Orang Baik Sikit Dan Selalu Menang

3:52:00 pm Yana Yani 46 Comments

Baru-baru ni kami sekeluarga ke GM Klang Wholesale City sebab MyChintaHati nak beli barangan untuk perniagaan online dia. Afif pada mulanya enggan ke sini kerana dia beri alasan penat berjalan. Tapi sampai aje dekat sana, dia adalah manusia paling rambang mata! Nasib Papa mood baik time tu. Maka dia redha aje melayan segala permintaan anak-anak dia. Kebiasaanya kalau anak-anak minta mainan, dia jeling aje. Terus on the spot hilang ingatan bebudak tu nak minta apa. Hehe!

Rezeki Afif dan Aisyah pada hari tu dapatlah sorang satu set mainan. Aisyah dapat set mainan pizza. Perempuan biasalah kan. Afif pula dah memang aimed nak tambah koleksi askar mainan dia. So dapatlah dia set askar mainan idaman.

Lately Afif agak kemaruk dengan koleksi askar mainan. Ni semua gara-gara terpengaruh dengan saluran History yang sering menayangkan cerita mengenai kehebatan askar-askar pada zaman penjejahan Komunis dan juga Jepun di Tanah Melayu pada satu ketika dulu. Oleh sebab itu, cita-cita Afif yang dulunya ingin menjadi archaeology serta-merta bertukar kepada askar.

Orang Baik Sikit Dan Selalu Menang
Bukan main masing-masing bila Papa diorang bagi green light

"Mama! Besok besar Afif nak jadi askar lawan orang jahat!" kata dia selepas dia melihat ketangkasan pasukan VAT 69 yang cukup mahir dalam selok belok hutan dalam menangkis kegiatan Komunis satu ketika dulu di saluran History.

Kebiasaanya YY memang melayan apa sahaja minat anak-anak YY. Bila diorang main, memang most of the time YY akan ikut sama main. Niat di hati kononnya nak rapat dengan anak-anak. Tapi yang sebenarnya nak juga merasa main permainan diorang. Yelah kan, masa YY kecik-kecik dulu, mana merasa main camni. Tu yang peluang camni digunakan sepenuhnya. Dalam erti kata lain, mengambil kesempatan. Hehe!

Tapi bebudak memang seronok aje kalau YY main sama. Kadang tu YY tengah sibuk buat kerja rumah, Afif mahupun Aisyah beria dok ajak YY main sama.

Orang Baik Sikit Dan Selalu Menang
Set askar mainan baru Afif. Murah aje pun. Janji dia happy

Sebenarnya YY nak cerita bagaimana kecolotehan anak bujang YY bercakap dan sekaligus berjaya mengenakan YY untuk ke sekian kalinya. Camni ceritanya...

Malam tu sampai aje dekat rumah memang sudah tentunya masing-masing teruja untuk bermain dengan permainan baru. Ini termasuklah YY a.k.a the cutest Mama ever yang turut sama menyibuk membelek setiap inci mainan bebudak. Sambil tu buat jugalah muka comel walau memang dah comel dengan harapan YY turut diundang untuk bermain bersama (^_^)

Masa dok menyibuk tu YY perasaan dua set askar mainan Afif diletakkan secara berjauhan. Set yang baru dibeli diletakkan di atas peta, manakala set lama diletakkan agak jauh dari kawasan peta. Ikut logik akal YY ni, patutnya letaklah dekat bagi senang nak main. Aliran laut dalam peta tu boleh digunakan sebagai garisan pemisah antara dua set askar mainan tu. YY rasa idea itu cukup bernas dan dengan penuh confident YY usulkan idea tersebut pada Afif.

Obviously Afif punyai idea yang berbeza bila dia kata, "Mana boleh dekat-dekat! Matilah askar baik tu!". Adui! Kena lagi Mama yang cute ni! Takpe, jangan panik! Kita buat macam biasa, kata omputih tu cover line! Hehe!

"Mana askar baik, yang ni ke? Sikitnya. Memanglah diorang mati kalau camni" kata YY dengan penuh keyakinan untuk ke sekian kalinya. Tak mau kalah kononnya.

Orang Baik Sikit Dan Selalu Menang
Peperangan bermula antara baik (warna coklat) dan jahat (warna hijau)

"Mama ni tak fahamlah. Memanglah askar baik sikit, tapi diorang selalu menang! Mama ingat tak cerita yang kita tengok dulu? Kan askar baik sikit aje, tapi diorang menang. Tapi diorang tak duduk dekat. Diorang duduk jauh-jauh. Barulah menang!" jelas Afif panjang lebar.

Melopong YY dibuatnya bila dengar Afif mengulas mengenai askar baik dan jahat. Dalam hati dok kata, "Kau memang hobi kenakan Mama apa ke?"

Tapi apa yang digambarkan oleh Afif ada kebenarannya. Kebiasaannya pasukan yang punyai bilangan yang ramai terlalu yakin dengan kekuatan mereka tanpa menyedari kekurangan yang wujud. Berbeza dengan pasukan mempunyai bilangan ahli sedikit yang memang menyedari kelemahan mereka dan sedaya upaya memperbetulkan dan memperkuatkan jentera peperangan.

Contohnya seperti peperangan Badar dan Uhud pada zaman Rasulullah SAW. Tentera Islam menang besar dalam kedua peperangan tersebut walau hanya dianggotai beberapa ratus tentera Islam berbanding pihak lawan. So dalam bahasa mudah, ramai tak bermaksud kuat dan sikit tak bermaksud lemah. Kita perlukan keyakinan dan kebijaksaan akal dalam mengatur strategi. Paling penting kerjasama berpasukan. Bak kata team Wonder Pets, "Apa yang penting, KERJASAMA!"

Anyway, lepas penjelasan panjang lebar dak Afif, YY beralih kepada Aisyah pula.Tak sanggup terkena untuk kesekian kalinya.

Orang Baik Sikit Dan Selalu Menang
Mata mengantuk, tapi ada hati nak masak pizza

Aisyah walau dah menunjukkan tanda-tanda mengantuk time tu, masih memaksa diri untuk bermain pizza. Pula tu dia gunakan microwave YY untuk masak pizza dia. Konon-konon dia hebat masaklah katanya. YY pun layankan aje. Rasa nak muntah bila dak Aisyah dok suruh makan pizza berpuluh kali. Bila main kedai makan, semua benda dia kata ada. Tapi dia tetap dok hidang pizza. Bila tanya mana menu kita order tadi, selamba aje dia jawab, "Ni kan kedai pizza"

Adui! Kau pun dah pandai kenakan Mama ye Dik. Sabar ajelah!

"Ni kalau orang kata Mama gemuk, salah Adik ye. Adik yang suruh Mama makan pizza aje" kata YY bila terpaksa makan pizza untuk sekian kalinya.

"Takpe. Mama kan comel" jawab Aisyah dengan senyuman meleret. Terus YY pun dengan rela makan pizza yang keras tu walau mata dah tak mampu nak buka sebab kena puji punya pasal! Hehe!

So begitulah cerita bagaimana seorang Mama yang kononnya nak main dengan anak-anak akhirnya terkena dengan kepintaran anak berkata-kata. Tolong ingatkan YY pakai perisai tebal sikit lain kali ye bila nak main dengan anak-anak. Hehe!

Okay korang, sampai di sini sahaja bebelan YY. Moga bertemu di lain entry. Assalamulaikum (^_^)

46 comments:

  1. Hihihi..
    Sebenarnya mama pun nak main ye YY..
    Anak2 sekarang pandai berfikir YY..
    Sebab tu sekarang dah digantikan dengan KSSR..
    Banyak kemahiran berfikir..
    KBAT tu Kemahiran Berfikir Aras Tinggi utk UPSR tahun ini..
    Elok dah mereka pandai berfikir YY..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..sebenarnya begitulah kak
      seriously seronok kalau dapat main sama
      bolehlah jadi kenangan di masa depan...haha

      Delete
  2. Macam-macam ragam budak berdua ni.. seronok layan anak-anak kan sis?

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah kak
      allah bagi saya peluang rasa nikmat ni
      memang seronok sangat =)

      Delete
  3. Huhuhu, bijak sungguh anak2 kak yy ye. Tersenyum jea sepanjang pembacaan bila lihat keletah anak2 sis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...budak usia gitu memang gitu mekja
      ada aje akal diorang nak bercerita =)

      Delete
  4. Hah!!!!! Abang pada mekja pun askar. Marilah berkhidmat utk negara tercinta :)) Hihihi, tadi mekja pun dok gatai tgn isi online jom masuk tentera. Tiba2 tertarik nak join air force.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke? akak pun ada ramai ahli keluarga askar
      segak mereka bila beruniform
      tapi tulah, jarang ada masa dengan keluarga kan

      air force pun best juga! =)

      Delete
  5. Kalau Afif nak jadi askar.... Mekja mula2 dok kenen2 dgn Aboh mintak nak jadi polis trafik. Heh, tidak direstui. Sobs

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...mungkin sebab dia rasa anak dia perempuan kot
      kalau akak ni, takde masalah
      asalkan pekerjaan itu memberikan rezeki yang halal

      Delete
  6. Wahhh combat!!!... waktu kecik dulu pun saya mmg minat habis kat mainan2 combat mcm ni. Skrng pun salah satu impian nk buat model askar2 utk display mcm agen hartanah display model rumah dlm balang tu... tp tak taulah bila nk buatnya... masih angan2 budak2 yg masih ada dlm hati ni hihii... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bestnya idea KK tu!
      anak bujang saya baru2 ni aje terjebak
      itu pun sikit punya sayang dengan koleksi dia
      budak lelaki kan, lain sikit cara bermain =)

      Delete
  7. Kalau dah tahu ilmu mainan panjang sejengkal, janganlah ada hati nak berlawan dengan anak-anak. Memang kalah aje memanjang.

    Okey entri ni. Suka aje baca pasal budak-budak berdua ni. Tapi, yang tak boleh tahan nak cepat-cepat habis baca, bila banyak sangat puji-pujian masuk lif tekan sendiri. Meleleh-leleh air mata ni tak sanggup nak habiskan pembacaan. Kang tak habis, macamana nak komen merapukan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh...ilmu mainan di dada ni dah peringkat tertinggi tau
      tapi bebudak ni guna syllabus baru
      so mama dia tak dapat nak pick up, tu aje! =)

      eh bior lah, suka ati tuan tanah ler nak cite apapun
      nak dengki pasal apa. cer follow the flow
      kalau entry tu puji sikit
      awak puji ler lebih-lebih, kata saya besan. hehe

      Delete
  8. Betul banget, saya setuju banget dengan isi postingan di atas :)

    ReplyDelete
  9. bila anak-anak semakin bijak berkata-kata macam tu lah kan.

    comel jer aisyah memuji mamanya tu...mesti kembang semangkuk mama dibuatnya tu hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...budak perempuan kak
      lain sikit bab puji memuji ni
      bab pandai ambik ati pun memang hebat =)

      Delete
  10. Mainan askar ni memang lama bertahan ye...
    Mainan zaman kanak2 saya pon askar ni jugak
    tapi buat masa sekarang tinggal berapa kerat je askar yang berjaya
    selamatkan diri dari dibuang... kihkih

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin sebab masih relevan kot
      bebudak pun still suka mainan gini
      gigih juga menyimpan mainan ye
      saya ni semua beli tuk anak2 aje...hehe
      hak milik sendiri dah lama arwah =)

      Delete
  11. klu main kedai2 tu macam sesi ulangan je.. balik2 ambik order, makan... HAHA... Klu makanan betul, mau gemuk betul tu..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah pasalnya, sesi ulangan tu memang keraplah
      memang muntah kalau bebetul...haha

      Delete
  12. Ya Allah. Bestnya akak. Saya dulu men semua ni dengan adik-adik je.
    Tp banyakkan main game kt komputer.

    Jemput baca: http://nurulzayani.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak lebih suka diorang main benda gini
      so nampak sikit keluar peluh
      boleh juga ada modal nak bercerita...hehe

      Delete
  13. Anak2 gitu la... kalau kita nak main mainan dia, kenalah ikut cakap dorang... heheh comei betul dua beradik ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah pasalnya kak
      time gini kita kena jadi pak turut aje...haha

      Delete
  14. hehehhehe...
    kerenah anak-anak cam tu la kan

    ReplyDelete
  15. anak mummy pulak fanatik nak jadi bos polis katanya.. habis semua lego askar dia borong..hehhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...bebudak kan mummy
      apa yang dia nampak, itulah yang dia nak jadi =)

      Delete
  16. wow sedapnya pizza.. makan patah gigi tak? hahahaha :p

    ReplyDelete
  17. bila kluaq nyopping ngan ank2 memang terasa bdk2 kembali.. oh tidakkk!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan? kita pun tak terkecuali terikut perangai diorang
      rasa sonok yang sebenarnya

      Delete
  18. askar kecik2 tu dulu peberet hero kecik jugak tau.. kadang2 sampai terpijak2 bila dia susun satu umah..hehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau anak saya, saya ugut buang
      dia sayang maianan dia
      confirm dia simpan...haha

      Delete
  19. Pernah gi sekali GM Klang ni...kalau nak meniaga mungkin bestlah kot dtg sini.

    Pandai papa bagi umpan anak anak ye, kasi mainan sorang satu masing masing redho jerlah bawak ke sana sini hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betullah OKje
      kalau beli untuk keperluan sendiri, harga dia lebih mahal
      hehe...terpkasa. idak bising

      Delete
  20. comel je ddedua , tu tapi afif bagus eh pemikiran dia matang dan mampu fikir yang kita ni tak terfikir pon :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak rasa mana-mana budak seusia dia berfikiran sama yana
      especially yang dah terbiasa terdedah pada keadaan atau suasana
      yang ada kaitan

      Delete
  21. ahahaha..dah kena mama dengan dua beradik tu.seronok kan bila dapat spend time dengan anak-anak.IbuNoey ni dapat dua hero, main tumbuk-tumbuk je la kejanya.layan je la.yang penting anak seronok,kita pun seronok kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.memang seronok dok layan karenah diorang.
      hilang penat dibuatnya.
      memang saya layankan aje
      satu hari nanti mesti saya rindu moment tu

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...