Sambutan Hari Jadi Aki dan Afif

7:15:00 am Yana Yani 41 Comments

Sabtu malam minggu lepas, majlis sambutan hari jadi untuk Abah YY a.k.a Aki dan Afif diadakan. Kira dah agak lama. Baru sekarang YY dapat ceritakan. Punyalah sibuk sangat katanya. Hehe! Nak buat camne lagikan. Situasi yang bukan dipinta, terpaksa juga hadap. The good thing is, dapat juga update blog walau tak sekerap dulu.

Anyway, Abah YY dan Afif berkongsi bulan kelahiran yang sama. Beza sehari sahaja. So Sabtu lepas, adik-adik YY mengadakan sambutan hari jadi untuk mereka berdua. YY hanya datang makan aje. Tulah untungnya ada adik-beradik ramai dan paling best menjadi hak paling tua! Hehe!

Sambutan Hari Jadi Aki dan Afif
Antara makanan yang ada pada malam tu

Alhamdulillah, banyak juga rezeki kami pada malam tu.

Orang ni bawa sikit, orang tu bawa sikit, benda sikit pun jadi banyak, YY pun berganda size lepas tu. Dah macam ikan buntal kejadiannya. Mananya tidak, YY yang asalnya hanya bawa perut kosong mengalami kesukaran untuk bangun selepas tu sebab overload! Hehe! Niat nak berdiet tu memang harapan ajelah!

Sambutan Hari Jadi Aki dan Afif
Aki dan Afif potong kek

Afif ceria aje sebab dapat potong kek dengan Aki dia. Agaknya pasal tu dia tak heran sangat bila esoknya YY buatkan kek, dia main lahap aje tanpa sempat YY ambil gambar. Cerita pasal kek yang dia request ada YY ceritakan di sini.

Abah YY pun sama. Seronok aje sepanjang malam tu. Memang jelas nampak kegembiraan pada raut wajah dia. Mungkin dia rasa bahagia bila kesemua anak, menantu dan cucu ada di sisi meraikan hari yang cukup penting dalam hidup dia.

Sambutan Hari Jadi Aki dan Afif
Aisy, Anis, Angah, Afif dan Khaira sempat lagi posing walau tengah makan.

Malahan kami semua rasai keseronokkan yang sama pada malam itu walau cuaca agak sejuk disebabkan hujan lebat sejak petang. Ianya tidak sedikit pun merosakkan kelancaran sambutan yang diadakan secara kecil-kecilann ini. Dapat juga berkumpul semua dalam rumah di mana kami enam beradik dibesarkan.

Sambutan Hari Jadi Aki dan Afif
Posing lagi mereka ni. Pantang kamera dihala pada diorang!

YY tak teringat langsung nak ambil gambar kesemua adik-beradik YY pada malam tu. Entah kenapa hidangan satay dan KFC pada malam tu buat YY lupa sekejab suasana disekililing. Dapat pula makan kek Red Velvet daripada Resipi Rahsia. Memang marvelous! Makan memang tak pandang keliling dah! Sedap betul makan benda yang ada banyak kalori tu. Hehe!

Yang pastinya we had a very good time malam tu. Sangat memorable. Entah bila suasana dan keadaan seperti itu dapat diulangi semula. Yelah, masing-masing ada tanggungjawab dan tuntutan peribadi yang perlu dilaksanakan. Kadang terasa cepat betul masa berlalu. Rindu zaman kanak-kanak, zaman di mana walau kami sering bergaduh tapi kami cukup seronok.

Sambutan Hari Jadi Aki dan Afif
Dulu YY kecil aje, sekarang dah sama besar dengan Abah. Hehe!

Apapun, sambutan hari jadi Aki dan Afif memang meriah malam tu. Kalau boleh YY nak ulang semula apa yang berlaku pada malam tu. Especially part makananlah! Makanan malam tu best belaka! Nak pula orang belanja, memang best sangatlah! Hehe! Dasar pelahap! Dah tu ada hati nak kurus katanya! Mimpilah YY wei! (^_^)

Rabu ni hari jadi Aisyah pula. Tak tahulah sempat ke tidak nak buat sambutan sebab hari bekerjakan. Biasa buat juga walau hanya secara kecilan. Yelah, benda yang membawa erti seperti ini harus disambut mengikut justification YY. Hehe!

Rasanya sampai di sini sahaja bebelan YY mengenai sambutan hari jadi Aki dan Afif. Till we meet again, Assalamualaikum (^_^)

P/S - Esok, Insya Allah kita akan masuk ke bulan terakhir dalam kalendar Masihi untuk tahun 2015. Sungguh pantas masa berlalu kan? Tak terkejar kita dibuatnya.

41 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Resepi Congo Bar Mengunakan Sukatan Cawan

9:16:00 am Yana Yani 36 Comments

Resepi Congo Bar Mengunakan Sukatan Cawan | Hari dengan berbesar hatinya YY nak share resipi congo bar yang hanya menggunakan sukatan cawan. Sebenarnya ini adalah pertama kali mencuba resipi congo bar ni. Cis! Baru pertama kali cuba ada hati nak share resipi? Hehe! Tak apalah dak? Lagipun memang sangat mudah dan sedap berbanding kek yang biasa YY buat.

Resipi asal YY perolehi daripada +Diana Rashid time dok Google resipi untuk congo bar ni. Terus tergerak hati nak cuba sebab nampak sangat mudah cara penyediannya. Tapi YY tidak 100 peratus mengikut resipi asal. YY olah mengikut bahan yang YY ada di rumah. Klik [resipi asal]

Resipi Congo Bar Mengunakan Sukatan Cawan
Congo bar versi YY yang sudah siap dibakar

Bahan-bahan yang diperlukan untuk congo bar adalah:

- 2 1/2 cawan tepung naik sendiri
- 1 cawan marjerin
- 1 cawan gula perang
- 3 biji telur
- 3 tbsp serbuk coklat
- 1 tsp esen vanila

Untuk bahan tambahan, YY menggunakan coklat chip dan juga coklat masakan.

Sebelum sediakan adunan untuk congo bar ni, pastikan oven dipanaskan mengikut suhu yang bersesuaian. YY gunakan suhu 180C. Pastikan juga loyang sudah disapukan marjerin dan diletakkan kertas kek. Tapi YY hanya menggunakan aluminium foil. Jadilah! Janji senang nak angkat bila dah masak nanti (^_^)

Mula-mula sekali ayakkan tepung naik sendiri bersama dengan serbuk koko. Lepas tu letak di tepi. Pukulkan mentega dan juga gula perang. Masukkan pula telur. Pukul lagi untuk seketika. Campurkan tepung dan serbuk koko yang sudah diayak tadi. Gaul sehingga rata menggunakan senduk kayu. Lepas tu YY campurkan coklat cip.

Lepas tu YY letakkan sebahagian adunan ke dalam loyang yang telah YY sapukan dengan marjerin dan letakkan aluminium foil tadi. YY letakkan pula coklat masakan yang YY telah potong ke atas adunan. Lepas tu YY tutup coklat masakan tu dengan lebihan adunan tadi.

Masukkan dalam oven yang dipanaskan tadi selama 40 ke 50 minit. Masa dan suhu ini berdasarkan jenis oven korang. Lain oven, lain juga suhu dan masa. Kena pandai adjust.

Bila dah masak tu, kena tunggu sejuk. Jangan terus potong. Dengar cerita congo bar ni akan berderai jika dipotong ketika masih panas.

Resipi Congo Bar Mengunakan Sukatan Cawan
Congo bar versi YY dari bahagian tepi

Bila dah sejuk tu, bolehlah potong. Serius memang sedap! Tak tipu! YY terus dah terjatuh cinta dengan rasa dia tambahan pula ianya lebih mudah dari segi penyedian. Confirm akan buat lagi! Mungkin YY akan cuba letak bahan tambahan lain pula in the future.

Resipi Congo Bar Mengunakan Sukatan Cawan
Keadaan rupa congo bar setelah dipotong

Aisyah sangat suka dengan congo bar ni. Banyak kali juga dia dok berulang makan. Bangun tidur pun cari congo tu dulu. Mungkin sedap pada tekak dia. Tapi Afif tak suka. Dia kata keras terutama di bahagian luar tak macam yang biasa YY buat. Hehe! Memang camtulah rasa congo bar sayang wei!

Agaknya sebab dia rongak kot. Susah nak makan. Hehe!

Resipi Congo Bar Mengunakan Sukatan Cawan
Aisyah tengah dok syok makan congo bar

YY sangat galakkan korang cuba buat congo bar ni. +Diana Rashid siap ada business buat benda ni tau. Manalah tahu korang pun boleh buat business juga macam dia. Kalau suruh YY, memang tak lah jawabnya. Untuk makan sendiri aje boleh buat. Hehe!

Rasanya itu ajelah bebelan YY di hujung minggu ni. Take a good care of yourself ye. Semoga ketemu lagi di lain entry. Assalamualaikum

Resepi lain yang harus dicuba
Cara Membuat Donat Simple
Resepi Kek Tok Gajah!
Resepi Kek Coklat Moist Bakar
Resepi Kek Marble Bakar
Resepi Kek Coklat 3 Minit Guna Microwave
Resepi Mudah Puding Roti Coklat
Resepi Kek Minyak Menggunakan Sukatan Cawan
Resepi Kek Pisang Menggunakan Sukatan Cawan

36 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Cara Afif Celebrate Birthday Yang Ketujuh

7:18:00 am Yana Yani 58 Comments

Sejak tahun lepas, Afif dah mula pandai countdown hari menjelang birthday dia. So boleh dikatakan hampir setiap hari dia akan membelek kalendar. Kalau boleh semua orang dia nak beritahu yang birthday dia dah dekat. Dia juga dah maklumkan YY awal-awal cara dia nak celebrate birthday dia yang ketujuh pada tahun ni.

Tahun ni Afif requested YY untuk menyediakan cupcake. Biasanya kalau hari Ahad, YY tak berapa rajin nak bangun pagi. Tapi disebabkan hari tu adalah hari yang cukup istimewa, gigih jugalah YY menyiapkan cupcake seawal pagi. YY bukanlah pro, tapi demi seorang insan bernama anak, benda tak tahu pun, paksa jadi tahu. Hehe!

Tapi level rajin tu sekejab aje. YY sempat buat dua dozen aje sebelum kemalasan datang menyerang. Rasa macam tak sanggup nak tunggu semua cupcake siap. Walau tempoh masak lebih singkat berbanding kek biasa, kerajinan tiada untuk tunggu semua masak, So YY decided masukkan lebihan adunan dalam loyang, pastu kasi bakar! Hehe!

Cara Afif Celebrate Birthday
Kek dan cupcake sempena birthday Afif

Afif pun teruja bila dia tengok ada cupcake dan kek tambahan yang dibuat khusus untuk dia. Padahal punca kejadian kek tambahan tu sebab Mama dia malas nak tunggu semua cupcake masak. Hehe! Disebabkan terlalu excited, dia dah potong dan makan dulu sebahagian kek tanpa YY sempat nak ambil gambar. YY hanya dapat snap ketika cupcake dah tinggal separuh dan kek yang sudah dipotong.

Cara Afif Celebrate Birthday
Birthday boy tengah excited makan kek

Lepas tu dia request dengan Papa dia nak balik kampung sebab nak memancing. "Hari ni hari jadi Afif, mesti Afif dapat ikan banyak" kata dia bila kami dalam perjalanan pulang ke kampung MyChintaHati. Sampai aje, dia terus menuju ke kolam yang mengandungi ikan. Nampak sangat dia dah mula gian memancing.

Disebabkan musim hujan, air di dalam kolam tersebut agak penuh. So YY dan MyChintaHati bergilir memerhatikan Afif. Takut juga kalau dia panjat kolam macam kebiasaannya. Malangkan datang tak berbau, so langkah pencegahan perlu diambil.

Cara Afif Celebrate Birthday Yang Ketujuh
Afif memancing sambil diperhatikan MyChintaHati

Aisyah pula macam sebelum ni, sibuk dengan dunia dia sendiri. Dia hanya akan datang menghampiri apabila Afif menjerit kegirangan apabila ikan berjaya dinaikkan.

Cara Afif Celebrate Birthday Yang Ketujuh
Tengok dia tersengih camni, teringat diri sendiri pula. Hehe!
Cara Afif Celebrate Birthday Yang Ketujuh
Aisyah leka main pistol air

Hari tu pula kebetulan memang agak banyak ikan mampu dinaikkan oleh Afif walau hanya berumpankan roti. Kalau tak silap YY ada empat ekor ikan yang berjaya dinaikkan dengan hasil usaha dia sendiri. Dia yang pasang umpan, dia yang cabut mata kail dari mulut ikan dan dia juga yang lepaskan semula ikan yang ditangkap ke dalam kolam.

Cara Afif Celebrate Birthday Yang Ketujuh
Afif tersenyum girang dengan ikan yang berjaya ditangkap

Tapi ada peristiwa yang agak kelakar terjadi ketika Afif menangkap salah seekor ikan. Mata kail dia secara tak sengaja telah tersangkut dan mengenai mata ikan yang dikail Afif. Afif sangat panik. Dia almost tak tahu nak buat apa selain dari menjerit minta bantuan Papa dia. Dan YY berjaya merakam peristiwa ni. Hehe!


So begitulah cerita cara Afif celebrate birthday dia yang ketujuh. Penuh dengan pelbagai pengalaman yang mungkin satu hari nanti boleh diceritakan pada anak-anak dia.

Buat Afif, Mama dan Papa sentiasa mendoakan yang terbaik buat Afif. Kami terima segala baik dan buruk Afif seadanya. Afiflah permata kami yang sangat berharga dan tiada galang ganti. Keceriaan Afif adalah kebahagian kami. Jadi contoh yang terbaik buat Adik ye sayang. Jangan lupa pada DIA yang SATU. Semoga Afif peroleh kebahagian di dunia dan akhirat. Aamin.

58 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

It Is Just My Two Cents

11:58:00 am Yana Yani 32 Comments

It It Just My Two CentsBagi sesiapa yang sering berkunjung ke Diari Seorang Mama (DSM) pasti perasaan lately YY banyak posted entry berbentuk pendapat. Bukan sebab nak tunjuk pandai ye. No, no, no!

Yang sebenarnya, YY masih belum dapat selesaikan masalah laptop YY. Daripada blog ini terbiar kosong, why not YY luahkan pendapat YY tentang sesuatu isu dari sudut pandangan mata YY. Besides, it is just my two cents (^_^)

Disebabkan masalah tu, banyak entry terpaksa dihold buat sementara waktu. Salah satunya entry yang ditujukan khas buat Afif sempena ulang tahun kelahiran dia. Rasa ralat juga. Tapi nak buat camne lagi dak?

Nak gunakan phone, YY rasa kurang selesa pula. So terpaksalah hadap situasi ni yang entah bila akan selesai. Apapun Afif tahu kan, Mama sayang sangat pada Afif dan Adik. Papa pun Mama sayang juga tau. Tapi Afif dengan Adik lebih sikit. Hehe!

Entry berbentuk pendapat ni lebih mudah dihasilkan sebab YY boleh gunakan masa rehat YY untuk luahkan pendapat YY. Lagipun ia hanya berdasarkan pandangan YY semata-mata. Tak semestinya korang perlu bersetuju dengan pandangan YY.

Kita semua tahu yang setiap di antara kita mempunyai justification yang berbeza. In fact, manusia itu sendiri sudah unik kejadiannya, maka perbezaan pendapat pasti ada. Mungkin pada pandangan YY ianya betul, tapi pada pandangan korang ianya adalah sebaliknya. So, it is normal.

It Is Just My Two Cents

So tiap kali YY post entry berbentuk pendapat, korang tak usah risau untuk meluahkan pendapat korang. YY hormati pendapat atau pandangan korang. Lagipun prinsip YY, cerita hari ni, habis hari ni. Tak ada maknanya nak berdendam kesumat hanya kerana perbezaan pendapat (^_^)

Rasanya sampai sini ajelah bebelan YY untuk hari ini. Semoga kita bertemu lagi di lain entry. Insya ALLAH. So, YY akhiri entry ini dengan ucapan, Assalamualaikum (^_^)

P/S - Sekarang ni musim hujan. Alert dengan keadaan sekeliling ye kekawan. Macam-macam boleh jadi dengan kekuasaan DIA yang SATU.

32 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Benarkah Perkhidmatan Hospital Kerajaan Teruk?

1:12:00 pm Yana Yani 45 Comments

Cerita kurang enak mengenai hospital kerajaan bukan sesuatu perkara baru. Pandangan bersifat prejudice ini memang sudah lama kedengaran. Cumanya sejak teknologi semakin canggih, maka cerita lebih cepat tersebar. Persoalannya, benarkah perkhidmatan hospital kerajaan seteruk seperti yang digembar-gemburkan.

Benarkah Perkhidmatan Hospital Kerajaan Teruk?Untuk makluman, hospital kerajaan, Hospital Besar Tengku Ampuan Rahimah Klang (HTAR) to be specific sudah seperti rumah kedua YY kerana kondisi kesihatan YY.

Keluar masuk wad sudah menjadi sebahagian kehidupan YY. Even bersalin YY tidak berpeluang membuat pilihan. YY mesti bersalin di hospital tersebut.

HTAR adalah antara hospital kerajaan yang sering dilabel sebagai hospital yang memberi perkhidmatan lousy. Ada ramai kawan YY yang hanya dengar cerita atas cerita tidak mahu bersalin di hospital berkenaan. Sanggup travel jauh ke Hospital Besar Sungai Buloh (HSG) semata-mata inginkan keselesaan.

Ironinya hari ini, HSG menjadi bahan cemuhan netizen kerana dikatakan gagal memberikan servis sempurna untuk ibu yang mahu bersalin. Untuk makluman, HSG hanya dikhususkan untuk penduduk sekitar daerah Gombak, daerah Petaling dan juga daerah Kuala Selangor. Tapi ada yang bukan penduduk daerah berkenaan sanggup ke situ atas seribu alasan.

Dalam kes yang sedang viral hari ini, YY percaya ia terjadi kerana lambakan pesakit. Ianya di luar kemampuan pihak hospital untuk mengawal. Bila dah terlalu ramai, what do you aspect? Tambahan kita berurusan dengan manusia yang mempunyai perasaan sepertimana kita. Even diorang attended beratus kali latihan soft skill pun, perasaan adalah sesuatu yang kadang sukar dikawal.

YY sendiri pernah ditempatkan di katil yang betul-betul di belakang pintu masuk. Tolak aje pintu masuk, lepas tu jenguk sikit belakang pintu, nampaklah katil YY. Pernah juga menggunakan katil berlapis, sekali pandang macam berkongsi katil dengan orang sebelah. Sangat tak selesa. Suasana dah macam di hospital ketika perang dunia kedua. Tapi orang memang terlalu ramai time tu.

Benarkah Perkhidmatan Hospital Kerajaan Teruk?Staff pula sepanjang pengalaman YY, tidaklah seteruk yang orang kata. Atau mungkin juga nasib YY terlalu baik sebab YY tak pernah berjumpa dengan yang perangai teruk.

Tapi YY pernah jumpa staff yang langsung tak balik rumah. Rupa mengalahkan Zombie Kampung Pisang. Kadang satu staff terpaksa buat lebih daripada kerja yang sepatutnya dia buat disebabkan short of manpower.

Betul tak nafikan ada yang mulut macam celaka. Ikutkan hati nak tampar aje mulut tak ada insuran dia tu. Tapi tak akanlah sebab dua tiga orang yang buat lagu tu, kita kata semua staff sama. Tak adillah kan?

Sejauh mana teruknya perkhidmatan hospital kerajaan pada YY adalah disebabkan mindset kita. Mungkin juga expectation kita. Kalau kita mengharapkan layanan seperti hospital swasta, memang tak dapatlah. Pihak hospital pun kalau ada yang complaint, buatlah siasatan. Mungkin juga ada kebenaran.

Janganlah kata semua yang complaint hanya nak condemn. Manalah tahu ianya boleh digunakan untuk penambahbaikan servis hospital. Walk the talk. Jangan asal orang complaint, suruh pergi swasta. Camtu sampai bila nak maju dak?

Kesimpulan untuk cerita ini mudah. Kita semua perlu belajar menghormati peraturan walau di mana kita berada. Belajar juga menghormati perasaan orang tak kira sebagai orang yang memberi atau menerima perkhidmatan.

P/S - Kita sibuk nak ke hospital swasta, warga asing pula sibuk ke hospital kerajaan. Kenapa? Sebab bayaran di hospital kerajaan adalah termurah di dunia disebabkan duit cukai yang kita bayar. Tak rasa sakit hati ke?

45 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Teguran Terbuka Buat Penganjur Giveaway atau Segmen

7:12:00 am Yana Yani 101 Comments

Teguran Terbuka Buat Penganjur Giveaway atau Segmen
Kebanyakkan bloggers menyedari penganjuran giveaway atau segmen merupakan platform yang sangat bagus untuk memperkenalkan blog atau membina tapak di dalam dunia blogger.

Malahan ia mampu meningkatkan trafik blog sepanjang tempoh penganjuran sepertimana yang diulas oleh saudara Hasrul Hassan dalam 10 Cara Blog Peribadi Tingkatkan Trafik Bulanan.

YY dah lama tak menyertai giveaway atau segmen. Tapi setakat hari ni YY dah menyertai lebih kurang 37 giveaways atau segmen dari rules hak yang paling mudah sehingga yang paling susah. Semua YY dah balun. 19 peratus daripadanya YY berjaya. Alhamdulillah.

Cuma malangnya penganjuran giveaway atau segmen ini berdasarkan pemerhatian YY, terlalu banyak kecacatannya sekiranya ia dilakukan tanpa perancangan yang teliti oleh penganjur itu sendiri. Disebabkan itu YY terpanggil untuk memberikan teguran ini kepada penganjur. Ini dilakukan berdasarkan kajian YY sendiri dan bukan dilakukan secara sembrono

Walaupun situasi seperti ini bukan dilakukan oleh semua penganjur, diulang, BUKAN SEMUA! Pun begitu ia tetap mencacatkan rentak atau keberkesanan giveaways atau segmen yang sepatutnya MUDAH dan memberi pulangan sama ada kepada penganjur mahupun peserta.

Kecacatan tu dah nampak ketika penganjur menyenaraikan syarat penyertaan yang kadang-kala tidak jelas atau mungkin main hentam aje janji ada syarat penyertaan. Paling common adalah meninggalkan link penyertaan. Apakah relevan meninggalkan link penyertaan sekiranya pihak penganjur tidak melakukan semakan sama ada peserta benar-benar mematuhi syarat?

Berdasarkan giveaway atau segmen yang YY pernah sertai, YY boleh kira dengan tangan berapa ramai penganjur yang melakukan semakan sedangkan link sudah terhidang! Malahan YY pernah melihat ada peserta yang menang tanpa mematuhi syarat. Sedangkan ada ramai yang jujur tak menang walau setakat hadiah saguhati.

Mungkin perkara di atas adalah kes terpencil, tapi hakikatnya memang wujud!

Paling menyakitkan hati sebagai peserta giveaway atau segmen apabila kita adalah salah seorang pemenang tapi kita tidak mengetahui kita adalah pemenang. By the time kita tahu, hadiah dah expired!

Pasal apa tak tahu? Pasal kita bukan dok hadap giveaway 24 jam semata nak tahu siapa pemenang. Kadang atas dasar sokongan, seorang blogger boleh menyertai berpuluh giveaway pada satu masa. Tak akan semua nak kena hadap kan?

Apa susahnya penganjur atau penaja hubungi pemenang dengan merujuk pada link penyertaan yang diberikan? Buat entry menyenaraikan peserta boleh pula, bagi tahu pemenang tak boleh? Paling kelakar, boleh pula keluarkan entry berbaur sarcasm kata orang tak nak hadiah. Adeh, sapelah yang tak nak hadiah wei! Awak yang tak berusaha hubungi pemenang.

Blogger Mialiana yang super-duper popular tu pun boleh mencemar duli memaklumkan yang pemenang dah diumumkan. Padahal sikit punya ramai menyertai giveaway yang dia anjurkan. Tu namanya orang yang benar telus dalam penganjuran. Lagipun nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Kalau rasa susah, tak payah anjurkan giveaway atau segmen. Kan senang?

Tu belum kes tipu nak bagi hadiah sepertimana yang pernah dialami oleh rakan blogger lain. Kalau tujuan nak kejar followers aje, silaplah wei! Followers ramai belum tentu trafik blog tinggi! Kadang sebab dua tiga kerat blogger yang buat perangai camnilah yang mencacatkan kerancakkan komuniti blogger yang sepatutnya menyeronokkan.

Tu yang buat tawar hati nak join giveaway lately.

Entry ini ditulis sebagai satu peringatan buat diri sendiri juga. Lagipun setiap apa yang kita lakukan, kita membawa nama kita. Once orang dah hilang kepercayaan, chances untuk kita mendapatkan semula kepercayaan itu adalah hampir MUSTAHIL!

So kesimpulan daripada cerita di atas, kejujuran tu perlu baik dari segi penganjuran mahupun penyertaan. Lagipun dunia blogger kita ni kecil aje. Pi mai pi mai, tang tu juga.

101 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Topeng Muka Kain Yang Selesa

7:48:00 am Yana Yani 53 Comments

Topeng Muka Kain Yang Selesa | Cuaca berjerebu sudah lama berakhir tapi baru sekarang YY berkesempatan nak bercerita mengenai topeng muka kain yang YY belikan untuk Afif dan Aisyah pada bulan lepas. YY memang dah lama cari topeng muka jenis kain. Lama juga YY survey sebab agak sukar mencari topeng muka jenis kain. Even kalau ada, harga dia agak mahal dan ianya berdasarkan jenis kualiti kain yang digunakan. Cari punya cari, YY terjumpa Facemask Baila. YY sangat suka servis yang ditawarkan.

Ketika YY hubungi empunya perniagaan, dia kehabisan stok topeng muka kain yang YY inginkan. Atas sebab itu, dia minta YY menghubungi dia semula seminggu dari tarikh YY mula hubungi dia. Disebabkan YY ni jenis pelupa, YY meminta dia yang menghubungi YY sekiranya stok sudah ada.

YY secara jujurnya tidak menjangka untuk dia menghubungi YY semula. Based pada pengalaman YY dengan perniagaan online lain sebelum ini, kebiasaannya mereka memang tidak akan menghubungi semula even seribu janji sudar ditaburkan. Tapi berbeza dengan Facemask Balia.

Dia menghubungi YY dan meminta YY melihat rekabentuk atau design yang YY inginkan. Dia juga menyarankan apa yang sesuai berdasarkan bentuk muka Afif dan Aisyah. Seriously YY sangat impress dengan servis yang ditawarkan.

Ini memang cara yang bagus untuk jaga hati pelanggan (^_^)

Topeng Muka Kain Yang Selesa
Topeng muka kain untuk Afif dan Aisyah

Setelah membuat pilihan, YY terus membuat pembayaran berdasarkan harga yang dipersetujui. Hati YY terus berbunga apabila YY diberikan tracking number pada hari yang sama. Efficient betul!

Selang beberapa hari kemudian, topeng muka kain tersebut selamat YY terima. Afif dan Aisyah sangat teruja apabila YY meminta mereka mencuba topeng muka kain tersebut. Masing-masing nak kata diorang comel bila memakai topeng muka tersebut.

Topeng Muka Kain Yang Selesa
Afif dan Aisyah berposing (^_^)

Pada YY, topeng jenis ini selain daripada ianya selesa dipakai, ia juga lebih menjimatkan dari segi kewangan sebab ianya tahan lama. Ia juga bagus untuk environment sebab ianya boleh dibasuh dan dipakai semula pada bila-bila masa. Contoh paling mudah kalau anak-anak kita terkena sakit yang diakibatkan oleh virus. So topeng muka mampu mengurangkan peratus untuk virus tersebut terus tersebar.

Topeng Muka Kain Yang Selesa
Afif dengan trademark dia, PEACE!

Selain daripada itu, topeng muka jenis kain ini ianya mempunyai corak yang menarik. YY geram dok tengok macam-macam attractive design yang dijual oleh Facemask Balia. Kalau ikutkan perasaan tamak haloba, memang semua jenis design YY nak borong! Mujur YY time nak beli tu terbayang muka MyChintaHati. Insaf sekejab! Hehe!

Topeng Muka Kain Yang Selesa
Nak buat PEACE juga, tapi tak jadi! Hehe!

Kalau korang berminat untuk membeli topeng muka jenis kain, YY sangat recommend korang beli melalui Facemask Balia. Mereka boleh dihubungi melalui fanpage yang YY share di bawah. Servis yang bagus seperti ini harus disebarkan (^_^)

Cara Tempahan=============Guideline pemilihan facemask untuk kanak-kanak:(a) Umur 7 bulan ke 4...
Posted by Facemask Baila on Sunday, 25 October 2015

YY rasa sampai di sini sahaja bebelan YY untuk hari ini. Semoga bertemu lagi di lain masa. Assalamulaikum (^_^)

53 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Berhenti Bersikap Judgmental

4:32:00 pm Yana Yani 34 Comments

Secara rasminya YY sudah tujuh tahun merasai dunia parenting. Walau kadang kala tidak dinafikan ianya memberi sedikit tekanan tapi pada masa yang sama ianya sebuah dunia yang sangat indah untuk diterokai. Ironinya dalam dunia parenting, kita bukan sahaja perlu menghadapi karenah anak-anak yang pelbagai. Tapi kita juga perlu menghadapi sikap judgmental parent lain terhadap diri kita.

Persoalannya, kenapa perlu bersikap judgmental?

Secara logik, ianya barangkali disebabkan masing-masing merasai diri sendiri adalah parent paling sempurna di dalam dunia. Justeru apabila ada parent lain tidak melakukan perkara yang sama sepertimana yang mereka biasa lakukan, maka secara tak langsung wujud sikap judgmental yang boleh mengundang krisis berpanjangan.

YY akui apabila memasuki dunia parenting, YY langsung tidak mempunyai pengalaman dalam selok belok penjagaan bayi. Even pernah dok jaga adik sendiri tapi pengalaman menjaga adik dan anak sendiri adalah dua perkara yang berbeza. Tambahan pula YY adalah seorang ibu yang berkerjaya.

Berhenti Bersikap Judgmental
Image from housemixblog.com

Satu ketika dahulu YY pernah ditegur oleh seorang ibu yang menyokong breastfeed. Yes YY aware bahawa breast milk memang bagus untuk bayi malahan tiada mana-mana susu formula mampu menandingi kehebatan breast milk. Malangnya kondisi kesihatan YY tidak membolehkan YY untuk breastfeed anak-anak YY walau YY terlalu inginkannya.

"Kenapa tak bagi breastfeed? Breast milk ni kena stimulate, barulah susu banyak keluar" Time tu YY terasa nak smacked down aje dia. Tapi atas dasar menghormati dia sebagai orang yang "berpengalaman" YY buat muka trademark YY, tersengih macam kerang busuk sambil dalam hati menyumpah, "You know nothing about me!"

Begitu juga bila Aisyah mempunyai habit menghisap jari. Persoalan seperti tak bedung, tak larang anak masukkan jari ke mulut dan so on adalah antara persoalan yang buat YY stress. Mana awak tau saya tak bedung or tak larang. Awak bukannya fairy godmother yang 24/7 dok sebelah saya.

Ada orang beranggapan bahawa tindakan mereka itu atas dasar memberi nasihat kepada parent lain sedangkan hakikat sebenarnya ianya bukan nasihat apabila kita bertindak judging atau menilai parent lain. Ianya seolah nak mengatakan bahawa awaklah parent yang terbaik di dalam dunia.

Pada YY, dalam dunia parenting, adalah tidak wajar untuk kita menilai atau mungkin bersangka buruk terhadap pilihan dan cara parent lain dalam membesarkan anak mereka. Ada banyak sebab kenapa pilihan itu mereka lakukan contohnya mungkin disebabkan masalah kesihatan, kewangan atau mungkin masalah lain yang di luar pengetahuan kita.

Tak salah memberi nasihat. Please share. YY sendiri suka dengar pengalaman orang lain dan ianya sedikit sebanyak membantu parent yang punyai zero experience seperti YY. Tapi jangan memaksa YY untuk mengikut cara korang. Tak semestinya ianya bagus untuk korang dan ianya juga perlu bagus untuk YY.

Mungkin video di bawah cukup sesuai untuk menggambarkan sikap judgmental dalam dunia parenting. Setiap parent dalam pelbagai lifestyle cuba mengatakan bahawa mereka adalah yang terbaik. Sedangkan hakikat sebenarnya mereka memerlukan antara satu sama lain terutama dari segi aspek sokongan moral dan sebagainya.

Ambil masa untuk pelajari sesuatu daripada video di bawah.


Entry ini diterbitkan berdasarkan pendapat peribadi YY. Tak semestinya korang yang membaca perlu menyokong apa yang YY coretkan. Perbezaan pendapat itu perlu dan ianya juga normal. Salah tetap salah dan betul tetap betul. So feel free untuk drop pendapat korang.

Last but not least, terimalah hakikat bahawa tiada sesiapa pun yang SEMPURNA dan kita semua menuju matlamat yang sama iaitu memberikan yang TERBAIK buat anak-anak kita.

Till we meet again, Assalamualaikum (^_^)

34 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Melepaskan Gian Memancing

7:31:00 am Yana Yani 50 Comments

Memancing merupakan hobi baru Afif. Malahan ianya merupakan satu keseronokkan bagi dia apabila dia diberi peluang untuk memancing. Afif mula terjebak dengan hobi ini apabila dia sering diajak oleh adik lelaki YY, Syafie untuk memancing. Sekarang tiap kali cuti hujung minggu Afif boleh melepaskan gian memancing.

Mananya tidak? Di belakang rumah parents in law YY terdapat kolam yang dulunya digunakan untuk projek penternakan lintah. Malangnya projek itu gagal di pertengahan jalan. Kolam itu terbiar beberapa ketika sebelum kemudiannya diisi dengan benih ikan Talapia. Ikan yang dulu hanya ada beberapa ekor, kini dah pun beranak-pinak.

Peluang tu selalu digunakan Afif untuk memancing walau hanya berumpankan roti.

Melepaskan Gian Memancing
Afif dan Khalish sedang memasang umpan

Macam cuti Deepavali baru ni, sebut balik kampung, terus "hidup" dia. Dia dah set dalam minda dia untuk memancing. Yang buat dia bertambah seronok bila sepupu dia turut ada sama. Maka terjadilah pakatan tiga bujang rongak! Hehe!

Melepaskan Gian Memancing
Diorang tengah dok setting tempat sebelum melabuhkan joran

Baru beberapa ketika umpan diletakkan di dalam kolam, mereka berjaya menaikkan seekor ikan. YY tak sempat nak snap gambar diorang tengah excited dengan ikan yang berjaya ditangkap. Sorakan mereka bertiga kuat bergema sehingga menarik minat Atuk dan Nenek mendekati.

Jelas terpampang kegembiraan di wajah masing-masing.

Melepaskan Gian Memancing
Ikan pertama yang berjaya dipancing

Mereka meneruskan lagi memancing. Sambil menunggu umpan yang dipasang mengena, sempat juga kaki tu direndam di dalam kolam tu. Kolam tu walau kelihatan tinggi, air di dalamnya hanya separas lutut mereka.

Walau hati ni terasa sakit dok tengok diorang berendam dalam kolam yang berkeladak tu, tapi tak kuasa nak membebel. Selalu kalau dah ada geng, apa kita cakap hanya masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. So YY biarkan aje.

Tak lama selepas umpan diletak, mereka dapat menaikkan lagi seekor ikan.

Melepaskan Gian Memancing
Sambil tunggu umpan mengena, kita rendam kaki dulu!

Mana Aisyah? Well, girls will always be girls. Masa abang-abang dia dok sibuk hanyut dalam dunia mereka, Aisyah juga sibuk di dalam dunia dia yang tersendiri. Dia langsung tak peduli sorakan abang-abang dia yang excited apabila berjaya menangkap ikan.

Tak apalah Aisyah. Kamu jadi geng Mama ajelah ye (^_^)

Melepaskan Gian Memancing
Aisyah dengan gaya, "Girls be like..."

Yang pastinya, keseronokkan zaman kanak-kanak dahulu dan sekarang terlalu banyak sangat perbezaan. Zaman kita dulu aktiviti luar adalah satu kemestian berbanding sekarang. Sekarang nak bagi bebudak buat aktiviti luar, terlalu banyak perkara perlu dipertimbangkan terutama dari segi aspek keselamatan.

Terasa agak ralat bila anak-anak YY tak dapat merasai keseronokkan yang sama. Sebab tu asal ada peluang aje, YY tak pernah melarang. YY nak diorang rasa walau hanya sedikit. Pengalaman seperti inilah yang akan membentuk jati diri mereka. At least pada pandangan YY (^_^)

YY rasa sampai di sini aje bebelan YY untuk kali ini. Till we meet again, Assalamualaikum (^_^)

50 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Resepi Kek Coklat 3 Minit Guna Microwave

9:34:00 am Yana Yani 43 Comments

Resepi Kek Coklat 3 Minit Guna Microwave | Baru-baru ni viral di media sosial resipi kek coklat yang hanya dimasak selama 3 minit menggunakan microwave. Memang brilliant siapa yang dok create resipi ni. YY pun tak terkecuali untuk turut terjebak mencuba resipi yang sememangnya sangat mudah, cepat dan paling penting sedap!

Resipi asal hanya menggunakan Milo. Tapi YY tak berapa gemar sebab rasa coklat tak begitu terasa. So YY olah resipi dengan menambah serbuk koko untuk lebih rasa coklat.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut:

- 4 tbsp tepung gandum (YY gunakan tepung naik sendiri)
- 4 tbsp gula halus (YY gunakan gula pasir)
- 4 tbsp susu cair (boleh gantikan dengan susu segar)
- 4 tbsp minyak masak (boleh juga gunakan minyak jagung)
- 2 tbsp serbuk koko
- 2 tbsp Milo
- 1 tsp baking powder (tak payah letak kalau guna tepung naik sendiri)
- 1 tsp esen vanila
- 1 biji telur

Resipi Kek Coklat 3 Minit Guna Microwave
Bahan untuk kek coklat 3 minit

Cara nak buat dia senang sangat. Tapi molek kalau korang ayak dulu tepung dan serbuk koko tu. Kalau gunakan baking powder, ayak sekali. Proses ni kalau ikut logik pemikiran YY bertujuan untuk elakkan bahan tersebut jadi berketul time korang kacau dalam bekas nanti. Lagipun ni benda basic buat kek ye. Ayak ajelah! Tak usah banyak soal!

Resipi Kek Coklat 3 Minit Guna Microwave
Patut guna penapis hak lagi halus. Tapi YY malas selongkar stor. Balun ajelah! Hehe!

Kemudian campurkan aje bahan lain serentak. Lagipun YY memang tak rajin nak kacau satu-satu bahan. Memang semua sekali YY masukkan aje dalam satu bekas. Bekas tu pun YY gunakan hak yang boleh masuk dalam microwave, Punyalah malas nak buat macam orang lain.

Tapi kalau korang guna oven, jangan memandai guna bekas plastik macam ni ye.

Resipi Kek Coklat 3 Minit Guna Microwave
Bahan-bahan yang telah dicampur

Lepas tu korang kacau aje dengan garfu sampai semua bahan tu sebati. Tapi kalau guna bekas segi empat tepat macam gambar di atas, susah sikit nak kacau. YY recommend korang guna hak yang jenis bulat, senang sikit nak mengacau.

Resipi Kek Coklat 3 Minit Guna Microwave
Rupa kek sebelum dibakar

Part paling best pakai microwave ni, korang tak payah panaskan dulu macam gunakan oven. Masukkan aje ikut kesuaian masakan dan masa yang dikehendaki. Tapi seperti juga oven, microwave juga mempunyai option berbeza mengikut syarikat pengeluar. Yang pasti kena gunakan atas daripada Defrost.

Resipi Kek Coklat 3 Minit Guna Microwave
Pastikan ianya bukan Defrost

Belum sempat korang dok kemas barang yang korang selongkar nak buat kek tadi, tetiba bunyi TING! Itu menandakan kek korang sudah siap dan boleh dihidangkan. Mula-mula buat dulu, tak berapa yakin yang kek tu boleh siap dalam lebih kurang 15 minit tempoh penyedian. Tapi memang jadi! First time buat terus nampak hasil.

Resipi Kek Coklat 3 Minit Guna Microwave
Geram dok tengok kegebuan dia.

YY suka buat topping sebagai penambah perisa. Lepas tu tabur coklat rice. Perghh! Memang terbaik! Anak-anak YY suka sangat kek ni. YY pun tak ada masalah nak sediakan tiap kali diorang request nak makan kek. Satu bekas tu cukup untuk kami empat beranak makan.

Tapi kebiasaannya hanya Afif dan Aisyah aje yang dok ngadap.

Resipi Kek Coklat 3 Minit Guna Microwave
Punya dia suka, sampai kamera tak pandang

Mama diorang pula sebab dah kerap sangat makan benda gitu maka badan dia seperti dipam. YY terasa macam nak terjun Gunung Everest bila dok tengok badan sendiri lately. Tapi terasa ajelah. Nak daki gunung tu pun mau ambil masa berpuluh tahun, tu pun belum tentu lepas! Hehe!

Bagai pucuk dicita, ulam mendatang bila YY diminta untuk review produk slimming. Tayang sikitlah produk dia sebagai teaser katanya. Hehe!

Resipi Kek Coklat 3 Minit Guna Microwave
Saya nak sihat!

Rasanya sampai di sini ajelah bebelan YY. Till we meet again, Assalamualaikum (^_^)

Resepi lain yang harus dicuba
Cara Membuat Donat Simple
Resepi Kek Tok Gajah!
Resepi Kek Coklat Moist Bakar
Resepi Kek Marble Bakar
Resepi Congo Bar Mengunakan Sukatan Cawan
Resepi Mudah Puding Roti Coklat
Resepi Kek Minyak Menggunakan Sukatan Cawan
Resepi Kek Pisang Menggunakan Sukatan Cawan

43 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Menonton Filem Goosebumps

6:52:00 am Yana Yani 35 Comments

Sabtu baru ni YY bawa anak-anak menonton filem Goosebumps lakonan hebat Jack Black di Aeon Bukit Tinggi, Klang. Kebetulan MyChintaHati berada di luar kawasan. Makanya hanya ada Afif dan Aisyah dan ditemani Acu mereka, Anis. Hari itu juga sejarah tercipta sebab YY buat pertama kalinya memandu sejauh itu sejak perolehi lesen P. Hehe!

Bila dapat tahu MyChintaHati tak ada ketika cuti hujung minggu, YY terus decided nak tengok wayang. Perancangan asal nak pergi tiga beranak aje, tapi last minute tak ada keberanian. Bimbang pula tak boleh kawal anak-anak berseorangan. So, kehadiran Anis adalah amat diperlukan sebagai penguat semangat katanya. Hehe!

Menonton Filem Goosebumps
Afif dan Aisyah yang sangat excited nak tengok wayang

Filem Goosebumps ni merupakan filem pilihan Afif. Lagipun hanya filem tu aje yang dirasakan sesuai untuk tonton diorang pada waktu tu. Cerita dia agak santai dan penuh dengan unsur komedi. Tapi based pada pemerhatian, hanya Afif yang begitu terhibur sebab dia dah mula faham jalan cerita ditambah dengan sudah boleh membaca subtitle. Aisyah pula banyak menganggu tumpuan YY.

Menonton Filem Goosebumps
Pergi awal semata-mata nak dapatkan harga early-bird. Hehe!

Kejab dia nak duduk atas riba, kejab kang nak duduk dekat kerusi sendiri. Kasut dia entah berapa kali buka lepas tu nak pakai balik. Sabar ajelah! Nasib baik dia buat perangai tu dekat public area. Nak tak nak, Mama dia terpaksa cover jelita. Senyum memanjang walau dalam hati rasa nak makan orang aje. Cuba kalau dekat rumah kau buat mengada macam tu, alamat kena cepuklah kau!

Menonton Filem Goosebumps
Konon comellah buat muka camtu

Habis aje cerita, Afif dan Anis dok bercerita keseronokkan cerita Goosebumps. Siap ulang beberapa babak yang diorang rasa menghibur. Aisyah pun tak nak kalah! Sibuk dok join kata cerita tu best. Bestlah sangat Aisyah wei!

Selesai menonton wayang, YY bawa diorang pergi Molly Fantasy. Kebiasaan tempat ni adalah satu-satunya tempat yang YY dan MyChintaHati akan elak tiap kali ke Aeon. Tapi kali ni kita kasi can! Bagi diorang bebas selama setengah jam dekat situ. Memang nampak diorang sangat seronok walau hanya dapat main seketika.

Punya seronok main, sampai tak peduli Mama dok jerit suruh pandang kamera.

Afif sepanjang berada di dalam tu sangat protective. Title sebagai seorang Abang memang digalas dengan baik sekali. Aisyah tak boleh langsung hilang daripada pandangan mata dia. Ke mana dia pergi, tangan Aisyah sentiasa dipimpin. Tak dapat pegang tangan, kolar baju dia tarik. Hehe!

Afif sambil lompat, sambil pegang kolar baju Aisyah. So protective!

Tapi itulah, Aisyah agak sukar dikawal. Dia lebih banyak ikut kepala dia. Nampak Afif yang agak kecewa dengan keligatan Aisyah. YY terdengar dia bebelkan Adik dia, "Aisy ni tak boleh buat baik-baik ke? Papa tak ada tahu tak!"

Aisyah pula hanya mendengar tanpa perasaan. Dia tetap buat hal dia sendiri. So nak elakkan diorang buat adegan tak diingini dekat situ, YY terpaksa step in. "Afif pergilah main. Biar Mama yang tengok Adik"

Menonton Filem Goosebumps
Buat muka tak bersalah walau kena bebel kaw-kaw dengan Abang dia

Even though Aisyah agak ligat tapi dialah yang berjaya mencairkan hati YY pada hari itu. Masa kami semua sedang menikmati hidangan tengahari, Aisyah tiba-tiba bersuara, "Tima kacih Mama bawa Adik jayan, nok wayang, pastu main. Adik conok!"

Aaahh! Sweetnya Adik! Cair Mama dibuatnya! Lupa terus rasa marah! Hehe!

Yang pasti kami memang agak seronok pada hari itu walau terasa agak lompong. Mana tidaknya, sejak berkahwin, itulah pertama kali hujung minggu tanpa kelibat MyChintaHati. Walau tak nafikan keseronokkan yang wujud dengan keceriaan anak-anak. Tapi YY juga tak boleh nafikan perasaan kosong tu.

Eh! Tetiba terjiwang pula. Hehe! (^_^)

Untuk makluman, blog ni memang akan nampak kurang berupdate sebab masalah laptop yang masih belum selesai. Kalau ada masa terluang, YY akan cuba update ye. Setakat nak tulis entry biasa tanpa gambar Afif dan Aisyah tu boleh sangat. Tapi macam tak best pula. Lagipun bukan Diari Seorang Mama lah kalau menulis entry tanpa gambar! Hehe!

Sebelum mengundur diri, YY nak minta korang semua untuk LIKE video di bawah. Untuk makluman, Suria KLCC akan menderma sebanyak RM50,000 kepada National Autism Society Of Malaysia (NASOM) dan ini semua bergantung kepada jumlah LIKE yang diterima. Setakat entry ni ditulis, baru mencecah 30k LIKE. Meh pakat LIKE video ni ye

We have a new target – 50,000 LIKES for RM50,000!Give Umar Hafizal’s video below a LIKE because each LIKE is worth...
Posted by LiteFM on Thursday, 3 September 2015

Okaylah, rasanya sampai sini ajelah bebelan YY. Insya ALLAH panjang umur kita ketemu lagi di lain waktu. Till we meet again, Assalamualaikum (^_^)

35 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

MATI itu PASTI!

2:20:00 pm Yana Yani 48 Comments

Permulaan bulan kebiasaannya YY sibuk dengan segala jenis laporan yang perlu dihantar kepada client menjelang pertengahan bulan nanti. Dalam stress mengadap segala macam jenis kertas kerja, sempat menjengah Facebook. Terbaca status seorang rakan blogger dan ianya buat YY tersedar daripada lamunan bahawa MATI itu PASTI!

Sumber Google Image

Blogger yang YY maksudkan adalah +Siti Yang Menaip. Pada yang belum tahu, ayahanda beliau telah kembali ke rahmatullah pada Jumaat lepas. Takziah YY ucapkan buat Siti dan keluarga. Kehilangan insan yang tersayang pastinya sesuatu yang cukup perit dan ambil masa yang lama untuk sembuh sepenuhnya.

Hari-hari terakhir yang dilalui oleh ayahanda Siti sepertimana yang diceritakan merupakan perancangan DIA yang SATU. Siapa kita untuk mempersoalkannya. Yang pasti coretan itu membuatkan YY terasa sangat sebak. Seolah keperitan yang hanya dizahirkan melalui pembacaan dapat YY rasai.

Ya, tiada anak dalam dunia yang mahu lalui pengalaman yang sama seperti Siti. Berat mata kita yang memandang, berat lagi bebanan perasaan yang Siti dan keluarga pikul. YY harap Siti dan keluarga tabah menghadapi perjalanan hidup walau tanpa insan dikasihi dan dihormati di sisi.

Apa yang Siti titipkan menyedarkan YY bahawa MATI itu PASTI sama ada kita bersedia ataupun tidak. Tidak akan berlaku kelewatan hatta dalam sesaat. Bila nyawa dan terpisah daripada jasad, kita akan tinggalkan semua yang kita kasihi di dalam dunia ni.

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: 
"Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara : sedekah jariah, atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."

Sumber Google Image

Takutnya bila teringatkan kematian. Automatik terbayang pada seksa kubur dan balasan kepada kemungkaran ketika di akhirat kelak. Lagi takut bila menyedari bahawa diri ini masih lagi alpa dan bertuhankan kemungkaran. Malangnya hari ini ingat, hari ini wujud rasa takut tapi besok lupa terus peringatan dan perasaan takut tu. Betapa nipisnya keimanan.

Macamana nak istiqomah ni?

48 dah komen (^_^):

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...