Afif Jumpa Tapak Kaki Dinosaur!
Lama juga YY tak bersiaran rupanya. Tak ke mana, ada aje cuma agak sibuk dengan sesi persekolahan yang baru sahaja bermula. Berbanding tahun lepas, kali ini agak terurus. Tak adalah kelam kabut sangat. Ada juga berniat nak update blog ni. Tapi line internet pula yang mengganggu ketenteraman jiwa dan raga. Baru ni dapat peluang.So untuk entry permulaan 2016 ni, YY mulakan dengan kisah anak bujang YY, Afif yang sangat teruja apabila dia menjumpai tapak kaki dinosaur. Yup! Tak ada salahnya apa yang korang baca tu. Memang Afif jumpa tapak kaki dinosaur. Sila baca sampai habis kalau nak tahu kisahnya (^_^)
Afif dan Aisyah happy aje bila dah kenyang (^_^) |
Kisah ni yang mungkin boleh dikatakan sebagai sejarah dalam hidup Afif terjadi pada weekend lepas. Waktu tu kami ke majlis perkahwinan yang terletak tidak begitu jauh daripada rumah parent in law YY.
Seperti majlis perkahwinan yang lain, Afif dan Aisyah sangat teruja bila dapat tengok pengantin secara dekat. Bunyi paluan kompang yang menandakan ketibaan pengantin lelaki juga pun buat diorang sangat seronok. Bab makan lagilah diorang suka, Mama diorang pun sama! Hehe!
Afif makan bertambah sebab dia memang cukup suka makan nasi minyak. Tapi kalau Mama masak tak pernahnya bertambah. Cukup menggambarkan sejauh mana sedapnya Mama masak. Hehe!
Time mood baik diorang datang. Sejuk hati Mama. |
Hari tu juga kebetulan mood diorang sangat baik. Mungkin keseronokkan berjalan pada hari sebelumnya masih berbekas di hati diorang. Nanti ada peluang YY cerita pasal benda yang menyeronokkan pasangan dua beradik ni.
Time diorang tengah baik camni, sejuk hati YY dibuatnya. Sekalung pujian dok bagi pada diorang dua beradik sebab sangat behave pada hari tu. Kembang kempis hidung memasing bila kena puji. Tapi kalau time diorang berperang, pening wei! Mama diorang pun boleh bertukar jadi singa dibuatnya!
Dengan perut yang dah kekenyangan dan juga buah tangan yang diperolehi, dua beradik ni pulang ke rumah Nenek dan Atuk dengan hati yang sangat senang. Kami pulang bertiga aje sebab MyChintaHati nak rewang. On the way balik tu, Afif tiba-tiba menjerit, "Mama! Afif jumpa tapak kaki dinosaur!"
Afif teruja bila jumpa tapak kaki dinosaur |
"Ini bukan tapak kaki dinosaur lah sayang. Ni lopak air ni, kena lenyek dengan tayar kereta. Tu pasal jadi gitu. Kan ada kesan tayar tu" jelas YY.
"Ish! Mama ni tak fahamlah! Afif tahulah!" tegas Afif dengan muka yang dikerutkan. Sekali tengok dah macam Degawan sebab kening macam bercantum. Hehe!
"Kalau ni betul tapak kaki dinosaur, kenapa ada satu aje kesan dia? Mana yang lain? Tak akan dia dinosaur cacat?" tanya YY sengaja nak tengok sejauh mana Afif tegas dengan teori dia.
"Kan dekat sini basah. Tempat lain tu kering. Memanglah tak ada kesan dia! Ish! Mama ni tak tahulah!" jawab Afif dengan kening yang masih seperti bercantum.
Eh, bukan sama ke dengan jawapan YY memula bagi tadi? Tak apa, kita layankan! "Yeke? Kalau camtu kita nak panggil bomba ke polis ni?" tanya YY.
"Nak buat apa? Kan Mama selalu cakap, jangan kacau binatang kalau dia tak kacau kita. Biar ajelah dia" jawab Afif bersahaja.
"Afif jumpa tapak kaki dinosaur Mama!" kata Afif teruja |
Dengar jawapan Afif buat YY tergelak sendiri. Adeh! Terkena aku!
Melayan budak pada usia seperti Afif kalau tak kena gaya akan buat kita melihatan seperti seorang yang "dungu" Hehe! Tapi pada masa yang sama sangat seronok melayan imaginasi yang kadang di luar batas pemikiran orang dewasa seperti kita. Hilang stress hanya dengan melayan celoteh dia.
Percaya atau tidak, kadang ada banyak benda yang kita belajar daripada insan kecil ni sama ada kita sedar atau tidak. Hidayah ALLAH pun kadang datang hanya dengan mendengar celoteh mereka (^_^)
Alright! That's all for today! Semoga ketemu lagi di lain masa. Minta diri dulu ye, Assalamualaikum.
Betul kadang2 dari anak2 kecil kita mendapat pelajaran yang sangat berharga
ReplyDeletekan kak
Deletediorang punya pendapat atau celoteh tu jujur =)
Bijak Afif!
ReplyDelete=)
DeleteAnak2 memang macam tu kejap baik kejap gaduh..sama la mcm kat umah ni.Pengsan nak melayan! hehhe
ReplyDeletetulah kan
Deletekadang tu yang buat seronok sebab riuh!
padahal ada dua ketul aje yang bikin havoc =)
betul tue
ReplyDeletetang mana yang betul tu =)
DeleteSalam YY!
ReplyDeleteBaru jerk nak WA nak tahu apahal lama sangat bertapa. Anak dah lama naik sekolah nih... Nak kata bertangga di tepi kelas, tak mungkinlah. Anak dia pakar dinosaur. Hahaha!
Iyakan ajelah, YY. Memang tapak kaki dinosaurlah tu. Saya tengok tak pakai spek pun tau itu tapak kaki dinosaur. Tapi, dinosaur ada berapa jari kaki ek? Hahaha!
Seronokkan melayan kerenah anak-anak ni. Bila mereka mula 'bersidang' memang pengsanlah kita mendengarnya. Pitam terus!
salam MD!
Deletehaha. baik sungguh kawan ku yang sorang ni
ada ajelah. line internet buat hal. marah dia! haha
dia hari pertama dah halau mama dia
padahal mama cuti lama juga kali ni. ngada tau! haha
kalau dari segi rupa, memang sekali pandang nampak cam tapak kaki dinosaur
tapi sebab dah tua, kita punya pikiran lain sikit
afif pula pikir lain, level imaginasi masih tinggi
layankan ajelah
haha...you are absolutely right!
fening kan kadang tu. tapi sebenarnya itu yang seronok
yan dapat bayangkan muka kening hampir bercantum
ReplyDelete.bijak2 ...kena je jwapannya...haha
hahaha...dia kalau menegaskan apa yang dia cakap
Deletememang berkerunlah kening...hahaa
cerdiknya, ingatkan dinosour mana la tadi
ReplyDeletehaha...imaginasi budak
Deletehaha...tak terpikir nak sebut tv3 time tu
ReplyDeletehihi....betul tu anak anak ni kan suci, nampak je badan depa kecik tapi kadang kadang depa ni bijak. Kita yg tua ni pun jadi berfikir dengan jawapan yg dia bagi
ReplyDeletetulah kan OKje...pendapat diorang jujur
Deletetu yang kadang kita pun terkena balik
adeh ... dah nak sgt try kebriliantnan si akif , kan kena balik .... heheheee ... dah lama x ke sini , rindu lak ...heh heh heh
ReplyDeletehaha...tulah pasalnya
Deletekonon nak kata try...pastu mendapat! haha
saya pun lama juga tak ke blog vee =)
Bijak Afif. Alhamdulillah. Anak sape tu ye? Hehe
ReplyDeletehaha...mestilah anak mama! haha
Delete