdulillah kak
Deleteallah bagi saya peluang rasa nikmat ni
memang seronok sangat =)
Huhuhu, bijak sungguh anak2 kak yy ye. Tersenyum jea sepanjang pembacaan bila lihat keletah anak2 sis.
ReplyDeletehehe...budak usia gitu memang gitu mekja
Deleteada aje akal diorang nak bercerita =)
Hah!!!!! Abang pada mekja pun askar. Marilah berkhidmat utk negara tercinta :)) Hihihi, tadi mekja pun dok gatai tgn isi online jom masuk tentera. Tiba2 tertarik nak join air force.
ReplyDeleteyeke? akak pun ada ramai ahli keluarga askar
Deletesegak mereka bila beruniform
tapi tulah, jarang ada masa dengan keluarga kan
air force pun best juga! =)
Kalau Afif nak jadi askar.... Mekja mula2 dok kenen2 dgn Aboh mintak nak jadi polis trafik. Heh, tidak direstui. Sobs
ReplyDeletehehe...mungkin sebab dia rasa anak dia perempuan kot
Deletekalau akak ni, takde masalah
asalkan pekerjaan itu memberikan rezeki yang halal
Wahhh combat!!!... waktu kecik dulu pun saya mmg minat habis kat mainan2 combat mcm ni. Skrng pun salah satu impian nk buat model askar2 utk display mcm agen hartanah display model rumah dlm balang tu... tp tak taulah bila nk buatnya... masih angan2 budak2 yg masih ada dlm hati ni hihii... :)
ReplyDeletebestnya idea KK tu!
Deleteanak bujang saya baru2 ni aje terjebak
itu pun sikit punya sayang dengan koleksi dia
budak lelaki kan, lain sikit cara bermain =)
Kalau dah tahu ilmu mainan panjang sejengkal, janganlah ada hati nak berlawan dengan anak-anak. Memang kalah aje memanjang.
ReplyDeleteOkey entri ni. Suka aje baca pasal budak-budak berdua ni. Tapi, yang tak boleh tahan nak cepat-cepat habis baca, bila banyak sangat puji-pujian masuk lif tekan sendiri. Meleleh-leleh air mata ni tak sanggup nak habiskan pembacaan. Kang tak habis, macamana nak komen merapukan!
eh...ilmu mainan di dada ni dah peringkat tertinggi tau
Deletetapi bebudak ni guna syllabus baru
so mama dia tak dapat nak pick up, tu aje! =)
eh bior lah, suka ati tuan tanah ler nak cite apapun
nak dengki pasal apa. cer follow the flow
kalau entry tu puji sikit
awak puji ler lebih-lebih, kata saya besan. hehe
Betul banget, saya setuju banget dengan isi postingan di atas :)
ReplyDeleteterima kasih =)
Deletebila anak-anak semakin bijak berkata-kata macam tu lah kan.
ReplyDeletecomel jer aisyah memuji mamanya tu...mesti kembang semangkuk mama dibuatnya tu hehehe
haha...budak perempuan kak
Deletelain sikit bab puji memuji ni
bab pandai ambik ati pun memang hebat =)
Mainan askar ni memang lama bertahan ye...
ReplyDeleteMainan zaman kanak2 saya pon askar ni jugak
tapi buat masa sekarang tinggal berapa kerat je askar yang berjaya
selamatkan diri dari dibuang... kihkih
mungkin sebab masih relevan kot
Deletebebudak pun still suka mainan gini
gigih juga menyimpan mainan ye
saya ni semua beli tuk anak2 aje...hehe
hak milik sendiri dah lama arwah =)
klu main kedai2 tu macam sesi ulangan je.. balik2 ambik order, makan... HAHA... Klu makanan betul, mau gemuk betul tu..:)
ReplyDeletetulah pasalnya, sesi ulangan tu memang keraplah
Deletememang muntah kalau bebetul...haha
Ya Allah. Bestnya akak. Saya dulu men semua ni dengan adik-adik je.
ReplyDeleteTp banyakkan main game kt komputer.
Jemput baca: http://nurulzayani.blogspot.com/
akak lebih suka diorang main benda gini
Deleteso nampak sikit keluar peluh
boleh juga ada modal nak bercerita...hehe
Anak2 gitu la... kalau kita nak main mainan dia, kenalah ikut cakap dorang... heheh comei betul dua beradik ni...
ReplyDeletetulah pasalnya kak
Deletetime gini kita kena jadi pak turut aje...haha
hehehhehe...
ReplyDeletekerenah anak-anak cam tu la kan
biasalah. bebudakkan. hehe
Deletebijak bebudak diana...hehe
ReplyDeleteanak mummy pulak fanatik nak jadi bos polis katanya.. habis semua lego askar dia borong..hehhee
ReplyDeletehehe...bebudak kan mummy
Deleteapa yang dia nampak, itulah yang dia nak jadi =)
wow sedapnya pizza.. makan patah gigi tak? hahahaha :p
ReplyDeletehaha...gelak guling2 baca komen ni
Deletebila kluaq nyopping ngan ank2 memang terasa bdk2 kembali.. oh tidakkk!
ReplyDeletekan? kita pun tak terkecuali terikut perangai diorang
Deleterasa sonok yang sebenarnya
askar kecik2 tu dulu peberet hero kecik jugak tau.. kadang2 sampai terpijak2 bila dia susun satu umah..hehhe
ReplyDeletekalau anak saya, saya ugut buang
Deletedia sayang maianan dia
confirm dia simpan...haha
Pernah gi sekali GM Klang ni...kalau nak meniaga mungkin bestlah kot dtg sini.
ReplyDeletePandai papa bagi umpan anak anak ye, kasi mainan sorang satu masing masing redho jerlah bawak ke sana sini hihi...
betullah OKje
Deletekalau beli untuk keperluan sendiri, harga dia lebih mahal
hehe...terpkasa. idak bising
comel je ddedua , tu tapi afif bagus eh pemikiran dia matang dan mampu fikir yang kita ni tak terfikir pon :)
ReplyDeleteakak rasa mana-mana budak seusia dia berfikiran sama yana
Deleteespecially yang dah terbiasa terdedah pada keadaan atau suasana
yang ada kaitan
ahahaha..dah kena mama dengan dua beradik tu.seronok kan bila dapat spend time dengan anak-anak.IbuNoey ni dapat dua hero, main tumbuk-tumbuk je la kejanya.layan je la.yang penting anak seronok,kita pun seronok kan.
ReplyDeletebetul.memang seronok dok layan karenah diorang.
Deletehilang penat dibuatnya.
memang saya layankan aje
satu hari nanti mesti saya rindu moment tu