Menunaikan Rukun Islam Kelima

7:02:00 am Yana Yani 48 Comments

Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi setelah hampir satu dekad menunggu, tahun ini impian parent in law YY untuk menunaikan Rukun Islam kelima akhirnya termakbul.

Syukur semuanya dipermudahkan untuk mereka. Dari proses rayuan disebabkan hanya Mak Mentua YY sahaja yang menerima tawaran sehinggalah ke hari keberangkatan mereka.

Tetamu pun tak putus-putus menziarah terutama pada hari terakhir sebelum mereka berangkat ke Tanah Suci. Terasa macam buat kenduri kahwin pun ada sebab ramai sangat orang datang.

Menunaikan Rukun Islam Kelima
Menunaikan Rukun Islam Kelima

Perasaan sebak mula terasa apabila parent in law YY mula bersalaman dengan tetamu yang hadir sebelum mula bergerak meninggalkan rumah.

Hati bertambah sayu apabila Abang Ipar YY mula melaungkan azan yang kemudiannya disusuli bacaan doa oleh suami Kakak Ipar YY atau bahasa mudahnya, biras YY.

Biras YY tu pun akan ke Tanah Suci juga. Tapi trip dia kemungkinan besar pada minggu hadapan. Dia ditaja sepenuhnya oleh Jabatan Agama Islam Selangor.

Menunaikan Rukun Islam Kelima

Anyway, sesemua adik-beradik MyChintaHati mengiringi pemergian Mak dan Abah kecuali Kakak Ipar YY yang baru sahaja melahirkan bayi perempuan pada awal Ogos yang lalu.  

Sampai aje kami di Kompleks Tabung Haji yang terletak di Kelana Jaya, kami terkejut dengan lautan manusia. Tak jangka manusia seramai tu.

Menunaikan Rukun Islam Kelima

Kami sampai agak awal juga disebabkan proses pendaftaran hanya bermula pada pukul satu pagi. So saat menunggu tu yang terasa sukar lebih-lebih lagi bila Afif dan Aisyah turut serta.

YY pun pandai sangat pergi pakaikan diorang Baju Kurung dan Baju Melayu. Kononnya nak bagi Mak Mentua YY nampak cucu-cucu dia pakai baju yang dia sendiri jahitkan.

Kesian diorang macam tak selesa. Aisyah siap minta buka baju sebab dia kata panas.

Menunaikan Rukun Islam Kelima

Lagi satu cerita yang agak tragis, Kami tak terfikir langsung nak bawa tikar sendiri.

Sudahnya Afif dan Aisyah baring dan tidur di atas jalan tar! Nak buat macamana? Faced ajelah! Lepas ni belajar dari pengalaman.

Menunaikan Rukun Islam Kelima

So pada sesiapa yang ada saudara atau ahli keluarga yang akan ke Kompleks Tabung Haji dalam masa terdekat ni sila take note beberapa perkara ni.

Korang kena bawa air dan makanan sendiri sebab makanan dan minuman agak mahal di sini. Tu belon tu, RM10 satu. Bikin senak jantung aje.

Silalah juga bawa segala bantal atau tikar sebab memang lama menunggu terutama pada waktu malam dan korang ada bawa anak kecil. Tapi sebenarnya tak terasa sangat lama menunggu.

Cuma bila ada bawa anak kecil aje macam Afif dan Aisyah. Diorang banyak merengek mungkin diorang rimas dengan keadaan orang yang ramai.

Sambil menunggu tu, sempatlah jugalah merakam gambar bersama Mak dan Abah (^_^)

Menunaikan Rukun Islam Kelima
Menunaikan Rukun Islam Kelima
Menunaikan Rukun Islam Kelima

Akhirnya, Mak dan Abah dipanggil untuk menaiki bas yang disediakan. Masa ni bertambah sebak membayangkan itu mungkin pertemuan terakhir.

Tengok Mak dan Abah memeluk dan mencium Afif dan Aisyah menambahkan rasa sayu. Air mata diorang nampak bergenang, cuma tak tumpah aje. YY yang rasa nak meraung.

Buat Mak dan Abah, Yana doakan semoga perjalanan pergi dan balik Mak dan Abah selamat. Semoga  juga perolehi haji yang mabrur. Insya ALLAH, panjang umur kita jumpa lagi.

P/S - Entah YY berpeluang atau tidak untuk menunaikan Rukun Islam yang kelima tu. Apapun YY yakin, perancangan ALLAH adalah yang terbaik.

48 comments:

  1. alhamdulillah..selamat menunaikan ibadah haji n semoga selamat pergi & pulang,...amin

    ReplyDelete
  2. Mentua YY ni KT berapa? Saya tahun ni ada juga ke Kelana Jaya, berjumpa mak su suami yang dalam KT 6. Eh, dah tiga tahun berturut kami ke Kelana Jaya. Tahun ni tak alami sangat keadaan sesak tu sebab mak su dapatkan kami pas untuk naik ke bilik penginapan kat atas.. jadi redah lautan manusia sedikit jelah..

    Bab belon tu awt cheq bli yang RM 10, kami beli yang RM8 je. Haha..naim nazif ni tiap kali ke sana memang tahu nak beli belon.. tahun ni papanya marah hari tu sebab lepas beli je, jalan tak sampai ke kereta lagi Naim dah nak buang belon tu. Siap mengamuk2 marah ke belon tu lagi.pelik juga.

    Moga mentua YY diberikan kesihatan yang baik dan dapat menunaikan semua rukun haji dengan baik.. insyaAllah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. KT sembilan tak silap saya. malam selasa baru ni.
      saya ni baru first time ada pngalaman gini...tak penah tahu =)

      saya tak beli, baru tanya aje...hehe
      dengar rm10, terus tak jadi nak beli...hehe
      tapi biasa memang tak beli belon gini sebab tahu diorang main kejab aje =)

      apapun terima kasih ye cikgu AN. aaminn =)

      Delete
  3. alhamdullilah
    semoga selamat pergi dan pulang

    ReplyDelete
  4. yup..memang ramai kak kat sana. saya pernah ikut hantar nenek dengan arwah atuk saya dulu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak tak tahulah yunk! kalau tahu, confirm bawa apa yang patut
      memang sedia maklum akan ada 400 orang naik flight yang sama
      tak terfikir langsung setiap seorang tu bawa satu bas keluara diorang =)

      Delete
  5. aida pernah dulu anta mak mertua ke kelana jaya.
    lautan manusia!
    moga parents in law YY sejahtera di sana dan dpt buat ibadah dgn aman.
    in shaa Allah :)

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah.....moga urusan mereka di sana dipermudahkan dan mdpt haji mabrur...aminnnn

    ReplyDelete
  7. abg ipar lieya baru pergi ahad ari tu...KT05....kiteoerg pi anta gak kat KJ...siap bekelah hah yana...bawak tikar, bawak nasi impit, nasi lemak...lauk2...meriah seronok...tapi kiteorg lepak kat belah belakang....byk space lagi tak sesak sgt dgn org...nak solat pun senang ade surau sementera...tapi lieya tak tgu lama pun...bas die pukul 1.30 pagi....kul 5 kiteorg dah kat KJ...so kul 7 lieya dah cabut dah heheheeheh...tak larat laa nak lame2 dok situ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni diorang KT9 tak silap. malam selasa baru ni
      kami ni tak tahu lieya...pergi lepas isyak
      tak lama sangatlah tunggu...tapi orang sikit punya ramai
      masuk toilet pun dia punya Q...dan terberak dulu! hehe

      saya sampai sana dalam pkul 10 lbh...
      tu yang menunggu sampai selesai =)

      Delete
  8. Nampak macam mudah tapi hakikatnya bila dah berada dalam lautan manusia tu pepaham jelah.. dah lama tak rasa pengalaman di TH KJ walau hanya menghantar ahli keluarga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kami dah agak biasa dengan lautan manusia
      cumanya kami tak cukup bersedia situasi macam tu akan terjadi
      kalau berpeluang, akan tetap pergi lagi
      tapi yang pasti akan ada persedian =)

      Delete
  9. alhamdulillah...tercapai hasrat mereka ye..semoga selamat pergi dan pulang

    ReplyDelete
  10. nak berjalan dengan bawak budak2 memang macam tu la..segala benda kena fikir.jangan kan hantar orang ke mekah,nak pi keluar shopping pun saya siap dengan bekal minum ,baju salin..hahhaaha..lepas ni belajar dari pengalaman ..kan??satu pengalaman baru jugak untuk afif dan aisyah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kebiasaannya saya bawa
      cuma untuk yang ni entah kenapa tak terfikir langsung
      tapi tak apalah, satu pengalaman juga kan? hehe

      Delete
  11. semoga mak dan abah mertua yy dapat menjalani ibadah haji dgn selesa ... dulu masa my arwah abah dan mak nak gi haji , sampai terus daftar dan masuk ke bilik khas dan dah x blh jumpa lagi wpun penerbangan pada pukul 2 ptg . mmg berjam kami tunggu nak tgk kapal tu berlepas ... my bonda dan arwah abah berlepas dr senai johor ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang ni tak boleh tgk diorang naik flight pun
      hantar kat tabung haji tu aje
      lepas tu semua diuruskan...masa naik bas pun tak dapat tgk
      orang terlalu ramai, insya allah balik boleh ambil dekat klia
      mungkin cara pengurusan di sana berbeza =)

      Delete
  12. Semoga mak abah selamat pergi dan pulang. Memperoleh haji yang mabrur.. Perpisahan sudah pasti menyedihkan. Tambah plak dieorg pergi lama..")

    ReplyDelete
    Replies
    1. betullah wawa...sedih sebab belum penah berpisah lama
      selalu nampak depan mata aje
      aaminnn...
      terima kasih ye

      Delete
  13. semoga mertua sis selamat pergi n kembali dan beroleh haji yg mabrur...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaminnn
      terima kasih, itulah harapan kami semua

      Delete
  14. Seronoknya... moga parents in law yana, selamat pergi dan balik... moga dpt haji yang mabrur.... insyaAllah... amin...

    ReplyDelete
  15. sebaknya bc entry ni
    sbb dh lama x bpeluang hntaq sesapa pergi mekah.dlu masa kecik kecik slalu ikut mak
    nk nk masa azan dilaungkan sebelum turun

    musim ni ada 3 keluarga sedara sblh mak baru berangkat ke sana. pon x berpeluang nak balk kg jennguk.huhuhu.

    in shaa Allah sama sama kita doakan smga kita juga diberi peluang ke sana.aamiin.

    memang ramaikan, kesian dgn anak anak bila bersesak begini. ok take noted.
    mahal kemahen belonnya. untung sungguh. beli di care4 lima hengget

    ReplyDelete
    Replies
    1. cik su yang baca pun sebak, kami yang lalui ni lagilah
      cik su ada ada kecik...susah sikit kot nak pergi tempat camni
      kalau nak p, pastikan consider semua kemungkinan
      sebab orang ramai, pastu dia mungkin tak selesa
      tapi kalau biasa dengan suasana riuh rendah, tak ada masalah rasanya

      Delete
  16. alahai kesiannya afif dan aisyah terpaksa tidur atas tar...itulah kan dalam org ramai macam tu anak2 mesti tak selesa kan,kita yang tua ni takpe lagi...

    moga mak dan abah mentua yana selamat pergi dan pulang, moga mendapat haji yang mabrur..

    inshaAllah...moga kita juga dapat sampai ke tanah suci satu hari nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kak, tak tahu nak kena jadi camtu
      memang tak terfikir langsung. tapi pengalaman yang menarik buat kami
      aaminnn...terima kasih kak ye

      Delete
  17. Sedihnya...terasa rasa ahli keluarga sendiri pulak yg nak gi Haji.....
    Tp kalau menghantar org gi Kelana Jaya mmg sedihlah YY....confirmed mmg nangis weyh itu kalau OKje ler haha....Kalau diri sendiri yang nak pergilagilah kot....meraung haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedih OKje...sebak tu tak terkata
      saya pun agaknya cam OKje juga
      mau sepanjang perjalanan meraung aje kerjanya
      tak semegah betul perangai kan

      Delete
  18. Alhamdulillah, dah berlepas PIL, YY. Hantar orang pergi haji ni memang selalu sesak, YY. Teringat masa hantar emak dan arwah bapa saya berpuluh tahun sudah, penat jugalah menunggu sampai mereka terbang. Sedih tak usah cakaplah. Memang rasa macam takda esok lagi dah! Sedangkan hantar pergi umrah pun kita berombongan menghantar, inikan lagi nak pergi menunaikan haji. Memang ramailah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya memang tahu akan ada ramai orang
      cumanya tak terbayang bagaimana punya sesak
      bila dah alami tu, barulah kata, ooooo...camni =)
      bayangkan kalau seorang aje pergi dah satu rombongan bas dia bawa
      camne tak sesak? hehe...tapi memang sedihlah. tak nafikan

      Delete
  19. Alhamdulillah....tertunai juga rukun islam kelima mak dan abah mertua YY...semoga mak dan abah mertua YY selamat pergi dan kembali...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan, rezeki mereka
      aaminnnn
      terima kasih ye

      Delete
  20. Baguslah akak cerita pengalaman hantar org nak pi haji ni...insyaaAĺlah nanti turn akak suami isteri pula pegi.. lambat atau cepat jgn risau,sedangkan berniat nak ke sana pun dah dapat pahala.

    Dah sampai turn akak nanti,insyaaAllah, kalau buat kenduri ke jgn lupa jemput saya haaa..rumah dah la dekat tak dekat ja.hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...kelakarlah kamu ni nana
      entah zaman bila akak berpeluang ke sana
      tapi siapa tahu kan, insya allah
      mesti kena jeput juga sebab dekat =)

      Delete
  21. Untungnya dapat ke tanah suci. Kathy pun harap dapat menjejakkan kaki ke tanah suci dan menunaikan ibada haji. Moga Allah permudahkan hasrat yang baik. InshaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kak...saya pun terfikir, dapat ke idak saya ke sana
      aaminnn...
      insya allah akan ada peluang kita ke sana nanti

      Delete
  22. Alhamdulillah. Selamat menunaikan ibadah haji buat PIL YY. Smoga perjalanan pergi dan balik mereka dipermudahkan olehNYA.

    ReplyDelete
  23. belon RM1 sebiji? tepuk dahi..ye lah kalau x beli nangis lak nanti kang

    ReplyDelete
    Replies
    1. rm10 lah JM
      kalau rm1 memang borong terus! hehe

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...