Kembalikan Nostalgia Kad Raya

12:51:00 am Yana Yani 30 Comments

Dalam dunia tanpa sempadan seperti hari ini, pemberian kad raya memang tidak lagi diamalkan. Mungkin hanya ada segelintir yang masih mengamalkannya.

Kalau zaman YY sekolah dulu, pemberian kad raya adalah sesuatu yang wajib walau orang yang nak diberikan tu hanya duduk disebelah rumah ataupun dalam kelas yang sama.

Zaman tu kehadiran Abang Posmen memang sentiasa dinanti. Lepas tu sengih sampai ke telinga sebab terasa diri glamour sangat bila dapat berpuluh kad raya pada satu-satu masa (^_^)

Lebih satu dekad YY tidak menerima sebarang kad hari raya. Tapi sejak terjebak dalam dunia blogger, YY kembali terasa diri ni glamour sebab dapat banyak kad raya (^_^)

Menjadi blogger seolah mengembalikan nostalgia kad raya yang telah lama ditinggalkan. Tak dinafikan perasaan excited apabila melihat nama sendiri tertera pada sampul kad.

Anyway tahun ni adalah tahun kedua YY menerima kad raya dari rakan blogger. Tahun pertama penerimaan kad raya pernah YY ceritakan di sini.

Berbanding tahun lepas, kad raya yang YY terima pada tahun ini adalah lebih banyak. Cerita dia pun panjang ni. Silalah pekena kopi atau teh sambil baca bebelan YY ye (^_^)

Anyway, kad raya pertama yang YY terima pada permulaan puasa hari tu datangnya dari Johor. Pengirim yang ni adalah orang yang banyak membimbing YY dalam dunia blogger.

Pengirim yang YY maksudkan adalah Kak Kathy R'Bain. Selain dari kad raya, YY turut menerima sijil penghargaan sebagai salah seorang sponsor giveaway dan button badge yang awesome.


YY juga terima bungkusan yang tak disangka dari blogger yang duduk sama daerah dengan YY. Raya ni dah berapa kali arrange perjumpaan, tapi belum berjodoh nak berjumpa (^_^)

Masa buka bungkusan daripada blogger yang menggunakan nama pena Aryan Azra ni, YY sangat excited! YY bukan takat terima kad raya tapi tudung dan duit raya untuk Afif dan Aisyah!


Kad raya seterusnya YY terima dari Kak Nora Karim yang baru sahaja pulang dari Jepun. Lama juga dia menyepi. Mungkin sibuk dengan urusan berpindah rumah dan business.

Baru-baru ni nampak dia kembali aktif, cuma YY aje yang belum sempat blog walking (^_^)


YY juga terima kad raya unik hasil buatan sendiri dari blogger yang menggunakan nama pena Qaseh Abadi. Dia ada bagi sekali dengan broach. Malangnya hilang!

Orang terakhir yang pegang broach tu adalah Aisyah. Masa YY nak simpan, baru perasan broach tu dah tak ada. So YY tanya dia, "Dik, mana broach yang kawan Mama bagi ni?"

"Bush?" tanya dia balik.

"Bukan bush. Broach. Pin tudung. Tadi Adik pegang kan?" kata YY pada dia.

"Oh, pin! Tah! Adik tak hinat" jawab dia bersahaja.

Sabar ajelah! Dah lah cantik broach tu. Baru cadang nak melaram time raya, dah hilang. YY tayang kad raya kreativiti Shida aje ye. Maaf broach missing in action (^_^)


YY terima dua kali kiriman dari blogger yang bekerja dengan Jabatan Kastam ni. Kali pertama YY terima ikam pekasam dan broach. Dapat ikan pekasam tu yang paling win!

YY dan Afif melantak ikan pekasam tak ingat! Perghhhh! Memang terbaik!

Tak lama lepas tu terima kad raya Aida Hanafiah yang juga merupakan salah seorang ahli Grup Mama Blogger Malaysia (GMBM) ni. Fridge magnet pun dia bagi tau! Suka sangat!


YY ada terima kad raya dari blogger Cik Akak. Kad ini YY terima disebabkan YY adalah salah seorang pemenang giveaway yang pernah YY sertai di sini.


YY juga terima kad raya dan duit raya untuk Afif dan Aisyah dari Qaseh Vee. Vee mempunyai dua blog yang keduanya mempunyai niche yang berbeza.

Kalau buat perbandingan kedua blog tersebut, kita seolah membaca hasil nukilan dari dua penulis yang berbeza. Tak percaya cuba jengah Sumber Informasi dan Suatu Perjalanan.


Sehari sebelum raya, YY terima kad raya dan duit raya untuk Afif dan Aisyah dari blogger kaki travel. Syok betul jadi orang bernama Jari Manis ni. Rasa macam tiap bulan dia pergi travel.

YY ni bukan takat travel, naik kapal terbang pun tak pernah! Hehe!


Last but not least, YY terima kad raya dari orang terawal YY kenal dalam dunia blogger sekaligus meletakkan dia sebagai orang paling lama YY kenali dalam dunia blogger ni.

Siapa lagi kalau bukan Suria Lekatlekit. Kami tak sependapat tapi kami boleh tahan rapat. Hehe! Tu yang menyebabkan persahabatan yang terjalin ini sangat unik (^_^)


Terima kasih buat mereka yang bersusah payah mengirimkan kad raya dan juga barangan lain. YY sangat hargai setiap masa dan wang ringgit yang dilaburkan. TERIMA KASIH.

So itulah dia senarai kad raya yang YY terima bersempena Syawal 1436H. Memang seronok bila penerimaan kad raya ini mengembalikan semula nostalgia kad raya yang seakan pupus.

YY secara jujurnya rasa amat wajar untuk menghidupkan semula amalan pemberiaan kad raya ni. Kad itu bila diterima ataupun dikirim, wujud sentimental value secara tak langsung.

Kalau kita sebagai blogger boleh viralkan pelbagai berita dan cerita, kenapa tak pemberian kad raya? Moh kita kembalikan nostalgia kad raya. Kalau tak tahun ni, tahun depan (^_^)

30 comments:

  1. seronoknya..ena dpt 1 je kad raya tahun ni..tu pon dari kawan fb.xpernah kenal batang hidung pon

    ReplyDelete
    Replies
    1. dapat satu kad pun, keterujaan tu semacam kan =)

      Delete
  2. Banyak dapat kad raya...betul YY..Bunda pun dah lama tak terima kad raya hingga lah terjebak dalam alam maya sebagai blogger huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau banding dengan orang lain, sikit ni
      tapi banding dengan tahun lepas, memang banyak
      seronok sangat rasanya. macam dapat emas berketul-ketul...hehe
      tulah kan bunda. macam-macam dapat bila jadi blogger ni =)

      Delete
  3. Wah, rindu pula zaman hantar-hantar kad raya ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena start amalkan pojie. kita start hantar, orang start reply
      tu yang jadi syok tu =)

      Delete
  4. wahhh...banyak kad raya yana dapat...bagus sebenarnya amalan memberi kad raya ni, akak kecik2 dulu pun kalau dapat kad raya seronok sangat, siap gantung dekat ranting pokok buat hiasan di pagi raya lagi...nostalgia sungguh rasanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh tahanlah kak kalau dibandingkan tahun sebelumnya
      tulah kan kak, macam terasa dekat aje bila dapat kad raya ni
      perasaan excited memang tak tergambar..hehe

      Delete
  5. Tulah kan rezeki jadi blogger..tak di sangka sangka dapat macam2 kan...sedangkan hanya kenal di alam maya je..tapi eratnya lain macam...macam pernah jumpa di alam nyata..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak yan, saya setuju sangat
      rapat dia tu lain macam kan, padahal tak penah jumpa pun =)

      Delete
  6. Kalau YY perasan blogger merupakan golongan yg masih merealisasikan kad raya sehingga kini. Alhamdulillah ukhuwah sebagai teman blogger erat terasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. saya memang perasan
      kalau tak kerana terjebak dalam bidang ni
      belum tentu saya dapat kad raya sebanyak tu

      Delete
  7. kan..rindu zaman dulu2..gantung kad raya kt dinding or pokok hiasan..lps tu simpan smpai bertahun smua kad2 tu...

    lya dh trima kad dr YY.. tqsm ye ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...emmang nostalgia kan lya
      kat dinding penah buat. kat pokok, mak marah...hehe

      terima kasih tuk lya juga ye =)

      Delete
  8. wow banyaknya.. semakin femes sis.. hehe... brooch hilang! xdak rezeki nak tersemat indah kat tudung..hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak kata famous tu idaklah. tapi ramai kawan yang ingat dekat kita, hehe =)
      tulah! ni semua aisyah punya pasal
      seriously suka sangat dengan brooch tu tau

      Delete
  9. Tahun ni saya dapat sikit daripada tahun sebelumnya. Nasib baiklah YY dan Vee teringat nak hantar kad raya pada saya. Kalau tidak, memang elek ~ tiada kenangan terindah gitu ^_^ Kalau dulu dapat dua aje kad raya, memang tak tahu nak sorok muka kat mana. Malu weyh, orang lain dapat satu guni, kita dapat 2 keping jerk. Tapi sekarang, dapat 2 keping pun rasa syahdu teramat. Macam nak buat ucapan terimakasih tak terhingga kat atas stage aje tau!

    Hebatlah YY, banyak juga dapat kad raya. Tapi saya pun rasa hebat juga sebab berjaya dapat 2 keping kad raya. Huahahaha....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...zaman dulu dapat sikit kad raya memang jadi bahan
      gelak sampai hujung raya. sebab tu berlumba hantar dengan harapan dapat balasan
      zaman ni, dapat sekeping pun dah bangga sangat! sungguh
      bukan senang nak dapat woo...

      Delete
  10. waaa...banyak nye kad raya...rasa seronok jer bila dapat kad ni kan...skg ni ssh nk dpt kad org bagi...mengmbalikan nostalgia lama hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak jugalah. alhamdulillah ada sahabat blogger yang ingat =)
      betul sangat. sebab tu dapat sekeping pun dah macam dapat emas berketul-ketul =)

      Delete
  11. InshaAllah tahun depan jika umur panjang akan ada lagi kiriman kad raya untuk sis. Memang seronok terima kad raya..Dolu² dapat kad raya by hand je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah saya pun. mungkin tahun depan saya nak tempah pula
      boleh hantar pada ramai rakan blogger =)

      Delete
  12. wahh
    banyaknya kad.
    pekasam tu paling win!
    mengancam kak oii.
    hahaha.
    tq jugak kat akak sebab bagi kad raya. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau banding dengan orang lain, tak adalah banyak sangat
      tapi kalau banding tahun lepas, memang banyak ni =)
      tulah, ikan pekasam tu memang paling win! sedap tau!

      Delete
  13. saya terkilan sedikit kali ini sbb terlupa dan tak sempat nak bagi beberapa blogger sbb alamat tak kumpul satu tempat ... huhuhuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke? lahai...saya plak ada banyak juga alamat yg ada
      tapi tak dapat bagi semua =)
      lain kalilah kalau ada rezeki lebih

      Delete
  14. Wahhh...banyak tu dapat kad raya. Bestnya. Merasa dapat kad raya bebanyak masa jaman skolah dulu jer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, ramai yang ingat =)
      insya allah tahun depan panjang umur, saya berikan pada fiza pula ye =)

      Delete
  15. dapat kad raya baru lah RAYA hihhihi

    ReplyDelete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...