Rindu Saya Tak?
Lama juga blog YY ni tak berupdate rupanya. Lebih dua minggu. Pecah rekod ni. Ada yang rindu tak? Hehe! YY dan keluarga, Alhamdulillah sihat-sihat sahaja. Nothing happen. Ada aje ni huh! Cuma agak sibuk dengan rutin harian dunia realiti. Atas sebab itu YY tak sempat nak melakukan rutin dunia maya sepertimana kebiasaannya.YY juga berat hati nak maklumkan bahawa rutin dunia maya mungkin tak akan lagi mampu dilakukan sekerap dulu terutama aktiviti blog walking, YY minta maaf banyak-banyak kepada rakan blogger yang lain. Rindu juga nak baca cerita rakan blogger tapi apa yang berlaku kebelakangan ini merupakan sesuatu yang di luar kawalan. Tak dapat nak elak. Insya ALLAH YY akan sampai ke teratak korang, cuma nak buat aktiviti mengebom seperti sebelum ini adalah agak sukar. Masa sangat mencemburui.
Begitu juga dengan update entry di blog. Keutamaan hanya diberikan kepada entry berbayar atau sebarang review. Rezeki tahun ini walau blog tidak lagi di update sekencang dahulu, masih ramai yang memberikan kepercayaan. Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan. Whereas untuk entry berbentuk peribadi yang merupakan trademark blog Diari Seorang Mama akan hanya dilakukan bila berkelapangan.
Bagi pembaca setia blog YY pasti menyedari bahawa penyeri dan juga pencetus idea di blog YY ni adalah Afif dan Aisyah. Mereka berdua lebih popular berbanding YY. Fakta tu! Bila YY lama tak update, soalan yang kerap ditanya adalah macamana keadaan Afif dan Aisyah. So bagi tidak menghampakan YY selitkan gambar terbaru mereka buat yang merindui. Gambar di bawah ini adalah peristiwa semalam.
Bila budak dua beradik ni dapat posing. Bukan main lagi! |
Tengahari kami menghadiri kenduri kahwin sepupu MyChintaHati yang terletak tidak jauh dari rumah parent MyChintaHati. Lama juga dekat situ, rewang apa yang patut. Di sebelah petang pula kami ke Setia City Mall. Antara port wajib kami kebelakangan ini sejak playground di Taman Tasik Shah Alam sedang dinaik taraf. Kalau sesiapa terjumpa kami di sini, hai hai lah ye (^_^)
Mereka berdua beradik ni Alhamdulillah sihat, aktif seperti kebiasaannya dan masih lagi kerap bercakaran hatta untuk benda simple pun.Hehe!
Tengah seronok dok kejar buih sabun |
YY rasa itu sahaja yang dapat YY bebelkan untuk hari ini. Insya ALLAH panjang umur, akan ada entry lain menyusul. Tapi mungkin banyak entry berbayar dan review sahaja. Maklumlah, awak sedang belajar menjana pendapatan daripada blog. Hehe!
Kot ada yang rindu YY, boleh aje hubungi YY melalui mana-mana link di atas. YY ada aje. Cuma tak mampu nak update blog sekerap dulu. Itu aje. YY sekarang sedang dalam proses menyiapkan diri menjadi full time housewife. Kalau semuanya dipermudahkan, maka mungkin YY akan kembali aktif seperti dulu. Buat masa sekarang, semuanya hanya mungkin. Biar masa menentukan.
Semoga kita bertemu lagi di lain entry. Jaga diri elok-elok ye korang. Assalamualaikum.
Rindu dgn YY..
ReplyDeleteDan ridu juga dengan penyeri blog berdua tu :)
Good luck YY..
hehe...comel pula kak yati cakap gitu =)
Deleteni yang buat sayang lebih ni
Utamakan yg lebih penting ye sis. Gudluck sis..Rindu tu mmg rindu..
ReplyDeletehehe...terima kasih kak
Deleteinsya allah saya akan cuba buat come back
jadual agak padat
Mestilah lah rindu, tengok reading list xnak pun naik nama sis YY kita ni. Semoga segala urusan berjalan lancar :)
ReplyDeletehehe...terima kasih yunk
Deletesorry ye. banyak pula hal lately =)
Nak buat macamana, YY. Lately memang ramai rakan blogger yang tetiba menyepi. Kesibukan di dunia realiti, maybe. Macam awak jugalah. Saya pun walaupun sentiasa berupdate, ada masanya tak terupdate juga sebab sibuk yang very rare berlaku. Oh, dah nak berhenti kerja ke? Untunglah dapat jadi full time housewife. Ni mesti nak start berniaga online ni. Apa-apa pun good luck dalam apa pun kerja yang sedang dilakukan.
ReplyDeleteLama dah tak nampak bakal menantu ni. Kalau macam ni gaya memang terpaksalah cari menantu lain pulak ^_^
yeke? saya tak perasan plak
Deletemungkin sebab sibuk hal sendiri...haha
perancangan gitu. cuma buat masa sekarang bos asyik tak bagi aje
menci betul. nampak sangat betapa pentingnya saya ni. haha
eleh...setakat tak nampak dah nak cari orang lain
tak ngapelah. kumbang pun bukan sekor. haha
Moga dipermudahkan segala urusan..
ReplyDeleteterima kasih maria
Deleteish ish ish ..rindu bangat seyyhhh
ReplyDeletehehe...pepandai aje mummy ni tau =)
DeleteSalam kak , maaf baru berkesemptan singgah blog kak YY :) moga dipermudahkan segla urusan
ReplyDeleteakak pun belum sempat membalas kunjungan
Deletejuga agak sibuk kebelakangan ni
semoga dipermudahkan urusan yana untuk menjadi surirumah sepenuh masa, teringin juga akak nak macam tu, tapi buat masa ni mungkin belum lagi. moga hasrat yana tercapai ye. jadi surirumah pun boleh baut income juga kan yang penting kita rajin berusaha
ReplyDeleteaaminn kak =)
Deleteperancangan gitulah kak
tapi bos tempat kerja tak approve lagi
bos kat rumah ok aje =)
insya allah, kalau takde aral,
memang saya jadi housewife sooner or later
memang sibuk lately diana
ReplyDeletetak tahulah nak kata camne.
terikat dengan jadual kerja yang padat lately
terima kasih sebab dok bagi peringatan tu ye diana
saya akan ikut nasihat diana yang dah biasa dalam bidnag ni
cuma buat masa sekarang saya sedang berusaha menguruskan masa
♪♫Rindu,...rindu serindu-rindunyaaaaa,..♪♫♫ eh terbuat konsert pulak kat sini :)
ReplyDeletewahh! sedap suara! hehe
Deleteaida wish good luck dlm pe yg yy nak usahakan skang ni.
ReplyDeleteyes tuntutan kerja buat kita terpaksa abaikan blog seketika. tu perkara biasa.
and .... wah wah nak jadi full housewife.
omg! alhamdulillah :)
kan aida. hanya yang mengalami faham keadaan tu
Deleteitu perancangannya aida
tapi bos tempat kerja tak approve lagi
bos kat rumah ok aje =)
insya allah, kalau takde aral,
memang saya jadi housewife sooner or later
IbuNoey pun buat masa ni jarang buka blog.selain daripada masalah Cik M,IbuNoey pun tak boleh hadap PC sangat sekarang ni.sebab mata jadi pedih.jadi,bila kat office,waktu rehat mesti rehatkan mata.so,memang masa untuk buka blog tu agak terhad la.apa-apa pun moga dipermudahkan urusan untuk kita berdua dalam blog ye.rindu nak blogwalking ni.
ReplyDeletehehe...penyakit M tu memang takde ubat =)
Deletesaya pun dah agak lama tak BW
tak sempat! banyak sangat urusan lain
insya allah, kalau berkelapangan, memang sampai juga