Kerisauan Hati Seorang Mama
Bila menjadi seorang Mama ni, macam-macam benda boleh dok buat risau. Kadang tu mungkin juga kerana sifat paranoid menjadikan hati seorang Mama mudah risau hatta untuk perkara kecil sekali pun. Mungkin hanya mereka yang memegang status sama memahami. Lately YY agak risau dengan tabiat hisap jari Aisyah walau sebenarnya ianya bukan pertama kali YY mempersoalkannya, klik [Hisap Jari: Tabiat Buruk?].Dimomokkan dengan pelbagai cerita mengenai pengakhiran akibat tabiat hisap jari memang menambahkan lagi kerisauan hati YY sebagai seorang Mama. YY bukannya tak cuba menghentikan tabiat tu, dah cuba banyak kali. Tak berhasil! Mungkin juga ianya tidak berhasil kerana YY tidak benar-benar bersungguh menghentikan tabiat Aisyah. Yelah, rasa kesian sebab anak kita tau! Bila cuba buat aje, dia menangis, lepas tu kita pun mulalah, "Alahai, kesiannya anak aku"
Susah bila melibatkan hati dan perasaan seorang Mama ni tau! Mungkin juga alasan.
Aisyah dengan habit dia sejak bayi |
Aisyah sebenarnya bukanlah terlalu kerap menghisap jari. Kebiasaannya bila dia nak tidur dia akan mula hisap jempol. Jempol kalau dalam bahasa Jawa maksud dia ibu jari. So kalau nampak dia hisap jempol tu, tu tanda-tanda dia nak tidurlah. Silalah sediakan ruangan untuk dia tidur. Sangat jarang tengok Aisyah hisap jempol kalau dia tengah leka dengan aktiviti harian dia. Atas faktor itu juga YY tak begitu bersungguh menghentikan tabiat dia menghisap jempol.
Lagipun rata-rata orang YY kenali yang juga menghisap jari tidak mengalami sebarang masalah menghentikan sendiri tabiat itu. Bah kan ada yang ambil masa sehingga belasan tahun untuk menghentikan tabiat tersebut dan mereka tidak mengalami sebarang kecacatan pada gigi. Contoh paling dekat adalah Mak YY sendiri yang hanya berhenti sehari sebelum dia bertunang dengan Abah. Gigi Mak pun tak ada sebarang masalah. Cantik aje walau dia sudah melewati five series.
Kalau tengah main, Aisyah memang tak hisap jempol |
Tapi pandangan YY mula berubah apabila YY perasan something tak kena pada gigi hadapan Aisyah tiap kali gambar dia YY ambil. Dia mengalami kesukaran untuk menutup keseluruhan gigi dia. Tiap kali dia tersenyum pun dua gigi hadapan akan kelihatan. Hancur tau hati seorang Mama dok tengok anak dara macam tu. Tetiba boleh bayangkan masa depan dia. Sedih tak tergambar. Sape tau Aisyah mungkin akan rasa down dengan keadaan itu. Lagipun kita bukan mampu tutup semua orang.
Apart of that YY sangat yakin keadaan ini bukan disebabkan tabiat hisap jempol dia. Ianya ada kaitan dengan cerita yang YY ceritakan dulu, di mana doktor ada mengatakan bahawa dia satu masa nanti perlu pakai braces. Klik [Aisy Jatuh Katil Lagi!].
Aisyah sangat suka bergambar |
YY mula rasa tak keruan dengan keadaan tu. Tengok malam dia tidur pun boleh pula YY menangis sebab dok memikirkan masa depan dia. Pendek kata membayangkah benda hak yang bukan-bukan aje YY ni tau! YY sebenarnya takut penerimaan dunia luar terhadap Aisyah. So atas ketakutan itu YY tekad meminta MyChintaHati terlibat sama dalam misi menghentikan tabiat menghisap jempol dak Aisyah.
Yang pasti, hati perlu kering kali ni.
So MyChintaHati memulakan misi dengan meletakkan minyak angin Cap Kapak pada jempol Aisyah. Malam pertama sangat mencabar sebab Aisyah menangis sepanjang malam. "Adik nak tidur! Adik nak tidur!" kata dia dalam esak tangis. Dia hanya terlelap sepenuhnya sekitar dua pagi. Misi tetap diteruskan walau bukan secara berturut-turut. Tiga kali kalau tak silap. Peliknya Aisyah berhenti serta merta menghisap jempol. Bila ditanya kenapa tak nak hisap jari, dia jawab, "Nanti Papa marah"
Mama tetap sayang Adik walau apa kejadian sekalipun |
Kami suami isteri bertekad untuk melakukan sedikit pelaburan demi masa depan Aisyah. Kena tunggu sehingga semua gigi kekal keluar sepenuhnya untuk melakukan misi seterusnya. Pelaburan tersebut agak tinggi nilainya tapi semuanya untuk kebaikan dak Aisyah. Apalah sangat kewangan dibandingkan dengan kebahagian seseorang anak.
Buat Aisyah, walau apa pun terjadi, Mama sayang Adik. Adik tahu kan Mama boleh halang semua nyamuk daripada gigit Adik, tapi Mama tak mampu nak halang mulut orang dari terus bercakap. So Aisyah kena kuat untuk beberapa ketika ni. Hang on ye. Kita mampu hadapi ni bersama-sama.
Just ingat walau apa orang cakap, ia tidak sekali mengubah sikit pun kasih dan sayang Mama pada Adik mahupun Abang. Ingat dan pegang itu aje.
comelnya mama. siapa tak syg anak kan ? selamat pagi tuan blog
ReplyDeletehehe...boleh pula terselit comelnya mama
Deleteni yang rasa nak melayang sampai lupa jalan pulang...hehe
macam ada yang tak kena je nih, mesti ada yang komen pasal gigi aisyah ni ye..hmmm biasalah yana mulut orang memnag kita tak boleh tutupkan, biasalah sebagai ibu kita pasti terasa dengan apa yang orang cakapkan, akak [un macam tu juga, nak pulak cakap buruk pasal anak kita, aduhai rasa kalau tak mampu bersabar mesti dah debik2 orang yang berkata2 tu kan.
ReplyDeletetakpe buatlah apa yang terbaik untuk aisyah, sebagai ibu kita doakan mereka, inshaAllah...pasti yang baik2 akan datang buat mereka
hehe...biasalah kak
Deletenak simpan dalam hati rasa semacam
kan mana lagi harus diluahkan
apapun terima kasih ye kak
memang itulah yang saya selalu lakukan
tapi tulah, saya tak cukup kuat bila melibatkan anak2
Selamat Bro yang househusband nie xde risau sangat pasal anak he...23x Hati kering...
ReplyDeletefullamak! bro framestone mencemar duli lah!
Deletesejarah tercipta ni
kena rekod! hehe
faham sgt perasaan YY ni...
ReplyDeletemmg pedih n sedih nk buat semua ni..tapi kna keringkan hati demi kbaikan ank...
bff lya pon ada hbit mcm ni...smpai skarang n dh beranak 2 pom..tp alhamdulillah.. x effect gg dia..maybe cara dia hisap ibu jari x menolok gg atas kot.
xpela aiyah.. skarang cangih..mcm2 blh buat.. fasya pom bla bsr rsanya kna buat bracess..sbb susunan gg x teratur.. gg depan lak besar sgt2..
aisyah ni mungkin disebabkan dia jatuh dulu
Deletemasa tu doktor ada kata gigi dia seperti teralih
dia pun bukan hisap jari kerap sangat
tapi tulah, benda nak jadi
harap dia tabah dok hadap mulut orang ajelah
Kenapa, takut jongang ke? ^_^
ReplyDeleteAnak saya pun dulu tetiba suka hisap jari tapi lepas tu hilang sendiri. Ia datang ikut musimlah kot bab anak saya dan hisap jari ni. Itu pun YY, bila tidur malam dia suka gulung rambut. Dulu gulung rambut Mommy tapi sekarang dah pandai sikit, dia pi gulung rambut sendiri. Selain tu suka ketap gigi masa tidur. Kakak saya dok kata kalau tak dikawal tu mahu jongang nanti gigi. Saya nampaklah giginya yang di depan tu memang besar sikit, macam gigi rabbit. Tapi saya takdalah susah hati. Siapa berani kata anak saya depan sayakan! Nanti saya punya angin datang, memang semua lari menyelamatkan diri.
Harapnya taklah jongang tapi kalau ya pun, zaman sekarang ni macam-macam boleh buat!
Jangan bimbang sangatlah, besan. Nanti anak tak apa--apa, emaknya pulak yang makin slim. Slim pun sebab bukan susah hatikan tapi pil kurus yang dibantainya. Hahaha!
Opps...sorry! Orang cerita seriously, kita take it lightly pulak! Saya ni memang spesies tak reti nak serius sangat, nanti memakan kecantikan diri ^_^
kalau ikut pada struktur gigi dia sekarang, memang ke arah tu
Deletedia ada masalah nak mengunyah dan tutup mulut dia
bukan apa, kita ni mak. hati tu lain macam sikit
lagilah membayangkan bagaimana dia kena hadap masyarakat
saya tak mungkin boleh slim walau saya telan berpuluh
botol pil slim. memang gemuk juga jawabnya
nak buat camne. hadap ajelah. haha
saya walau serious, tetap anggun jelita
tak perlu cover level serious pun =)
tengok takda masalah pun dgn gigi aisyah.. okey je.. nampak unik dan comel je mcm tu.. tapi kalau dah doktor kata kena pakai braces maybe mmg kena buat kan? sbb doc mesti suggest benda yang bawa kebaikan pada pasiennyer. aunty kathy tetap rasa dak aisyah kiut miut.
ReplyDeleteakak tengok gambo, cer tengok dia berdepan
Deletenampak masalah tu kak
dia tak boleh tutut mulut sepenuhnya sebab keadaan gigi dia
tapi takpelah, mungkin itu ujian untuk saya sebagai parent dia juga =)
Mekja dulu masa kecik selalu buat hidug ke kiri ke kanan. Makcik2 selalu marah sebab dia kata xelok. Huhuu.
ReplyDeleteBtw, baru perasan. Sis YY letakkan link blog mekja di bloglist. Terima kasih banyak2 :)) Really appreciated it. Broken eng ~ hihii
haha...nakal masa kecik2 dulu ye
Deleteyup akak update mana yang aktif blogwalking blog akak bulan ni
akak pun belum sempat nak terjah blog lain
masa mencemburui =)
Siapa tak syng anak kan.. mmg risau juga klu mcm tu, tp mudah2an tak ada apalah... mungkin satu proses pembesaran juga, cuma kita perlu juga cari jln nk cegah kan... in shaa Allah.. :)
ReplyDeletebetullah tu KK. lagilah hati seorang mama ni kan
Deletemudah sangat berfikir hak tak elok
tapi tui semua demi kebaikan dan kesejahteraan anak
apapun terima kasih ye
Ye ke sebab hisap jari?! Kalau aisyah dah stop sekarang hisap jari ok kot.. sbb blm keluar gigi kekalkan... budak2 rasanya normallah isap jari.. nak2 time nak tidurkan...
ReplyDeletebukan sebab hisap jari kak
Deletedia jatuh dulu
tapi disebabkan kesannya makin nampak
kitorang nekad suh dia berhenti
so dah dekat sebulan juga dia tak hisap jari
tengoklah dulu lepas dia cabut gigi susu ni nanti
Relax lah YY...sekarang ni banyak kekdah moden nak bagi cantik. Masalah awak tu tak delah berat mana pun.
ReplyDeletehehe...bukan apa OKje, risau
Deletehati mama kan. semua benda dok risau
lagi dengar orang mengata...hehe