Aisyah Genap Empat Tahun

7:39:00 am Yana Yani 36 Comments

Hari ini genaplah usia anak dara YY, empat tahun. Cepatnya masa berlalu. Tak sangka dah empat tahun dah dak Aisyah yang dipinjamkan kepada YY dan MyChintaHati ni. Rasanya macam baru aje semalam keluar masuk wad atas pelbagai sebab sepanjang tempoh mengandungkan dia. Tau-tau dah ada depan mata.

Syukur Alhamdulillah atas nikmat yang diberikan oleh-Nya.

Aisyah Genap Empat Tahun
Aisyah ketika berusia dua tahun

Setakat sehingga entry ini ditaip dengan penuh kasih sayang, masih belum ada perancangan sama ada ingin membuat sambutan atau tidak bersempena dengan ulang tahun kelahiran MyLittlePrincess. Tapi kalau tanya YY, memang pasti akan buat walau hanya dengan sepotong kek. Tapi MyChintaHati mempunyai pandangan berbeza. Hehe!

Benda paling penting dalam sejarah kehidupan seseorang individu ini sememang harus disambut pada pendapat YY. Lagilah bagi manusia bernama Mama seperti YY ni. Menjelang hari kelahiran setiap anak tu dah dok countdown. Malahan setiap detik mengharungi jerih payah membawa seorang hamba ALLAH di atas muka bumi mampu diingati.

YY sangat yakin sekiranya diberikan kesihatan akal fikiran yang baik, setiap detik dan saat yang membahagiakan itu akan pasti diingati sehingga nafas yang terakhir.

Aisyah Genap Empat Tahun
Budak baik ni dah genap empat tahun!

Buat Aisyah, ketahuilah yang Mama dan Papa sentiasa mendoakan yang baik-baik untuk Aisyah dan juga Abang. Ingat pesan Mama ni, Aisyah kena selalu jadi budak baik. Tak mau nakal-nakal. Dengar kata Mama, Papa, Aki, Wan, Nenek, Atuk, Abang dan sesiapa sahaja yang menyeru Aisyah melakukan kebaikan.

Mama doakan Aisyah menjadi anak yang solehah yang mampu membahagiakan Mama dan Papa di dunia mahupun di akhirat. Belajar pandai-pandai ye sayang. Yang pasti Mama sayang sangat dekat Adik dan Abang. Last but not least, SELAMAT HARI JADI SAYANG! Muahhh!

36 comments:

  1. 4 tahun dah aisyah...alhamdulillah, sama umur dengan adrien ni, bulan lahir pun sama nampaknya, adrien 9 dis...

    apapun acik doakan aisyah menjadi anak yang solehah, menyenangkan hati mama papa dan menjadi anak yang cemerlang dunia dan akhirat

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah kak...empat tahun dah budak baik ni =)
      ye saya memang tahu dia sebaya adrien
      cuma saya tak tahu adrien muda sikit dari aisyah

      terima kasih kak. aaminn
      itulah harapan saya dan suami =)

      Delete
  2. epi besday aisyah yg comel....hehehhe....moga jd anak yg solehah......sekejap jer masa berlalu kan....besday dia ngn abag dia xjauh sgt kan YY....mcm dekat2 jerrrr......

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih deanna...aaminn =)
      tulah kan, saya sendiri rasa tak sangka
      ye...lebih kurang 10 hari aje jarak tarikh lahir diorang =)

      Delete
  3. Yeah, dah empat tahun! Tak lama lagi jerk ni nak tunggu. Hahaha!

    Selamat hari ulangtahun ke-4, Aisyah comel, busyuk-busyuk manja! Pinjam pipi sekejap, Mommy ...eh, aunty nak cubit-cubit geram ler!

    Kejap ajekan YY masa berlalu. Tahun depan dah mula episod baru dalam hidup mereka -kena pi belajarlah pulak. Entahlah tak tahu apa akan jadi bila budak-budak ni bersekolah. Memang cikgu zaman sekarang ni cepat beruban dek perangai anak-anak murid yang bijak-bijak belaka ^_^

    Aisyah, kena maintain comel sampai besar tau! Kalau nak buat perangai pun dengan mama cukuplah. Mama awak penyabar katanya... mak mertua awak kurang kesabarannya. Hahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa yang tak lama lagi nak tunggu tu MD wei! hehe

      hehe...terima kasih MD my besan to be
      oops! hehe
      kecomelan itu di luar kawalan MD wei
      tapi kalau ngikut mama dia, memang sampai tua
      comel memanjang...hehe

      tulah kan, bebudak zaman sekarang memang cerdik belaka
      mana tak biul cikgu melayan karenah diorang =)

      Delete
  4. selamat hari jadi Aisyah...semoga membesar menjadi anak yang solehah ye

    pendapat saya, sambut jelah walaupun kecik.sebab birthday Afif hari tu kan sambut.hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sal. aaminn

      insya allah. ada rezeki adalah =)

      Delete
  5. memnag dari kecik dah comel la dia ni..hehhe..
    selamat hari jadi Aisyah..:)

    ReplyDelete
  6. salam Kak YY,

    sanah helwah aisyah! yana aamiin semua doakan akak untuk aisyah ye.
    Semoga Aisyah jd puteri solehah .

    Kak YY, buat la congo bars untuk aisyah heheheh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumussalam
      terima kasih yana. aaminn

      tak sempat lagi nak buat congo bar yunk wei =)

      Delete
  7. Dah beso anak dara yg cute ni..Happy born day dear Aisyah.. Moga jd anak solehah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah. membesar dengan sihat dan cerdas =)
      aaminn. terima kasih kak =)

      Delete
  8. Alhamdulilah... Dah 4 tahun usia Aisyah. Sihat membesar disamping keluarga bahagia YY. Semoga menjadi anak yg soleh...Aminn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah. nikmat yang diberikan oleh-NYA
      aaminn. terima kasih BM =)

      Delete
  9. birthday anak sis dekat2.. Selamat ulang tahun keempat dak comel..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kebetulan...lebih kurang dua minggu
      anyway, thanks syida =)

      Delete
  10. Selamat ulang tahun kelahiran Aishah..
    Semoga jd puteri solehah.. Ameenn..

    ReplyDelete
  11. alhamdulillah..dh besar dia..smoga trs mbesar mjd ank y solehah serta bjaya dlm khidupan dunia akhirat..amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah. pejam celiki dah genap 4 tahun
      tahun depan sekolah dah insya allah
      apapun terima kasih lya...aaminn

      Delete
  12. besar da dia =) jadi anak solehah.. amin..

    ReplyDelete
  13. Hepy Bezday Aisyah yg comel....Aunty doakan moga makbul doa mama.....


    ReplyDelete
  14. Pejam celik 4 tahun dah ye.... Happy belated birthday sayang.... semoga jadi anak yang baik ya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah..rasa cam baru semalam dia kuar =)
      apapun terima kasih ye
      aaminn

      Delete
  15. moga membesar jadi anak yg solehah ye.

    ReplyDelete
  16. Aisyah!!!! si budak omey tu dah 4 tahun? wahhh dah besar..dah cerdik...semoga menjadi anak yg soleh ye syg aminnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup! 4 tahun sudah!
      terlebih cerdik ditambah dengan mulut becok =)
      apapun terima kasih ye JM
      aaminn

      Delete
  17. Happy belated birthday Aisyah. Smoga membesar sebagai anak yg solehah.

    ReplyDelete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...