Suami Adalah Penentu Syurga Bagi Isteri
Sebagai seorang wanita Muslim, kita perlu mengetahui bahawa menjadi tanggungjawab seorang isteri untuk sentiasa taat dan patuh kepada suaminya melebihi segala ketaatan kepada sesiapa pun termasuk ibu dan ayah kandung si isteri itu sendiri selagi mana ianya tidak melanggar ajaran Islam. Ini adalah kerana insan bernama suami adalah penentu pengakhiran bagi seorang isteri.Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Sekiranya aku boleh menyuruh seseorang supaya sujud kepada orang lain tentu sekali aku akan menyuruh isteri sujud kepada suaminya" – Hadis Riwayat Abu Daud dan al-Hakim.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
"Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka ia dijemput di akhirat supaya masuk Syurga mengikut pintunya mana yang ia suka (mengikut pilihannya)" – Hadis Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani.
Di hari Jumaat yang mulia ini, YY nak bercerita mengenai dua orang kenalan YY yang mana didikan suami menjadikan mereka sepertimana mereka pada hari ini. Diharap kita semua boleh mengambil iktibar daripada kisah yang YY ceritakan ini.
Bersama-sama berusaha menjadi pasangan yang diredhai ALLAH SWT |
--------------------------------------------
Kisah Insan bernama A
A yang YY kenali diberikan didikan agama yang cukup oleh kedua ibubapa dia. Malahan A menjadikan kebanggaan guru-guru agama kerana kelancaran dia membaca dan menghafaz Al-Quran. Perwatakan A sangat menyenangkan dengan raut wajah yang bersih dan hanya menyaluti pakaian yang menutupi aurat. Kisah A berubah setelah mendirikan rumahtangga. A hari ini bukan lagi A yang YY kenali dulu.
Perubahan mendadak A sejak berkahwin mengejutkan ramai pihak yang mengenali dia. Daripada seorang wanita yang bertudung labuh, dia kini tanpa segan silu memakai pakaian yang kadang bukan Islam pun tak sarung. A sekarang sudah pekak dan tuli. Dia tidak menghiraukan teguran orang lain yang ingin dia kembali seperti dulu. A kerap menggunakan alasan, "Suami aku tak kisah"
Sedih melihat perubahan drastik A. Malahan YY tak nafikan betapa kecewanya YY kepada suami A. Pastinya kekecewaan itu lebih lagi buat kedua ibubapa A. Sia-sia sahaja segala ajaran dan didikan agama yang mereka berikan selama lebih dua dekad. Semuanya berubah hanya melalui seorang insan bernama suami.
Kisah Insan bernama B
B yang YY kenali seorang yang baik dan lemah lembut dari segi tutur bicara dan tingkah laku. Berbeza dengan A, B seorang yang lebih "terbuka" dari segi kehidupan terutama pakaian. B pernah dimarahi dengan teruk kerana kegagalan membaca dengan sempurna doa Iftitah ketika amali solat. Mungkin kerana kecewa dimalukan dikhalayak, B sering skip kelas pengajian agama. Kisah B berubah setelah mendirikan rumahtangga.
Bertemu semula dengan B buat YY rasa bahagia. Tutur bicara dan tingkah laku B masih seperti dahulu, lembut dan sentiasa menyenangkan. Tapi pakaian B dah berubah. B sudah menutup aurat sepenuhnya sekaligus menambahkan lagi kecantikkan dia. Suami B yang juga kenalan YY merupakan "budak nakal" satu ketika dulu. Tapi hari ini dia merupakan seorang Iman di salah sebuah masjid di ibu kota. Beruntungnya B.
Seronok melihat B sekarang. Ketika orang lain sibuk berusaha memantapkan pencapaian akademik anak-anak, B pula sedang kalut menyiapkan anak-anak dia yang berusia lingkungan lapan ke tiga tahun menjadi al-Hafiz dan al-Hafizah. Perubahan ketara B hari ini adalah juga kerana influence seorang insan bernama suami.
--------------------------------------------
Kedua kisah di atas jelas menunjukkan tidak mudah menjadi seorang insan bernama suami. Berat tanggungjawab yang harus digalas selepas lafaz ijab dan qabul. Ianya seperti satu akujanji atau perjanjian peralihan tanggungjawab dari seorang ayah kepada suami. Suami bukan sahaja perlu menanggung segala nafkah zahir dan batin tapi kesemua dosa-dosa yang dilakukan oleh isterinya seperti tidak menutup aurat, meninggalkan solat dan sebagainya.
Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda:
Ajarilah wanita itu dengan cara sebaik-baiknya kerana sesungguhnya perempuan itu dijadikan (seumpama) dari tulang rusuk. Dan tulang rusuk paling bengkok ialah yang di atas sekali. Jika engkau memaksa meluruskannya, nescaya (patah) dan jika engkau biarkan saja, sentiasa ia akan bengkok. Sebab itu, nasihatilah perempuan itu dengan cara yang sebaik-baiknya" – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim
Semoga ALLAH merahmati hubungan kami dan memberkati cinta kami sehingga ke akhir hayat. Aamiin. |
Untuk para isteri pula, kasihanilah suami kita. Bantulah mereka. Janganlah disebabkan dosa atau kelalaian kita sebagai seorang isteri menjadi penyebab atau faktor suami yang kita sayangi ke Neraka. Nauzubillah min zalik. Marilah kita (suami dan isteri) tanam di dalam hati masing-masing untuk saling bantu-membantu ke arah menjadi pasangan yang diredhai ALLAH.
Rasulullah SAW bersabda:
"Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah" – Hadis Riwayat Muslim.
Apa yang YY titipankan pada hari ini adalah peringatan untuk diri YY sendiri yang juga tidak pernah lekang daripada melakukan kemungkaran. YY harap perkongsian ini memberi kebaikan buat semua yang membaca. Wallahu a’lam.
Thanks 4 sharing :)
ReplyDeletetakde masalah
DeleteAllahuaakbar yana....kisah B tu sebijik mcm kawan lieya dulu masa zaman u.... dgn free hair.... naik motor ikut pakwe kesane kemari.... tapi die kawin terus berubah..skrang berstoking tangan berstokin kaki lagi...tudung labuh....subhanallah...leiya pun kalah...alhamdulillah hidayah die awal .....
ReplyDeletetulah kan, kalau tuhan nak bagi hidayah tu
Deletepada saat kita tak sangka
sebab tu lebih kena tengok pengakhiran bukan permulaan kan
Bukan mudah nak membentuk diri menjadi muslimah sejati. Untunglah B mendapat seorang suami yang mampu membimbingnya ke jalan yang lebih diredhai Allah. Alhamdulillah, beruntung B kerana berjaya mengubah diri menjadi insan yang lebih baik. Sayang sekali buat kawan A tu. Harapnya dia akan mendapat hidayah agar dapat kembali semula ke pangkal jalan yang diredhai.
ReplyDeletebetullah tu. sebenarnya ustaz kata mudah sangat jadi orang perempuan
Deletetapi yelah kan, kita manusia biasa
pasal A tu, saya tak tahulah nak kata apa
moga suami dia menyedari perubahan isteri dia tu
Masa kenal semuanya bertopeng. Bila dah kawin kebenaran terungkai. Kalau dapat yg soleh alhamdulillah.. kalau dapat yg ingkar.. merana seumur hidup. Hidup ini memang betul satu perjudian.
ReplyDeletetak molek kata hidup ni perjudian
Deletesebenarnya hidup ini satu nikmat
kalau kita tahu bagaimana bersyukur dengan nikmat tu
apa sahaja yang datang kadang tu adalah ujian buat kita
allah nak tengok sejauh mana kita mampu hadapi
Kisah yang punya hikmah tersendiri,kasihan A...moga dia kembali mendapat hidayahNya yg mungkin telah hilang.
ReplyDeleteAlhamdulillah...seronok membaca kisah B, moga mereka terus berbahagia hingga ke dalam syurga.
Buat kita juga...moga menjadi isteri yang baik buat suami, jgn sampai kita yg menarik suami ke neraka..inshaAllah terus berusaha menjadi yg lebih baik
tulah kan...saya harap kita sebagai isteri boelh ambik iktibar
Deletetanggungjawab mendidik jadi baik bukan pada suami sorang
kita juga perlu berusaha
huurm mmg la niat dihati ni nak jadi isteri solehah.. tapi adeh.. takut la dgn marriage life skarang ni..
ReplyDeleteeh...siti belum alami lagi
Deletejangan cepat sangat rasa takut tu
setiap orang lain dugaan dan cabarannya
ingat ALLAH, insya ALLAH DIA juga selalu ingat kita =)
hurm..menarik topik ni.ramai yang kata, nak cari suami yang baik, first of all kita kena jadi perempuan yang baik, kan?tapi dalam kes A tak jugak.B beruntung,sebab dia dan suami sama-sama dah jumpa jalan yang terbaik.semoga saya sendiri akan dapat suami yang baik dan soleh walaupun saya ni bukanlah baik sangat..
ReplyDeletebenda ni sebenarnya diri kita sal
Deleteakak sangat percaya dan contoh di atas menguatkan lagi
ada satu sifat dalam diri kita yang inginkan perubahan
dan perubahan tu boleh jadi elok atau tak elok
kita kena tahu landasan kita
kalau suami tak elok, kita sama2 membimbing
insya ALLAH kita boleh jadi seperti B
tapi kalau suami dah tak elok, kita pun ikut
kita akan jadi seperti A. rugi sangat
bayangkan kita mati dalam keadaan kita begitu
nauzubillah
kdg kesian kan tgk kengkawn kita berubah ke arah yg negatif....hanya doa yg mmpu dititpkan utk dia diberikan hidayah daripada Allah SWT...smoga kita semua menjadi insan yg lebih baik....
ReplyDeletetulah kan. lagi sedih bila kita tak dapat bantu
DeleteAllahuakbar..kisah yang bawa pengajaran kepada pembaca sebenarnya. Beruntungnya B.
ReplyDeletetulah kan
Deletesebab tu kita tak boleh pandang permulaan seseorang
kena tengok pengakhiran
Betullah org ckp, hidayah itu milik Allah... kita sebagai isteri ni kena rajin usaha untuk perbaiki diri untuk mwnjadi yang lebih baik... amin..
ReplyDeletetulah kan kak
Deleteinsya allah, kita mampu jadi yang terbaik
kita perlukan usaha dan pimpinan insan bernama suami