Tertunai Hasrat | Meet and Greet With Transformer

1:24:00 pm Yana Yani 38 Comments

Sebelum ni YY pernah ceritakan di dalam post yang bertajuk Centro Mall Raikan Krismas Bersama Transformer untuk membawa Afif bertemu Optimus Prime dan Bumblebee yang merupakan antara watak animasi kegemaran dia dalam siri Transformer. Hasrat tu YY pendamkan beberapa ketika kerana takut ianya tidak mampu dilaksanakan seperti yang pernah berlaku sebelum ni.

Alhamdulillah sempena cuti hujung minggu yang agak panjang bagi negeri Selangor couple of weeks ago, YY berjaya menunaikan hasrat yang setelah sekian lama dipendam. Of course Afif adalah manusia paling teruja apabila diberitakan tentang perkhabaran tersebut. Hampir setiap saat dia dok tanya bila YY nak bawa dia bertemu dengan Optimus Prime dan Bumblebee. Mujur tak bagitau awal. Kalau tak, naya!

Tertunai Hasrat | Meet and Greet With Transformer
Setia menanti Optimus Prime dan Bumblebee

Kami sampai agak awal. Konon nak booking tempat. Bajet event seperti itu pasti ramai orang terutama untuk sesi Meet and Greet With Transformer. Rupanya untuk sesi itu kami perlu berbelanja sebanyak RM20 di mana-mana outlet yang terdapat di Centro Mall. Ingatkan free, tapi zaman sekarang mana ada benda free dak? Hehe!

Selepas berbelanja RM20 di 99 Speedmart, kami dikehendaki menunjukkan resit sebagai proof of purchase di kaunter pendaftaran untuk menebus tiket.

Tertunai Hasrat | Meet and Greet With Transformer
Antara games yang ada selain dari sesi Meet and Greet With Transformer

Selain daripada sesi Meet and Greet With Transformer, ada banyak juga aktiviti lain yang diadakan tapi again untuk melayakkan korang main games tersebut, korang kena spend another RM20. Nampak tak sape yang pandai main games sekarang? Hehe!

MyChintaHati tak ada masa ni. Agak jenuh juga YY memujuk budak berdua tu supaya tak minta yang bukan-bukan. Biasa dengan Mama aje diorang berani cerita lebih. Dah kebal dah pun. Cer kalau ada Papa, kena jeling aje pun dah getar lutut.

Sebab tau diorang takutkan Papa aje, kalau diorang tak nak dengar kata, YY jerit aje nama Papa diorang. Senang sikit. Papa diorang pun bukan buat apa. Takat sebut aje nama diorang dengan ton suara tinggi sikit. Tak cukup tanah bebudak tu lari!

YY pun nampak gayanya nak kena menuntut ilmu dengan MyChintaHati untuk keluarkan suara yang menggerunkan. Baru rasa berkuasa sikit! Uwahahaha!

Tertunai Hasrat | Meet and Greet With Transformer
Afif cukup berkenan dengan games ni, tapi YY buat pekak aje (^_^)

Okay berbalik kepada cerita Meet and Greet With Transformer, lebih kurang pukul 1, semua yang sudah mempunyai tiket dikehendaki berkumpul berdekatan pentas utama. Afif sangat teruja masa ni. Aisyah pun sama. Tapi Aisyah tu konon aje.

Masa kemunculan Optimus Prime dan Bumblebee, berlari dia cari YY. Siap menangis cakap takut. Sabar ajelah!

Tertunai Hasrat | Meet and Greet With Transformer
Aisyah sebelum kemunculan Transformer

Sebelum kemunculan Optimus Prime dan Bumblebee, ada beberapa games diadakan. Setiap yang naik ke atas pentas akan mendapat something walau tidak berjaya dalam games tersebut. Masa nak balik Afif kata, "Afif sebenarnya nak hadiah yang orang tu bagi. Tapi Afif tak faham dia cakap apa"

Alahai kesiannya dia. Pengacara majlis memang hanya bertutur dalam Bahasa Inggeris pada hari tu. Obviously Afif mempunyai masalah untuk memahami apa yang dituturkan. Kalau semua soalan dan games diajukan dalam Bahasa Melayu, pasti Afif mampu melakukannya sebab semua tu kacang putih pada dia.

Tak apalah sayang, Mama dulu masuk universiti baru lancar bertutur dalam Bahasa Inggeris. Bukan rezeki Afif hari tu.

Tertunai Hasrat | Meet and Greet With Transformer
Pengacara menyuruh kanak-kanak di atas pentas meniru aksi dia

Tak lama kemudian, muncullah kedua karakter yang dinantikan oleh Afif dan kanak-kanak lain. Walau yang muncul bukan dalam size sebenar, ia tetap mengujakan setiap yang ada pada hari tu. Seronok dok tengok diorang bersorak masa tu. Aisyah aje yang menangis dan menjerit macam orang nampak hantu. Tak tahu pasal apa yang dia takut sangat. Padahal sebelum tu bukan main lagi.

Agak susah juga YY nak snap gambar Afif pada waktu itu dengan keadaan orang yang terlalu ramai walau pengacara berulang kali meminta diberikan ruang untuk parents mengambil gambar anak-anak mereka yang berada di pentas. Tapi biasalah orang Malaysia. Mana nak dengar arahan kan.

Tertunai Hasrat | Meet and Greet With Transformer
Afif tersenyum riang di sisi kedua karakter kegemaran dia

Dapatlah snap beberapa keping gambar Afif bersama-sama dengan Optimus Prime dan Bumblebee. Kalau Aisyah tak takut, gambar dia pun ada sama. Tapi dia ketakutan, dapat gambar Afif aje.

Ni kalau tak berhimpit, YY yakin lagi cantik gambar ni. Dah lah Aisyah pun buat perangai. Tapi yang paling penting, Afif seronok. Itu yang penting. Hilang satu bebanan perasaan. YY ni selagi tak tunaikan impian atau hasrat anak, terasa tak seronok. Asyik dok teringat aje. Bukan apa. Kita kan tak tahu selama mana kita hidup.

Tertunai Hasrat | Meet and Greet With Transformer
Tertunai sudah hasrat bertemu Optimus Prime dan Bumblebee
So begitulah cerita pengalaman kami di Centro Mall ketika sesi Meet and Greet With Transformer. Paling penting anak-anak seronok. Mana-mana parents pun kalau anak seronok, pasti automatik akan buat diri kita pun seronok. Sebab tu seronok jadi parents ni (^_^)

----------------------------

YY ada banyak benda nak cerita sebenarnya. Tak tahu sempat ke tidak nak cerita semua tu sebelum tahun baru. Blog walking pun belum sempat nak buat. Banyak pula komitmen menjelang tahun baru. Terima kasih buat semua yang tak jemu menjengah walau teratak kalian YY tak sempat kunjungi. Insya ALLAH akan sampai. Lambat dengan cepat aje.

38 comments:

  1. wahh seronok la dia tu dapat jumpe depan-depan ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah...memang seronok sangat dianya
      mama dia pun tumpang seronok =)

      Delete
  2. best nya..jangan kan budak2...yang tua macam saya pun suka kalau dapat peluang macam ni..

    Eh!sama la..saya pun sibuk kemain sekarang ni.Rupa-rupanya bila anak makin besar kita makin sibuk..kan??dengan kerja, dengan rumah, dengan anak, huih..boleh berpeluh ketiak..heheh

    sempena tahun baru ni meh la join Giveaway kat blog saya.hadiah best .ni senarai hadiah..

    *Wang tunai Rm100 x Tempat Pertama
    *Wang tunai Rm50 x Tempat Kedua
    *Wang tunai Rm30 x Tempat Ketiga
    *Head Rest Massage x 10 Unit (Tempat Pertama hingga Kesepuluh)
    sila join cepat ye..

    http://www.dianarashid.com/2015/12/giveaway-baby-store-bersama-dianarashid.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...tulah kan. bukan senang nak jumpa dak?
      yelah diana. memang agak sibuk lately
      tak menang tangan dibuatnya

      terima kasih jemput ye
      insya allah kalau xde aral, saya join ye

      Delete
  3. Eh.. kalau saya tahu maybe dah bawa naim pergi sama.. dia pun suka jg transformers ni.. tapi tarikh tu kami xda kat sini.. seronok sakan la Afif aritu ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. naim pun suka ye
      dah namanya budak kan...mesti suka
      afif tak usah cakaplah. memang seronok sangat dia

      Delete
  4. salam kak!
    senyum sampai telinga afif haah.. heheh
    impian tercapai suda

    ReplyDelete
  5. entry yang saya tunggu ni..hehe.bukan peminat transformers, tapi suka gak event gini.tapi bab banyak kena spend tu agak menyakitkan hati jugak.takpelah, dapat bergambar pun mesti Afif dah hepi.nanti print lah gambar tu,letak dalam frame.

    ReplyDelete
    Replies
    1. entry paling ditunggu ye sal...hehe
      agak sibuklah. banyak lagi aktiviti nak cite, tak sempat lagi ni

      bab kena spend tu memang menyakitkan hati
      mujur ada bawa extra money sebab habit akak bawa cukup2 aje...haha

      dia happy sangat sal wei
      memang akan print tuk kenangan dia nanti =)

      Delete
  6. ini bukan stakat budak2 jer excited...kalau sy pun...sy lg over....hahahahah....sy peminat tegar transformers...pasti xlepaskan peluang....hihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...tetiba boleh bayangkan perasaan over tu
      sebab saya pun time tu pun sama
      tapi bukan saya aje, parents lain hari tu pun sama
      kena virus terover excited! hahaha

      Delete
  7. Syoknyaaa bergambar dgn transformer tuu. Hihi :D

    ReplyDelete
  8. yan minat semua movie transformer...

    ReplyDelete
  9. samalah dengan yan .yana....tak sempat nak bw..ni pun pelahan lahan kayuh pi jenguk rumah kengkawan blogger..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kira hebat juga tu kak yan
      saya ni belum sempat menyinggah lagi

      Delete
  10. Jangankan Afif...Kalau saya ada, dah tentu saya pun naik pentas tu bergambar! Haha!
    Mesti terbawa sampai termimpi2 si Afif tu...Puas hati! Tidur pun senyum jer... :)

    p/s: Terima kasih sentiasa menyokong BinMuhammad. Andalah blogger terbaik 2015 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. saya pun kalau ada peluang akan buat benda yang sama
      tapi hari tu tak boleh, sebab sorang aje handle anak-anak
      sampai sekarang tak habis lagi cerita BM wei! sonok sangat dia =)

      p/s-terima kasih BM! sangat terharu. berita paling menyeronokkan!

      Delete
  11. bila anak2 seronok, mak bapak double seronok walaupun diam2 simpan masalah (if ada).. I ni hanya numpang kasih anak sedara dulu... asal balik, Insyaallah buat apa patut, seronok nampak budak2 happy..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu sudah pastinya syida
      biasa jadi mak sedara camtu lah sebelum ada anak sendiri
      adik2 saya gitu juga =)

      Delete
  12. seronok afif dpt jumpe superhero pujaaan..... alaa yana, patutnye host pun ckp campur2 le bm bi....tgk le pada situasi... budak2 1 malaysia kan...cina india melayu ade...ape la kan..sian afif tak dpt peluang rebut hadiah....

    selamat tahun baru 2016 yana...moga tahun 2016 memberi 1001 keberkatan dan rahmat pada kite sekeluarga.....amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. satu-satunya melayu yang ada pada masa itu adalah kami lieya
      so tak boleh nak kata apalah
      lagipun rezeki afif, kesian juga dia rasa kecewa

      selamat tahun baru 2016 tuk lieya juga yana
      aamiin =)

      Delete
  13. Assalamu'alaikum, YY. Sorry, lama akak tak menjenguk YY. Amboiiii! Bukan main seronok lagi dua cilik tu excited nak jumpa transformer :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumussalam kak farrah
      tak ngapalah kak, saya pun belum sempat jenguk akak
      memula tu dua2 sonok, pastu sorang aje =)

      Delete
  14. Shian, Aisya. Terkejut kot tengok robot2 tu depan mata :)

    ReplyDelete
  15. Bestyer sis..afif mesti teruja habis.

    ReplyDelete
  16. kalau dapat bawa anak jalan-jalan macam ni,memang seronok rasanya.seronok sebab nampak keseronokan anak-anak kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan ibunoey. keseronokkan anak-anak tu
      yang jadikan semua benda menyeronokkan =)

      Delete
  17. Kalaulah saya tak berapa nak malu dan anak-anak berada bersama kita ini, memang saya hantar mereka untuk bergambar termasuk dengan saya sekali! Eh, bukan senang nak bergambar dengan Transformers, babe ^_^

    Mujurlah berjaya juga tunaikan harapan si Afif. Lega rasanyakan, YY. Aisyah tu biasalah gempak aje lebih, sama jerk perangai kalau difikir-fikirkan balik dengan Mommy yang ini ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah pasalnya. masalah saya sorang aje time tu babe!
      dengan aisyah buat perangai, pastu orang tertolak2..sabo ajelah
      kalau mychintahati ada sama, memang naik juga atas stage
      pakej dengan ucapan selama 5 minit lagi..hahaha

      tulah. lega hasrat dia tertunai
      haha...dia memang gitu. asal nampak benda yang berbunyi kuat
      takut sangat dia. mula menjerit cam nampak hantu
      kalau pakai kostum lagilah...

      Delete
  18. memang satu kepuasankan bila kita dapat tunaikan impian anak2...seronok afif ya, takpe afif tak faham, nanti belajar ye dengan mama, acik ni lagi la dah tua pun tapi tak faham2 jugak bahasa omputih hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak
      rasa yang cukup susah nak gambarkan
      hehe...dia memang kecewa sikit aritu
      tapi okay dah ni...memang tengah nak galakkan dia cakap english ni
      bab belajar memang takde istilah terlambat
      yang penting nak belajar kak =)

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...