Aisyah Pun Nak Celebrate Birthday Juga

7:27:00 am Yana Yani 20 Comments

Birthday Aisyah pada tahun ni jatuh pada hari bekerja. YY memang tak sempat nak buat apa-apa. Kebetulan juga pada hari yang sama, YY tak berapa sihat. Besoknya terpaksa ambil MC. Walau Aisyah belum mengerti maksud sebenar birthday, dia tetap dok bertanya tentang kek. Hati seorang Mama terasa macam diguris bila pertanyaan tersebut diajukan. Faham yang Aisyah pun nak celebrate birthday juga.

Hari Sabtu tu gigih juga YY menyiapkan apa yang Aisyah suka makan. Aisyah ni apa sahaja pasal kek memang dia cukup suka. Memang dia akan berulang makan. Tu yang seronok baking bila anak-anak suka makan. Bila dia nampak YY dok sediakan segala macam bahan untuk buat kek, Aisyah seolah dah dapat bau. "Mama nak buat kek untuk Adik ye?" tanya Aisyah dengan senyuman meleret.

Gigih YY baking dua kali hari tu.

Aisyah Pun Nak Celebrate Birthday Juga
Congo bar coklat yang dimasak penuh kasih sayang untuk Aisyah (^_^)

Satu YY buat congo bar dan satu lagi YY buat kek pelangi. Untuk kek pelangi, ini adalah pertama kali YY gunakan ovalette. Biasa YY gunakan resepi Mak YY yang hanya menggunakan telur. Malangnya kek tersebut mendap di tengah yang mungkin disebabkan suhu oven yang terlalu panas. Masa tu, YY terus masukkan adunan kek pelangi selepas congo bar siap dimasak.

Ish, malang betul. Ini pertama kali kejadian macam ni terjadi sepanjang YY dok ketagih membaking kebelakangan ni. Of course ianya satu pengalaman berharga buat YY.

Aisyah Pun Nak Celebrate Birthday Juga
Kek pelangi ni masak dengan kasih sayang, tapi terover kot. Tu pasal mendap (^_^)

Tapi apa yang buat priceless adalah apabila melihat kesungguhan Aisyah makan apa yang YY sediakan untuk dia pada hari tu. Hilang segala penat lelah. Even perasaan kecewa yang disebabkan kek mendap pun hilang macam tu aje. Seronok betul dok tengok dia bersungguh makan. Hehe!

Aisyah Pun Nak Celebrate Birthday Juga
Bersungguh dia makan!

Petangnya pula kami bawa Afif dan Aisyah berjalan ke Aeon Bukit Raja sebab diorang nak beli mainan. Diorang dapat duit RM10 daripada Acu sempena birthday diorang. Sebenarnya YY dan MyChintaHati memang sengaja bawa diorang berdua ke situ sebab tahu yang diorang tak akan dapat sebarang mainan dengan duit sebanyak tu. Jahat kami kanHehe!

Aisyah Pun Nak Celebrate Birthday Juga
Aisyah excited nak beli mainan. Afif pula tak kelihatan dalam gambar

Nanti bila diorang dok tengok harga mainan yang berganda lebih mahal daripada duit yang diorang ada dalam tangan, masa tulah YY akan cucuk jarum suruh diorang menyimpan. That time, it was a brilliant idea. Tak terfikir yang diorang akan pergi lebih jauh daripada itu. Tapi hari itu memberikan satu pelajaran baru buat YY dan MyChintaHati yang budak zaman sekarang lebih bijak daripada apa yang disangka.

Diorang bukan sedih bila dok tengok harga mainan yang mahal tapi diorang boleh kata yang diorang boleh pergi kedai lain. Especially Afif. Aisyah hanya mengikut. Hampir setiap kedai yang dirasakan mempunyai mainan dijelajah Afif dan Aisyah sehingga mereka bertemu dengan Daiso.

Aisyah Pun Nak Celebrate Birthday Juga
Aisyah tengah dok leka main mainan yang baru dia beli

Diorang bukan beli satu, tapi setiap seorang beli dua! Siap suruh Papa bayar tambahan duit. "Ala Papa, 60 sen aje!" kata Afif memujuk Papa dia menambah duit. Sabar ajelah! Payah kalau dah terlebih pandai ni. Next time Mama dan Papa kena lebih pandai putar belit ni. Idak naya kami!

Mainan tu pula dapatlah bertahan selama seminggu sebelum ianya musnah akibat pertempuran dua-beradik. Diorang berdua aje, tapi kalau bergaduh, bergegar rumah wei! Adui! Nak meletup otak kadang dibuatnya. Tu yang most of the time YY jadi King Kong. Kalau takat jadi Tarzan aje, diorang tak takut. Kalau jadi King Kong, ganas sikit. Gerun jugalah untuk seketika sebelum pertempuran disambung kembali. Hehe!

Apa yang pasti hari tu memang sesuatu yang menyeronokkan lebih-lebih lagi bila dapat melunaskan hasrat anak-anak. Buat Afif dan Aisyah, kalau suatu hari nanti terbaca coretan Mama ni, percayalah yang Mama dan Papa dah sehabis adil memberikan layanan yang sama rata buat kamu berdua. Dan ketahuilah juga yang kami sangat menyayangi kamu dunia dan akhirat (^_^)

20 comments:

  1. akhirnye dpt gak hadiah dgn nilai rm10 tu yeak yana...budak2 bijak mcm nie....tak kenal putus asa..cari dan terus mencari eheheheehe....

    rajin yana membaking...anak2 suke mkn mmg rajin kite nak buat kan ...lieya ni bab baking kek mmg lemahhhhh..... mixer tu dah lama jadi tukun dlm lemari hihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...tulah pasalnya lieya. ingatkan nak suh simpan
      tapi diorang nak juga beli walau benda tu murah

      rajin tak rajinlah lieya. anak2 saya suka makan
      saya pun rasa sonok bila diorang suka makan tu
      tu yang bersemangat nak buat =)

      Delete
  2. saya pun pernah juga buat kek dia mendap.rasa dah sedap dah tapi tak cantik la.selalunya saya putar krim makeup cantik2..kompem anak2 makan tak toleh kiri kanan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah saya ni pun diana
      rasa sedap dah tapi mendap tengah tu
      tension betul tau!

      saya belum pandailah buat benda gitu...hehe

      Delete
  3. gigih mmebaking tu..saya suka makan kek, tp membuat nye tuu..susah sgt..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. gigih sangat katanya...haha
      pada saya tak susah sangat...saya suka
      cumanya benda perlukan kesabaran dan teknik
      tak betul teknik jadi cam sayalah...mendap! haha

      Delete
  4. memang seronok memasak kalau anak2 makan bersungguh kan.. betul tu yana sebagai ibubapa memang kita akan cuba berlaku seadil mungkin untuk anak2 kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah pasalnya kan kak
      rasa seronok sangat bila air tangan kita tu diorang makan
      lagilah kalau diorang cakap sedap
      mau hari-hari buat...haha

      tulah kan kak...kadang diorang ni tak tahu

      Delete
  5. salam kak, wah semanagat nya aisyah makan congo bars!

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikummusalam
      semangat yunk wei! dia suka benda tu

      Delete
  6. mesti seronok kan bila diorang mkn je apa mama diorang masak..mendap pun mendap lah..selamat harijadi Aisyah..semoga makin bijak.pandai ye, masuk Daiso..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok tak terkata sal wei
      even sal pun kalau masak, pastu orang lain suka, mesti sonok kan
      ini pula anak sendiri...memang bersemangat! hehe
      mendap pun habis juga sal =)

      tulah...budak sekarang. aeon mahal...kita masuk daiso! hehe

      Delete
  7. hehehe....bersemangat aisyah makan....xsesia mama dia buatkan utk dia...mmg berbaloi kalau tgk anak2 mkn bersungguh hati makanan yg kita masak kan.....dh xkira dh penat tuhh hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. bersemangat deanna! lagipun dia memang suka
      tu yang rasa happy sangat masak bila habis tau
      rasa best sangat! hehe
      lupa dah penat lelah =)

      Delete
  8. aida ni memang la x pandai baking.
    buat kek aje mesti mendap :( sedih.
    tu yg malas tu nak baking hu hu hu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti lelama boleh tu aida
      kena selalu practise
      sebab buat kek ni kena ikut measurement
      salah measurement jadi lain
      banyak rules dia, tapi saya seronok
      memang akan buat lagi =)

      Delete
  9. Comelnya dua beradik ni. Suka tengok Aisyah berselera + bersungguh makan kek dia. Happy belated birthjday, Aisyah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kak...suka betul dia makan kek tu
      aisyah punya selera lebih besar daripada abang dia =)

      Delete
  10. Hahaha!

    Dengan budak-budak janganlah berani nak putar belit. Kang terbelit lidah sendiri, kelu tak boleh menepis dugaan kang!

    Kita fikir kita pandailahkan YY sebab kita ni makan cikades lebih lama daripada mereka tapi yang sebenarnya anak-anak zaman sekarang ni akal mereka berfikir, kalutlah kita sebentar mencari jawapan!

    Untunglah anak-anak suka emak masak apa pun. Kalau macam saya ni rajin ke dapur, memang saya ajelah yang untung! Saya masak, saya makan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ish...dia gelak lagi
      hobilah tu dok gelakkan orang arini

      tapi tulah...memang tak nafikan kepintaran budak zaman sekarang
      terlalu extreme kadang tu
      kita pula yang jadi biul balik sebab diorang

      dah nama masakan mak...harus suka
      tak suka memang nak kenalah jawabnya...haha

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...