Mudahnya Menyalahkan (^_^)

11:22:00 am Yana Yani 4 Comments

Semalam tajuk muka depan surat khabar Kosmo! "Tragedi pemandu berusia 4 tahun" buat aku tersentuh rasa hati. Terus dok teringat anak-anak dekat rumah. Lebih-lebih lagi arwah sebaya dengan Aisy.

Kejadian seperti itu memang sesuatu yang tak diduga dan aku tumpang bersimpati kepada keluarga arwah adik Mohd Adam. Syurga sudah semestinya untuk insan tidak berdosa ni.

Aku rasa sedih sangat sebab membayangkan keadaan arwah yang terduduk secara melutut di dinding rumah manakala kedua-dua belah tangan masih memegang selipar. Pasti hancur hati kedua ibubapa arwah.

Sebelum ni aku pernah bercerita tentang arwah adik Nawal yang juga menemui ajal dalam keadaan tidak diduga. Boleh klik sini pada sesiapa yang belum baca.

Walau rata-rata menyalahkan ibubapa atas kejadian seperti ni, entah kenapa aku rasa simpati pada mereka. Tidak langsung tergerak hati untuk menyalahkan mereka.

Memang mudah kita menyalahkan bila perkara seperti itu tidak terjadi kepada kita. Pernah kita cuba letakkan sekejab diri kita sebagai ibubapa arwah adik Nawal atau Mohd Adam?

Tiada ibubapa yang inginkan sebarang kecelakaan kepada anak-anak mereka. Kecuali ibubapa yang sudah hilang unsur-unsur kemanusian. Laknat hidup mereka yang bersifat seperti itu!

Aku sendiri masih gagal nak melupakan perasaan bersalah ke atas apa yang berlaku pada Afif dan Aisy satu ketika dulu. Aku masih ingat dengan jelas peristiwa itu yang menjadi satu pengajaran buat aku.

Ketika Afif berusia lebih kurang setahun setengah, aku memberi dia jagung memandang ketika itu gigi dia dah penuh. Afif suka betul makan jagung!

Aku dan Encik suami ketika itu sedang sibuk dengan perniagaan online kami di eBay. Tiba-tiba aku dengar bunyi Afif tercekik. Mujur aku pernah mempelajari bantuan kecemasan.

Aku berjaya mengeluarkan jagung yang tersangkut di tekak tapi Afif masih gagal bernafas. Muka dia biru! Aku tak mungkin akan lupa mata dia yang memandang aku seolah-olah meminta tolong.

Hancur hati aku tengok anak dalam keadaan macam tu. Aku tak mahu give up. Aku korek tekak Afif. Dia batuk dan selepas tu baru dengar suara dia. Alhamdulillah!

Mungkin bukan ajal Afif waktu tu. Tapi aku masih gagal melupakan peristiwa itu. Benar aku bersalah! Kurang ilmu tentang pemakanan yang sesuai meletakkan Afif dalam bahaya.

Begitu juga dengan Aisy yang pernah aku ceritakan di sini.

Apa yang terjadi kepada mereka berdua merupakan pengajaran yang cukup berharga bagi aku.
Sukar nak memaafkan diri sendiri atas apa yang berlaku.

Walaupun Afif dan Aisy membesarkan dengan sempurna. Aku sebagai seorang Mama yang melalui peristiwa tu cukup sukar melupakan dan perasaan bersalah tak pernah hilang!

Aku pernah hampir kehilangan dia
Parut ni lah yang buat aku rasa bersalah sentiasa

Jadi kepada korang, jangan hanya mudah menyalahkan. Cukup-cukuplah bertanyakan soalan yang menambahkan luka di hati! Cubalah bersimpati walau untuk seketika.


P/S - Kehilangan anak adalah merupakan azam dunia yang cukup berat untuk dipikul. 

4 comments:

  1. betul sis...kathy sokong..cantik blog baru sis ni..suka sangat tengok..sis edit sendiri yer?

    ReplyDelete
  2. Biasalah org kita...mudah menjatuhkan hukum tnpa menyelami prasaan ibu bapa yang menghadapi mslh lbih2 lg melibatkan nyawa anak anak...blum tkena pd btg idung sndri memg seng org nk tunding jari kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah...kadang-kadang menunding jari bukanlah satu penyelesaian.
      lebih baik dok renung diri sendiri dulu sbelum bersuara...tul tak?

      Delete

PERHATIAN:

Penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang ditinggalkan. Setiap komen yang ditinggalkan adalah pandangan peribadi anda sebagai pembaca dan tidak menggambarkan pendirian penulis.

Penulis mempunyai HAK untuk tidak menyiarkan sebarang komen yang berunsur PENGIKLANAN, RACISM, LUCAH atau yang sewaktu dengannya.

Dengan membaca dan meninggalkan komen, penulis menganggap anda sudah MEMAHAMI kesemua yang tercatat di dalam PENAFIAN

Untuk sebarang cadangan atau pertanyaan, klik HUBUNGI SAYA

✿ Yana Yani ✿

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...