Hari Ini Hari Raya

7:01:00 am Yana Yani 40 Comments

Pagi raya tu YY bangun agak awal walau kami pulang lewat pada malamnya. Terasa seronok dan excited sebenarnya nak melihat anak-anak memakai baju raya yang dibelikan.

"Afif, bangun sayang. Hari ni hari raya" kata YY ketika mengejutkan Afif. Afif memang cukup mudah untuk dikejutkan. Dengan sekali gerakkan dia dah bangun berbanding Aisyah.

"Pergi mandi sunat hari raya. Lepas tu pakai baju raya, pakai wangi-wangi, lepas tu apa?" tanya YY pada Afif yang seolah masih mamai.

"Ikut Papa sembahyang raya" jawab dia.

Hari Ini Hari Raya

Untuk raya kali ini hanya Afif dan Aisyah berbaju baru. Kami suami isteri pula hanya pakai baju yang mana masih dikategorikan elok. Janji raya.

Bukan orang tahu kitorang pakai baju lama. Oops, tercerita dalam blog pula. Hehe!

Hari Ini Hari Raya

Rayyan dan Rayna, sepupu Afif dan Aisyah pun ada di pagi Raya tu. Kehadiran mereka menambahkan keseronokkan Afif dan Aisyah.

Boleh dikatakan sepanjang hari tu, mereka berempat asyik berkepit aje.

Hari Ini Hari Raya

Untuk mendapatkan gambar mereka seperti di atas, berpuluh kali YY snap gambar. Susah betul nak bagi mereka semua pandang kamera pada masa yang sama.

Gambar di atas paling cantik pada YY walau Rayyan masih tidak memandang kamera (^_^)

Lepas tu YY dan MyChinyaHati pula bergambar bersama mereka berempat. Pun terjadi masalah yang sama. Penat betul berposing dengan diorang ni.

Hari Ini Hari Raya

Disebabkan hari Raya kali ni jatuh pada hari Jumaat, kami tak ke mana langsung disebabkan masa yang singkat. Lagipun MyChintaHati malas nak terkejar dengan sembahyang Jumaat.

Keadaan tu menambahkan rasa lara di hati sebab tak dapat balik kampung kelahiran YY. Mula terasa sebak hati. Pandang apa aje dekat keliling nak touching. Benci perasaan tu.

Tapi mujur hari tu tetamu tak berhenti datang. Terasa juga kemeriahan yang sekaligus menutup rasa lara tu. Selalu raya pertama ni kurang orang datang ke rumah parent in law YY.

Kali ini mungkin disebabkan kebanyakkan mereka tahu parent in law YY akan ke Tanah Suci tak lama lagi. Orang yang tak pernah datang selama ni pun datang.

Hari ni hari Raya katanya (^_^)

Hari ini Hari Raya
 
Hari Raya kedua barulah kami semua termasuk kesemua adik-beradik kecuali Faiz beraya ke setiap rumah pakcik dan makcik diorang. Seronok beraya beramai macam ni.

Paling seronok ye budak-budak. Sampai YY nak ambil gambar pun susah. Raya kali ni memang susah betul nak bergambar. Mungkin sebab tu koleksi gambar raya tahun ni sangat kurang.

Hari ini Hari Raya

Ada satu peristiwa bila YY perasan Afif buka terus sampul Raya di hadapan orang yang memberi. Malu dan marah serentak wujud dalam diri YY. Dalam kereta, masak Afif kena bebel.

YY dan MyChintaHati jelaskan sebaik mungkin bagi mengelak peristiwa sama berulang. Of course ada persoalan kenapa dia tak boleh buat macam itu dan ini. Explain ajelah sebaik mungkin.

Selepas dah yakin dia faham dengan penjelasan, maka YY bagi amaran, "Buat lagi macam tu, makan penamparlah jawabnya"  

"Penampar mana boleh makan. Boleh rasa aje" jawab dia bersahaja.

"Eh eh kau ni! Menjawab pula!" jerkah YY yang kemudiannya disusuli ketawa.

Alhamdulillah, peristiwa itu tidak lagi berulang. Tapi naluri Afif untuk tahu apa yang ada di dalam sampul memang kuat. Tak dapat buka depan orang, dalam kereta dia buka. Budak. (^_^)

Hari ini Hari Raya

Penat juga hari tu. Dari pagi sehingga ke lewat petang kami beraya. Memang dah target untuk habiskan semua rumah pakcik dan makcik yang berada di kawasan sekitar.

Tapi pada masa yang sama, seronok (^_^)

Hari ini Hari Raya

Oh ya, untuk Raya kedua ni kami sekeluarga hanya berpakaian kasual. YY memang tak betah bergerak dengan baju kurung walau koleksi baju kurung penuh satu almari.

Atas alasan tu juga YY tak benarkan MyChintaHati belikan baju kurung walau dia ada syorkan. YY kata kalau nak belikan baju, belikan blouse aje banyak-banyak (^_^)

YY juga buat pertama kalinya cuba lari dari pemakaian tudung bawal. Kali ni YY cuba pakai shawl. Nampak buruk benar sebab tak biasa pakai. Teknik pun kurang mahir.

Silap haribulan, shawl tu menjadi makanan almari aje (^_^)

Hari ini Hrai Raya

So begitulah cerita kami seluarga pada Raya kali ni.

Walau ada cerita disebalik cerita, raya tetap raya. Kalau kita mahu, hati yang lara boleh bertukar gembira. Yang penting, kita sendiri mahukannya.

Yang mengawal perasaan kita adalah akal fikiran bukannya hati. Bila kita setting akal fikiran untuk bergembira instead of berduka, hari kita pastinya berubah.

Lagipun hari ni hari RAYA! (^_^)

40 comments:

  1. Haha..biasalah tu YY, budak2 ni.. naim nazif pun sama gak.. mula2 tak nak ambil sampul orang hulurkan, bila dah lama2 dioranv cepat ambil dan kira duit depan orang tu.adoi malu betul mama ni..

    Tak pakai baju baru pun dah nampak lawa cun segak tu ... kami pun merancang pakai je baju kenduri bulab 6 hari tu, tapi rezeki saya pulak, MIL jahitkan saya baju baru yang sedondon gak dengan baju hero2 saya..jadi saya jelah yang pakai baju baru masa raya hari tu.

    Moga parents in law sempat menunaikan haji yg mabrur ya.. bagus juga ya bolehla jadi hari raya yang meriah tahun ni.. ramai yang datang beraya maka afif dapat banyak duit raya, kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah cikgu AN, malu rasanya tau sebab dah pesan
      mujur jugalah dia ikut kata saya lepas tu...kalau tak mahunya angin sepanjang hari =)

      hehe...yang pentingnya kita seronokkan?
      biasa MIL saya pun gitu, tapi tahun ni dia seibuk dengan persiapan ke Mekah
      tak apalah, lagipun saya memang kurang gemar berbaju kurung =)

      terima kasih ye cikgu AN. aminn
      boleh tahan banyak jugalah duit raya dia =)

      Delete
  2. Mengawal emosi duka di Hari Raya penting apa lagi jika ada tetamu bertandang YY. Namun macam kakak bila abang dah masuk ICU memang tak boleh sembunyi duka-laranya. Airmata sentiasa luruh setiap kali org dtg ziarah.

    Bab baju samalah macam kakak bila balik kg bukan org tahu baju kita tu baju baru ke baju lama. Apa lagi bila dah sedondon mesti nampak baru kan:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kak...nak buat camne kan terutama apabila melibatkan perasaan
      camne suami akak sekarang ye? hopefully dia dah bertambah sihat

      hehe...tulah pasalnya. tak ada sape pun tahu
      sebab nampak sama aje warna baju tu =)

      Delete
  3. akak tahu macam perasaan yana tu sebab akak pun akan rasa yang sama juga kalau lambat balik ke kg sendiri, bukanlah tidak suka berada dirumah mentua, tetapi ingin juga bersama keluarga sendiri di pagi raya, kalau kg jauh lain lah, ini kg dekat sekangkang kera je hehehe...memang terasa nak awal je berada di kg sendiri, sebab memang dalam setahun tu hari raya je akak akan bermalam di kg itupun sehari je, hari2 yang lain memang dihabiskan dirumah mentua, jadinya kalau boleh memang nak berada bersama adik beradik awal sedikit...hehehe

    memang budak2 macam tu kan,perasaan ingin tahu berapa duit raya yang dorang dapat itu yang tak sabar nak buka sampul tu...hehehe sama je anak2 kita ni, tapi itulah kenalah bagitau kenapa tak bole buat macam tu,sebab tu lepas je anak2 dapat duit raya cepat je akak minta nak simpan hahaha...macam mama pulak kalut nak kutip duit raya.

    baju raya pun...akak dengan en azmi kumpul dulu semua warna,lepas ni memang baju akak dgn en.azmi tak bertukar la, tukar baju anak2 je, raya ni yang penting anak2 je kan...anak2 gembira kita pun gembira..

    ye...biarlah yang hati yang lara sendiri yang tahu kan...kadang ada juga rasa terkilan tetapi simpan sahaja didalam hati

    ehh...dah panjang pulak komen akak nih hahaha baik akak berenti sebelum jadi satu entri

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan apa kak, tahun ni sepatutnya turn saya.
      so bila tak dapat balik atas sebab yang tak boleh diceritakan, saya rasa ralat sangat
      sebab alasan tu terpaksa korbankan hasrat nak beraya bersama keluarga sendiri
      sebak tu, tuhan ajelah yang tahu. nak sembunyikan rasa ralat tu, susah betul
      mujurlah ada anak-anak =)

      hehe..betullah tu. bebudak. tapi tetap rasa malu
      nak minta terus, takut nampak sangat yang Mama diorang ni nak duit tu
      tu yang pandang aje sampul duit raya yang diorang dapat
      cam aisyah dia bagi terus, dia tak tengok pun isi dalam...mungkin tak tahu
      tapi abang ni dah reti dalam tu ada berapa...siap tahu berapa banyak duit raya dia ada =)

      betullah, yang penting anak-anak
      saya pun baju anak-anak setiap hari lain untuk seminggu raya =)
      sendiri punya baju aje tak ada =)

      hehe...tak apa kak. bukan selalu tengok akak komen panjang camni
      seronok pula =)

      Delete
  4. yes. bila hati gembira, hari raya menjadi penuh makna.
    raya ni x terletak pada baju baru, tudung baru, kan?
    kita serupa la YY. nak snap gambo anak2, or gambo sekeluarga memang kena byk kali.
    sib baik la digital camera kan.
    kalau la guna filem mcm dedulu ~ mahu nya segulung abis! ha ha ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betullah aida, yang penting kena setting hati
      insya allah mood tu akan berubah
      lagipun bukan selalu raya =)

      tulah pasalnya aida...selalu mudah aje tau
      tapi hari tu mungkin sebab dah excited, jadi payah

      tak juga aida, dulu tak boleh terus tengok gambar kita ambil
      dah cuci baru tahu gambar tak elok...hehe

      Delete
  5. seronok baca kisah raya YY.. Entah bila saya boleh coretkan cerita raya kat blog... Masih belum stabil lagi dgn rutin/kerja kat M'sia ni...
    Tapi itu perasaan normal kot bagi kita yg pompuan ni... Mcm saya ni lagi lah... setiap tahun giliran raya pertama rumah mertua... Kena juga ceriakan diri... Kan hari ni hari raya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. take your time...biasalah tu mood lepas raya
      saya ni pun baru ni bercerita, orang lain dah habis cerita

      yelah kot kak...kalau sebut beraya tempat suami, memang lain sikit rasanya
      bukan sebab keluarga mentua tu tak baik, tapi rasa hati kita
      kita nak beraya dengan keluarga sendiri...
      tapi tak apalah, ketepikan aje perasaan tu...janji raya =)

      Delete
  6. kanak2 ikut mood diaorang...kalau dah meragam..lain macam..angin satu badan..

    ReplyDelete
  7. Budak-budak biasalah, YY. Dah dapat sampul dalam tangan, mestilah teruja nak tengok isi di dalamnya. Tapikan anak-anak saya memang pelik. Duit raya tak mahu ambil sampailah kita ni jadi wakil tukang kutip duit raya mereka. Dah dapat pun terus bagi kat Mommynya, tak kuasa nak tengok apa ada kat dalam. Si kecil tu fahamlah sebab tak kenal duit. Yang dia tahu 'dua singgit', 'dua singgit' jerk penangan Upin Ipinkan. Yang besar pun sama jerk kekdahnya...

    Saya tengok gambar YY sekeluarga puas dok fikir kenapa lengan dan kain YY berbunga purple tapi kaki baju berbunga merah...rupanya baju si kenit tu rupanya yang berbunga merah ^_^

    Dalam ramai-ramai, haruslah saya nak puji Aisyah juga yang nampak comel. Kang kalau puji makbapaknya, tiap-tiap entri pulak dia letak gambar berdua. Tak larat den.

    Eh, lupa...baru jerk minta maaf nak raya tak sampai sebulan pun dah mengumpat mengata ~_^ Minta maaf baliklah yerk, raya ada lagi nih!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah...tapi geram juga tau sebab dah pesan kat dia.
      afif aje yang buat gitu sebab dia dah tahu nilai duit. kalau aisyah tak peduli langsung
      orang bagi dia ambil pastu terus bagi kat saya =)

      kalau MD tak kata gitu, saya pun tak perasan
      nampak macam bertindih...hehe
      gelap warna ni dengan kami sampai tenggelam =)

      sengaja aje tau MD ni...tak kira, nanti nak post juga gambo gedik kami laki bini =)

      Delete
  8. Hehehe..part nk ambik gmbar anak2 tu mmg camtu la.berpuluh2 snap baru menjadi..

    ReplyDelete
  9. heheh..budak2 macam tu la..dapat je sampul duit terus nak buka..kena pesan banyak kali..tapi selalunya sebab ikut2 kawan,kawan buka dia pun nak ikut buka sama..heheh

    Lama2 nanti dah biasa pakai shawl,terus jatuh cinta tau..Shawl ni paling senang nak pakai kalau tak payah pakai awning dalam tu..cuma pakai anak tudung biasa..lagi senang dan nampak lagi cantik..kalau beli awning yang keras tu memang susah sikit nak pakai..bagi saya la..kalau orang lain tak tahu le..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah diana, dah pesan sebelum keluar tu
      tapi dia nampak orang buat, dia buat juga...mau tak hangin =)

      saya baru ni mencuba. insya allah akan cuba lagi
      tapi sebenarnya saya lebih selesa dengan bawal =)

      Delete
  10. hehe budak2 memang biasanya gitu. kadang2 segan orang yg menghulur duit raya tu jugak bila dibandingnya dgn jumlah yg lebih banyak dari orang lain.

    kadang2 ada jugak jenis yg tak nak duit raya, haru jugak nak menghulurnya.

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..tulah pasalnya
      cam anak saya ni, dia excited nak tahu berapa ada kat dalam
      tu yang buka terus...walhal dah pesan jangan buka

      adik dia aje yang tak heran

      Delete
  11. Samalah macam Zarif...kalu orang hulur duit atau sampul duit raya...mula2 malu2...lepas salam cium tangan, terus buka sampul..hehe budak2...kita dulu punb ntah sama jugak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. zaman saya dulu bunda, duit raya ni kurang dapat
      kalau ada pun, tak pkai sampul sebab orang bagi duit syiling =)

      Delete
  12. raya kan sebulan..
    GiveAway Sketch Picture By Eintan Nurfuzie
    Nak Sketch Pic free?
    Jom test luck korang kot kot terpilih
    dan berita baiknya, terbuka untuk blogger, faceboker dan instager..
    http://www.nurfuzie.com/2015/08/giveaway-sketch-picture-by-eintan.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih menjemput
      maaf, tak sempat nak join

      Delete
  13. budak-budak, time dihulur tu lah dia nak bukak sampul tu..huhu

    ReplyDelete
  14. Wah.. Tahun ni tema hijau ye? Cun. Kathy sekeluarga tema kelabu sis tapi takda pun snap gambo. Anak² lbih suka selfie dari wefie. Huhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hijau pucuk pisang =)
      bebudak dah besar, tu yang payah sikit ye kak

      Delete
  15. Syawal masih berbaki lagi ni kak. So, tak terlambat lagi nak cakap selamat hari raya. :)

    ->http://alongwawaerna.blogspot.com
    ->Jemput ke segmen Erna- http://alongwawaerna.blogspot.com/2015/08/first-segmen-erna-bloglist-walking-ogos.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya juga walau dah habis raya...hehe

      terima kasih jemput ye
      tak sempat nak join lah dik

      Delete
  16. meriahnye suasana raya YY.....walaupun bkn kpg sndiri tetap jugak meriah kan...tp bab makan penampar tu memang kelakar....hehehhe....kalau sy pun mesti gelak giler kalau dgr dia ckp cenggitu....budak kan....anak sedara sy pun sama...dh kena warning byk kali tetap nk tgk jugak yg dlm sampul tuhhh....hihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. meriah deanna, nama pun raya kan
      tak seronok pun kena juga buat seronok, mana boleh sedih =)

      dia cakap tu dengan nada dengar tak dengar tau
      tu yang terasa cam kelakar tu...budak kan
      diorang ni excited sebab sampul tu ada macam-macam warna

      Delete
  17. mak aiii ...meriah . jeles je tengok ... pandai afif jawab . heheheee . saya pun selalu perhatikan anak buah klu terima duit raya . sapa buat camtu , mmg kena heret terus keluar rumah le jawabnya ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...meriah cara kami vee
      yang pasti hati pun seronok =)

      wah...garangnya mak sedara sorang ni
      cam saya, tak marah terus...ko tggu sat lagi. masak kau lepas tu...hehe

      Delete
  18. ehh..okey je sis JM tgk Shawl dan YY sesuai...ke mmg hati dh jatuh pada BAWAL?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke ok? buruk aje nampaknya
      memang saya dah biasa dengan bawal
      almari penuh dengan bawal =)

      Delete
  19. ahaahahh..."penampar mana boleh mkan mama" lawak! pandai Afif ye

    betul tu YY...kalau sis JM pun akan rasa yg sama...risau org akan cakap 'x pandai ngajar anak' tapi dia kan budak2 lagi mmg excited nak tahu berapa isinya...biasa lah tu...bila dh tegur next year dia x buat lagi....kang dia ckp 'penampar tu apa mama...boleh mkn" hihihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...saya nak marah pun tak jadi JM sebab dia kata gitu, sabo ajelah!

      tulah, budak kan. tapi terasa malu sendiri tau
      sebab penah dengar orang sok sek pasal benda camtu
      alih2 jadi pada anak sendiri...tu yang hangin satu badan =)
      mudahan dia tak buat lagi dah la

      Delete
  20. lya sndiri selesa pkai shawl or bawal je...
    budak2 mmg gittu la YY.. tp mujur asya dpt je sampul trs simpan.. sikit x ambk tahu.. haha..

    y penting psiapan anak2.. x perlu membazir klo msih ade y elok kan.. lya pon raya pertama je y baru..lps2 tu biasa recycle atau pkai baju sedia ada y x pnh pkai lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya baru first time pakai shawl
      biasa pakai bawal aje lya...lagi selesa pada saya =)

      betullah tu. anak-anak memang paling utama sebab siapkan diorang dulu
      barulah fikir tu diri sendiri
      dah tua ni, pakai baju apa pun...tak ada yang kisah sangat kan...hehe

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...