Santai Hujung Minggu di Setia City Mall
Sehari sebelum kejadian yang YY ceritakan sebelum ni, klik [Afif Jumpa Tapak Kaki Dinosaur] kami bersantai hujung minggu di Setia City Mall. Memang dah lama sangat tak ke sini walau ianya tidak begitu jauh dari rumah. MyChintaHati kurang gemar ke sini disebabkan tempat ini sentiasa crowded. Kali terakhir kami ke Setia City Mall adalah dua tahun lepas, klik [Riadah Yang Tak Dirancang]Seperti kebiasaannya, perjalanan ke sini tidak pun dirancang. Saja nak beralih angin aje.
Afif beria minta YY temankan dia main menatang ni |
Sampai aje ke tempat yang dituju, Afif dan Aisyah meluru ke bahagian yang menyediakan tempat permainan kanak-kanak. Yang sorang nak ke sana, yang sorang lagi nak ke situ, layankan ajelah. Cuma nak kena perhatikan apa yang diorang buat.
Afif kebelakangan ini agak suka aktiviti yang mengeluarkan peluh. Mungkin naluri kelakian dia buat dia menyukai aktiviti tersebut. Sampai aje dekat taman permainan tu, dia terus tarik tangan YY ajak temankan dia main ditempat yang memerlukan dia menggunakan kekuatan stamina kaki dan tangan. YY pun takde masalah nak temankan. Tengokkan aje dia bergayut ke sana ke mari.
Tapi dalam dia bergayut tu, rupanya dia gayat. YY tak perasan sehinggalah dia kata, "Mama, tolong turunkan Afif. Afif rasa cam pening nak turun"
Nasiblah Mama ada dekat sayang wei!
Nampak cam okay aje, tapi sebenarnya dia gayat. Hehe! |
Aisyah lebih selesa dengan dunia dia sendiri. Berbeza dengan Afif, Aisyah agak independence. Paling senyap dan juga paling ligat. Hehe! Tapi dialah yang selalu menyejukkan hati Mama. Mama sakit ke apa ke, dialah orang pertama yang akan hulurkan bantuan. Hari tu pun, dia banyak melakukan perkara sendiri. Kalau MyChintaHati nak tolong dia naik gelongsor, dia marah.
Dengan kening berkerut dia kata, "Adik nak buat ciri ya!" - Adik nak buat sendirilah!
My sweet little girl (^_^) |
Lepas dah puas main di taman permainan, diorang ajak tengok ikan di tasik yang mengelilingi taman tersebut. Memang banyak ikan dekat dalam tu. Seronok tengok. Sekarang pun dah ada orang jual makanan ikan yang dijual pada harga RM2 sebungkus. Berebut budak berdua tu nak bagi ikan makan. Sampai ada yang merajuk.
Tak terfikir nak beli sorang sebungkus time tu, nasiblah nak oi! Hehe!
Aisyah tengah merajuk. Langsung tak nak pandang kamera |
Lepas tu kami mengelilingi taman tu. Banyak rupanya aktiviti yang ada dekat sini. Kebanyakkan peralatan seperti basikal bermotor, roller blades, motor dan kereta mainan boleh disewa pada harga tertentu. Memang agak meriah di sini. No wonder tempat ni sentiasa penuh dengan orang. Kami aje yang agak jarang ke sini.
Si debab dan anak-anaknya. Hehe! |
Dah puas buat aktiviti outdoor, kami buat aktiviti indoor pula. Masuk aje dalam mall, kami disambut dengan decoration sempena Tahun Baru Cina yang sangat cantik. Kami memang pantang nampak tempat camni, mulalah masing-masing sibuk nak posing. Hehe!
Menjelajah juga ke beberapa kedai di dalam mall tu. Tapi rasa tak selesa dengan suasana yang agak crowded tu. Tak tahulah pasal apa tempat ni sentiasa penuh dengan umat manusia. Nak kata barang murah pun idak juga. Kebanyakkan barangan yang dijual adalah agak berjenama dan mahal. Mungkin hanya kami yang poket kering pada waktu dan ketika itu. Sebab tu susah nak hadam kenapa ramai sangat orang membanjiri Setia City Mall setiap weekend.
Bukan main korang posing ye |
Bila bawa budak-budak berjalan ni, mulalah diorang pun kejab kang lapar, kejab kang haus. Nama pun budak kan. Mana permintaan yang boleh dipenuhi tu, kami penuhi. Mana yang tak boleh tu, kami buat tak dengar aje.
Muka ceria dapat apa yang dihajati |
So begitulah cerita santai hujung minggu kami di Setia City Mall. Entah tahun bila kami akan ke sini lagi. Tapi yang pasti hari tu walau sekejab kami di sana, ianya satu pengalaman yang sangat menyeronokkan. Bukan selalu dapat peluang menghabiskan masa dengan insan-insan tersayang.
Time waktu ni lah nak nikmati dengan sepuas-puasnya. At least ada kenangan yang boleh diberikan buat dua permata hati yang sedang membesar (^_^)
Alright, sampai di sini sahaja bebelan YY untuk kali ini dan terakhir untuk bulan Januari ni. Insya ALLAH bulan Februari nanti akan ada lagi bebelan YY. Rezeki sebagai blogger tahun ni, banyak pula dapat job review. Walau tak banyak, cukuplah digunakan sebagai pengalaman dan menajamkan skill penulisan. Ceh, kononnya. Hehe!
Okay korang ye, selamat berhujung minggu. Till we meet again, Assalamualaikum (^_^)
seronok budak2
ReplyDeletebiasalah diorang tu
Deletekat sini best kalau nak lepak2 mcm tu je. nak shopping tu ido ler...hehehe
ReplyDeletehehe...aritu ke situ bersantai aje pun
Deletememang tak mampu nak shopping =)
Eh, YY.... your ChintaHati tu tak pakai pulak spek mata hitamnya masa bergambar kali ni. Mesti teruja sangat tu berebut nak bergambar dengan anak-anak. Keh3x.
ReplyDeleteSaya pun dah lama tak ke sini. Setakat shopping mall, kat KL pun melambak. Itu yang malas nak ke sana. First time dulu, sebab sahaja nak terjah shopping mall baru. Second time, nak tunjuk aksyen dengan my Ngah, sajalah nak tunjuk shopping mall baru (rupanya dia dah pernah pergi!). Bertime-time lepas tu, adalah juga terjah sebab selain daripada bershopping ^_^
MD cakap saya baru perasan...hehe
Deletecam handsome pula mychintahati tanpa spek hitam dia tu...
jatuh cinta lagi! lagi...lagi..ku jatuh cinta! hehe...ternyanyi pula
suami saya tak suka ke sini
tak tahulah pasal apa...tapi kalau dalam shopping mall tu memang crowded
kalau kat luar tu ada juga banyak aktiviti..sonok sikit lah
Aduh, nyesal pulak mentioned pasal spek mata! Menyanyi pulak dia! Cuba letak tangan kanan kat atas tangan kiri sambil nyanyi lagu nasyid! Asyik-asyik pop aje yang terpacul keluar tau ^_^
DeleteBiasanya memang suami awak berspekkan, tetiba kali ni takda spek, sekilas ikan di depan SCM, kutahu laki siapa tau! Hahaha!
eleh...jealous ler tu...
Deletetak ak ngaku aje...hehe
bukan apa kan, saya pun tak perasan dia tak pakai spek
sekali dah terperasan tu, mulalah terperasan handsome sangat...hehe
jangan marahhh =)
Tempat macam ni memang anak2 paling suka YY..
ReplyDeletetulah kak
Deletemak bapa pun seronok juga sebab anak-anak seronok
Kathy pun gayat kalau memanjat² kat tali mcm afif tu. Hehehe.
ReplyDeletehehe...dia mula tu nak naik sangat
Deletedah naik, gayat pula! hehe
salam kak YY, aisyah comel sgt! huhuhu,
ReplyDeletequality tu penting dari quantiti,
masa yang berkualiti untk family memg terbaik :)
walaikumussalam yana
Deleteyup betul! akak setuju dengan yana
seronok melayan anak-anak time cuti ek... hehehhe
ReplyDeleteeh mesti! bukan selalu kan =)
Deleterelax..happy ...enjoy
ReplyDeletesemestinya kak yan =)
DeleteWah best rupanya kat sini ya,akk tak prnah jejak lg ke setia city mall ni
ReplyDeletesekarang ni kerap juga ke sini kak
Deletebebudak suka main kat sini
ehehe sakan diorang main2 ya.. happyla..
ReplyDeletesuka gak lepak SCM ni kalo tetiba terlajak sampai sana..
memang siti wei...anak-anak akak suka ke sini
Deletekat sini macam ada banyak aktiviti
tu yang diorang seronok =)
Setia City Mall ni saya rasa ramai orang sebab ni je mall yang ada kat area perumahan tu..huhu.saya pernah sekali je ke sini, ada event kerja.kalau tak memang tak sampai
ReplyDeletemungkin juga...
Deletetapi sebenarnya ada banyaj juga mall lain di bahagian lain
akak rasa lebih sebab dekat sini ada kemudahan macam padang tu
ada banyak aktiviti boleh buat
tu yang orang seronok ke sini gamaknya